Showing posts with label Syiria. Show all posts
Showing posts with label Syiria. Show all posts

Thursday, September 6, 2012

Morsi: 'Perubahan kerajaan' diperlukan Syria


http://harakahdaily.net/index.php/berita-utama/12960-morsi-perubahan-kerajaan-diperlukan-syria

Al Jazeera terjemahan Mohamad Yahya,06 Sep 2012
(Morsi  menegur Syria dalam ucapan yang disampaikan dalam sidang kemuncak Pergerakan Negara Berkecuali (Non-Aligned Movement) di Tehran pada 30 Ogos.)

KAHERAH: Presiden Mesir, Mohammed Morsi, dalam persidangan Liga Arab berkata bahawa ‘perubahan kerajaan’ diperlukan di Syria dan masa tidak harus dibazirkan dengan hanya "bercakap tentang reformasi".

"Masa ini telah berlalu. Kini sudah tiba masanya untuk perubahan," ujar Morsi dalam ucapan pertamanya sebagai Presiden  Mesir kepada Liga Arab Rabu lalu di Kaherah.

Beliau berkata bahawa empat negara serantau - Arab Saudi, Iran, Turki dan Mesir - akan bertemu untuk membincangkan krisis Syria, yang bermula 17 bulan lalu dengan pemberontakan, tetapi akhirnya bertukar menjadi perang sivil dengan kumpulan penentang berjuang untuk menjatuhkan Bashar al -Assad dari tampuk pemerintahan.

“Empat negara yang dipanggil Mesir akan bertemu sekarang," Morsi memberitahu mesyuarat yang dihadiri Menteri Luar negara Arab, tanpa memberitahu butiran lanjut tentang pertemuan tersebut.

Komen Morsi ini adalah lanjutan daripada ucapannya pada sidang kemuncak Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) di Tehran di mana beliau berkata ia adalah satu ‘kewajipan etika’ untuk menyokong rakyat Syria menentang "rejim yang menindas" di Damsyik.

Beliau berkata Assad mesti belajar daripada "sejarah yang berlaku baru-baru ini" dan berundur sebelum terlambat, merujuk kepada nasib rejim autoritarian di Tunisia, Libya, Mesir dan Yaman yang telah ditumbangkan ketika kebangkitan Arab.

"Saya memberitahu rejim Syria bahawa 'masih ada peluang untuk menamatkan pertumpahan darah ini'," kata Morsi, sambil menambah: "Jangan mengambil langkah yang betul pada masa yang salah ... kerana itu akan menjadi satu langkah yang salah"

Morsi, yang dilantik sebagai Presiden Mesir Jun lalu selepas kebangkitan Arab menumbangkan Hosni Mubarak, menggesa diplomat Arab bertindak pantas untuk menyelesaikan konflik Syria yang telah mengorbankan 26,000 nyawa, menurut Badan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (Syrian Obervatory for Human Rights).

Wartawan Al-Jazeera, Jacky Rowland, yang melaporkan dari Kaherah berkata Morsi juga mengenalpasti bahawa Iran perlu terlibat untuk menyelesaikan konflik di Syria.

"Ucapan Morsi menyentuh banyak isu yang berkaitan dengan kebangkitan Arab. Dalam hal Syria, beliau berkata perlu ada satu penyelesaian Arab untuk konflik negara tersebut," kata Rowland.

"Kita bertanggungjawab ke atas darah rakyat Syria yang mengalir siang dan malam," kata Morsi.

"Kita tidak boleh tidur sedangkan pertumpahan darah berlaku di Syria.”

"Saya menyeru anda, Menteri Luar negara Arab, untuk bekerja keras untuk mencari penyelesaian segera kepada tragedi di Syria.

"Jika kita tidak bertindak, dunia juga tidak akan bertindak dengan bersungguh-sungguh."

Tuesday, August 7, 2012

‘Rakan sekelas saya adalah penjenayah perang’


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/12308-rakan-sekelas-saya-adalah-penjenayah-perang

Ted Regencia diterjemah Mohamad Yahya,07 Ogs 2012
(Bashar al-Assad yang dipanggil 'Donkey' oleh jurulatihnya tiba-tiba berubah menjadi penjenayah perang)

CHICAGO: Ini adalah kisah tentang seorang pelajar perubatan yang menuntut di University of Damascus, sebuah institusi pengajian tinggi terkemuka Syria pada tahun 80-an.

Ketika dalam salah satu senaman latihan fizikal, pelajar tersebut telah menimbulkan kemarahan jurulatihnya, dan jurulatih tersebut menghinanya dengan panggilan “anak keldai”.

Namun, jurulatih yang telah merah padam mukanya mula menyedari siapa yang baru dimarahinya, dan lekas-lekas meminta maaf.

Pelajar tersebut adalah Bashar al-Assad, anak kedua dan pewaris utama presiden Syria ketika itu, Presiden Hafez al-Assad.

Tetapi, Bashar Assad “tidak terasa hati” dengan hinaan jurulatihnya.

Sedang Dr Zaher Sahloul mengingat kembali kejadian yang melibatkan rakan sekelasnya selama enam tahun itu, pakar sakit paru-paru Chicago itu terfikir bagaimana “seorang yang begitu biasa dan merendah diri” berubah menjadi dalang kepada pertumpahan darah yang berlaku di Syria, yang telah membunuh lebih dari 17,000 orang, mengikut kiraan United Nations. 

“Kamu tidak akan pernah terlintas bagaimana seorang yang pernah menjadi rakan sekelas kamu di fakulti perubatan, akan mampu melakukan jenayah perang sebegini terhadap manusia,” ujar Sahloul, yang berasal dari Homs, Amerika dan merupakan presiden untuk Persatuan Perubatan warga Amerika berbangsa Syria (Syrian American Medical Society).

Era gelap yang baru

Bagi Sahloul dan rakan-rakan warga Amerika berketurunan Syria yang menyambut Ramadhan, bulan suci pada tahun ini menandakan bermulanya era gelap yang baru dalam komuniti kecil mereka, yang kebanyakannya mempunyai rakan-rakan dan ahli keluarga yang ditangkap dalam 17 bulan pemberontakan bersenjata.

Doa mereka dari perlindungan untuk ibubapa mereka yang memilih untuk terus menetap di kota Homs yang tandus angkara bom, hinggalah kepada pengusiran rejim Assad dari Damaskus, mencerminkan kesakitan sebuah bangsa yang terluka, di mana seorang presiden menyerang rakyatnya sendiri.

“Ia amat sulit untuk meraikan kedatangan bulan Ramadham, kerana menyedari ahli keluarga kita berhadapan dengan ancaman pembunuhan pada setiap masa,” ujar Sahloul. “Apa yang berlaku sekarang adalah krisis kemanusiaan yang amat serius.”

Dua minggu lalu, Sahloul kembali dari misi perubatan yang ke-empat untuk kem pelarian rakyat Syria di Kilis, Turki.

Di sana, Sahloul bekerja bersama 45 doktor sukarela warga Amerika berketurunan Syria bergilir di beberapa kem pelarian, walaupun ramai ahli keluarganya yang terkorban dalam taufan keganasan yang melanda Syria.

Kawasan Chicago adalah tempat tinggal untuk sekurang-kurangnya lapan bekas rakan sekelas Bashar al-Assad.

Selain Sahloul, Dr Hassan Alzein, seorang pakar pediatrik, adalah salah seorang dari 800 rakan sekelas Bashar. Seperti Sahloul, Alzein mengganggap Bashar dulunya sebagai seorang yang biasa sahaja.

“Kami cuba menjauhkan diri darinya,” ujar Alzein. “Ayah dia adalah seorang diktator yang kejam dan kami selalu mengingatkan satu sama lain, jika kami rapat dengan Bashar, lama-kelamaan kami akan dijadikan target oleh rejim.”

Seorang penduduk Chicago yang pernah rapat dengan Bashar al-Assad adalah Maher Basatneh, seorang yang berasal dari Damaskus. Tokoh perniagaan Chicago ini berkata dia mula berkawan dengan Presiden Syria itu ketika mereka masih remaja, di sebuah kem terjun udara.

“Dia seorang yang peramah,” ungkap Basatneh berkenaan Bashar al-Assad. “Dia makan bersama dengan kami semua dan kami berbual dengannya seperti rakan biasa. Dia tidak tahu apa-apa berkenaan politik.”

Basatneh dan Assad menjadi teman rapat dan mereka selalu meluangkan masa di kediaman Assad. Di sana, Basatneh berkata, beliau selalu menyaksikan Maher al-Assad mencemuh abangnya, Bashar al-Assad, dengan memanggilnya “bodoh”.

Kemudian, Basatneh melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan bersama Assad, yang menyokongnya sebagai ketua Majlis Pelajar.

Tetapi Basatneh, yang kemudiannya keluar dari fakulti perubatan, tidak percaya bahawa Assad mempunyai keupayaan untuk memimpin Syria, dan dia menyifatkan Bashar sebagai remaja yang mempunyai perangai pelik yang menjengkelkan.

“Saya telah mengenali lelaki ini untuk bertahun lamanya, dan jawatan presiden bukanlah untuk dirinya,” ujar Basatneh, sambil menambah bahawa beliau tidak akan mempertaruhkan nyawanya dengan melantik Assad menjadi doktornya.

Basatneh mendakwa bahawa Assad bukanlah seorang pelajar perubatan yang serius, dan hanya mendapat ijazah kedoktoran kerana dia adalah anak kepada presiden.

Kematian abang Bashar, Bassel al-Assad, yang telah dipersiapkan untuk menjadi presiden, dan selepas itu kematian bapa Bashar, Hafez al-Assad, telah memaksa Bashar mengambil tugas kepemimpinan yang beliau sendiri tidak bersedia untuk memikulnya, jelas Basatneh, dan menambah bahawa krisis Syria adalah kesan langsung kegagalan kepemimpinan Bashar al-Assad.


Menghitung hari


Sahloul berkata dia sendiri tidak pernah terlintas bahawa bekas rakan sekelasnya itu akan menjadi seorang presiden, dan pemerintahan Bashar al-Assad sebenanrya hanya menghitung hari untuk jatuh.

Walaupun mereka tidak rapat, dia selalu melihat Assar di Univesity of Damaskus dari tahun 1982 hingga 1988.

“Beliau bukanlah seorang yang sombong,” kata Sahloul. “Tetapi, dari apa yang saya lihat, beliau bukanlah seorang yang pintar ataupun terhormat.”

“Saya fikir beliau telah membuktikan bahawa beliau adalah seorang presiden yang tidak bagus bila berhadapan dengan krisis, sama ada krisis di Iraq, atau di Lebanon selepas pembunuhan (bekas Perdana Menteri Lebanon, Rafiq) al-Hariri,” ujar Sahloul.  “Keputusan-keputusan beliau sangat teruk dan kerana itulah akibat-akibatnya amat teruk.”

Sahloul mengimbas kembali bahawa, selepas bekas rakan sekelasnya menjawat jawatan presiden, dia bersama rakan-rakan doktornya warga Amerika berketurunan Syria, berpeluang bertemu Assad di satu persidangan di Damaskus.

Ketika beramah mesra, Sahloul teringat Assad ada menyebut bahawa tentang keinginannya untuk menjadi seorang doktor dan bukannya seorang presiden.

Dalam pertemuan yang sama, Sahloul bertanya kepada Assad tentang kesediaan Syria untuk menerima pakai sistem demokrasi. Assad menjawab tidak, dengan memberikan budaya berpuak-puak dan politik sektarian Syria sebagai alasan utama penolakannya.

Sekarang, setelah Assad enggan untuk mengiktiraf permintaan rakyat untuk pemerintahan yang lebih demokratik, peristiwa itu mungkin kembali menghantui dirinya.
Namun, Sahloul memberi amaran bahawa, rejim Assad sanggup untuk jatuh bersama-sama dengan seluruh rakyat Syria.

“Rejim itu masih kuat,” ujar Sahloul. “Pihak tentera masih berpihak kepada rejim dan ia akan mengakibatkan banyak kemusnahan dan kacau bilau sebelum rejim ini runtuh.”

“Sudah pasti rejim ini akan berakhir,” kata Sahloul. “Tiada siapa di Syria yang akan membiarkan rejim ini terus memerintah. Rakyat telah tidak takut lagi, amat mustahil untuk Bashar al-Assad terus memerintah Syria.”

“Ia bukannya soal berapa kebarangkalian ia berlaku, ia adalah soal bila ia berlaku,” ujar Sahloul.

Laporan asal dalam:

http://www.aljazeera.com/indepth/features/2012/08/201281141339576130.htm

Sunday, July 22, 2012

Zionis dan New World Order



  • Hishamuddin Rais
  • 5:36PM Jul 17 2012
 
Minggu lalu saya telah menulis tentang bagaimana kuasa imperialis Anglo-Amerika sedang mengepung Syria dalam strategi untuk menyerang Iran. Saya juga telah menulis bagaimana Turki, Qatar dan Arab Saudi telah menjadi budak suruhan Amerika yang setia di Timur Tengah.

Saya telah cuba menerangkan bahawa krisis di Syria bukan perbalahan antara Sunni dengan Syiah. Tetapi satu strategi besar kaum pemodal antarabangsa untuk menakluk wilayah Timur Tengah yang kaya dengan telaga minyak dan telaga gas.

Pada 1 Julai ini, sekatan ekonomi terhadap Iran berkuat kuasa. Enam bulan dahulu negara-negara pembeli minyak telah diberi masa enam bulan untuk menamatkan segala bentuk kontrak jual-beli minyak dengan Iran. Malaysia bawah Najib amat takut dengan Amerika. Malaysia - awal-awal lagi - tak sampai satu bulan sesudah Amerika membuat saranan telah berhenti membeli minyak daripada Iran. Amerika baru nak terkentut, Najib sudah terbarai terberak dalam seluar.

Maka timbul persoalan apakah Iran akan di serang? Apa akan terjadi dengan Syria bawah pimpian Presiden Bashar?

Untuk menjawab persoalan ini, mari kita kembali melihat sejarah Iran. Pada tahun 1951 Parlimen Iran telah melantik Mohammad Mosaddegh sebagai perdana menteri yang baru. Intelektual undang-undang yang mendapat didikan dari Switzerland ini adalah seorang nasionalis. Sebagai perdana menteri, Mosaddegh telah memilik negarakan syarikat minyak Anglo Iranian Oil Company (AIOC).

Langkah yang diambil oleh Mosaddegh mendapat sokongan teguh dari warga Iran. Harta kekayaan negara kini bukan lagi milik warga asing. Tetapi langkah ini telah menjadikan kaum pemodal antarabangsa takut. Langkah nasionalisme Iran ini memungkinkan negara-negara dunia ketiga yang baru merdeka sesudah perang dunia mengikut langkah Mosaddegh. Justeru AIOC telah bekerjasama dengan CIA untuk melakukan rampasan kuasa pada tahun 1953.

Mosaddegh dipenjara. Ahmad Reza Pahlevi kini memiliki kuasa mutlak sebagai raja. Semua kepentingan AIOC dipulangkan kembali. Ahmad Reza Pahlevi menjadi barua yang paling setia kepada kuasa imperial Anglo-Amerika. Di zaman Perang Dingin, Ahmad Reza Pahlevi telah menjadi Tok Sarjan Amerika untuk mengawal Teluk Parsi dan negara-negara Teluk.

Savak - polis rahsia Shah yang terkenal ganas telah dilatih oleh CIA. Melalui Savak, kepentingan syarikat minyak antarabangsa terjaga. Savak memastikan tidak ada siapa yang berani menentang Ahamd Reza yang memanggil dirinya "Shan Shah" - raja dari segala raja. Savak dan CIA memastikan semua seteru dan musuh politik Shah akan ke tali gantung atau berakhir di Penjara Evin - kem Kamunting untuk Iran.

Di zaman Shah, kerjasama antara Iran dengan zionis Israel cukup intim - macam kerjasama Mahathir dengan Vincent Tan. Mossad, polis rahsia Israel bukan hanya bekerja sama dengan Savak malah Mossad membuka cawangan di Iran. Di zaman Shah, tidak diketahui di mana Mossad berakhir dan di mana pula Savak bermula.

Menyembah kepada Zionis

Iran bawah Reza Pahlevi, sama seperti keluarga Saud telah menjadi pembeli senjata yang paling banyak dari Amerika. Kuasa imperial Anglo-Amerika cukup gembira dengan barua barunya. Untuk pengetahuan para pembaca, ketika inilah Amerika telah membangunkan jana kuasa nuklear untuk Iran. Amerika adalah pembekal dan penjual peralatan nuklear untuk Iran.

Semua ini berubah sesudah Revolusi Iran 1979. Iran yang dulunya barua setia Amerika kini menjadi negara penentang kuasa imperial Amerika. Bawah pemerintahan Ayatullah Khomenei, Amerika dianggap kuasa syaitan. Amerika pula mentakrifkan Iran sebagai negara musuh. Penjualan kelengkapan untuk loji penjana nuklear Iran dihentikan. Dengan tiba-tiba Iran dituduh ingin membuat senjata nuklear walhal Amerika sendiri yang pada awalnya pembekal semua kelengkapan yang dibeli oleh Iran untuk mendirikan loji penjana kuasa tenaga nuklear ini.

Tok dalang di belakang tabir yang menyuruh arah Amerika ini ialah kuasa Zionis Israel. Mungkin ramai yang tidak percaya bagaimana negara kecil ini memiliki kuasa yang begitu besar. Jawapan ialah realpolitik. Dalam politik, yang berkuasa ialah modal. Kaum Zionis antarabangsa adalah juga pemodal gergasi dalam dunia ini. Kaum Zionis mengawal dan menguasai Wall Street, sarang dan tempat kaum pemodal antarabangsa berkubang untuk membuat duit dan harta kekayaan.

Dengan duit dan harta kekayaan kaum Zionis telah menggunakan American Israel Public Affairas Comiteee (AIPAC) dan Council For Foreign Relations (FCR). Melalui dua badan NGO ini, kaum zionis telah berjaya mengarahkan kesemua presiden di Rumah Putih sesudah John F Keneddy, ahli Dewan Kongres dan ahli Dewan Senat Amerika untuk mengambil dasar pro-Israel.

Sesiapa yang ingin bertanding untuk menang kerusi presiden, senat atau kongres wajib menyembah kepada dua badan Zionis ini. Tidak ada sesiapa yang akan berjaya dalam politik Amerika jika tidak tunduk kepada kepentingan Israel.

Lihat apa terjadi kepada Presiden Kennedy yang menentang Israel. Hingga ke hari ini desas desus masih kedengaran bahawa salah satu sebab mengapa John wajib dilupuskan ialah kerana penentangan beliau terhadap cita-cita Israel yang ingin memiliki senjata nuklear. Ini berlaku pada tahun 1961 apabila Kennedy mengadakan perbincangan dengan Ben Gurion. perdana menteri Israel. Pada bulan November 1963, John F Kennedy ditembak mati.

Hari ini warga dunia sedar dan mengetahui bahawa Israel memiliki bom nuklear tetapi tidak ada politikus Timur atau Barat yang berani menyuarakan tentangan mereka terhadap bom nuklear Israel. Malah tidak ada media arus perdana seperti CNN, BBC, New York Times,Washington Post, termasuk Utusan Malaysia, Berita Hairan atau Astro yang berani membuat expose mendalam, mengkritik, mempersoal dan mempertikaikan senjata nuklear Israel ini. Semua takut dan tunduk kepada Zionis Israel. Malah Mahathir sendiri pun tidak berani bersuara tentang bom nuklear Israel ini.

Pasti para pembaca akan merasa hairan bagaimana zionis Israel ini begitu berkuasa? Apakah mungkin negara yang hanya memiliki penduduk tidak lebih dari 6 juta orang dapat mempengaruhi seluruh dunia.

Sekali lagi jawapan saya ialah realpolitik. Politik ialah kuasa. Kuasa datang dari harta kekayaan. Harta kekayaan akan dapat pula membeli politik dan sekali gus dapat membeli kuasa. Contoh yang amat senang ialah melihat para cukong Lim Goh Tong, Vincent Tan atau Ananda Krishan bergerak. Walau pun kerajaan United Malays National Organisation ini mendabik dada sebagai ‘kerajaan ketuanan Melayu' tetapi di belakang ketuanan Melayu ini ialah harta kekayaan para cukong yang bukan Melayu.

Tanah Felda akan dimiliki kapitalis luar


Begitu juga di Amerika. Untuk menjadi presiden di Amerika memerlukan modal berbilion dolar. Bakal calon wajib mendapat sokongan dana dari kaum pemodal. Tanpa sokongan dana dari kaum pemodal mustahil akan dapat menjadi Presiden. Ini realpolitik. Inilah yang berlaku sekarang.

Hakikatnya, kaum pemodal yang terkaya dalam dunia hari ini ialah kaum Zionis. Justeru para politikus yang ingin mencari nama danglamour dalam dunia hari ini tidak dapat tidak akan tunduk kepada kepentingan kaum zionis dan Israel.

Bagaimana semua ini bersangkut paut pula dengan Syria dan Iran. Untuk ini kita wajib kembali ke tahun 1981. Pada bulan Jun 1981, Osirak, pusat kajian nuklear Iraq telah dibom oleh Israel. Pada ketika itu Iraq bawah Saddam Hussein sedang merancang untuk membuat senjata nuklear. Pada September 2007, kapal terbang Israel telah mengebom Dil al-Zur, kawasan padang pasir tempat pusat nuklear Syria. Jika Iraq atau Syria berjaya memiliki bom nuklear maknanya hegemoni kekuatan bala tentera Israel telah pecah. Israel tidak lagi memonopoli senjata nuklear di Timur Tengah.

Jelas pada hemat saya bahawa di belakang pentabiran Rumah Putih ialah kuasa Zionis Israel. Siapa pula di belakang Israel? Di belakang Israel ialah kaum pemodal dan tua empunya gedung-gedung perniagaan antarabangsa saperti Rothschild atau Rockeffeler. Pemodal-pemodal ini telah menaburkan dana kepada lembaga pemikir seperti AIPAC, Rand Coperation, CFR atau PNAC. Para pemikir yang dibayar akan berkumpul untuk merancang dasar-dasar luar Amerika. Semua dasar yang telah dirumuskan akan diajukan kepada pentabiran di Rumah Putih yang silih berganti. Dasar-dasar yang diajukan ini semuanya akan membawa keuntungan kepada kaum kapitalis antarabangsa dan Zionis Israel.

Contohnya, Project For New American Century (PNAC) telah digarap oleh pemikir seperti Paul Wolffowitz, James Woolsely, Elliot Abram yang telah bekerjasama dengan Benjamin Nethanyahu, perdana menteri Israel sekarang. Pada tahun 1997 lagi PNAC telah mengajukan agar Iraq diserang dan Saddam Hussein digantikan.

Apa yang saya cuba terangkan di sini, politik dunia hari ini sedang diatur untuk memastikan kepentingan kaum pemodal dan sistem ekonomi kapitalis ini terus berkembang. Dasar-dasar yang diajukan oleh para pemikir ini bertujuan untuk membuka pasaran seluas mungkin. Ini untuk memastikan kaum pemodal dapat meraih keuntungan dan akhirnya menakluk dunia ini.

Contoh terbaik untuk rakyat Malaysia fahami ialah kes penyenaraian tanah Felda. Tanah Felda yang tidak disenaraikan bermakna tanah ini adalah milik rakyat Malaysia. Tetapi apabila Felda Global Ventures diapungkan di bursa saham maka tanah milik kerajaan - milik orang ramai ini - boleh dibeli hak milik sahamnya oleh individu atau syarikat luar negara. Satu hari nanti saham Felda ini akan dimiliki oleh kaum kapitalis luar negara. Maka tergadailah tanah mak cik Felda.

Untuk membuktikan hujah saya ini saya meminta para pembaca mengingatkan kembali lawatan Najib ke London awal Mei lalu. Najib telah menjadi tamu dan menanda tangani perjanjian dengan Louis Dreyfus Commodities Asia Pte ( LDCA) di London. LDCA ini adalah syarikat Yahudi yang menyokong zionis Israel. Najib terpaksa menggadaikan tanah Felda untuk membuktikan kepada kaum permodal antarabangsa bahawa dialah yang wajib terus disokong untuk menjadi perdana menteri kerana dia membuka peluang untuk kapitalis antarabangsa berkenduri kendara atas kepala para peneroka Felda.

Hari ini masih ada lagi beberapa buah negara dalam dunia ini yang berani bersuara menentang kepentingan kaum kapitalis antarabangsa. Kalau dulu ada Muammar Gadaffi dan Saddam. Kini di Timur Tengah yang tinggal hanya Bashar dan Ahmadinejad. Pemimpin dua negara ini sedang menggagalkan projek New World Order. Projek besar di mana seluruh dunia wajib tunduk kepada Amerika dan Israel. Justeru mereka akan diserang.
PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Thursday, July 12, 2012

Syria dan demokrasi


  • Hishamuddin Rais
  • 6:05PM Jul 11 2012
 
Kuasa imperial Amerika syarikat sedang merancang untuk menyerang Iran atas alasan Iran sedang berusaha untuk membuat senjata bom nuklear. Ini agak senang difahami. Amerika sedang menyerang Pakistan untuk menafikan Pakistan dari terus dimiliki bom nuklear. Ini mungkin agak susah sedikit untuk difahami.

Kuasa imperial Anglo-Amerika ingin menyerang Syria kerana projek New World Order. Ini lagi ramai yang tidak faham. Ini lagi susah untuk difahami. Justeru, apa yang berlaku di Syria pada ketika ini telah melahirkan banyak kejulingan. Kejulingan yang jelas ialah kejulingan intelektual di kalangan masyarakat Melayu.

Kejulingan intelektual ini lahir dari kegagalan memahami asas politik. Kejulingan ini lahir kerana sikap malas membaca. Sikap malas berfikir. Sikap mengambil jalan pintas tanpa membuat penyelidikan sendiri.

Kejulingan ini juga lahir kerana telah ditanamkam sikap "budaya wajib mendengar" dari benggolan-benggolan yang dikatakan memiliki ‘autoriti'. Benggolan-benggolan yang tahu bahasa sekian sekian sahaja yang memiliki tauliah untuk bercakap. Benggolan-benggolan yang berat serbannya sekian sekian sahaja yang pandangan boleh didengar. Akhirnya tertanam sikap suka mendengar. Sikap suka mendengar ini telah membunuh sikap suka membaca dan suka mengkaji serta menyelidik.

Hasilnya, sikap malas membaca ini melahirkan ramai tukang ikut dan ramai tukang sorak. Tukang sorak dan tukang ikut ini sebenarnya telah lama pencen dari menggunakan akliah dan fikrah mereka. Apabila telah pencen maka apa yang tersimpan di belakang dua telinga itu tidak lagi memiliki kudrat untuk menjadi gersang dan kritikal. Kegersangan untuk berfikir ini telah dilepaskan kepada benggolan-benggolan yang dikatakan bertauliah.

Biar saya jelaskan di sini bahawa apa yang berlaku di Syria bukan tentang konflik agama. Bukan konflik mahzab Sunni dengan Syiah. Bukan konflik mahzab Alawite dengan Sunah wal Jamaah. Atau konflik Islam dengan Kristian.

Memang sahih, wujudnya konflik antara Syiah dan Sunni. Memang betul kerajaan yang dipimpin oleh Bashar ini tidak demokratik. Memang betul ada gerakan rakyat yang menuntut agar ruang demokrasi dibesarkan lagi. Elit politik di Syria sama seperti elit politik di Malaysia atau elit politik dalam negara dunia. Mereka zalim, ganas, rasuah dan rakus merembat harta kekayaan negara. Kezaliman dan penyempitan hak kebebasan warga ini adalah watak elit politik dunia ketiga.

Memang betul pada awalnya ada kumpulan yang menuntut agar kebebasan dan ruang demokrasi di Syria diperluaskan. Ini sama seperti tuntutan warga Malaysia yang mahu negara ini lebih bebas dan lebih demokratik. Tidak mahu penipuan dalam pilihan raya. Semua ini adalah asas perjuangan warga dari negara dunia ketiga.

Untuk memahami lebih mendalam maka saya terpaksa membuka minda pembaca untuk memahami teori kontradiksi. Kontradiksi adalah hukum alam semula jadi. Ia sama seperti oksigen, ertinya kontradiksi wujud bersama kita. Tanpa kontradiksi alam ini tidak mungkin wujud. Sama ada negara itu penuh dengan kafir atau penuh dengan penganut Islam atau penuh dengan warga yang tidak percaya kepada Tuhan - kontradiksi terus wujud.

Kontradiksi tidak beragama. Tidak berbahasa. Dalam sistem ekonomi kapitalis atau ekonomi sosialis kontradiksi wujud. Alam bergerak kerana kontradiksi. Dalam kontradiksi ada pergeseran. Pergeseran dan percanggahan inilah yang mengerakkan alam kita ini.

Kontradiksi ini juga bertahap-tahap. Ada yang fundamental, ada yang tahap kedua dan ada yang kurang penting. Kontradiksi ini berubah-ubah. Contoh terbaik, dalam sejarah perjuangan orang yang terdahulu dari kita ketika perang dunia ke dua. Ketika itu Tanah Melayu sedang dijajah oleh British. Inilah kontradiksi utama. Kontradiksi - pertentangan antara warga Tanah Melayu dengan penjajah.

Tetiba Jepun datang menyerang. British yang menjadi musuh utama telah menjadi musuh ke dua. Yang wajib dilawan ialah tentera Jepun. Malah kontradsiksi dengan British menjadi luntur sehinggakan ada kerjasama antara warga Tanah Melayu dengan British untuk melawan kontradiksi yang fundamental: penjajah Jepun.

Begitu juga di Syria sekarang. Pada awalnya kaum demokrat Syria telah bangun menuntut demokrasi. Tetapi agenda suci rakyat Syria ini telah diambil alih oleh kuasa imperial Anglo-Amerika. Justeru kontradiksi yang wujud di Syria hari ini bukan antara Sunni dengan Syiaa. Bukan antara Islam dengan Kristian. Bukan antara presiden Bashar yang bermazhab Alawite dengan majoriti warga yang bermazhab Sunni.

Kontradiksi utama atau pergeseran utama pada ketika ini antara rakyat Syria dari semua mahzab agama dengan kuasa imperialis Anglo-Amerika. Silap memahami kontradiksi fundamental ini maka akan silaplah semua analisa politik. Akan bertaburan segala hujah. Tidak akan dilihat satu kesatuan fikrah yang tersusun dalam menganalisa situasi di Syria. Inilah yang melahirkan kejulingan pandangan terhadap apa yang sedang berlaku di Syria.

Pasti para pembaca akan bertanya kenapa kuasa imperial Anglo-Amerika melakukan semua ini? Apa sebenarnya yang diperlukan oleh kuasa imperial Anglo-Amerika ini? Jawapannya ialah kuasa imperial Anglo-Amerika ialah kuasa imperialis. Imperialisme ini ialah tahap yang paling tinggi yang boleh dicapai oleh sistem kapitalis.

Sistem ekonomi kapitalis yang bertuhankan keuntungan maksima memerlukan bahan mentah, buruh dan pasaran. Sistem ekonomi kapitalis selama 150 tahun ini telah bergerak dengan jayanya dengan bantuan bahan bakar petrol. Tanpa bahan bakar ini sistem ekonomi kapitalis akan runtuh berderai.

Justeru wajib disedari jika Iraq hanya mengeksport petai, jering dan cencaluk pasti Iraq tidak akan diserang. Jika Iran hanya memiliki budu dan tidak memiliki bahan bakar petroleum dan gas maka Iran tidak akan diserang.

Pasti akan ada pembaca yang bertanya, Arab Saudi juga ada minyak kenapa tidak diserang. Qatar juga ada minyak kenapa Qatar tidak diserang? Malaysia dan Brunei juga ada minyak kenapa tidak diserang? Jawabnya cukup senang. Rejim Arab Saudi dan Qatar ini adalah barua kepada Amerika. Malah tidak perlu diserang kerana telaga minyak di Saudi dan Qatar adalah milik Amerika.

Bagitu juga Malaysia dan Brunei. Dua negara Melayu ini adalah ‘budak setia' kepada Amerika. Malah Malaysia telah menghantar tentera ke Afghansitan. Malaysia juga sedang membantu Raja Saudi yang sedang cuba memadamkan apa kebangkitan warga Bahrain yang sedang berjuang untuk mendirikan Bahrain yang lebih demokratik.

Tetapi Syria tidak memiliki bahan bakar petroleum? Ini betul. Tetapi dalam strategi kuasa imperial Anglo-Amerika untuk mendirikan New World Order Syria ini dilihat sebagai musuh. Syria menjadi musuh bukan kerana Syria ini Syiah tetapi kerana Syria menyokong perjuangan Hezbollah dan Hamas yang sedang mengangkat senjata menentang kuasa zionis Israel.

Syria juga dijadikan musuh kerana Syria dari zaman presiden Hafeez al-Assad telah bekerjasama dengan Iran dalam banyak bidang. Malah dasar luar Iran/Syria telah membantu memperkuatkan gerakan Hezbollah dan Hamas.

Dari era Perang Dingin lagi Syria telah dilihat amat sedia untuk bekerjasama dengan USSR, kemudian dengan Rusia. Banyak kelengkapan persenjataan Syria yang digunakan untuk melawan Zionis-Isreal telah dibekalkan oleh Rusia. Rusia adalah sahabat Syria yang telah diduga. Hubungan intim dengan Rusia terjalin lama dan dibuktikan dengan wujudnya pangkalan tentera laut Rusia di Tartus semenjak tahun 1971. Tartus ialah pelabuhan yang kedua terbesar di Syria.

Mungkin ramai yang terlupa Isreal telah juga menawan dan sedang menjajah wilayah Bukit Tinggi Golan semenjak 1967 dahulu. Wilayah ini adalah milik Syria dan diakui oleh Bangsa Bangsa Bersatu.

Kerjasama antara Syria dengan Iran dan Rusia ini adalah satu perkara yang tidak dapat diterima oleh kuasa imperial Anglo-Amerika. Obama dan Clinton melihat bahawa kerajaan Bashar ini berkemungkinan akan menggagalkan strategi Amerika untuk menawan Iran. Syria perlu dipatahkan dahulu sebelum serangan dapat dilakukan ke atas Iran. Justeru kerajaan Bashar wajib dijatuhkan.

Di sini ada tiga buah negara yang sedang menjadi barua Amerika. Saudi, Qatar dan Turki. Saudi dan Qatar menjadi taiko mengeluarkan dana. Manakala Turki menyediakan tempat di sempadan Turki/Syria untuk melatih kumpulan-kumpulan pengganas anti-Syria yang kini memanggil nama mereka Free Syrian Army. Nama kumpulan ini amat menarik tetapi mereka ini dilatih oleh CIA.

Diberitakan sebuah jet pejuang Turki telah jatuh ditembak oleh peluru berpandu Syria. Ini mungkin sandiwara untuk mengolah persetujuan rakyat Turki dan rakyat dunia. Turkey kini memiliki cita-cita untuk sekali lagi - seperti zaman Uthmaniah dahulu - untuk dapat mempengaruhi dunia Arab. Turki memiliki nafsu besar, untuk menjadi kuasa besar. Nafsu besar ini muncul kerana Turki memiliki 'viagra' yang bernama Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato).

Para pembaca wajib sedar bahawa di belakang semua ini ialah kuasa zionis Isreal. Dengan licik Israel telah berjaya menjadikan Saudi, Qatar dan Turki sebagai budak suruhan gerakan Zionis Antarabangsa.

Pada ketika ini kuasa dan pengaruh Zionis Israel cukup kuat sehinggakan Obama terpaksa mengikut telunjuk Benjamin Netanyahu. Kaum zionis Isreal telah memilih waktu yang tepat - tahun pilihan raya - di mana tidak ada bakal presiden Amerika yang berani bercanggah dengan Isreal.

Amerika, Saudi, Qatar dan Turki semunya sedang menjadi budak suruhan zionis Isreal. Kita wajib sedar dan berwaspada kerana di belakang zionis Isreal ini ialah tuan empunya bank dan gedung-gedung perniagaan antarabangsa. Mereka inilah yang sedang merancang untuk mendirikan New World Order - Satu Dunia Baru - di mana semua harta kekayaan dunia ini akan mereka miliki. Kuasa dan kekayaan ini akan dipertahan oleh senjata-senjata buatan Amerika dan Nato.

Mungkin ada yang tidak percaya apa yang saya tulis ini. Mungkin ada yang melihat ini ialah perjuangan Sunni terhadap ajaran sesat Syiah. Mungkin ada yang akan mengatakan ini perjuangan adil rakyat Syria menuntut kebebasan dan demokrasi. Mungkin ada yang percaya bahawa kuasa imperial Amerika bersama Nato sedang berusaha menaburkan demokrasi seperti yang sedang mereka lakukan di Afghanistan, di Iraq atau di Libya.

Kepada yang tidak yakin dengan tulisan saya, saya cadangkan agar mereka pergi ke Kedutaan Saudi dan Qatar untuk bertanya bila piliha raya akan diadakan di Saudi Arabia dan Qatar? Khalas. END
PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Thursday, June 28, 2012

Syria di persimpangan jalan



23 Feb 2012
Syria menghadapi arus perubahan musim bunga politik yang sedang berlaku di dunia Arab secara khusus. Tidak boleh dinafikan sedikitpun, kebangkitan yang menggolakkan arus perubahan itu disebabkan oleh tempoh pemerintahan yang lama tanpa kebebasan rakyat,  kerana pemerintahan bersifat  diktator bertopeng demokrasi, yang menekan rakyat dengan lesen yang diberi oleh  kuasa-kuasa besar dunia diatas nama rakan strategik bagi keselamatan Israel yang dilindungi dengan cara paling istemewa, akhirnya tidak mampu membatalkan musim yang bertiup.


Syria mempunyai kedudukkan yang agak berbeza dengan negara arab yang lain, kerana tidak mengiktiraf Israel dan tidak mengadakan hubungan diplomatik dengannya. Syria juga menjadi pintu keluar bagi negara Iran yang dikepung, dalam masa yang sama mengizinkan buminya menjadi pangkalan bagi gerakan Islam Hamas dan Jihad Islami, serta pangkalan bantuan bagi Hizbullah yang berada di Selatan Lubnan. Hamas dan Jihad Islami bermazhab Sunni, tidak sama dengan Bashar Assad yang menganut mazhab Alawi. Begitu juga Republik Islam Iran dan Hizbullah yang bermazhab Syiah Imamiyyah yang bertentangan juga dengan mazhab yang dianut oleh Bashar dan keluarganya. Diambil kira juga parti  Baath yang menganut ideologi sosialis yang keras sehingga hampir sama dengan negara komunis dan juga berfahaman nasionalis  fanatik yang keras terhadap Israel. Menunjukkan bahawa masing-masing lebih menjadikan rakan strategik bagi menghadapi musuh  yang sama iaitu Israel.

Dalam masa yang sama, negara kuasa besar  khususnya Amerika yang menjadi rakan strategik Israel akan melindungi negara haram tersebut daripada sebarang gerakan yang dianggap ancaman kepada keselamatan Israel khususnya dalam berdepan dengan Islam. Kumpulan  Hamas, Jihad dan Hizbullah adalah ancaman paling bahaya terhadap Israel dengan bantuan Iran secara terbuka juga  diumumkan oleh pemimpin utamanya Imam Ali Khamanaei dalam khutbah jumaatnya yang terakhir, diikuti oleh lawatan rasmi  ke Iran oleh Ismail Haniyyah, Perdana Menteri Palestin yang tidak diiktiraf oleh Barat dan sekutunya walaupun dipilih secara pilihanraya yang dipantau oleh pertubuhan antarabangsa.  Maka kesemuanya adalah ancaman besar terhadap negara Zionis itu.

Sebelum daripada perkembangan ini, tercetus perang di Selatan Lubnan dan selepasnya serangan terhadap Ghazzah. Kedua peristiwa percubaan Israel ini yang menyerang bagi menghapuskan ancaman terhadap negara haram itu menemui kegagalan yang memalukan. Percubaannya gagal walaupun dengan bantuan negara-negara rakan Israel dan sokongan terbuka dan tersembunyi oleh negara-negara Arab yang bersahabat dengan Israel. Kesemua negara Arab dan negara Islam itu menerima konsep Road Map tajaan kuasa besar yang bertanggungjawab menubuhkan Israel.

Ia juga ekoran dicetuskan isu ancaman teknologi nuklear Iran,  walaupun di atas tujuan perbekalan tenaga, bukannya persenjataan kerana diharamkan oleh agama Islam seperti dinyatakan oleh para pemimpinnya. Sebaliknya Israel pula telah memiliki senjata nuklear sejak tahun enam puluhan lagi, dengan tidak menandatangani apa-apa perjanjian antarabangsa yang mencegahnya daripada melakukan sesuatu yang mengancam keamanan dan keselamatan dunia. Sebarang tindakannya yang dikira menceroboh dan mengganas dengan nyata  diselamatkan dengan kuasa veto oleh kuasa besar pelindungnya jika ada sebarang keputusan yang tidak berpihak kepadanya. Inilah dia undang-undang  rimba yang diamalkan di peringkat antarabangsa iaitu siapa yang kuat dia selamat.

PAS bersama dengan parti Islam di seluruh dunia mengutuk segala kekejaman yang berlaku di Syria terhadap rakyatnya. PAS dan gerakan Islam bersetuju supaya  kerajaan Syria menghentikan kekejaman terhadap rakyat. Kami juga bersetuju supaya Syria didesak dan dipaksa membuat perubahan kepada demokrasi yang sebenar. Namun kami tidak bersetuju jika perubahan yang berlaku kerana hendak menyelamatkan negara haram Israel dan masuk ke dalam agenda Israel  dan sekutunya. Tujuannya bukan menyelamatkan Syria tetapi lebih daripada itu untuk menekan, melemah dan menghapuskan Hamas, Jihad Islami (daripada Sunni) dan Hizbullah serta Iran (daripada Syiah).

Pihak yang melawan kerajaan Syria pula melibatkan kumpulan Islam dan bukan Islam. Mereka  dibekal dengan bermacam bantuan termasuk senjata dan ada yang diberi di atas nama Islam dengan agenda menegakkan kerajaan baru yang menyelamatkan Israel melalui gabungan kerjasama kumpulan Islam yang tidak kuat dengan kumpulan sekular yang berpangkalan di negara Barat yang lebih diperkuatkan supaya menguasai gerakan perubahan.

Media Israel  melaporkan kenyataan pemimpin kerajaan dan tentera Israel bahawa mereka mahukan perubahan yang bukan berteraskan Islam yang lebih menyelamatkan Israel. Jika tidak maka Bashar Assad perlu diteruskan berkuasa pada tempatnya. Ini kerana perubahan yang memberi kemenangan kepada kumpulan Islam seperti di Mesir, Tunisia dan Libya lebih menjadi ancaman kepada keselamatan Israel.

Usaha mereka bukan sahaja menyekat ancaman terhadap Israel daripada utara dan selatannya, tetapi juga dilakukan bagi menghapuskan kekuatan Iran dan kemajuan teknologinya. Beberapa bulan yang lalu media Barat mendedahkan perselisihan pendapat di kalangan Zionis Yahudi berhubung keperluan melancarkan serangan ke atas Iran seperti yang pernah dilakukan ke atas janakuasa tenaga nuklear Iraq di tahun 70-an di masa Saddam Husain. Usaha juga dilakukan dengan menggunakan Iraq di zaman Saddam bagi menyerang Iran yang baru berjaya dalam Revolusi Islam menjatuhkan regim Shah yang pro Barat. Ada di kalangan mereka yang bersetuju supaya Iran diserang habis-habisan. Mereka ialah kalangan pelampau Zionis yang berada dalam negara haram Israel. Ada juga yang tidak bersetuju Iran diserang. Mereka ialah kumpulan Zionis yang  berada  di Amerika dan Eropah. Mereka bimbang tindakan itu akan menyuburkan gerakan anti Zeonis dikalangan masyarakat barat apabila berlakunya krisis sampingan selepas serangan itu.

Bagi melaksanakan agenda yang nyata dan tersembunyi ini, maka sudah tentu Amerika dan sekutunya menjadi penyumbang besar bagi menjayakan cita-cita keselamatan negara haram Israel. Kepada mereka yang dapat membaca medan politik secara sepak terajangnya, bukan secara akademik sahaja, perlu difahami bahawa politik perlu dibaca dengan dua aspek iaitu akademik yang bersurat dan sepak terajang yang tersirat. Betapa agenda melagakan umat Islam yang pernah menjatuhkan kerajaan Othmaniyah di awal abad yang lalu sedang diulangi senarionya.

Pertama, umat Islam dilagakan dengan semangat kebangsaan masing-masing  sehingga membantu musuh bagi menjatuhkan kerajaan Othmaniyyah di abad yang lalu tanpa menafikan adanya kezaliman dan kesilapan kerajaan Othmaniyyah terhadap wilayahnya. Semangat nasionalisme digunakan bagi menimbulkan kebencian Arab terhadap bangsa Turki yang menguasai kerajaan Islam dimasa itu. Di atas semangat kebangsaan dengan bantuan yang melibatkan manusia seperti Lorans dan rakan-rakannya  Arab dibantu untuk menentang  Turki Otmaniyyah.  Akhirnya Kerajaan Othmaniyyah dijatuhkan dan diberi tempat kepada Kamal Ataturk mendirikan kerajaan sekular menggantikan kerajaan Islam di atas nama memajukan Turki tetapi berakhir dengan bangsat.

Di kalangan bangsa Arab pula diupah dengan bahagian masing-masing  mengikut road map Sykes Picot dengan membahagikan di kalangan negara Barat untuk menjaganya dengan upah mengangkut hasil bumi yang kaya. Manakala Arab pula dibayar dengan wang yang banyak supaya kaya-raya tanpa teknologi yang dapat menguatkannya sehingga dapat berdikari dan meninggalkan sifat Islamnya supaya tidak berakhlak, tetapi terus berlindung dengan negara-negara Barat tersebut. Negara-negara Arab yang mendapat bahagian ini masih lagi menjadikan hari mendapat bahagian tersebut sebagai hari kebangsaan masing-masing  yang disambut dengan meriahnya secara tahunan.

Yang kedua, melagakan umat dengan mazhab yang ramai pengikut. Pengikut Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah yang merupakan majoriti umat Islam  dan menjadi mazhab kerajaan Othmaniyyah yang bermazhab Hanafi, dilagakan dengan mazhab Syiah Imamiyyah yang  ramai penganutnya di Iran, Iraq dan  Selatan Lubnan dan menjadi mazhab Shah Iran di masa itu. Mazhab Zaidiyyah yang sebahagian besar pengikutnya di Yaman dan juga menjadi mazhab raja yang bergelar Imam yang memerintah Yaman. Ada pun Oman pula bermazhab Khawarij Ibadiyyah.  Syah Iran dan Imam Yaman berperang dengan kerajaan  Othmaniyyah. Oman pula menjadi pengkalan kuasa barat.

Malangnya dalam pergolakan yang berlaku di Syria dan  perang yang masih dingin di antara Iran dan negara Barat dan sekutunya, isu nasionalisme dan mazhab dihidupkan  semula. Dihidupkan semula  galakan semangat nasionalisme di kalangan umat Islam sehingga meletakkan ajaran Islam yang boleh menyatukan umat dan akhlaknya yang mulia dilupakan. Masalah khilafiyyah  di kalangan mazhab Islam yang satu dihidupkan semula. Sepatutnya menjadi perbincangan di kalangan para ulama yang mendalami ilmunya sahaja, tetapi dihidupkan bukan sahaja diantara Sunni dan Syiah bahkan di antara Sunni dan Sunni. Ia disebarkan saperti salafi (wahabi) dan Asya’irah dan Maturidiyyah  di kalangan Ahli Sunnah. Masalah cabang  ajaran agama yang berbeza dikalangan empat mazhab dan lain-lain dikalangan ahli sunnah dihidupkan kalangan masyarakat awam  yang cetek pengatahuan agamanya. Syiah Imam Khomeini dan Khaminaei yang membuat perubahan politik daripada syiah tradisi  di kalangan Syiah, diantara syiah Arab dan syiah Parsi di Iraq. Di samping menyebarkan mazhab-mazhab ini  di kalangan umat Islam yang masih jahil agama, bukannya menyebarkan dan  menambahkan penyebaran Islam di kalangan bukan Islam. Semua ini adalah agenda laga dan perintah atau penjajahan semula yang sepatutnya difahami oleh umat Islam.

Dalam kemelut yang begitu celaru, umat Islam perlu kembali ke pangkal jalan, mengenali kawan dan lawan serta mengambil iktibar daripada kesalahan yang lalu. Para ulama dan pemimpin di zaman keemasan umat Islam bersatu dalam perkara rukun dan berbeza pendapat dalam masalah cabang sehingga tidak memisahkan hubungan persaudaraan agama dan kemanusiaan berbagai agama dan kaum dalam negara Islam yang luas dan besar. Pandangan semua ulama dicatit menjadi kajian, termasuk pendapat paling lemah kerana keadaan situasi dan realiti yang boleh berubah. Kesilapan dalam perkara rukun diperbetulkan dengan kebijaksanaan. Maka paling menariknya berlaku perkembangan Islam secara damai lebih pesat daripada ketika berperang.

Allah mengajar penganut Islam di zaman Rasulullah S.A.W. supaya umat Islam bersatu di atas dasar dan konsep Islam serta menggunakan pendekatan damai dan strategik dengan masyarakat bukan Islam. Walaupun Rasulullah S.A.W. sudah wafat dan para sahabat generasi awal Islam berbeza pendapat  siapakah pengganti Rasulullah S.A.W. selepas wafatnya  sehingga melahirkan mazhab Sunni, Syiah dan Khawarij. Namun mereka bersatu bersama para Khulafa Rasyidin R.A. dalam menghadapi cabaran dan menyebarkan Islam sehingga berjaya  selama beberapa abad.  Mereka yang jahil dan melampau disingkirkan daripada masyarakat umat yang besar. Imam Abu Hanifah dan Imam Malik berguru dan bersatu dengan Imam Jaafar al-Sodiq pelopor Syiah Imamiyyah yang beribukan salah seorang daripada zuriyat Abu Bakar Al Siddiq R.A. Semua para ulama yang berwibawa itu menentang kezaliman di zaman Umawiyyah dan Abbasiyyah dan mendokong sesiapa yang adil, seterusnya dakwah dan jihad diteruskan. Adapun pertelingkahan yang tajam selepasnya, berlaku di kalangan para jahil daripada semua pihak.

Langkah penubuhan Majma’ Fiqh di bawah OIC yang melibatkan para ulama daripada semua mazhab itu adalah sangat positif bagi umat Islam. Begitu juga kenyataan dan fatwa pemimpin utama Iran Imam Ali Khaminaei supaya para pengikutnya berhenti daripada mencaci dan menghina para Ummahatul Mukminin (para isteri Rasulullah S.A.W.) yang bertaraf ibu kepada seluruh orang-orang yang beriman dengan perintah Al Quran secara nas dan berhenti menghina para sahabat R.A. malah para ulama besarnya memaklumkan  bahawa lebih daripada sembilan ribu hadith yang ada dalam kitab al-Kulaini yang menimbulkan masalah hendaklah ditolak.

Adapun langkah membiarkan kuasa asing yang dijemput menyelesaikan masalah hanya mengulangi sejarah lama yang wajib dilipat dan dikebumikan. Kalau mahu menghidupkan semula dalam pergolakan di Syria terkini akan terlaksana sejarah lama yang mengundang singa dan buaya. Natijahnya kalau selamat daripada mulut harimau akan masuk ke dalam mulut buaya.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Thursday, February 23, 2012

Israel vs 'tembok Syiah'

WASHINGTON, Feb 4, 2012 (IPS) - When Defence Secretary Leon Panetta told Washington Post columnist David Ignatius this week that he believes Israel was likely to attack Iran between April and June, it was ostensibly yet another expression of [5ats of military action. -- Gareth Porter IPS

Dua minggu dulu - ketika kita semua sibuk dengan cuti panjang Mauludur Rasul dan Thaipusam - di New York, rancangan jahat Amerika telah digagalkan oleh Rusia dan China. Kuasa imperial Amerika bersama kuncu-kuncu Nato-nya telah cuba meluluskan ketetapan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk menyerang Syria. Ini adalah mondus operandi menggunakan topeng ketetapan PBB. Ketetapan PBB telah digunakan oleh Amerika dan kuncu Nato untuk menyerang Iraq, Afghanistan dan Libya.

united nation un general assemblyTetapi pada 4 Febuari yang lalu, Rusia dan China telah menggunakan kuasa veto mereka untuk membatalkan rancangan jahat Amerika. Kalau tidak diveto, melalui ketetapan PBB ini Amerika ingin mewujudkan sekatan ekonomi dan kemudian sekatan penerbangan (no fly zone) ke atas Syria. .

Lalu timbul persoalan, apa yang sebenarnya sedang berlaku sekarang? Dalam tulisan minggu lalu, saya telah menerangkan apa dia NeoCon. Apa dia falsafah dan pejuangan NeoCon. Dalam tulisan yang sama saya telah menerangkan rancangan NeoCon dengan Projek Amerika Kurun Baru atau Project For the New American Century (PNAC).

Justeru, semua yang sedang berlaku di hadapan mata kita dalam dunia hari ini adalah pengimplementasian projek-projek untuk menjayakan perancangan-perancangan yang telah diajukan dalam dokumen PNAC. Apakah tuan pembaca yang budiman menganggap saya ini keterlaluan? Biar saya butirkan lagi agar kita bersama-sama mendapat pencerahan.

iran opposition election 260609 05Pada ketika ini, dari bahan bahan bacaan terkini, dari laporan media antarabangsa, sahih Amerika sedang bersedia untuk menyerang Iran. Sama ada serangan ini dilakukan oleh Israel atau oleh Amerika sendiri bukan persoalan. Lalu timbul pertanyaan, jika Iran yang mahu diserang kenapa pula pertempuran sedang bermula di Syria? Kenapa sekatan ekonomi mahu dikenakan ke atas Syria?

Untuk memahami babak ini mari saya bawa kembali kepada apa yang di panggil Gulf of Tonkin Incident. Pada 2 Ogos 1964, sebuah kapal perang Amerika bernama USS Maddox telah dikatakan diserang oleh tentera laut Vietnam Utara. Apabila berita serangan dari tentera laut Vietnam Utara tersebar meluas di Amerika, Presiden Johnson pun mengistiharkan perang ke atas Vietnam Utara. Hari ini sejarah telah membuktikan tidak ada serangan dari tentera laut Vietnam Utara pada hari itu. Gulf of Tonkin itu hanya taktik untuk mengolah persetujuan rakyat Amerika agar menyokong Presiden Johnson menghantar tentera ke Vietnam dan melancarkan perang.

Kerana tangisan Nayirah


Mungkin apa yang berlaku di Gulf of Tonkin agak lama dahulu. Ketika itu mungkin ramai pembaca masih belum lahir atau baru pandai kencing-kencing berdiri. Kerana itu biar saya buka surah yang terbaru. Pada 10 Oktober 1990, dahulu seorang budak perempuan 15 tahun bernama Nayirah telah menangis-nangis di kaca TV kerana dia ternampak soldadu Iraq masuk ke dalam hospital dan mengambil bayi-bayi yang tersimpan dalam inkubator. Dunia menjadi gempar. Dunia semakin yakin akan keganasan Saddam Hussein. Dunia melihat Saddam sebagai pemimpin yang sudah gila.

george w bush final days 130109 03Berasaskan kesah dan tangisan Nayirah ini, Presiden Bush Senior (kiri) telah berjaya mengolah persetujuan rakyat Amerika untuk menyerang Iraq. Awas! Hanya beberapa hari kemudian dunia diberitahu bahawa Nayirah ini anak kepada Saud bin Nasir Al-Sabah, duta besar Kuwait ke Washington DC. Tangisan Nayirah ini hanyalah lakonan dirakam dan difilemkan di Washington DC, bukan di Kuwait oleh syarikat Hill & Knowlton - sebuah syarikat lobi. Tetapi berita sahih tentang siapa sebenarnya Nayirah ini tidak diambil peduli oleh media antarabangsa. Rakyat Amerika sudah naik minyak dan bersedia untuk bersama Bush menyerang Iraq.

Kalau Iran hendak diserang, apa perlunya Syria juga di serang?

Untuk memahami babak ini kita wajib memahami apa dia Israel. Banyak orang tersilap baca. Israel ini adalah negara pendatang (settlers state) seperti Afrika Selatan, seperti New Zealand, seperti Australia, seperti Kanada, seperti Singapura dan seperti Amerika sendiri. Negara-negara didatangi oleh orang-orang asing yang pembudayaan, bahasa, agamanya tercipta di satu wilayah yang lain. Mereka datang menjadi penduduk dan meminggirkan warga asal. Dalam kes Israel, mereka bukan hanya meminggir, malah menghalau keluar orang Palestin - warga asal.

NONEPada tahun 1967, saya dalam tingkatan empat. Pada tahun itu, Perang Enam Hari Arab-Israel telah pecah. Saya hairan kenapa 100 juta warga Arab tidak dapat mengalahkan tiga juta Yahudi di Israel. Memang ramai kawan-kawan saya turut sama merasa hairan kenapa Arab yang ramai dapat dikalahkan oleh Yahudi yang sedikit. Sebenarnya ketika itu saya tidak faham apa itu Israel dan apa itu imperialisme. Hari ini saya telah mengetahui dengan mendalam tentang Israel. Dan saya tidak akan membuat kesilapan tentang siapa dan apa sebenarnya Israel ini.

Israel, selain dari negara pendatang adalah juga pangkalan tentera Amerika yang cukup lengkap dengan persenjataan terbaru dan tercanggih. Setiap tahun Israel mendapat AS$3 bilion bantuan bukan pinjaman dari Amerika. Ini belum termasuk bantuan persenjataan dan dana perniagaan. Dunia hari ini mengetahui bahawa Israel yang memiliki lebih dari 250 butir bom nuklear. Justeru bala tentera Israel adalah yang terkuat di Timur Tengah. Bala tentera Israel ini juga selalu mengadakan latihan bersama dengan tentera Amerika. Di mana soldadu Israel berakhir, di situ soldadu Amerika bermula.

Ketika Perang Enam Hari tahun 1967 berlaku, Isreal telah merampas Bukit Golan, wilayah milik Syria. Wilayah Golan ini sempadan Israel, Syria dan Lebanon. Israel menganggap wilayah ini strategik untuk pertahanan Utara Israel. PBB tidak mengitiraf perampasan Bukit Golan ini. PBB meluluskan ketetapan agar wilayah ini dipulangkan. Tetapi Israel dengan kuasa bala tentera Amerika dibelakangnya terus tidak mempedulikan pandangan rakyat sedunia.

Kecelakaan di musim bunga?

Melihatkan musuh yang amat degil maka Syria telah membuat perjanjian pertahanan dengan Iran pada Jun 2006 dahulu. Melalui perjanjian ini Syria telah dibantu oleh Iran dari segi persenjataan. Berasaskan perjanjian ini , Iran sedang membina pelabuhan dan pangkalan tentera dan di pesisiran pantai Syria. Ini untuk membolehkan senjata-senjata dari Iran masuk melalui pelabuhan ini. Perjanjian pertahan ini diperkuatkan lagi dengan Perjanjian Perdagangan Bebas antara Syria dan Iran yang bermula semenjak tahun Disember 2011. Semua ini dilihat oleh Isreal sebagai langkah yang berbahaya.

russia georgia south ossentia conflict 140808 01Manakala Syria dan Rusia telah memiliki hubungan yang intim semenjak zaman Perang Dingin lagi. Di zaman Presiden Hafez Al-Assad di Syria - ayah kepada Presiden Bashar, Syria telah mendapat perlindungan ketenteraan dari Rusia. Syria menggunakan alat persenjataan dari Rssia dan dari blok sosialis. Manakala Rusia dibenarkan menempatkan kapal-kapal tentera lautnya di pelabuhan Syria. Ini kerana selama 6 bulan pelabuhan Rusia di Utara Eropah disalut oleh air batu. Maka pelabuhan Syria menjadi tempat terbaik. Hubungan intim antara Syria dan Rusia ini tidak disenangi oleh Amerika dan dilihat mengancam keselamatan Israel.

Keadaan politik bertambah tajam apabila Parti Hisbullah dan gerila bawah parti ini mendapat dukungan dan sokongan teguh dari Iran. Parti yang berpangkalan di Lebanon ini adalah satu-satunya parti yang sedang berjuang mengangkat senjata melawan Zionis Israel. Syria pula memainkan peranan yang amat penting sebagai tempat pangkalan bantuan senjata dan makanan dari Iran disalurkan kepada Hisbullah. Senjata dari Iran sampai ke pelabuhan Syria dan kemudian masuk mengikut jalan darat ke Lebanon untuk sampai ke gerila Hisbullah.

israel invades gaza strip hamas palestineJusteru apa yang kita lihat sekarang telah wujud setiakawan dan frontbesar - antara Iran, Syria dan Hisbullah. Dalam masa yang sama Iraq di bawah kerajaaan baru ini lebih sedia bekerjasama dengan Iran. Kini secara tidak resmi telah wujud ‘ Tembok Syiah' yang kukuh. Blok revolusioner dengan dasar anti-Zionis dan anti-Amerika.

Melihatkan kemunculan Tembok Syiah ini maka kaum Zionis Israel sedang merancang untuk menimbulkan satu ‘kecelakaan' seperti Gulf of Tonkin Incident atau seperti tangisan Nayirah. Kecelakaan yang dirancanga seperti ini amat penting untuk mengolah persetujuan rakyat Amerika. Hati rakyat Amerika wajib dimenangi kerana pada ketika ini telah muncul kumpulan rakyat Amerika yang jelak dan mual dengan gerakan Zionis dan pengaruh Zionis dalam politik Amerika .

NONEKetika tulisan ini digarap, Syria semakin diasak oleh apa yang dipanggil ‘Syrian Free Officer Movement yang berpengkalan di Turki. Gerombolan yang menggunakan nama gerakan Gamal Abdel Nasser ini sebenarnya adalah anak syarikat Nato. Mereka dilatih dan dibiayai oleh Amerika dan kuncu-kuncu Nato. Turki menjadi pusat dan pengkalan gerakan ini. Gerombolan inilah nanti yang sedang menyediakan pentas untuk menghalalkan Amerika, Israel dan Nato masuk menyerang Syria.

Sebelum memasuki Iran, tembok Syiah wajib diruntuhkan atau sekurang-kurangnya diretakkan. Kita tunggu dan lihat bila musim bunga dan musim panas sampai. Apakah bentuk kecelakaan yang sedang dirancang di Syria?