Showing posts with label Nizar. Show all posts
Showing posts with label Nizar. Show all posts

Tuesday, June 12, 2012

Apa agenda Kosmo mainkan isu WWW1?


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/10912-apa-agenda-kosmo-mainkan-isu-www1

Salmiyah Harun,12 Jun 2012
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Perak tidak menolak ada agenda pihak tertentu yang cuba mengaibkan Sultan Johor melalui laporan dan sindiran berhubung bidaan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 yang disiarkan dalam akhbar Kosmo.

Ketuanya Dr Raja Ahmad Iskandar Al Hiss berkata, isu bidaan mula disensasikan oleh akhbar terbabit sejak 8 April lalu.

Akhbar itu menyiarkan laporan yang bertajuk 'sanggupkah anda bayar RM500 ribu untuk plat ini?'

Tambahnya akhbar berkenaan sudah mensensasikan isu itu sebelum dimaklumkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Pada 25 Mei Kosmo telah melaporkan nombor kenderaan berkenaan telah dibida dan keluaran itu juga akhbar itu secara sinis telah menggambarkan nilai bidaan sebanyak RM520,000 dengan membuat pelbagai bandingan.

Seterusnya, pada 28 Mei pula Kosmo sekali lagi di ruangan karikatur telah membincangkan tentang bidaan plat kenderaan berkenaan.

Namun, katanya pada hari yang sama kira-kira jam 4.07 petang dimana Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Nizar Jamaludin memberi pandangan berhubung bidaan itu melalui 'tweeter'nya.

Nizar di dalam 'tweeternya' berkata, "RM520k boleh dibelanjakan membantu rakyat Melayu Johor yang masih ramai miskin serta memerlukan bantuan untuk keperluan hidup, bina 20 rumah pprt".

29 Mei sekali lagi akhbar Kosmo mengesahkan Sultan Johor pemilik WWW 1 dan meletakkan gambar sebuah kereta mewah di muka depan akhbar itu.

Bagaimanapun, jelas Raja Ahmad, satu kekeliruan berlaku apabila pada 30 Mei Sultan Johor mempertahankan bidaannya itu tetapi dalam akhbar Kosmo keluaran yang sama sekali lagi menyiarkan karikatur berbentuk sindiran.

Namun, Kosmo pada keluaran 31 Mei cuba melagakan Ahli Parlimen Bukit Gantang itu dengan Sultan Johor apabila mengeluarkan berita di muka depan bertajuk Mohammad Nizar kritik Sultan Johor berhubung plat WWW 1 disiasat.

Jelas Raja Iskandar, ekoran itu Pemuda PAS Perak telah membuat laporan polis berhubung laporan akhbar pada 4 Jun lalu malangnya sehingga kini Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak mengambil tindakan terhadap akhbar terbabit.

"Saya lihat ada tindakan pilih kasih. Dan saya tidak menolak ada agenda tertentu oleh akhbar terbabit yang mempertikaikan isu bidaan," katanya.

Beliau juga mempersoalkan mengapa Kementerian Pengangkutan di bawah menterinya Datuk Seri Kong Cho Ha yang juga Setiausaha Agung MCA mendedahkan isu bidaan ini.

“Kenapa pada tahun 2010 isu bidaan plat ini yang mencecah RM300,000 itu rekod bidaan tertinggi ketika itu tidak didedahkan kepada umum sedangkan isu bidaan plat WWW 1 yang melibatkan Sultan Johor ini didedah dan dihebahkan secara meluas?" soalnya.

Beliau hairan apakah agenda kementerian mendedahkan isu yang membabitkan Sultan Johor ini.

“Di mana Pemuda Umno dan Perkasa yang lantang bercakap tentang isu ini. Sebenarnya Pemuda Umno berbohong kepada rakyat Johor dan Sultan," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen.

Justeru, beliau sedia menyerahkan bukti-bukti laporan akhbar berkenaan yang jelas mempertikaikan bidaan nombor itu.


Kertas siasatan kes Nizar akan diserah pada DPP
4:49PM Jun 12 2012 
Polis Johor akan mengemukakan kertas siasatan mengenai kenyataan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat. 

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata siasatan terhadap kenyataan Mohammad Nizar menerusi Twitter mengenai bidaan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim itu hampir selesai.

Polis telah menerima 46 laporan daripada pelbagai pihak, kata Mohd Mokhtar kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di Johor Bahru hari ini. 
    
Mohammad Nizar yang juga ADUN Pasir Panjang itu mempersoalkan bidaan nombor pendaftaran itu dengan bayaran RM520,000. 
    
Dua pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara telah mengambil keterangan Mohammad Nizar di Pejabat PAS Perak, di Ipoh pada 6 Jun lepas, dalam menjalankan siasatan mengikut Akta Hasutan. 

Dalam perkembangan lain, Mohd Mokhtar berkata pihaknya sedang menjalankan pemantauan sejak dua minggu lepas ke atas dua kumpulan kecil yang dipercayai melakukan kegiatan perjudian sempena kejohanan bola sepak EURO 2012. 

Beliau berkata kedua-dua kumpulan berkenaan berpindah dari satu premis ke satu premis lain bagi mengelakkan pihak berkuasa menghidu kegiatan mereka. 

"Difahamkan kegiatan perjudian secara talian (online) itu kemungkinan berlaku dengan sindiket judi yang beroperasi di luar negara dengan alat 'server' yang digunakan dipercayai berada di luar negara," katanya. 

- Bernama

Thursday, May 31, 2012

Antara ratu dan rakyat


  • Dr Mohd Asri Zainul Abidin
  • 11:03AM Jun 1 2012
 
ULASAN Sambutan Diamond Jubilee sempena 60 tahun pemerintahan Queen Elizabeth II yang menaiki tahta sejak 1952 akan berlangsung UK beberapa hari lagi. 

Dikatakan beberapa negara yang masih mendaulatkan monarki British itu seperti Australia, Kanada, New Zealand dan lain-lain akan turut menyambutnya. 

Di UK, sambutan kelihatan agak besar. Masih nampak perasaan sayang rakyat pada ratu.

NONESaya sendiri merasakan, jika saya rakyat British yang asal, tentu saya juga akan berbangga dengan sumbangan yang pernah diberikan oleh keluarga diraja British itu. 

Di samping pelbagai sudut yang dikritik, British pernah menjadi empayar yang begitu hebat dan luas sehingga disebut "the Sun never sets on the British empire"

Sebahagian kekayaan dan kemakmuran yang dirasai oleh rakyat British hari ini hasil usaha ‘penjajahan' yang dilakukan oleh keluarga diraja British, sama ada secara langsung ataupun tidak. 

Di sudut itu, keluarga diraja British memang menyumbang untuk negaranya. Ia bukan keluarga diraja yang hanya menghisap hasil rakyat dan meminta mereka disanjung tanpa satu catatan sejarah yang boleh dibanggakan. 

Mereka menjajah, ya! Itu suatu yang negatif bagi kita yang dijajah. Namun, untuk negaranya mereka telah membawa kekayaan pulang hasil ‘perahan' negara lain. Maka, keluarga diraja British adalah keluarga yang berjasa dan mencatatkan sejarah. 

Sekalipun sebagai penjajah, mereka bukan keluarga diraja yang menjemput penjajah sehingga sanggup menyerah tanah dan rakyat untuk kepentingan diri, tetapi mereka menakluki negara lain dan membawa hasilnya ke Britain kembali.

Kritikan
Pun begitu sambutan Diamond Jubilee yang akan berlangsung itu tidak sunyi dari kritikan. Akhbar dan orang ramai ada yang memprotes sambutan tersebut sebagai membazir wang negara dalam keadaan ekonomi Eropah yang tidak stabil sekarang.

Ada yang membuat undian pendapat apakah sambutan itu membazir ataupun tidak. Ada pula yang mengira kos kerugian cuti disebabkan sambutan tersebut. 

Hasrat Queen untuk mendapat hadiah sebuah kapal persiarandaripada kerajaan sempena Jubilee ini pun telah ditolak apabila tinjauan menunjukkan 64 peratus rakyat tidak bersetuju. 

Demikian ramai juga yang mengkritik sambutan Jubilee ini disebabkan antara jemputan Queen ialah raja-raja yang dianggap tidak demokratik dan zalim dari pelbagai negara. Kritikan ditujukan kepada Queen sebagai tidak sensitif dengan isu kemanusiaan. 

NONEApapun, kami di sini akan dapat cuti. Segala kritikan dan sokongan kepada Queen adalah asam garam kehidupan mereka di sini yang menghormati hak rakyat dalam bersuara. Setuju ataupun tidak satu hal. 

Namun memberikan ruang rakyat bersuara adalah tanda pemerintah yang demokratik dan menghormati rakyat. Rakyat tidak dianggap derhaka hanya dengan memberikan pendapat yang berbeza. 

Hanya kelompok ‘jakun' yang cuba hidup dalam dalam kalangan manusia berakal sahaja yang menganggap memberi pendapat itu satu jenayah, sekalipun ia tidak diikuti dengan aktiviti yang mengancam dan merosakkan keselamatan rakyat. 

Ya, sudah pasti ada peraturan dan adabnya dalam setiap perkara. Namun hak bersuara tidak boleh dinafikan. Kita patut ‘tabik' kepada monarki British di ‘sudut itu'. Mungkin perkembangan politik British juga tidak memberikan mereka pilihan melainkan demikian.

Saya rasa itulah salah satu sebab monarki British itu masih disayangi dan rakyat merasakan mereka patut terus berada di situ. 

Isu Malaysia
Saya terlambat ikuti perkembangan isu di Malaysia. Saya dimaklumkan bahawa ada isu tentang istana tertentu membida nombor kereta sehingga lebih RM 500,000. 

Saya juga dimaklumkan bahawa ada yang telah kritik isu ini. Saya tidak tahu pendetilan isu tersebut. Saya tidak tahu siapa yang patut dipersoalkan. 

Cuma, apabila ada yang bertanya dalam Twitter, saya jawab secara umum bahawa ‘JIKA' golongan istana tidak boleh dipertikaikan bererti rakyat telah mempertuhankan mereka. 

Ini kerana hanya Tuhan sahaja yang tidak boleh dipertikaikan oleh manusia. Saya tweet hal itu secara umum tanpa ditujukan khusus kepada sesiapa. 

azlanAda yang cuba menjadikan tweet itu khusus kepada isu berkenaan. Sebenarnya tidak. Ada pula yang menyunting rakaman ucapan saya dalam isu lain yang dah lama semasa saya masih di Malaysia, lalu dikaitkan dengan isu berkenaan. 

Itu pun tidak betul. Saya tidak tujukan kepada peribadi, tetapi kaedah yang umum. Saya juga setuju, menegur pemerintah ataupun raja dalam isu peribadi memerlukan bahasa yang sesuai dan berkesan. Kritikan hendak membina (constructive criticism). Namun hak menegur tetap ada.

Saya mungkin tidak bersetuju dengan isi sesuatu kritikan. Bahkan saya mungkin menentang pengkritik itu sendiri dalam isu-isu yang lain. 

Namun saya berpegang bahawa seseorang rakyat itu selagi dia menggunakan bahasa yang wajar dan hujah yang betul, tidak wajar untuk dia dihukum kerana mengkritik. 

Mana-mana pihak yang menghalang orang mengkritik golongan bangsawan sekalipun dengan bahasa yang betul, adalah golongan feudal yang tidak wajar menguasai politik masa kini. 

Adakah sesiapa dalam kalangan pemerintah kita yang lebih mulia, hebat dan gagah dari Saidina ‘Umar bin al-Khattab? Beliau pernah ditegur, namun beliau tidak menghukum pengkritiknya.

Khalifah Umar bin al-Khattab suatu hari pernah membahagi-bahagikan kepada rakyatnya pakaian lalu beliau naik ke atas mimbar dan berkata: "Wahai manusia dengarlah!" 
Tiba-tiba bangun Salman al-Farisi berkata: "Kami tidak mahu dengar." 
Lantas Umar bertanya: "Kenapa wahai Salman?" 
Jawabnya: Engkau berikan kami semua seorang sehelai, sedangkan engkau memakai dua helai."
Kata ‘Umar: "Jangan tergesa-gesa wahai Salman." 

Lalu Umar memanggil anaknya Abd Allah. 

Kata Umar: Aku menyerumu dengan nama Allah, bukankah pakaian yang aku pakai ini adalah peruntukanmu yang engkau berikan padaku." 

Jawabnya: Ya! 
Maka kata Salman: "Sekarang kami akan dengar". (Ibn Qutaibah, ‘Uyun al-Akhbar, 1/55).
Tiada hukuman pun, sedangkan itu ‘Umar bin al-Khattab. Apakah kita merasakan bahawa ada pihak yang lebih mulia dari Nabi SAW dan para al-khulafa ar-Rasyidin. 

Nabi SAW sendiri pernah dipersoalkan beberapa tindakan baginda seperti tentang isi perjanjian Hudaibiah yang baginda meterai. 

Baginda tidak menghukum pengkritik. Sedangkan baginda seorang nabi. Siapakah yang merasakan lebih mulia dari baginda?

Ulama
Ulama mestilah bersikap seperti tokoh ilmuan agung mazhab al-Shafie iaitu al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H). Saya telah petik kisah beliau dalam artikel saya semasa saya masih menjadi mufti Perlis. 

Saya ketika itu mengkritik kenaikan harga barang. Artikel itu disiarkan oleh akhbar Mingguan Malaysia. Saya petik kisah al-Imam al-Nawawi r.h (631-676H) yang diminta oleh raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar. 

Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad. Namun ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan.

azlanAl-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga. 

Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong? Beliau menjawab: 

"Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki tali pinggang daripada emas. 

"Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki seberkas perhiasan. Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamba perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga Baitul Mal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu. 

"Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan Nabi-Nya SAW. (lihat: ‘Abd al-Ghani al-Daqar, al-Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam).

Inilah tokoh Mazhab al-Shafi'i yang sangat hebat dari segi ilmu dan akhlak. Di Malaysia, ada yang fanatik mazhab. Pantang dengar orang tidak berpegang dengan mazhab Shafie yang "dia faham", terus hendak diadukan kepada sultan dan raja. 

Malang sekali, sikap dan budi tokoh-tokoh mazhab itu tidak diteladani. Kita tidak meminta pemerintah supaya jadi seperti ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz. Kita minta jangan buat sesuatu yang menimbul persoalan dan kegelisahan rakyat.

Kita ingin sayangkan pemerintah kita dengan ikhlas. Pihak istana akan lebih dihormati dan disayangi jika mereka mengikut perkembangan dan perasaan rakyat. 

Hari ini dunia terbuka. Memaksa orang suka hanya membakar rasa kebencian. Namun, akhlak yang baik, teladan yang bagus dan kehidupan yang jujur akan menjadikan sesebuah institusi itu bertambah dekat di hati dan jiwa rakyat.

NONEPROF MADYA DATUK DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDINbekas mufti Perlis dan kini zamil di Universiti Oxford. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Monday, May 14, 2012

Kenapa Nizar hadir ceramah Umno malam tadi?

http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=14344
Oleh Hazayani Zakaria


[Gambar: Nizar (duduk, dua dari kanan) hadir pada ceramah 'Nizar Pembohong Bersiri' anjuran Umno di Tualang Sekah, Kampar malam tadi.] Foto dari web Tranungkite.

KUALA LUMPUR, 14 Mei: "Apa salahnya saya duduk dan dengar untuk tahu apa pembohongan yang mungkin saya sudah lupa," kata bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Nizar berkata demikian apabila ditanya faktor yang mendorong beliau hadir ke ceramah anjuran Umno Kampar bertajuk 'Nizar Pembohong Bersiri' di Tualang Sekah, malam tadi.

"Bila saya dapat tahu ceramah itu memang untuk dedahkan pembohongan saya, eloklah saya pergi dengar sendiri supaya mereka berterus terang.

"Kebetulan giliran saya berceramah tidak jauh dari situ jam 11 malam. Jadi saya minta kawan hantarkan dengan motor ke ceramah mereka," kata beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Cerita Nizar, ketika beliau sampai dan duduk di meja utama, bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Nasional Hanafiah Man sedang 'mengumpat' beliau.

Namun apabila menyedari kehadiran Nizar, Hanafiah terdiam seketika dan terus menukar topik.

"Saya pun tak tahu kenapa mereka terkejut dan tak teruskan ucapan, tak tahu mereka rasa bersalah atau apa," katanya yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat.

Tambah Nizar lagi, kebanyakan orang luar yang hadir ke ceramah itu sebaliknya orang kampung tersebut hadir ke ceramah PAS yang hanya kira-kira 150 meter dari tapak ceramah Umno itu.

"Orang kampung situ memang kenal saya dan keluarga saya mungkin sebab itu mereka lebih berminat untuk hadir ke ceramah PAS," katanya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang. 

Katanya juga, kehadirannya menyebabkan matlamat Umno untuk memfitnahnya gagal dan menimbulkan rasa tidak senang penganjur.

"Saya duduk sebelah (Ketua Umno Bahagian Kampar ) Datuk Radzi (Manan). Beliau bisik kepada saya suruh beredar untuk mengelakkan pergaduhan.

"Katanya kalau orang Umno hadir ceramah saya, mesti saya pun tak suka. Saya kata, saya lagi suka kalau orang Umno hadir ceramah saya. Senang saya nak sampaikan maklumat," katanya lagi.

Ekoran tindakan beraninya itu, ramai pengikutnya di blog mikro Twitter memuji 




http://www.malaysiakini.com/news/197906

Nizar hadir tanpa diundang di ceramah Umno
Bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang menjadi sasaran dalam satu program ceramah Umno pada malam tadi dengan selamba muncul di program tersebut dan duduk bersama pemimpin yang hadir.

NONEInsiden itu berlaku ketika beliau dalam perjalanan ke program ceramahnya, yang terletak kira-kira 200 meter daripada lokasi ceramah "Nizar pembohong bersiri" tersebut di Tualang Sekah, kata Nizar.

Beliau singgah ke ceramah tersebut apabila melihat kain rentang yang terpapar namanya itu, kata Nizar ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Beliau tertanya-tanya, apakah "pembohongan" yang telah disebarkannya itu, kata Nizar yang menyifatkan kunjungannya itu sebagai muhasabah dirinya.

Perkara pertama yang didengarnya ketika sampai ke program itu ialah suara bekas ahli PKR Hanafiah Man yang keras mengkritiknya, kata Nizar.

Hanafiah yang menyedari kehadiran beliau kemudiannya beralih topik kepada kritikan ke atas pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga dan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Para hadirin seramai kira-kira 100 orang itu juga terkejut melihat kehadirannya di majlis tersebut, kata Nizar lagi.

"Saya rasa mereka pucat," katanya sambil ketawa.

Beberapa orang di majlis itu memintanya beredar namun beliau berkeras untuk berada di situ kerana majlis tersebut berkait dengan dirinya.

Katanya lagi beliau mahu mendengar ceramah tersebut da, beliau juga akan mengalu-alukan kedatangan mereka ke program 

Panas!!! Nizar Muncul Dalam Ceramah Umno Yang Bertajuk"Nizar Pembohong Bersiri


http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=14334
Posted on Sunday, May 13 @ 20:53:38 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

BeritaOleh: usamah

"

Bakal MB perak jika pakatan rakyat menang PRU 13 Opppsss !! bukan Dato Sri Nizar masuk umNo tetapi Mantan MB perak masuk ke Majlis ceramah Umno sebagai tetamu tak diundang  di Tualang Sekah Perak semalam, Tajuk ceramah puak umNO pun hebat  "NIZAR PEMBOHONG BERSIRI ". Dengan muka selamber  beliau duduk di dif jemputan sambil tersenyum tanpa ada perasaan gentar dan bersalah .

Penceramah umno malam semalam iaitu Dato Shaarani dan Hanifah Man tak jadi nak godam nizar ..ha ha ha terkedu, panik dan pucat dengan kehadiran beliau.Saya memang cukup kagum dengan sikap " anak jantan " Dato Sri Nizar memberanikan diri masuk ke kem musuh walaupun pada malam itu sememangnya ceramah umno mahu membongkar konunnya Nizar adalah pembohong bersiri.

Akhir kata Gua solute sama lu Dato Sri Nizar...
inilah pemimpin yang aku cari..
Perasaan aku bertambah bangga bila ada orang cina berkata jika PR berjaya tawan kembali Perak hanya Nizar la calon pilihan kami sebagai Menteri besar Perak.Bertapa tingginya harapan rakyat terhadap seorang yang bernama Nizar Jamaludin.

Depan saya hanafiah trus berhenti menuduh saya pembohong bersiri,dgn sertamerta tukar isu ambiga & DSAI,cuak lesi dia! dari Tweeter Dato sri nizar

"