Showing posts with label Azmin Ali. Show all posts
Showing posts with label Azmin Ali. Show all posts

Tuesday, May 22, 2012

Bersih 3.0: Bekas pendakwa kini peguam Anwar


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/10482--bersih-30-bekas-pendakwa-kini-peguam-anwar

Muhammad Faizal,22 Mei 2012

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pendakwaraya bagi kes liwat II, Datuk Mohd Yusuf Zainal Abiden (gambar) kini menyertai pasukan peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes Bersih 3.0.

Tindakan ini merupakan satu tamparan hebat kepada Perdana Menteri, Menteri Dalam  Negeri dan Peguam Negara kerana orang terbaik mereka selama ini menyertai pasukan pembangkang.

Anwar bersama dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan bekas ahli majlis pimpinan pusat, Badrul Hisham Shaharin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan mengambil bahagian dalam protes jalanan,  di bawah Akta Perhimpunan Aman.

Menurut Setiausaha Lajnah Guaman PAS, Abang Ahmad Kerdee, Datuk Yusuf dianggap sebagai ensiclopedia undang-undang bergerak (Moveable Legal Ensiclopedia) bagi ramai timbalan pendakwa raya dan peguam di negara ini.

"Beliau amat pakar di dalam undang-undang dan kes jenayah," katanya.

Pendiriannya pula ramai yang diketahui para perguam termasuklah:-

"Awak boleh beri arahan tapi bukan ajar/ beritahu saya apa saya mesti buat (dalam satu-satu kes)."

Beliau meletakkan jawatan selepas kes Liwat II selesai iaitu pada 1 Februari lalu.

Yusof ketika ditemui selepas prosiding mahkamah hari ini berkata beliau tiada masalah peribadi dengan Peguam Negara Abdul Gani Patail dan beliau profesional sejak memilih bersara.

Beliau mengulas tanda tanya sama ada tindakannya melibatkan perkara peribadi dengan Abdul Gani.

"Saya profesional, mereka telefon saya malam tadi dan saya lapang," katanya.

"Saya tidak ada sebarang penglibatan politik," kata Yusof, orang ketiga alam Pejabat Peguam Negara sebelum bersara pada 1 Februari.


Kempen politik

(Anwar dibawa ke Mahkamah Majistret bersama Badrul Hisham)

Selepas dibacakan pertuduhan, Anwar memberitahu Hakim Mahmud Abdullah bahawa pertuduhan tersebut adalah satu lagi kempen "politik" terhadapnya, dan dia tidak mengaku bersalah."

Selain Mohd Yusof, Karpal Singh turut mewakili Anwar.

Hakim mengarahkan ikatjamin RM500 dan menetapkan 2 Julai depan untuk sebutan semula kes tersebut.

Sementara itu, Azmin yang diwakili oleh peguam Sivarasa Rasiah dan Gurcharan Singh, dan Badrul Hisham, yang diwakili oleh peguam Latheefa Koya, juga telah dikenakan ikatjamin RM500 jamin setiap.

Thursday, May 10, 2012

Azmin 'terkejut' Dr Mahathir sokong beliau saman Utusan


Timbalan Presiden PKR Azmin Ali 'terkejut' apabila mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan beliau mengambil tindakan mahkamah susulan laporan media mengaitkan beliau sedang melakukan aksi seks dengan seorang perempuan.

Malah, Azmin juga turut mengucapkan terima kasih kepada Mahathir yang menasihatinya supaya menyaman media berkenaan yang membuat dakwaan demikian.

NONE"Dr Mahathir pun sokong saya. Saya terkejut. Beliau kata, 'Azmin, saya cadangkan Azmin saman media sebab mengaibkan Azmin' dan beliau sendiri tidak percaya dengan gambar-gambar," katanya secara sinikal.

"Saya tweet kepada Tun, mengucapkan terima kasih kerana menasihati saya. Kalau Tun Mahathir simpati dengan saya, takkan Tan Sri Khalid tak simpati dengan saya," katanya dalam sidang media petang ini.

Azmin menjawab soalan pemberita berhubung tanggapan umum bahawa Menteri Besar Tan Sri Khalid "tidak mempertahankan" beliau susulan laporan muka depan Utusan Malaysia yang memaparkan gambar lelaki miripnya dengan seorang wanita melakukan aksi seks.

Mengulas perkara tersebut, Azmin yang juga pengerusi PKR Selangor menepis tanggapan umum berhubung Khalid tidak menyokongnya.

"Siapa kata Tan Sri Khalid tidak sokong saya, dia sokong saya samanUtusan Malaysia... Dia kata 'no comment' sebab tak dapat maklumat betul atau menyeluruh.

"Tetapi keesokan harinya beliau sokong saya saman Utusan Malaysia. Jangan laga-lagakan saya dengan Tan Sri Khalid. Tak boleh makan," katanya sambil disambut ketawa kecil beberapa pimpinan yang hadir.

NONEBeliau juga menjelaskan berhubung pesanan tweetnya mengenai kenyataan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang menyuruh beliau bertemu ibunya.

Katanya, beliau dapat memahami maksud Wan Azizah tetapi khuatir rakyat "akan keliru sebab peranan media yang cuba melaga-lagakan" pemimpin di kalangan mereka.

"Saya mendapat simpati yang luar biasa, silaplah Utusan Malaysia," katanya.

Ditanya sama ada serangan terhadapnya sejak sebulan lalu bakal mengubah sokongan rakyat kepadanya, Azmin yang juga ahli parlimen Gombak berkata yakin dengan kebijaksanaan rakyat, menyerahkan kepada mereka untuk menentukan.

Bahkan beliau menegaskan hubungan kekeluargaan dan perkara berkaitan isu kekeluargaan perlu diharmonikan dan disejahterakan daripada diaibkan.

Sambil mengulangi bahawa beliau tidak pernah menderhakai ibunya, Azmin yang juga ADUN Bukit Antarabangsa mempersoalkan tujuan media mengheret ibunya dalam isu yang dikaitkan dengannya.

NONE"Jangan media heret untuk kepentingan Umno. Untuk apa?... Adakah dia (Umno) minat dengan fakta... Dalam satu bulan, tujuh serangan kepada saya.

"Tidak ada jalan untuk saya jadi lemah, saya akan terus lawan... Apa jenis politik ni, saya pun tak tahu," katanya.

Sebelum itu, dalam Majlis hi-tea bersama media dan penulis blog, Azmin berkata Pakatan Rakyat tidak terlibat dengan "politik longkang dan kotor" sewaktu mentadbir negeri itu.

Maalah, Pakatan Rakyat Selangor akan memastikan hala tuju dan janji gabungan itu dalam Buku Jingga dapat dilaksanakan sekiranya menguasai Putrajaya.

Memetik kata-kata seorang pengamal media India MD Akhbar yang menegaskan kuasa dan pengaruh media terletak kepada kredibiliti maklumat yang disampaikan, Azmin mendakwa jualan dan edaranUtusan Malaysia merudum ekoran "kredibiliti kewartawanan".

"Kalau fitnah dan pembohongan (berleluasa), tidak ada lagi kredibiliti dan pengaruh... Media yang disokong oleh rakyat, nak kuat kena ada kredibiliti dan adil (dalam laporan)," katanya sambil menegaskan tidak gusar dengan serangan media arus perdana terhadapnya.

Mereka Mahu Tumbangkan Tiang Seri Anwar



http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=News&file=article&sid=20740
Posted on Sunday, May 06 @ 22:36:43 MYT by paktam
Penulis TamuOleh Mohd Sayuti Omar
Tidak dapat siapa menafikan 'calo-calo' Umno pandai dan kreatif dalam mencipta isu dan menyerang oknum-oknum politik tertentu. Bagi parti politik yang mengguna pakai teori matlamat menghalalkan cara (Machiavelli) mereka sanggup memperalatkan dan menerima nasihat dari sesiapa saja dan berbuat kejahatan lebih dari syatan laknatullah lakukan.


Dalam hal ini syaitan lebih profesional kerana kejahatannya bersyarat dan dia berikrar untuk melakukannya sehingga hari kiamat. Berlain dengan para calo-calo Umno demi sesuap nasi mereka boleh mengkhiantai janji dan kencing kawan sendiri dan berkerja ke arah kejahatan sepanjang masa, hatta ketika dalam tidur.

Azmin mengunjungi ibunya, bila masa beliau abaikan ibu?
Sang calo dan Umno ini penuh dengan hasad dengki dan kebajinganan. Diri mereka bukan di kelilingi malaikat tetapi dipenuhi dengan syaitan dan iblis yang sudah beranak cucu di dalam hatinya.

Jika dada mereka di bedah dan hatinya diambil, dimasukkan ke dalam microscop, nescaya akan dapat melihat istana iblis yang terbina indah dan teguh dalam hati mereka. Hanya mereka yang kering iman dan tidak takutkan Allah sahaja sanggup melakukan apa saja kedurjanaan hatta membunuh sesama sendiri.

Keyakinan para calo Umno ini kepada tektik 'pembunuhan watak' begitu tinggi sekali. Mereka mempecayai tektik dan strategi sangat ampuh untuk menguburkan seseorang tokoh yang mendominasi sesuatu perjuangan. Walhal sudah ada bukti dan contoh dari Allah kehebatan mereka (syaitan) itu hanya dongengan sahaja, tetapi mereka terus mengguna tektik itu.

Orang atau parti seperti ini tidak ada integriti langsung. Tidak yakin kepada akal dan hati sebaliknya yakin kepada arahan syaitan. Mereka tidak sanggup lagi untuk berlawan dengan minda tetapi memilih jalan kasar bermain dengan fizikal. Dalam dunia siber hari ini, saat orang mengejar intelektual mereka yang msih menggunakan fizikal dan berfikir secara jahat sudah tidak layak berada dalam dunia melinium ini. Orang menggunakan kejahatan untuk mencapai hajat, dialah sejahat-sejahat manusia yang sedikitpun tidak terkena tempias ketamadunan manusia.

Mereka ini lebih jahat daripada lembu suami Sharizat. Nescaya kalau lembu diberikan sedikit akal mereka tidak lagi akan menggunakan fizikal untuk berlawan satu dengan lain sebaliknya akan memilih perundingan untuk sama-sama mendapat rezeki dan menjaga padang ragut hijau.

Mereka yang tergamak membuat fitnah, melakukan kejahatan dan memperalatkan apa saja dan siapa saja demi kepentingan politik tanpa mengira apakah ianya bermoral atau berdosa adalah golongan yang sesat dalam terang. Sesungguhnya manusia seperti ini patut dijadikan makanan budaya dan harimau pelihara. Mungkina juga buaya dan harimau pun tidak lalu untuk membaham mereka kerana terlalu busuk.

Semua helah, kejahatan dan kebusukan dilakukan untuk membunuh karektor pemimpin Pakatan Rakyat. Satu demi satu secara berterusan calo-calo ini bekerja kepada tuannya (Umno) dengan sedikit upahan duniawi. Bukan saja Anwar Ibrahim, tetapi Nik Abdul Aziz, Haji Hadi Awang, Lim Guang Eng, Karpal Singh, Dr Wan Azizah hatta Ambiga turut dikhianatinya. Mereka langsung tidak ada budi dan ehsan serta perikemanusiaan.

Terbaru calo yang terdiri dari golongan 'tapar mulut berair' ini sekali lagi cuba membunuh karektor Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dengan mengheret ibu Azmin sebagai modalnya.

Sebelum ini sudah bermacam-macam golongan ini menyerang Azmin. Bermula dengan Azmin seorang suami yang dayus kononnya menyerahkan Shamsidar (isterinya) kepada Anwar sampai mendapat anak, memiliki saham ratusan juta, orang yang mempersendakan Raja-Raja Melayu, dan kini membawa pula ibu Azmin untuk mengnhancurkan timbalan presiden PKR itu.

Sedih kerana sesetengah yang memegang watak calo itu adalah mereka yang pernah makan di tangan Azmin. Hidup mereka pernah dibantu Azmin. Seringgit dua Azmin hulurkan kepada mereka untuk mengembungkan perut yang kosong kemasukan angin. Tetapi mereka melupai segala budi itu kerana mendapat upah sesen dua menerusi jawatan kecil, sekecil pion oleh Umno.

Mungkin beberapa bentuk serangan peribadi lain boleh dimaafi. Ia masih wajar dilakukan oleh pengamal politik sekular yang 'jenuh' dengan pembohongan, penipuan dan munafik. Tetapi kalau soal peribadi melibatkan orang tua bernama ibu ia sudah keterlaluan. Perbuatan itu lebih jahat dari Israel Yahudi dan Mahathir, bahkan dari syaitan. Syaitan pun ada rehat dalam melakukan kerja-kerja yang sudah dijanjikannya. Syaitan lebih prof dari Umno.

Tidak tahu hendak dibandingkan dengan apa lagi si calo dan Umno ini bila mereka tergamak mengheret ibu Azmin untuk dijadikan modal politiknya. Kalau sekali pun benar berlaku demikian - seperti diakui ibu Azmin, apa lagi tidak, tetapi sebagai sebuah media dikawal oleh orang Islam tidak wajar menyiarkannya. Media beretika perlu menjaga aib seseorang yang terkena dengan pendedahan yang berunsur dendam dan fitnah begitu. Tetapi apa boleh dibuat kerana media itu sendiri sudah buruk hati dan putus tali perut maka tergamaklah menyiarkannya, hatta kalaupun kemaluan sendiri.

Mengenai pendedahan oleh ibu Azmin itu, kita tidak perlu menyalahkan kepada Mak Tom. Jangan salahkan ibu Azmin yang tidak berdosa. Orang yang perlu dikutuk sampai ke Mahsyar ialah mereka yang memperalatkan Mak Tom untuk memuaskan nafsu dan dendamnya. Seluruh Malaya sudah kenal dan tahu dengan sifat dan perangai anak perempuannya yang dikatakan sebagai adik Azmin itu. Tetapi yang perlu bertanggungjawab atas apa dilakukan ialah media. Si muka bulat dahi tinggi itu juga tidak perlu dipesalahkan sangat sebab orang sudah mengenali siapa dan apa dia? Media yang dianggap waras selamanya itulah perlu disumpah dan dilaknat kerana tidak tahu menjaga profesiolasimenya Media arus perdana negara ini sudah hilang keramat dan keagungannya, kerana bohong dan menjadi media penabur fitnah, fitnah dan fitnah, cis.

Media bukan saja boleh menyiarkan apa juga cerita atau pendedahan manusia lain begitu saja, sebaliknya harus menyelidiki apakah ia beradat atau tidak? Kalau ia menjejaskan perasaan teruk seseorang wajar di elakkan. Tujuan media mendedahkan pengakuan Mak Tom itu ada motifnya tersendiri untuk memperlihatkan keburukan akhlak Azmin seorang anak. Media yang tidak mempedulikan soal moral, benar dan salah ini adalah media yang ditulis bertintakan darah iblis dan tidak berpandukan Quran.

Media mendedahkan isu itu ada motifnya. Motifnya dengan harapan Azmin akan menyaman ibunya sendiri di atas apa yang berlaku. Ini yang diharapkan media berkenaan. Kalau Azmin mengambil tindakan begitu kerana hendak membersihkan diri, Azmin akan dilihat sebagai anak yang derhaka. Itu yang dimahuinya. Makanya Azmin tidak perlu membuat apa-apa kenyataan di atas kenyatan ibunya itu. Azmin anggaplah ia hanya sebuah ilusi dari seseorang yang benci dan mendendaminya.

Bukan setakat itu saja, kalau si ibu memaki hamunya sekalipun, Azmin perlu diam. Sebab apa juga kata-kata dan luhaan perasaan ibu adalah doa yang mudah dimakhbulkan Allah. Orang ramai percaya sikap dan pandangan Azmin terhadap ibunya tidak akan sampai ke tahap untuk membalasnya. Sepanjang pemerhatian saya kepada Azmin sebagai ahli politik beliau seorang berdisiplin dan berhemah tinggi. Atas apa yang saya perhatikan tuduhan dan dakwaan sehingga menyebabkan Mak Tom sanggup memalukan anaknya sendiri adalah tidak benar.

Tenanglah.. dengan apa yang berlaku itu, ia sedikit pun tidak menjejaskan Azmin baik sebagai seorang anak dan juga politician. Adapun kenapa Umno sanggup melakukan begitu, mennggunakan tektik paling jahat ialah kerana kewibawaan Azmin itu sendiri. Mereka melihat bahawa Azmin adalah tokoh dan pemimpin berpotensi dimasa depan. Mereka hilang akal apabila Azmin tetap setia dengan Anwar menjadi tiang seri dalam perjuangan Keadilan walaupun ia digocang dengan angin ribut taufan dan dilambung gelombang sekuat ombak dimusim tengkujuh. Azmin seorang pembantu yang setiakawan dan rela mengorbankan nyawa.

Selain itu Azmin juga dianggap bukan orang kuat yang setia saja tetapi lebih dari itu. Saya pernah menyifatkn Azmin dan Ezam Mohamad Nor sebagai kembar siam yang merupakan setiawan dan aspirator kepada Anwar Ibrahim. Dari diri kedua mereka saya lihat orang yang cukup penting kepada Anwar, dan Anwar bertuah memiliki Azmin dan Ezam. Saya pernah mengucapkan kepada mereka berdua, sekiranya Anwar jatuh dikanan, Azminlah yang menopangnya, kalau Anwar jatuh di kiri Ezamlah menyambutnya.

Kedua mereka sebahagian dari roh dan jiwa Anwar yang bergabung dengan roh dan keulitan dan kesetiaan Wan Azizah serta keluarganya. Itulah maha pentingnya Azmin kepada Anwar. Justeru kerana menyedari hakikat itulah Umno menjadi gila babi akan berusaha dengan apa saja untuk menghancurkan kewibawaan Azmin yang kemudiannya akan meluruhkan jasad perjuangan Anwar ke bumi nyata.

Kita tahu betapa luka dan pedihnya hati Azmin dalam menerima serangan dan fitnah Firaun ini. Apa yang Azmin boleh lakukan sabar dan jangan terikut melayaninya. Kerana apa yang para calo, Umno dan media inginkan Azmin menari mengikut rentak gendang yang mereka palukan. Syabas kepada Azmin yang telah berkata; Saya ingin menegaskan bahawa saya tetap tuntas dengan perjuangan membawa obor reformasi demi rakyat."Inilah jiwa sebenar yang kita mahukan dari seorang pejuang rakyatJika rakyat tidak berhati batu akan sebak mendengar pengucapan tegas, berani dan komited Azmin itu.

Kepada Azmin, Shamsidar dan semua orang yang cemas dengan serangan hendap Umno ke atas Azmin ini, percayalah bahawa kebenaran itu selalu berada jauh di belakang dan ia akan menjelma di depan setelah kita penat berjalan dan bertarung. Perjuangan apa juga bentuk dan misinya hanya akan memang bila ada orang sabar, komited dan tidak gentar berdepan dengan apa jua bentuk senjata
http://msomelayu.blogspot.com/

Sunday, May 6, 2012

Kasih Anak: Saya tidak pernah derhaka


ULASAN Allahyarham ayahanda saya, Pak Ali senantiasa mendidik saya untuk patuh kepada tuntutan Al Quran, berakhlak luhur dan tuntas istiqamah kepada prinsip perjuangan.
Didikan dari kecil untuk menghormati serta mengasihi kedua ibu-bapa sesuai dengan pesan ajaran agama Islam menjadi pegangan saya.

Saya tidak pernah menderhaka kepada ibu saya. Saya senantiasa kasih dan sayang kepada ibu dan bapa saya. Saya tetap mendoakan semoga ibu saya senantiasa berada dalam lindungan Allah SWT dan mendapat rahmatNya serta beroleh kesihatan yang baik.
NONESaya turut mendoakan semoga Allahyarham ayahanda saya mendapat husnul khatimah dan ditempatkan ruhnya di syurga yang penuh nikmat.

Saya menyeru kepada media supaya tidak menganggu ibu saya dan Umno janganlah mengheret ibu saya ke dalam kancah politik Umno yang kotor dan jijik. Institusi keluarga termasuk hubungan kekeluargaan perlu disejahterakan dan bukannya diaibkan di dada media.

Saya tetap sayang dan hormat ibu saya. Saya juga bersyukur dianugerahkan isteri, Shida yang taat dan setia serta anak-anak yang memahami citra perjuangan yang murni ini.

Saya bertekad untuk meneruskan perjuangan menjana perubahan melalui wacana segar yang mengangkat dasar kepedulian rakyat. Saya berazam untuk melawan budaya politik jelek yang disuburkan oleh Umno dan media yang ditunggangi mereka.

Saya berserah segala-galanya kepada Allah SWT dalam menghadapi mehnah ini tetapi saya tidak akan tunduk menyerah kepada tekanan fitnah Umno.
Saya akan tumpu kepada usaha dan kerja-kerja Parti selaku Pengarah Jabatan Pilihanraya Pusat (JPRP) untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 yang dijangkakan pada bulan Jun 2012.

Penulis adalah Timbalan Presiden PKR, Ahli Parlimen Gombak dan Ahli Dewan Negeri Bukit Antarabangsa. Tulisan ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmiMalaysiakini.

Hadi kata tak berhak ulas isu video mirip Azmin


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berharap semua pihak termasuk media memberi peluang kepada timbalan presiden PKR Azmin Ali membersihkan nama berhubung rakaman video panas yang didakwa mirip dirinya (Azmin).

"Saya tak ada hak untuk bercakap tentang itu, biar dia sendiri yang cakap secara langsung....beri peluang (kepada Azmin membersihkan namanya)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa diminta mengulas rakaman video panas yang didakwa mirip Azmin bersama seorang wanita yang tersebar baru-baru ini, selepas menyampaikan ceramah umum bersama bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir di Bukit Tok Beng, Batu Rakit, di Kuala Terengganu, hari ini.

Ketika diminta mengulas kenyataan Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin yang mendakwa rakaman video berkenaan dibuat oleh orang dalam parti PKR sendiri, Abdul Hadi berkata beliau tidak mahu mengulas berdasarkan andaian atau dakwaan.

"Saya tak nak komen sebab ia dakwaan sahaja, satu andaian...buat andaian memang tak boleh. Kita (PAS) berpegang kepada ajaran Islam, adat Islam kena ada empat saksi, saksi yang adil, ikhlas dan bersopan dan mahkamah yang bebas.

"(Yang penting) beri peluang Azmin bela diri, termasuk yang menuduh itu pun kena diambil tindakan, mana boleh menuduh saja-saja," katanya.

Mengenai ura-ura beberapa lagi video panas yang didakwa membabitkan pemimpin pembangkang yang lain akan didedahkan, Abdul Hadi berkata pihak yang mendakwa mempunyai rakaman berkenaan sepatutnya membawa kes berkenaan ke mahkamah.

"Berdosa, kalau tuduh orang, betul sekali pun tapi tak ada saksi dan tak ada bukti tetap berdosa, apatah lagi benda salah, Islam tak benar begitu," katanya.

Bernama

Akhbar siar interbiu penuh drama dengan ibu Azmin


Ibu kepada Azmin Ali berkata beliau sedia menerima semula anaknya itu sekiranya timbalan presiden PKR itu meninggalkan gerakan tersebut, lapor akhbar Mingguan Malaysia.

"Berhentilah daripada kumpulan-kumpulan itu. Kawan-kawan dia banyak yang sudah berhenti dan sedar.

"(Kemudian) barulah dia balik. Kalau tidak, saya mati pun janganlah tengok," kata Che Tom Yahaya dalam wawancara penuh drama yang disiarkan akhbar tersebut hari ini.
Wawancara eksklusif stesen TV3 itu turut dilaporkan akhbar Berita Minggu hari ini.
Che Tom, 78, juga mempersoalkan tindakan Azmin yang tidak mahu melakukan sumpah laknat atas dakwaan melibatkan hubungan menantunya, Shamsidar Taharin dan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kita manusia, kalau kita tak buat, orang tuduh-tuduh, kenapa kita tak menentang? Kenapa tak mahu sumpah laknat? Kenapa tak mahu saman?," katanya lagi seperti dipetik Mingguan Malaysia.

Che Tom juga berkata beliau sedih kerana ahli parlimen Gombak itu didakwa tidak lagi mengambil berat perihal dirinya.

Wawancara dengan wanita berkenaan disiarkan hari ini, selang beberapa hari selepas Azmin memfailkan saman ke atas Utusan Malaysia berikutan laporan 2 Mei lalu yang menuduhnya terlibat dalam satu aksi panas dalam tandas.

Azmin ketika menafikan perbuatan itu berkata dakwaan ke atasnya itu ditimbulkan beberapa orang bekas sekutu politiknya yang mempertikai kesahihan hubungan darah daging beliau sebagai bapa anak-anaknya.

Beliau juga membuat ujian DNA sebanyak dua kali pada Julai 1998 ke atas isteri dan anak beliau untuk menafikan dakwaan tersebut.

Thursday, May 3, 2012

Laporan lucah: Mana suara ulama Umno


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/10022-laporan-lucah-mana-suara-ulama-umno

Harakahdaily,02 Mei 2012
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPMM) mempersoal sikap membisu ulama Umno yang seolah-olah membiarkan sahaja media milik parti itu khususnya Utusan Malaysia membuat laporan berunsur lucah.

Terbaru laporan yang dipaparkan di muka hadapan akhbar itu menyiarkan fitnah gambar aksi lucah lelaki yang didakwa mirip Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.

"DPPM mempersoalkan ke manakah perginya suara para ulamak dalam Umno dan para mufti yang hanya diam membatu melihat media melakukan kemungkaran secara terang-terangan?

"Mereka sepatutnya bangkit membantah tindakan keji seperti ini. Sudahlah menayangkan video lucah di hadapan rakyat, membuat pula fitnah yang mengaitkan pemimpin Pakatan Rakyat," tegas Ketua Penerangan DPMM Riduan Mohd Nor.

Menurut Riduan, media Umno menjadi hilang pedoman dan integriti apabila sanggup menjadi ‘lembu yang dicucuk hidung’ dengan menyiarkan babak lucah ini tanpa sedar ia ditonton oleh jutaan rakyat Malaysia pelbagai peringkat umur.

Mereka juga kata Riduan sanggup menghalalkan perkara yang haram oleh agama demi kepentingan politik pihak mereka.

"Pengedaran gambar lucah yang terbaru menunjukkan bahawa Umno sudah ketandusan isu dan kontang idea dalam menghadapi kemaraan rakyat, khususnya pasca Bersih 3.0 yang memperlihatkan ratusan ribu rakyat berhimpun di ibu kota.

"Tindakan jijik ini menandakan akan berakhirnya riwayat politik Umno yang terpaksa berpaut pada apa sahaja demi memastikan survival hidup mereka, hatta terpaksa mengorbankan nilai kemanusiaan dan kehormatan diri," katanya.

Demi politik, Umno halalkan laporan lucah



Harakahdaily,02 Mei 2012
KUALA LUMPUR: Mursyidul AM PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Umno sudah sangat terdesak sehingga sanggup 'menghalalkan' laporan berunsur lucah di akhbar milik mereka.

Beliau merujuk kepada laporan muka depan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini yang menyiarkan gambar aksi lucah didakwa memaparkan seorang lelaki mirip Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.

"Kenapa isu-isu seperti ini yang diangkat untuk mendapat keuntungan politik?

"Saya lihat Umno sudah sangat terdesak sehingga tindakan menyiarkan gambar-gambar seperti ini pun sudah menjadi 'halal'," katanya di Facebook.

Selain Utusan, beberapa media lain turut melakukan perkara sama dengan menyiarkan beberapa keping gambar berunsur lucah itu di muka depan.

Ianya turut disiarkan dalam laporan berita televisyen yang dikawal Umno.

Sambil mengutuk keras tindakan itu, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata pemberitaan cara akhbar Umno itu hanya akan meruntuhkan akhlak orang muda.

Keterangan untuk gambar disiarkan di muka depan itu antara lainnya disebut akhbar milik Umno itu sebagai "aksi panas dengan seorang wanita di dalam tandas."

Laporan itu juga menyebut, gambar berkenaan merupakan sebahagian daripada sejumlah foto yang dikutip daripada blog pro-Umno  .

"Apa yang mereka lakukan ini menjerumuskan generasi muda kepada keruntuhan akhlak dan budaya seks songsang," katanya lagi.

Lucah: Azmin tuntut Utusan bayar RM100 juta


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/10038-lucah-azmin-tuntut-utusan-bayar-rm100-juta

Harakahdaily,03 Mei 2012
KUALA LUMPUR, 3 Mei: Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali (gambar) hari ini menuntut Utusan Malaysia membayar RM100 juta kerana menyiarkan gambar lucah palsu.


Azmin melalui peguamcaranya Tetuan Edwin Lim suren & Soh mengeluarkan surat tuntutan kepada Utusan Berhad Melayu (Malaysia) yang memiliki akhbar Utusan Malaysia dan menuntut editornya menarik balik tuduhan tersebut dan membuat permohonan maaf secara terbuka di muka depan Utusan Malaysia.

“Memandangkan seriusnya aib dan edaran akhbar di seluruh negara, Azmin Ali telah menuntut sejumlah RM100 juta sebagai ganti rugi.

“Azmin Ali telah memulakan prosiding undang-undang ini untuk menjustifikasi nama dan reputasi beliau sebagai seorang pemimpin negara dan ahli politik, dan untuk mempertahankan hak orang ramai kepada kewartawanan yang adil dan bersih,” kata Naib Presiden PKR, N Surendran dalam satu kenyataan.

Katanya, dakwaan-dakwaan tersebut dan gambar-gambar yang direka, bermotifkan politik dan rendahnya etika kewartawanan.

Tambahnya, imej yang bersifat lucah yang mengaitkan Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak telah telah disiarkan pada muka hadapan Utusan Malaysia 2 Mei, semalam.