https://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/12937-saham-fgvh-terus-merudum
| Mazlan Aliman, | 05 Sep 2012 |

(Gambar: Senarai pemegang saham utama FGVH beserta jumlah saham mereka)
Harga saham FGVH yang ditutup semalam mencatat penurunan, tinggal RM4.96. Jika peneroka menjualnya pada harga RM5.06 sewaktu Julai lalu setelah ditolak handling fee RM165.00, interest charged RM29.41dan lain2 cuma dapat lebihan RM212.37; kalau jual ketika ini, berapa yang tinggal?
Mengingati semula pesanan YAB Perdana Menteri (PM) ketika mengumumkan 'durian runtuh' pada 8 Mei lalu, peneroka jangan jual saham FGVH, jadikan pelaburan untuk simpanan masa depan...Apa jaminan buat peneroka jika ikut nasihat PM?
Barang diingat, mengikut penganalisis pasaran saham, jika saham FGVH turun ke paras RM4.70 maka pemegang saham FGVH mula menanggung rugi. Jika peneroka ikut nasihat PM, bertimpa-timpa beban peneroka.
Hutang Tanam Semula antara RM 50K-RM 157K dengan interest 6.25%, pinjaman rumah RM20K-RM40K dengan Kos Pengurusan 2.5% dan terkini hutang pinjaman saham FGVH RM3640 dengan interest 5%; kehidupan peneroka sesungguhnya diselubungi hari2 yang makin sukar!
Saya paparkan jumlah saham FGVH yang (Tan Sri) Isa Samad dan Ahli Lembaga Pengarah FGVH dapat. Ini belum mengambilkira proksi dan para kroni yang dapat. Saya tidak pasti samada mereka telah menjualnya atau belum bagi meraih keuntungan segera. Mereka tentu ada penasihat dan menghubungi remiser apa yang perlu dilakukan. Bagi staf Felda, mungkin juga mereka boleh berfikir nak bertindak macamana. Namun, bagi peneroka yang tak tau apa-apa, siapa yang nak menasihati mereka?
Saya berkongsi pengalaman pilu peneroka Felda Cahaya Baru, Sendayan, Labu Johnson, Bukit Cerakah dan Sg Buaya yang mula2 seronok dan gembiranya bukan kepalang tika dijanjikan pampasan jutaan ringgit. Akhirnya, bila tertipu...yang mereka tahu hanya menangis sahaja. Itulah bahasa mereka!
Peneroka Felda Bukit Rokan Utara menangis tersedu-sedu macam anak kecil tunjukkan kos Tanam Semula mereka mencecah RM157,000; bahkan dengan hutang sebesar itu, kebunnya tidak diselenggarakan dengan sempurna dan berusia 75 tahun....kepada siapa mereka mahu mengadu?
Sudahlah dibebankan dengan hutang yang kian menggunung, apa nak jawab depan Allah dosa riba' yg ditanggung peneroka puluhan tahun?
Penglibatan syarikat Yahudi dan judi dalam FGVH pula kita nak guna hujah apa?
407,005,000 saham Genting Bhd dlm FGVH sedangkan 97% peneroka Felda adalah orang Islam, mana mufti dan Ulama Muda Umno?
Kalau ye pun nak bodek Najib, Ahmad Maslan dan Isa Samad gunalah hujah intelek. Takkan hanya tahu meratib; syukur Umno bagi tanah, tak suka boleh keluar Felda, tak sedar diri makan hasil Felda tapi hentam Felda.... Skrip yang berulang dan saya dengar lebih 30 tahun dulu!
Terpulang, samada kita nak kata...'Ada aku kesah' atau 'Lu fikir la sendiri'.
*Penulis adalah Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) merangkap AJK PAS Pusat
7 September 1981, kerajaan Malaysia menerusi Perbadanan Nasional Berhad (PNB) mengejutkan pasaran saham dunia apabila mengambil alih syarikat pertanian British, Kumpulan Guthrie dalam masa kurang daripada dua jam. Peristiwa ini dikenali sebagai ‘dawn raid’ atau ‘serangan subuh’, yang mengakibatkan timbulnya krisis diplomatik antara kerajaan Malaysia dan British. Salah seorang yang terlibat dalam operasi ini ialah Tan Sri Khalid Ibrahim, menteri besar Selangor sekarang, yang pada masa itu memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PNB.
"Peranan kerajaan dalam perniagaan memfokuskan bahawa Felda harus berubah. Kita ada sayap perniagaan, jadi kita tidak ada masa untuk melihat peneroka kalau kita sibuk nak berniaga.
Bagi mendidik masyarakat Felda mengenai transformasi yang dijalankan itu, Faizoull berkata penekanan utama diberikan kepada aspek pendidikan.
Faizoull berkata walaupun kejayaan Felda membasmi kemiskinan boleh dibanggakan, tetapi apa yang lebih penting adalah untuk terus bergerak maju ke hadapan dan mengajar generasi baru tentang Felda yang sebenarnya.
Seorang anak peneroka berasal dari Johor kini menetap di Papar Sabah menghantar email kepada saya untuk berkongsi cerita mengenai nasib peneroka yang dikejutkan oleh pengumuman pemberian “durian runtuh” dan saham FGVHB oleh Najib Razak kelmarin.
KOTA BHARU: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, menyifatkan durian runtuh kepada peneroka sebanyak RM15,000 terlalu kecil jika dibandingkan dengan keuntungan yang diperolehi.
Dalam pengumuman itu Najib tidak menjelaskan apakah wang itu merupakan nilai saham yang bakal diterima peneroka selepas Felda Golobal Vantures Holdings Berhad (FGVHB) diniagakan atau pun wang simpanan (rezab) Felda?
IPOH, 8 Mei: PAS Perak menyeru semua peneroka Felda khususnya di negeri ini agar meneliti kesan daripada menandatangani surat tawaran perjanjian daripada bank untuk membeli saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH).
KUALA LUMPUR, 2 Mei:Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) menyifatkan syarat perjanjian pinjaman untuk pembelian saham Felda Global Ventures Holding Berhad (FGVH) yang ditawarkan oleh bank kepada peneroka menjadikan mereka menanggung kerugian sepenuhnya.
Risiko tersebut membabitkan segala kemungkinan yang timbul ekoran penyenaraian FGVH ke Bursa Kuala Lumpur.
Sementara itu, bekas Menteri Kesenian, Kebudayaan dan Pelancongan, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir, berkata penyenaraian sesebuah syarikat kebiasaannya dilakukan bagi mendapatkan dana, sedangkan FGVH tidak memerlukannya.