Showing posts with label NFC. Show all posts
Showing posts with label NFC. Show all posts

Wednesday, May 30, 2012

Rafizi: Bank Negara juga perlu siasat Salleh


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/10652-rafizi-bank-negara-juga-perlu-siasat-salleh

Muhammad Faizal,30 Mei 2012
PETALING JAYA: Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli mempersoal, kenapa pihak Bank Negara tidak pula menyiasat Pengarah National Feedlot Corporation (NFCorp) Datuk Seri Dr Muhamad Salleh Ismail.

Menurutnya, Bank Negara sepatutnya mengambil tindakan terhadap Salleh dan keluarga yang secara jelas memindahkan wang rakyat secara tidak sah ke syarikat-syarikat mereka yang berada di Singapura dan Kazakhstan.

"Perkara ini diakui oleh mereka dan bukankah ini perlu disiasat juga oleh Bank Negara di bawah Akta Pengubahan Wang Haram," katanya.

Beliau semalam menerima notis untuk hadir memberi keterangan di Bank Negara petang ini di bawah Seksyen 87(1)(a), Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989.

Menurut beliau lagi, tindakan ke atasnya menunjukkan pihak kerajaan termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak mengalu-alukan pendedahan penyelewengan dan rasuah oleh rakyat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib juga katanya gagal mengotakan janjinya bahawa pentadbiran beliau tidak memangsakan penberi maklumat dan melindungi perasuah.

"Sementara saya menghormati tanggungjawab Bank Negara dan pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan tetapi saya risau tekanan ini dilakukan adalah bertujuan untuk menutup skandal NFC.

"Saya akan terus membuat pendedahan sehinggalah kredibiliti pihak berkuasa yang bertanggungjawab terutamanya SPRM dipulihkan di mata rakyat,"sambung beliau lagi

Sunday, May 13, 2012

PKR: Johari patut terima anugerah, bukan diburu


Naib presiden PKR, N Surendran menyeru pihak berkuasa supaya segera menghentikan siasatan ke atas Johari Mohamad – bekas kerani bank yang didakwa membocorkan maklumat perbankan National Feedlot Corporation (NFC).

Katanya, pihak berkuasa sepatutnya memberi anugerah kepada orang yang membuat pendedahan mengenai penyelewengan wang awam dan bukannya memburu individu berkenaan.

"Saya ada dia pembocor maklumat atau tidak, pokoknya pihak berkuasa memburu orang yang mendedahkan penyelewengan dana awam berjumlah suku juta ringgit dan ini salah.

NONE“Hentikan siasatan ke atas Johari segera kerana jika beliau merupakan pembocor maklumat, beliau sepatutnya diberikan anugerah," katanya dalam sidang media bersama Johari di ibu pejabat PKR hari ini.

Isu berkenaan dipercayai melibatkan salah satu daripada siri pendedahan oleh pengarah strategi parti itu Rafizi Ramli, khususnya berhubung pembelian hartanah bernilai RM10 juta di KL Eco City oleh NFC.

Dakwaan tersebut telahpun dinafikan oleh pengerusi NFC, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail yang berkata, beliau dan ahli keluarganya tidak pernah menerima pinjaman bank untuk membeli unit hartanah tersebut seperti didakwa Rafizi, awal Mac lalu.

Mohamad Salleh seterusnya membuat laporan kepada polis dan juga kepada bank negara untuk menyiasat Rafizi serta bank berkenaan mengikut Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 atas dakwaan  mendedahkan butiran bank dan penarafan kredit NFC dan juga empat lagi syarikat berkaitan.

Rafizi yang juga hadir dalam sidang media hari ini berkata beliau kesan kesal dengan tindakan Mohamad Salleh yang didakwanya memburu Johari yang didakwanya dapat membantu untuk mendedahkan segala penyelewengan NFC.

"(Mohamad Salleh) secara bertubi-tubi membuat aduan dan memberi tekanan kepada Public Bank dan Bank Negara Malaysia untuk mengambil tindakan terhadap Encik Johari Mohamad yang dituduhnya membocorkan maklumat pembelian harta mewah di KL Eco City kepada saya.

"Akibat tekanan ini, tindakan telah diambil oleh Public Bank dan Bank Negara Malaysia terhadap Encik Johari. Beliau yang sudah tidak tahan dengan tekanan dengan tindakan (selama) sebulan, akhirnya membuat keputusan meletakkan jawatan dari Public Bank setelah berkhidmat berbelas tahun," kata Rafizi.

Isu akaun NFC: Bekas kerani bank dakwa ditekan



Seorang bekas kerani Public Bank mendakwa ditekan oleh bekas majikannya itu yang menjalankan siasatan ke atasnya berhubung dakwaan bahawa beliau membocorkan butiran akaun pengarah National Feedlot Corporation kepada PKR.

Johari Mohamad, mendakwa beliau disoal siasat oleh pegawai Public Bank dan Bank Negara selama lebih seminggu sebelum diberikan surat tunjuk sebab berhubung dakwaan tersebut.

NONEJohari (tengah) berkata beliau kemudiannya meletak jawatan pada 2 Mei lalu atas alasan tidak tahan dengan tindakan berkenaan.

"Saya telah melalui proses siasatan dalaman di Public Bank. Akibat tekanan di tempat kerja dan pelbagai tindakan yang diambil terhadap saya, saya telah membuat keputusan untuk berhenti kerja.

"Saya telah pun menyerahkan surat perletakan jawatan ekoran aduan yang dibuat oleh Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail," katanya.

Dalam notis perbicaraan dalaman itu, Johari didakwa mendedahkan maklumat dan dokumen antaranya berkaitan NFC, Mohamad Salleh serta National Meat and Livestock Coorporatian, kepada pihak ketiga.

Notis siasatan dalaman daripada majikannya itu, yang diterima pada 24 April lalu, mendakwa beliau "melanggar tatacara dan displin tempat kerja" berikutan satu aduan yang dibuat oleh Mohamad Salleh mengikut Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA) 1989.
Sebelum itu, beliau diberikan surat tunjuk sebab pada 12 April selepas disiasat selama seminggu.
NONEKetika ditanya, Johari bagaimanapun enggan menjelaskan sama ada beliau benar-benar mendedahkan maklumat perbankan itu kepada PKR.

"Saya tak tahu (I have no idea)," katanya dalam sidang media bersama naib presiden PKR N Surendran dan pengarah strategi parti itu Rafizi Ramli hari ini.

Johari turut ditanya sama beliau boleh mengakses maklumat dan dokumen bank seperti yang dinyatakan dalam notis perbicaraan dalaman tersebut.
"Saya (hanya) sebagai kerani bank, saya tak boleh akses lebih daripada itu," katanya yang berkhidmat 17 tahun di bank tersebut.

Jawapannya itu disambut Surendran yang berkata siasatan ke atas Johari masih berlangsung dan pihaknya tidak mahu menimbulkan prejudis ke atas perkara itu.

Difahamkan, Johari bersama peguam akan hadir ke Bank Negara petang ini untuk memberi keterangan lanjut.

Tuesday, April 24, 2012

PKR dakwa pengarah sewa aset peribadi kepada NFC

PKR meneruskan pendedahan terhadap National Feedlot Corporation (NFC), kali ini berhubung dakwaan bahawa pengarahnya menyewa harta peribadi mereka kepada syarikat tersebut untuk mendapatkan pulangan yang tinggi.

NONEPengarah strategi parti itu, Rafizi Ramli (tengah dalam gambar)
berkata carian di Jabatan Perkhidmatan dan Penilaian Harta menunjukkan bahawa dua unit pejabat yang digunakan oleh NFC adalah dimiliki pengerusi eksekutifnya, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan anaknya yang juga pengarah syarikat itu, Wan Shahinur Izran Salleh.

Berdasarkan akaun kewangan NFC yang didedahkan oleh Rafizi, unit-unit tersebut yang terletak di Solaris Mont Kiara, disewa daripada kedua-dua mereka, masing-masing pada kadar RM28,000 dan RM8,240 sebulan.

Carian itu juga menunjukkan bahawa Izran memiliki premis restoran Meatworks, yang digunakan oleh syarikat bersekutu NFC, Real Food Company.

Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, Rafizi berkata beliau tidak mempunyai rekod kewangan terperinci bagi Real Food Company, tetapi percaya Izran juga menerima bayaran sewa yang lumayan dari dua premis restoran miliknya itu.

Friday, April 6, 2012

Najib tipu apabila kata aset NFC dibekukan



(Gambar: Rafizi dan Firdaus Jaafar pada sidang media di parlimen hari ini)
Saya telah menegaskan berkali-kali bahawa semua transaksi yang melibatkan aset dan kepentingan pemilik NFC perlu dibekukan kerana ada kemungkinan besar harta-harta ini diperolehi dengan menggunakan dana awam sebanyak RM250 juta yang diselewengkan dari tujuan asalnya.

Aset dan kepentingan pemilik NFC yang saya maksudkan adalah seperti berikut:

1.      Semua pegangan syarikat, saham dan pelaburan di dalam apa-apa entiti yang dibuat selepas tahun 2007, iaitu selepas NFCorp dianugerahkan kontrak RM250 juta untuk mengusahakan Pusat Fidlot Kebangsaan;

2.      Semua hartanah, plot tanah dan pelaburan di dalam bidang hartanah yang dibuat selepas tahun 2007, sama ada pembelian di buat atas nama NFC, syarikat-syarikat yang dikuasai oleh pemilik NFC atau pun atas nama mereka sendiri;

3.      Sebarang pemindahan wang kepada syarikat atau individu selain dari bayaran operasi biasa NFC; dan

4.      Sebarang pertukaran kepentingan melibatkan aset lain, termasuklah kereta, dana, kelengkapan dan lain-lain.

Setakat ini, telah terbukti bahawa pemilik NFC telah menggunakan sebahagian dari dana awam berjumlah RM250 juta untuk tujuan yang tidak ada kena mengena dengan penternakan lembu, terutamanya pelbagai pelaburan di dalam bidang hartanah.

Persoalan yang paling kritikal ialah bagaimanakah kesemua RM250 juta ini akan dapat dipulangkan kembali kepada rakyat, apabila ia terikat di dalam pelbagai bentuk pelaburan hartanah dan harta-harta lain.

Tambahan pula, tidak seorang pun pemilik NFC memberikan jaminan peribadi (personal guarantee) bahawa liabiliti mereka kepada rakyat Malaysia tidak sahaja terhad kepada modal yang dilaburkan di dalam NFC; bahkan kerajaan boleh mengambil alih harta mereka yang lain untuk mendapatkan kembali RM250 juta yang telah dipinjamkan.

Oleh sebab itulah, KEADILAN telah mendesak berkali-kali supaya kerajaan mengambil langkah segera dan tegas untuk membekukan semua harta dan transaksi melibatkan NFC dan pemiliknya, termasuklah harta-harta peribadi yang telah didedahkan selama ini kerana ia adalah cagaran balik untuk mendapatkan kembali dana awam berjumlah RM250 juta itu.

Malangnya, perkara ini tidak berlaku.

Saya boleh mendedahkan bahawa ruang masa yang mengalihkan pandangan rakyat dari skandal NFC kepada isu perletakan jawatan Datuk Seri Shahrizat Jalil telah digunakan untuk mengatur urusniaga yang melupuskan hartanah-hartanah yang sepatutnya dibekukan.

Pemilik-pemilik NFC, iaitu Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan anak beliau, Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh kini dalam proses memuktamadkan penjualan tiga aset hartanah kepada sebuah syarikat, Insun Development Sdn Bhd bernilai RM3 juta.

Tiga aset hartanah ini dibiayai oleh bank yang sama yang sebelum ini membiayai pembelian 8 unit hartanah mewah di KL Eco City, lalu menimbulkan persoalan sama ada pembiayaan ketiga aset hartanah ini juga adalah berasaskan simpanan deposit dana NFC yang ditempatkan di bank tersebut.

Maklumat hartanah tersebut adalah seperti berikut:

Hartanah 1

Alamat:

B-00-22
Plaza Damas 3
No 63, Jalan Sri Hartamas 1
Taman Sri Hartamas
50480 Kuala Lumpur
Jenis: Tingkat bawah, kedai pejabat 3 tingkat
Harga dilupuskan kepada Insun Development Sdn Bhd: RM1.5 juta


Hartanah 2


Alamat: B-01-22
Plaza Damas 3
No 63, Jalan Sri Hartamas 1
Taman Sri Hartamas
50480 Kuala Lumpur
Jenis:Tingkat 1, kedai pejabat 3 tingkat
Harga dilupuskan kepada
Insun Development Sdn Bhd: RM759,000

Hartanah 3
Alamat:B-02-22
Plaza Damas 3
No 63, Jalan Sri Hartamas 1
Taman Sri Hartamas
50480 Kuala Lumpur
Jenis:Tingkat 2, kedai pejabat 3 tingkat
Harga dilupuskan kepada
Insun Development Sdn Bhd:RM741,000


Urusniaga berjumlah RM3 juta boleh disahkan oleh pengurusan Insun Development Sdn Bhd yang beralamat di 15-5, Signature Office The Boulevard, Midvalley City, 59200 Kuala Lumpur atau pun peguam yang bertindak bagi pihak pembeli iaitu Heng & Co, No 30 Lorong Maarof, Bangsar Park, 59000 Kuala Lumpur. Harga pasaran ketiga-tiga hartanah ini dianggarkan berjumlah RM4 juta, maka pelupusan ini dibuat pada diskaun sebanyak 25%.

Saya membidas sekeras-kerasnya kecuaian pihak berkuasa yang membolehkan urusniaga sebegini terus berlaku terutamanya apabila pelupusan harta dibuat pada harga yang lebih rendah. Ini menjejaskan kemungkinan pihak berkuasa dapat merampas kembali sebarang harta yang dibeli dengan menyalahgunakan dana awam RM250 juta untuk mendapatkan kembali pembayaran dana tersebut kelak.

Jika ini boleh berlaku tanpa sebarang pengawasan, ini bermakna perkara yang sama boleh juga berlaku dengan aset-aset lain yang dimiliki oleh keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil tetapi dibeli menggunakan dana awam (atau pun melalui transaksi melibatkan dana awam) iaitu:

1.      Kondominium One Menerong berjumlah RM14 juta

2.      2 plot tanah di Putrajaya berjumlah RM3 juta

3.      Kondominium di Orchard Scotts berjumlah RM10 juta

4.      2 kondominium di Marina Bay Suites berjumlah RM34 juta

5.      8 unit rumah kedai pejabat di KL Eco City dianggarkan berjumlah RM12 juta

Urusniaga yang melupuskan harta-harta milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil seperti ini membuktikan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah berbohong kepada rakyat apabila beliau mengumumkan bahawa aset NFC telah dibekukan pada 14 Januari 2012 yang lalu.

Sehingga kini, segala urusniaga dan operasi berjalan seperti biasa termasuklah yang melibatkan pelupusan harta yang menjejaskan pengambilan semula dana awam RM250 juta.
----------------------------------------------------------------
Penulis adalah Pengarah Strategi Keadilan

Tuesday, February 28, 2012

Najib, mengapa projek lembu tak diserah pada Felda?



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, yang membisu berhubung skandal syarikat Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) digesa menjelaskan mengapa syarikat milik Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dipilih menguruskan projek mega ternakan lembu itu dan bukannya syarikat Felda yang turut membuat bidaan.

NONEMenurut Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli (kiri), Najib bersikap hipokrit apabila memperbesar-besarkan sumbangan beliau kepada peneroka Felda tetapi pada masa yang sama tidak memberikan projek bernilai lebih RM300 juta yang boleh memberi manfaat kepada ribuan peneroka kepada syarikat yang dimiliki oleh Felda.

Memetik jawapan yang diberikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar di Dewan Rakyat pada 31 Oktober tahun lalu, Rafizi berkata Najib yang merupakan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, mempengerusikan Jawatankuasa Pemilihan Projek Fidlot Negara pada tahun 2006.

Jawatankuasa itu menerima bidaan daripada enam syarikat, termasuk dari Felda Farm Products Sdn Bhd, anak syarikat Felda Plantations Sdn Bhd, dan Agroscience Industries Sdn Bhd bagi mendapatkan projek mega itu.

Jawatankuasa itu kemudiannya memilih Agroscience Industries dan Lamberts Agriculture Trade (M) Sdn Bhd untuk dipertimbangkan lanjut tetapi Lamberts kemudian menarik diri. Justeru, Agroscience Industries menjadi syarikat tunggal untuk melaksanakan projek itu.

felda farm products 130207Membandingkan profil semua enam syarikat yang membuat bidaan itu, berdasarkan dokumen yang diperolehi, Rafizi, seorang eksekutif korporat sebelum menceburi dunia politik, berkata, beliau membuat kesimpulan bahawa Felda Farm Products adalah syarikat terbaik untuk melaksanakan projek ini.

Syarikat itu ditubuhkan pada tahun 1995 dengan modal berbayar sebanyak RM10 juta dan pada 31 Disember 2010 telah membuat keuntungan RM9.6 juta.

Manakala Agroscience Industries yang hanya ditubuhkan setahun sebelum kontrak dianugerahkan tidak mempunyai pengalaman dalam perternakan  lembu.

"Tidak perlu seorang genius untuk memikirkan mana syarikat terbaik untuk diberikan projek itu," kata Rafizi.

"Najib tidak boleh lepas tangan dan berdiam diri seperti apa yang dilakukannya sejak enam bulan yang lalu.

NONE"Beliau sama seperti (bekas Perdana Menteri) Pak Lah sekarang. Malah, beliau lebih senyap berbanding Pak Lah ... Tandatangannya ada pada projek ini.

"Jika beliau tidak memberi maklum balas, kami akan mendedahkan sesuatu," kata Rafizi, sambil mencabar Najib untuk menjadi ‘lelaki budiman’ (gentleman).

"Saya tidak mahu menggunakan perkataan pengecut. Tetapi setakat ini perkataan untuk menggambarkan Najib yang meninggalkan Shahrizat keseorangan menangkis isu ini, adalah bukan lelaki budiman."