
Badan tertinggi parti Islam itu berpendapat, perhimpunan pimpinan Datuk S Ambiga itu bukan saja tidak bercanggah dengan syariat, malah paling sesuai menentang "kezaliman dan kemungkaran" pemerintah.
"Ia amat selari dengan syariat bagi menegakkan amar makruf dan nahi mungkar," menurut kenyataan majlis yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik itu."Bahkan ia menjadi wajib apabila tiada cara lain yang lebih berkesan bagi menyekat kemungkaran dan tindakan Umno dan BN, yang membahayakan keselamatan negara dan terus menerus dengan cara kezaliman dan penipuan yang licik, bukan sahaja kepada PAS tetapi kepada orang Umno itu sendiri."
Majlis Syura Ulama PAS juga berkata, amalan demonstrasi mempunyai asas kuat menurut sunah dan sejarah Islam.
Justeru, jelasnya, perkara "teknikal", seperti isu bergabung dengan bukan Islam bukan isu selagi tidak menghakis dasar Islam.
Demonstrasi 70 wanita dalam hadis
"Selain demonstrasi jalanan, apakah instrumen terbaik dalam realiti Malaysia yang mengamalkan demokrasi bagi memberitahu mereka yang tidak tahu, menyedarkan mereka yang masih tidur, menakutkan mereka yang berkepentingan, menyedarkan semua rakyat supaya bergerak membantah tindakan Umno dan BN?"
"Justeru, di manakah kezaliman pihak BERSIH dan di manakah salahnya?" soal majlis syura.
Badan penggubal dasar PAS itu juga menegaskan, demonstrasi pada asasnya "tidak mempunyai hukum" kerana ia bergantung kepada sebab diadakan."Hukum boleh jadi sunat atau wajib jika tujuannya untuk baik dan penting," jelas majlis itu sambil mengemukakan beberapa hujah al-Quran, antaranya yang menyeru menasihati pemimpin dan menentang kezaliman.
Menurut majlis syura, amalan itu turut berlaku dan dirakam dalam hadis, seperti diriwayatkan Ibnu Umar, antaranya peristiwa kedatangan 70 wanita ke rumah nabi mengadu dipukul suami.
"Justeru itu, nabi mengeluarkan sabda dan arahan supaya jangan memukul isteri dan nabi menceritakan kepada sahabat lain tentang peristiwa isteri-isteri yang datang berdemonstrasi meminta pembelaan," kata kenyataan itu lagi.

KUALA LUMPUR: PAS berpendapat Majlis Fatwa Kebangsaan memerlukan saluran media sendiri atau memaklumkan fatwanya melalui sidang media agar penjelasan terperinci diberikan dalam sebarang fatwa yang dikeluarkan.
Atas dasar itu, Pesuruhjaya PAS Pahang itu berkata sepatutnya para ulamak dan seluruh ahli Majlis Fatwa turun bersama-sama rakyat dalam himpunan Bersih 3.0 bagi menuntut sistem yang adil kerana ini menepati tuntutan syarak.
KOTA BHARU, 8 Mei: Majlis Fatwa Kebangsaan diminta menjelaskan dari sudut ‘hukum’ sebuah akhbar yang menyiarkan gambar tidak bermoral yang mengaitkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali baru-baru ini.
KUALA LUMPUR, 8 Mei: “Macam mana satu fatwa dikeluarkan tanpa mengetahui tasawwur (gambaran) sebenar mengenai hukum yang hendak diputuskan?” tanya AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
KUALA LUMPUR, 8 Mei: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar(gambar) terpanggil untuk mencari penjelasan daripada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia mengenai fatwa ‘adalah haram buat umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik.'
KUALA LUMPUR, 7 Mei: Perbuatan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama mengharamkan perhimpunan yang menuntut pilihan raya bersih dan adil memalukan umat Islam, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
KUALA LUMPUR, 7 Mei: PKR berpendirian tegas bahawa pandangan Tan Sri Profesor Emeritus Dr. Abdul Shukur Hussain, Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan seperti yang disiarkan dalam media semalam adalah sangat bertentangan dengan fatwa yang telah dikeluarkan oleh seorang ilmuan Islam yang sangat berautoriti, Dr Yusuf al-Qaradawi, Presiden Persatuan Ulama Sedunia seperti yang tercatat dalam buku yang berjudul Thawrah al-Sha’b (Revolusi Rakyat).
KUALA LUMPUR, 7 Mei: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan diseru tidak mengeluarkan pandangan melibatkan demonstrasi sahaja tetapi mestilah juga mengeluarkan pandangan melibatkan kepincangan pilihan raya yang menjadi sebab kepada berlakunya demonstrasi.
Sebenarnya, kembara dan memerhati perbezaan budaya dan latar manusia adalah penting sebelum seseorang meletakkan sesuatu penilaian ataupun hukum. Ramai orang melawat tempat orang lain, tetapi hanya asyik melihat bangunan dan pemandangan cantik sahaja tanpa mempelajari perbezaan budaya dan adat manusia.
PROF MADYA DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN