| http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6412-adakah-marina-juga-dajal-di-sisi-perkasa Abdul Aziz Mustafa |
Ketika membangkitkan persoalan itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, beliau hairan mengapa Marina tidak didajalkan oleh Perkasa atau mana-mana "pertubuhan rasis yang setiap hari berbohong kononnya memperjuangkan kepentingan Melayu dan Islam". "Mengapa tidak ada seorang pun dari gerombolan itu yang mendajalkan, menuntut supaya dilucutkan kewarganegaraan Marina dan dihalau dari negara ini? "Tak tahulah kalau-kalau (bekas Perdana Menteri, Tun) Dr Mahathir (Mohamad) yang dilaporkan sebagai penaung Perkasa atau (Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Datuk) Mukhriz (Mahathir) yang akan tampil sebagai junjungan besar puak itu dan mendajalkan serta menuntut dilucutkan kewarganegaraan Marina serta dihalau dari negara ini. "Maklumlah, sebelum ini Perkasa melabelkan Ambiga sebagai dajal dan menuntut supaya ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana menyokong program songsang itu dan beberapa pertubuhan rasis pula menuntut dilucutkan kewarganegaraannya dan dihalau dari negara ini," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu. Mahfuz menyifatkan sifat membisu pertubuhan-pertubuhan rasis dan pembohong itu terhadap Marina sebagai bukti yang tidak dapat disangkal lagi yang memperjelaskan kepada rakyat bahawa penentangan mereka terhadap Seksualiti Merdeka bukan didorong oleh kesedaran agama dan moral tetapi semata-mata diapi-apikan oleh hawa nafsu oportunis untuk menghukum Ambiga yang pernah terlibat menuntut pilihan raya adil dan bersih. "Bila anak Dr Mahathir bertegas dengan pendiriannya, mereka tutup mulut rapat-rapat. Sikap dan perangai mereka jelas membuktikan bahawa bukan Tuhan, halal haram dan akhlak yang menjadi perkiraan dan penyebab tindakan mereka. "Apa mereka peduli tentang Tuhan, halal haram dan akhlak sedangkan tidak henti-henti nafsu oportunis mereka menggasak upah dari pemimpin-pemimpin perasuah dan perompak harta negara?" tegas beliau. Pertubuhan-pertubuhan rasis itu, kata Mahfuz, tidak pernah lantang pun sebelum ini tentang keruntuhan akhlak dan kebejatan moral. "Bersepah-sepah kelab-kelab maksiat, lorong maksiat serta sarang pelacuran dan pondan, mereka tidak ambil peduli, kerajaan tidak ambil peduli dan polis juga tidak mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan sebarang pengharaman. "Agaknya kerana Ambiga tidak merasmikan kelab, lorong dan sarang-sarang itu," sindir beliau. Mahfuz yakin, sebahagian besar rakyat merasa amat jijik apabila orang-orang yang diketahui umum sebagai pemakan upah dan pembodek pemimpin-pemimpin perasuah dan perompak harta negara bercakap tentang ugama semata-mata untuk mengapi-apikan sentimen umat Islam. "Dengan penglibatan Ambiga merasmikan Seksualiti Merdeka, dapatlah juga mereka bercakap fasal agama dan akhlak walaupun nampak sangat penuh kepalsuan dan bercakap semata-mata demi kepentingan perut dan nafsu mereka. "Kalau tidak, mereka asyik memikirkan cara-cara untuk menggasak upah dari pemimpin perasuah dan perompak harta negara. Itu sahaja kerja mereka, tak habis-habis," katanya lagi. Mahfuz berharap umat Islam yang menolak dan menentang Seksualiti Merdeka melakukannya semata-mata dengan niat untuk menjunjung peraturan dan ajaran Allah serta mencari keredhaan-Nya. |
Wednesday, November 9, 2011
dakah Marina juga dajal di sisi Perkasa?
Tuesday, November 8, 2011
KM Melaka minta nama Islam pada SIS ditarik
| Elissa Helmy 11:33AM Nov 9, 2011 |
Menurutnya, tindakan SIS yang didakwa menyokong program berkenaan adalah amat dikesalkan kerana tidak selari dengan nama Islam yang dibawa pertubuhan itu.
"Saya dapati SIS ini sering mengelirukan orang ramai, termasuklahsokongan terhadap program Seksualiti Merdeka ini.
"Perkara ini mudah sahaja. Kalau sudah haram, maka haramlah ia. Tidak perlu hendak dipertikai atau dibincangkan lagi.
"Saya harap pihak pendaftar akan tarik balik penggunaan perkataan Islam itu. Gunalah nama Sisters In apa sekalipun, asalkan bukan Islam," katanya.
Pada masa sama, Mohd Ali turut menasihatkan masyarakat supaya tidak melibatkan diri atau menyokong sebarang aktiviti berkaitan program berkenaan.
Menurutnya, tindakan segera perlu diambil bagi menangani gejala homoseksual dan lesbian supaya ianya tidak berleluasa di negara ini."Mana ada agama dalam dunia yang benarkan lelaki berkahwin dengan lelaki dan wanita dengan wanita?
"Kalau dibiarkan, negara kita akan menjadi seperti negara Eropah, di mana perkara ini berleluasa. Kalau kita benarkan satu, lambat-laun ia akan semakin merebak," katanya.
Monday, October 24, 2011
UIA tarik balik penggantungan Aziz Bari
| http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6168-uia-tarik-balik-penggantungan-aziz-bari | | Print | |
| Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 24 Okt: Penggantungan tugas terhadap pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Abdul Aziz Bari ditarik balik serta-merta hari ini. |
Skandal IC amat membahayakan negara
| http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6163-skandal-ic-amat-membahayakan-negara | | Print | |
| Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 24 Okt: Skandal kad pengenalan (IC) terutama yang membabitkan kod "71" dan pemberian kad pengenalan biru dengan mudah kepada warga asing perlu diberikan perhatian serius oleh kerajaan kerana ia amat merbahaya keselamatan negara. |
Thursday, October 20, 2011
Aizz Bari digantung UIA
| Aziz Bari: Himpunan bantah dijangka lebihi sasaran |
| Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 20 Okt: Melihat kepada sokongan pelbagai pihak, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) tidak menolak kemungkinan himpunan membantah penggantungan tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari oleh Universiti Islam Antarabangsa (UIA) hari ini melebihi sasaran. |
| Aziz Bari: Warga UIA tuntut penjelasan | | Print | |
| Harakahdaily |
Presidennya, Mohamad Iqbal Ab Wahab berkata, apatah lagi, Dr Aziz telah menyumbang bakti di bumi UIAM digantung tanpa diadili terlebih dahulu, kata “Perkara ini jelas bertentangan dengan Fasal 10 Perlembagaan Malaysia yang menyentuh berkenaan kebebasan bersuara. Yang lebih menyedihkan, kebebasan akademik secara jelas telah dicabul,” katanya kepada Harakahdaily pagi ini. Baginya, jenayah akademik dan intelektual sebegitu tidak dapat diterima oleh seluruh rakyat Malaysia secara amnya dan warga UIAM khususnya. Tegasnya, yang nyata, isu yang dibangkitkan oleh ahli akademik ini perlu dijawab dengan secara ilmiah, bukan dengan cara politik murahan dan tidak bertamadun. Tambahnya, tindakan penggantungan sebegitu serta layanan terhadap Dr Aziz sedikit sebanyak telah menjejaskan imej UIAM di mata dunia. “Oleh hal yang demikian, kami mewakili seluruh warga UIAM menuntut penjelasan dari pihak tertinggi UIAM berkenaan isu ini kepada seluruh warga UIAM,” katanya. Beliau menambah, MPPUIAM juga menuntut pihak universiti perlu menarik balik penggantungan terhadap Dr Aziz dan satu sesi public hearing (pengadilan di tempat terbuka) dijalankan di dalam UIAM bagi mendapatkan penjelasan kedua-dua belah pihak. “Kami juga menolak sebarang campur tangan pihak luar terutama bagi mereka yang mempunyai kepentingan politik dan peribadi dalam menyelesaikan isu ini. “Akhir kata, kami menyeru kepada semua pihak untuk menghormati kesucian taman ilmu dan budi , demi nusa, bangsa dan agama Islam yang tercinta,” ujarnya lagi. Tambahan pula, ujarnya apabila membawa nama Universiti Islam Antarabangsa. |
| Aziz Bari: Timbalan menteri turut sedih |
| Harakahdaily |
Mengulas melalui laman Twitternya, Saifudin berkata beliau telah mengarahkan UIA memberi laporan bertulis kepada beliau. "Saya terganggu dan sedih. Saya sudah meminta UIA memberikan laporan bertulis," katanya. Sementara itu, sekumpulan mahasiswa yang tidak berpuas hati dengan tindakan UIA terhadap Aziz Bari akan mengadakan demonstrasi esok. Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Syukri Abdul Razab yang dipetik FMT berkata, demonstrasi itu akan diadakan dihadapan pintu masuk utama UIA pada pukul 9 pagi esok, selain bercadang menghantar memorandum kepada Rektor UIA, Prof Datuk Dr Zaleha Kamarudin menggesa agar penggantungan itu ditarik semula. Menyifatkan tindakan itu sebagai tidak bertanggungjawab kerana membelakangkan prinsip ‘kebebasan akademik’, UIA sebagai institusi pendidikan tinggi seharusnya mempertahankan Aziz Bari atas dasar kebebasan berpendapat. “Sebaliknya mereka tunduk kepada tekanan dan terus menghukumnya. Keadaan ini bukan sahaja memberi kesan kepada Aziz Bari sahaja tetapi semua pengamal akademik,” katanya. Selain SMM, demonstrasi itu akan turut disertai kumpulan mahasiswa lain termasuk Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Gabungan Mahasiwa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Pro-Mahasiswa (Pro-M), Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (DEMA), serta Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya. “Kami menjangkakan 500 mahasiswa hadir memberikan sokongan esok,” katanya. Sementara itu, dua laman peminat Facebook dilancar bagi membantah tindakan terhadap Aziz Bari yang juga Pakar Perlembagaan itu. Facebook "Kami Bantah Penggantungan Dr Aziz Bari" dan “10,000 mahasiswa menyokong penuh Profesor Dr Abdul Aziz Bari” setakat petang ini sudah mempunyai lebih 2,000 peminat. Dipercayai mengulas sokongan mahasiswa itu, Saifudin juga melalui Twitternya berkata, terpulang kepada mahasiswa tersebut kerana itu hak mereka. "Sekiranya rakyat dan pelajar mahu memberi sokongan kepada Aziz Bari, itu hak mereka," katanya. |
| UIA patut pertahan Aziz Bari, bukan gantung |
| Harakahdaily |
Exco Kerajaan Selangor, Elizabeth Wong (gambar) berkata, UIA sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang bertaraf antarabangsa, sepatutnya mempertahankan hak ahli akademik menyuarakan pendapat dan idea. Malangnya, kata beliau universiti tersebut bukan sahaja gagal mempertahankan Dr Aziz apabila diserang oleh ahli politik dan media Umno, tetapi sebaliknya menggantung beliau pada hari ini. “Dengan mengambil tindakan ini, UIA terbukti mementingkan agenda politik Umno. Transformasi yang sering dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak jelas merupakan janji-janji kosong,” ujarnya dalam satu kenyataan. Katanya, universiti-universiti sepatutnya menggalakkan perkongsian pendapat dan debat untuk membuka minda masyarakat sejagat. Beliau yang Adun Bukit Lanjan berkata, jika seorang ahli akademik yang dihormati dihukum kerana memberi ulasan dalam bidangnya, maka semua ahli akademik secara tidak langsung akan disunyikan. Tambahnya, tindakan menggantung Dr Aziz merupakan bukti jelas mengapa tahap kecermelangan institusi pengajian tinggi di Malaysia tetap merudum. “Saya menggesa UIA untuk menarik balik penggantungan ini dengan serta-merta. Hak kebebasan akademik mesti dipertahankan,” ujarnya. http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=17154 |
| Surat tunjuk sebab kepada Aziz Bari hina UIA | | Print | |
| Muhammad Faizal |
"Saya berpendapat tindakan tersebut adalah satu tragedi dan juga penghinaan kepada institusi pengajian tinggi terutamanya UIAM, yang mana kita tahu universiti tersebut adalah sebuah universiti antarabangsa yang mendapat pengiktirafan dunia. "Saya melihat seolah-olah ada tangan-tangan tentu yang mengarah agar dikeluarkan surat tunjuk sebab kepada Abdul Aziz," jelasnya ketika ditemui di parlimen. Tambah Nizar lagi, pemberian surat tunjuk sebab itu sebenarnya telah menaikkan martabat Abdul Aziz sebagai seorang profesor. Katanya, ia merupakan penghinaan kepada tokoh-tokoh akademik yang telah menggunakan kebijaksanaan mereka untuk berbincang serta membahas isu-isu yang ada di negara ini tetapi dikenakan tindakan jika tidak disenangi oleh pihak-pihak tertentu. "Saya tekankan di sini seolah-olah ada satu arahan yang dibuat oleh pihak atasan barangkali ada pihak dalam Umno Barisan Nasional yang merasakan apa yang didedahkan oleh Abdul Aziz itu akan memberi kesedaran yang meluas kepada warga akademik dan juga rakyat. "Sepatutnya yang dilakukan oleh kerajaan mahupun institusi pengajian tinggi adalah memberi kebebasan untuk mereka meluahkan pendapat kerana ia tidak melibatkan politik, malah beliau merupakan seorang profesor dan pakar dalam Perlembagaan Malaysia sudah tentu ia mempunyai sebab tertentu untuk berhujah jadi kenapa ia dihalang," sambungnya. Nizar juga berpendapat tindakan itu merupakan satu sekatan untuk tokoh akademik bebas berpendapat serta merupakan satu sejarah baru dalam dunia akademik negara ini dan akan menyebabkan seluruh dunia memandang serong kepada institusi pengajian tinggi di Malaysia. Sebelum itu, Abdul Aziz mengundang kontroversi berhubung kenyataan mengenai perlembagaan dan Raja-Raja Melayu. Menurut sumber, Abdul Aziz diberikan surat tunjuk sebab itu petang tadi tetapi tidak jelas mengenai kandungan surat tersebut. Abdul Aziz kini disiasat mengikut Akta Hasutan berikutan laporan polis Senator Ezam Mohd Nor pada 13 Oktober lalu. Difahamkan sekurang-kurangnya lima laporan polis dibuat berhubung perkara yang sama. |
Menjawab Zul dan Ahli UBN -Liwat Isteri
http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=17156
Alhamdulillah, tak sia-sia saya menyimpan email ini dengan sekian lamanya. Saya amat pelik dan dukacita perkara ini diulangkali yang kedua setelah Zaid Ibrahim dan masakini Zulkifli Nordin sebagai Parlimen Kulim membangkitkan isu "liwat isteri" tiada terkandung dalam enakmen hudud. Saya tidak tahu mengapa Zulkifli selaku peguam syarie yang tahu selok belok hukum islam boleh swing kononnya mahu pukul TKO "Hudud PAS".
Amat tidak adil untuk saya membidas atau menjawab persoalan ini. Maka saya bawakan khazanah inbox saya untuk tatapan umum yakni pada saudara dan saudari Muslimin/muslimat. Saya beranggapan jawapan dari email saya boleh diguna pakai untuk masakini yakni untuk orang yang sering mempersendakan hukum Allah secara sedar.
Saya berpandangan, Allah SWT menjaga kita dengan isu sekarang dengan tersimpan email saya ini sebagai rujukan saya pada satu waktu dahulu. Wa'Allahualam.
Date: Sat, 30 Aug 2003
Subject: KENYATAAN AKHBAR KETUA PENERANGAN MUSLIMAT PAS PUSAT BERKAITAN ISU " LIWAT "
Suatu yang amat malang apabila pemimpin UMNO Kelantan yang tandus
dengan isu telah berani pula memainkan satu lagi irama baru berhubung
dengan Perkara 16 Enakmen Kanun Jenayah Syariah ( II ) 1993 yang
berkaitan dengan hukuman bagi kes liwat. DMPP melihat bahawa usaha
ini tidak lebih daripada satu tindak balas desprado kepimpinan UMNO
Kelantan dalam keghairahan untuk berkuasa semula di negeri Serambi
Makkah tersebut.
Setelah sekian lama iaitu hampir 1 dekad enakmen tersebut
diperkenalkan kepada khalayak
hanya kini Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan tersebut
iaitu Zaid Ibrahim mula membangkitkan isu berkenaan. Ini jelas
menunjukkan kepada kita betapa Zaid sebenarnya
tidak ikhlas dan tidak "genuine" dalam memperjuangkan isu-isu yang
disebut sebagai ketidakadilan kepada isteri itu.
Bahkan ianya tidak lebih daripada satu usaha murahan untuk mencari
helah dan mencari-cari kelemahan dalam kerajaan pimpinan PAS
khususnya di Kelantan.Pemimpin UMNO seperti Zaid adalah manusia yang
tidak berminat dengan kebenaran dan ilmu tetapi lebih berminat dengan
kuasa dan populariti meski sekalipun beliau terpaksa menjadi dalang
dalam menimbulkan kekeliruan serta salah faham orang ramai terhadap
peruntukan syariat Islam.
Adalah sangat perlu dan wajar melihat serta memahami apa jua
peruntukan dalam satu-satu
undang-undang atau peraturan tersebut secara keseluruhannya bukan
setakat melihatnya secara seksyen demi seksyen atau perkara-perkara
tertentu sahaja secara terpisah-pisah.
Perkara 16 Enakmen Kanun Jenayah Syariah ( II ) 1993 yang
menjelaskan : "Liwat ialah sesuatu yang merupakan persetubuhan di
antara lelaki dengan seorang lelaki yang lain atau di antara seorang
lelaki dengan seorang perempuan selain isterinya yang dilakukan
diluar tabii atau melalui dubur."
Adapun perkataan "selain isterinya" itu tidak pula bermakna bahawa
Kerajaan PAS membenarkan seorang suami meliwat isterinya . Tetapi
ianya lebih menjelaskan bahawa hukuman hudud tidak boleh digunakan ke
atas sisuami yang mempunyai ikatan perkahwinan yang sah dengan
isterinya dalam kes tersebut atau dengan perkataan lain peruntukan
hukuman ke atas suami yang meliwat isteri bukanlah hudud tetapi dalam
peruntukan ta'zir .
Bermakna tindakan suami meliwat isteri TETAP MENJADI SATU KESALAHAN
tetapi peruntukan hukuman bagi kesalahannya mengikut syariat Islam
tidak di bawah Hudud tetapi pesalah akan dihukum mengikut hukum
Ta'zir .DMPP melihat bahawa pihak-pihak yang terbabit dalam menjaja
isu ini jelas menampakkan kejahilan mereka yang sebenarnya tentang
syariat Islam sebagai "the way of life". Kedangkalan ilmu yang cukup
jelas berkaitan dengan sumber dan prinsip dalam perundangan Islam
serta langsung tidak dapat memahami kaedah-kedah usul fiqh yang
disepakati dalam Islam.
Adalah amat malang apabila pemimpin politik dalam masyarakat apatah
lagi kelompok yang mendabik dada mengatakan bahawa Malaysia sebagai
sebuah negara Islam cuba pula bercakap berkaitan soal hukum atau
syariat Islam tanpa terlebih dahulu memahami tasawwur Islam,asas-asas
dalam Islam serta sumber dan prinsip-prinsip perundangan Islam.
Ibaratnya seorang akauntan yang bertindak mempertikaikan prosedur
kerja yang diamalkan
oleh seorang pakar bedah yang sedang berusaha membedah pesakitnya.
Sedangkan akauntan terbabit tidak pun tahu pisau mana yang patut
digunakan pada masa-masa tertentu, keperluan-keperluan lain yang
mesti ada semasa tempoh tersebut, sejarah pesakit yang sedang melalui
proses pembedahan bahkan tidak juga mengetahui apakah sasaran yang
cuba dicapai oleh pakar bedah tersebut.
Bagaimana mungkin? DMPP mengajak semua pihak untuk menginsafi bahawa
syariat Islam bukanlah sesuatu yang patut dijaja secara murahan dan
bukan juga semata-mata persoalan logik akal atau boleh ditafsir
secara bermudah-mudah. Tetapi ianya berhubung dengan tatacara
kehidupan manusia yang telah ditetapkan oleh Allah menerusi AlQuran
dan kemudiannya dijelaskan secara terperinci lagi melalui sunnah Nabi
SAW , Qias dan Ijma' para Ulama'.
Justeru itu, persoalan ini tidak boleh diambil ringan dan dibangkit
dengan hasrat untuk menunjukkan kelemahan syariat Islam dalam apa
cara sekalipun. Sepertimana contohnya tindakan tidak
bertanggungjawab pemimpin UMNO Kelantan itu yang ternyata jahil lagi
menjahilkan. DMPP menyeru agar setiap persoalan berhubungkait dengan
agama dan syariat mestilah dikembalikan kepada ahlinya ( yakni para
cerdik pandai Islam/ ulama' ) dan dibincangkan dengan penuh adab
kesopanan dan taqwa yang tinggi kepada Allah SWT.
Berhubung dengan dakwaan Ketua Puteri UMNO, Azalina Said bahawa
kononnya kerajaan PAS mengambil sikap lepas tangan dan memperuntukkan
hukuman yang lebih ringan iaitu Ta'zir kepada suami yang meliwat
isteri ; DMPP memandang bahawa sikap yang ditunjukkan oleh Azalina
itu sebagai orang Islam yang tidak faham Islam bahkan ibarat seorang
kanak-kanak yang senantiasa mahu dia dapat lebih.
Hukuman bukanlah hak kerajaan PAS tetapi merupakan peruntukan yang
telah ditetapkan menurut kaedah dan prinsip-prinsip perundangan dalam
Islam. Apa yang penting pada masa sekarang ialah pendidikan dan
penjelasan berkaitan kaedah dan prinsip-prinsip itu. Bagi orang
seperti Azalina dan Zaid Ibrahim, DMPP merasakan bahawa mereka boleh
berusaha untuk mengambil kursus Pengajian Islam yang menawarkan
subjek-subjek berkenaan di mana-mana IPTA dalam negara bagi
memastikan mereka benar-benar faham dan mempunyai ilmu sebelum secara
bermudah-mudah menjadi juara menjaja kes rumahtangga muslim yang
sebenarnya mempunyai tempat yang lebih sesuai untuk dimuzakarahkan
bersesuaian dengan perkembangan-perkembangan masalah semasa baitul
muslim (
kekeluargaan Islam ) itu sendiri. Di situlah neraca akhlaq dan
ketinggian adab mahkluk yang
bergelar manusia.
Akhirnya DMPP menyeru kepada semua wanita Islam di Malaysia agar
tidak mudah diseret sama oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab
dalam memanipulasikan tafsiran kepada peruntukan dalam Perkara 16
itu. Di samping mengingatkan kepada semua wanita Islam Malaysia agar
jangan sampai berlaku akhirnya nanti wanita Islam di Malaysia pula
bangkit memohon satu peruntukan undang-undang yang baru bagi
kesalahan suami merogol isteri sepertimana yang telah digunapakai
oleh masyarakat sekular Barat hanya kerana mereka menjadi seorang
Islam yang tidak lagi memahami agamanya .
YB. Sen. Siti Zailah Mohd. Yusof
Ketua Penerangan DMPP
29 Ogos 2003"
Wednesday, October 19, 2011
Jangan ugut Aziz Bari, kemuka hujah balas
| http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6076-jangan-ugut-aziz-bari-kemuka-hujah-balas | | Print | |
| Harakahdaily |
“Gerak merasa terkilan atas celaan berbentuk peribadi yang telah dikenakan terhadap beliau,” kata setiausaha agungnya, Rosli H Mahat kepada Harakahdaily. Jelasnya, Abdul Aziz adalah seorang yang berwibawa dan berkelayakan untuk membuat kenyataan ilmiah dan rasional dalam bidang kepakaran beliau. Menurutnya lagi, mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan pandangan beliau sepatutnya menghujah balas secara rasional dan profesional tanpa sebarang ugutan atau celaan peribadi. Tambahnya, sebagai seorang ahli akademik, Prof Abdul Aziz berhak menyatakan pendapat seperti yang telah dilakukannya. Ini, ujarnya adalah sebahagian dari kebebasan akademik yang dipunyai oleh setiap ahli akademik. Beliau menjelaskan, mana-mana negara yang mahukan universiti mereka disanjungi dan dihormati sebagai universiti bertaraf dunia pasti menyokong, menghormati dan melindungi kebebasan akademik. “Kebebasan akademik ini telah disaran oleh UNESCO melalui satu dokumen bertajuk Recommedation Concerning the Status of Higher Education Teaching Personnel,” ujarnya lagi. Dokumen itu, terangnya telah diluluskan oleh perhimpunan agung UNESCO pada 11 November 1997. Katanya, kebebasan akademik ada termaktub dalam artikel 26 dan 27 Recommendation tersebut. Antara hak yang dinyatakan dalam Recommendation tersebut ialah: “hak untuk menyumbang kepada perubahan sosial melalui kebebasan menyatakan pendapat mereka terhadap dasar-dasar negara dan dasar-dasar yang memberi kesan kepada pendidikan tinggi. Mereka tidak seharusnya dikenakan apa-apa penalti semata-mata kerana mengguna hak tersebut”. Justeru itu, ujarnya Gerak menyeru semua pihak supaya menghayati dan menghormati kebebasan akademik. Katanya, semua pihak hendaklah akur terhadap recommendation tersebut pada bila-bila masa. “Keperihatinan pihak-pihak yang berkepentingan (stakeholders) dalam perkara ini amat perlu untuk memertabatkan Malaysia sebagai hub pendidikan tinggi antarabangsa dengan universiti-universitinya bertaraf dunia,” katanya. |
Sunday, October 16, 2011
Aziz Bari jawab Awang Selamat
"Seorang pegawai SKMM akan datang menemui saya di pejabat di Gombak jam 1030 ini.
"Mungkin kerana desakan (kolumnis) Awang Selamat dalam MM (Mingguan Malaysia) semalam," katanya kepada Malaysiakini pagi ini.
7:41AM Okt 17, 2011

Saya sudah mengambil keputusan untuk membawa segala fitnah dan kekeliruan yang dibawa oleh Utusan Malaysia dan pihak-pihak tertentu ke mahkamah.
Sebab itu saya tidak mahu mengeruhkan suasana. Dan saya tidak mahu terlibat dalam perbicaraan melalui media yang tidak adil ini meskipun Utusan semacam sudah menjatuhkan hukuman ke atas saya.
Bagaimanapun apa yang ditulis oleh Awang Selamat dalam Mingguan Malaysiasemalam memerlukan respon segera supaya pembaca khususnya dan umat Islam amnya tidak terkeliru. Saya berpendapat pembaca berhak untuk mengetahui fakta yang sebenar.
Mungkin Awang Selamat dan Datuk Zulkifli Nordin tidak sedar bahawa saya telah memulakan penyelidikan mengenai gejala riddah, khususnya bagaimana undang-undang menanganinya, sejak 1996 sekembalinya saya dari pengajian PhD di United Kingdom. Selain beberapa kertas seminar hasil kajian itu kemudian diterbitkan dalam jurnal undang-undang UKM pada 1999.
Dalam makalah ini saya huraikan ruang lingkup Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan, khususnya kes Jamaluddin Othman yang diputuskan oleh Mahkamah Agung pada 1989, sebuah kes yang begitu menyulitkan umat Islam.
Tafsiran baru yang saya dapati itu kemudian menjadi salah satu hujah yang dikemukakan dalam kes Lina Joy - kes murtad - di mahkamah yang akhirnya diputuskan di pihak Islam oleh Mahkamah Persekutuan pada 2007.
Ini dimaklumkan oleh para peguam yang mengendalikan kes tersebut kepada saya. Justeru untuk menuduh saya tidak sedar usaha memurtad atau mengkristiankan umat Islam adalah tidak benar.
Buku-buku
Tentang kedudukan dan peranan Raja-Raja sebagai ketua agama kenyataannya ialah setakat yang saya tahu hanya ada satu huraian mengenai perkara tersebut dan ia adalah tulisan saya sendiri yang dimasukkan dalam buku saya yang berjudul Islam dalam Perlembagaan yang terbit pada 2005.
Selain bab ini saya juga telah menyentuh isu ini dalam tesis PhD saya yang bertajuk The Development and Role of Constitutional Monarchy in Malaysia yang dikemukakan kepada fakulti undang-undang Universiti Birmingham, England pada penghujung 1995.
Saya telah menghasilkan beberapa tulisan lain selepas itu termasuk buku Majlis Raja-Raja: Kedudukan dan Peranan di dalam Perlembagaan yang diterbitkan oleh DBP pada 2002. Ia telah dilancarkan oleh Yang di-Pertuan Agong sendiri pada bulan Disember 2002.
Saya fikir tulisan-tulisan itu, bersama dengan sekian banyak tulisan dalam buku-buku saya yang lain, sudah cukup untuk memahamkan masyarakat tentang sikap saya kepada kedudukan Islam dan Raja-Raja dalam perlembagaan.
Mereka boleh menilai segala tuduhan dan kecaman yang dilemparkan oleh Awang Selamat, Zulkifli, Senator Ezam dan kawan-kawan mereka kepada saya selama seminggu ini. Selain itu takkan mereka tidak pernah mengikuti kolum-kolum saya dalam akhbar Sinar Harian (2008-2010) dan Sunday Sun(1996-1998) . Lebih menghairankan lagi saya telah banyak kali diwawancara oleh Mingguan Malaysia sendiri dalam isu-isu itu; beberapa kali selepas pilihan raya umum 2008.
Kegilaan Utusan
Pendeknya kalau Awang sibuk sangat dan tidak berkesempatan untuk membuat rujukan ilmiah wawancara-wawancara semuka penuh dengan saya dengan akhbar beliau dalam antara 2008 dan 2010 itu sebenarnya sudah memadai untuk beliau memahami perspektif saya mengenai Islam, raja dan kebebasan beragama dalam perlembagaan kita.
Saya terkejut bila Awang menghentam saya hari ini. Saya tidak anggap Zulkifli dan Ezam penting sangat, maklumlah mereka orang politik. Tetapi saya menunggu tawaran sebuah stesen TV web yang bercadang mengadakan debat antara orang buangan PKR itu dengan saya.
Adalah diharapkan ahli parlimen Kulim-Bandar Baru itu sudi hadir untuk menjernihkan keadaan. Saya tidak ada peluang mempertahankan diri di parlimen sewaktu beliau menyerang saya.
Sehingga ini saya masih tidak jelas apakah sebenarnya sikap Utusan Malaysia terhadap isu-isu Melayu dan agama itu. Apa pun saya tidak yakin dengan kegilaan yang Utusan pamerkan sekarang.
Sikap tak konsisten
Ini kerana sewaktu saya terlibat dalam usaha memerangi murtad sekitar 2005 Utusan tidak menunjukkan sikap itu. Dan semenangnya Umno - pemilik akhbar itu pun - tidak mempunyai sikap yang konsisten.
Hatta dalam tragedi Natrah yang menyayat hati di Singapura pada 1950 itu pun kita tidak tahu di mana Umno sebenarnya. Isu itu adalah isu Islam yang melibatkan orang Melayu.
Dalam kes Lina Joy itu pun kelibat Umno dan Utusan tidak kelihatan. Saya masih ingat bertemu dengan seorang menteri Umno dalam penerbangan: beliau menyumpah mengapa orang bukan Islam dipaksa masuk Islam. Sedangkan dalam kes Lina Joy itu isunya lain: orang Islam yang masuk Kristian! Apa kataUtusan?
Sikap saya jelas. Bagaimanapun saya juga menjunjung hak dan kebebasan orang bukan Islam. Ini saya tegaskan dalam wawancara saya dengan Mingguan pada akhir 2010, tidak lama selepas bekas exco Perak Ngar Kor Ming dibelasah oleh Utusan - seperti saya sekarang - kerana dikatakan membangkitkan soal peruntukan untuk masjid dan hak orang bukan Islam.
Abdul Aziz Bari adalah pensyarah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau banyak memantau perkembangan politik tanah air dan mengulasnya secara kritikal dari perspektif perlembagaan negara.
Thursday, October 6, 2011
Kg Baru: BN rakus di sebalik 'pembangunan'
| http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5840-kg-baru-bn-rakus-di-sebalik-pembangunan |
| Aziz Muda |
| KUALA LUMPUR, 6 Okt: Kerakusan Kerajaan BN sehingga sanggup meluluskan Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2011 (RUU PPKB 2011) malam tadi amat dikesali bukan sahaja oleh para pemilik tanah di kampung itu, tetapi juga di seluruh negara. Tindakan tersebut jelas menunjukkan sikap rakus kerajaan dan pihak-pihak yang berselindung di sebaliknya untuk mengaut kekayaan melimpah-ruah hasil daripada 'pembangunan' Kampung Baru nanti. Pengerusi Sekretariat Pembangunan Kampong Baru (SPKB), Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi berkata, pihaknya amat kesal dengan sikap gelojoh dan tergesa-gesa kerajaan yang meluluskan Akta RUU PPKB 2011 malam tadi, tanpa memberi masa dan peluang langsung kepada pemilik dan pewaris tanah kampung itu untuk melihat sendiri kandungan akta tersebut. Menurut beliau, Isnin lalu, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar melalui menterinya, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin telah menarik balik RUU PPKB 2010, tetapi kemudiannya membentangkan pula rang undang-undang baru, RUU PPKB 2011dengan beberapa pindaan. Katanya, belum pun sempat pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru berpeluang memegang, meneliti dan berbincang berkenaan undang-undang yang bakal menentukan masa depan mereka itu, Kerajaan telahpun secara tergesa-gesa sehingga lewat malam tadi meluluskan RUU PPKB 2011 di Parlimen. "Apakah yang hendak dikejar sangat sehingga tidak ada ruang langsung untuk RUU PPKB 2011 tersebut dibincang dan diluluskan oleh orang-orang Kampung Baru sendiri terlebih dahulu, sedangkan merekalah pihak yang terlibat secara langsung dengan apa saja bentuk pembangunan yang hendak dicadangkan. "Mereka adalah pemilik dan pewaris asal tanah Kampong Bharu sejak 111 tahun lalu dan kini segala pandangan dan hak mereka ke atas tanah mereka sendiri telah dirampas dalam masa hanya beberapa jam sahaja," katanya ketika menghubungi Harakahdaily, hari ini. Kerajaan, menurut beliau, menggunakan mekanisme undang-undang dan Parlimen dijadikan “rubber stamp” untuk menafikan segala hak pemilik dan pewaris tanah Kampong Bharu yang merupakan satu-satunya warisan tanah orang Melayu di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Katanya, SPKB turut mempersoalkan penglibatan empat badan berkaitan kerajaan (GLC) yang diumumkan menteri terbabit malam tadi yang terdiri daripada Lembaga Tabung Haji, Permodalan Nasional Berhad, Putrajaya Holding dan Permodalan Hartanah Berhad yang dikatakan akan terlibat dalam pembangunan Kampong Bharu. SPKB menegaskan bahawa penglibatan badan-badan itu tidak pernah langsung dibincang dan didedahkan kepada masyarakat Kampong Bharu, malah pemilik dan pewaris tanah sehingga sekarang masih lagi ragu dan sangsi tentang kaedah dan bentuk pembangunan yang hendak dijalankan. Katanya, bagaimanakah ia hendak dimulakan dan adakah ia akan melibatkan perpindahan penduduk ke tempat lain sepanjang proses pembangunan itu dijalankan? "Apakah status hak milik tanah mereka akan berubah dan adakah hartanah Kampong Bharu ini akan terbuka untuk diurusniagakan kepada semua orang? "Apakah jaminan hak milik tanah akan kekal di tangan mereka dan mengapakah menteri mempunyai kuasa penuh dan mutlak ke atas tanah Kampong Bharu?" katanya. Semua perkara itu, menurutnya, masih tidak dijelaskan kepada pemilik dan pewaris tanah dan secara tiba-tiba, kerajaan telahpun meluluskan RUU PPKB 2011 malam tadi dan meninggalkan tanda-tanya serta kemarahan kepada sebilangan besar masyarakat Kampong Bharu. SPKB menegaskan bahawa pihaknya tidak menolak sebarang bentuk pembangunan di Kampong Bharu, tetapi biarlah ia dibuat secara tertib, beradab dan menghormati pandangan dan cadangan pemilik dan pewaris tanah Kampong Bharu. "Merekalah tuan yang sebenarnya di Kampong Bharu ini, bukannya menteri, orang-orang politik atau badan-badan korporat," tegas beliau. |
Kampung Baru kini hanya tinggal sejarah
| http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5816-kampung-baru-kini-hanya-tinggal-sejarah |
| Harakahdaily |
| KUALA LUMPUR, 6 Okt: Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPKT) merasa kesal kerana Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2011 (RUU PPKB) akhirnya diluluskan juga malam tadi. Ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata, hanya Ahli Parlimen Pakatan Rakyat sahaja yang bangun mempertahankan RUU itu dari diluluskan sementara majoriti Ahli Parlimen Barisan Nasional bersetuju ianya diluluskan. “Tarikh 5 Oktober 2011 serta persidangan Parlimen kali ini mencatat sejarah hitam buat bangsa Melayu bahawa Kampung Baru yang menjadi warisan Orang Melayu Kuala Lumpur dan menjadi entiti penting kepada Orang Melayu akhirnya diperbadankan dan kini hanya tinggal sejarah,” ujarnya kepada Harakahdaily. Menurutnya, beratus tahun lamanya tanah eksklusif milik Orang Melayu itu tidak terusik, namun pada tarikh 5 Oktober 2011 ia telah berpindah tangan. “Apakah lagi kebanggaan yang tinggal pada Orang Melayu di Kuala Lumpur ini?” soalnya. Katanya, sidang Parlimen itu juga menjadi saksi bahawa siapakah yang benar-benar berjuang demi bangsanya dan siapakah yang hanya ‘beretorik’ yang pada hakikatnya mereka tidak peduli terhadap apa yang terjadi kepada bangsanya sendiri. “Di mana puak-puak yang selalu berkokok kononnya mereka ultra Melayu dan pejuang sejati bangsa Melayu? “Tidak kelihatan untuk bangun mempertahankan isu ini sehingga akhir sidang Parlimen semalam,” katanya. DPPKT juga, ujarnya merasa terkejut dengan kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin bahawa kerajaan akan mengadakan perbincangan lanjut dengan empat syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi membangunkan Kampung Baru iaitu Lembaga Tabung Haji, Permodalan Nasional Berhad, Putrajaya Holding dan Permodalan Hartanah Berhad. Katanya, dalam keadaan Parlimen baru meluluskan Rang Undang-Undang itu, Menteri Wilayah Persekutuan tanpa sabar terus mahu mengadakan perjanjian dengan GLC tersebut. Nampaknya, tambah beliau kerajaan telah melantik beberapa GLC dan persefahaman telah dibuat sebelum Rang Undang-Undang ini diluluskan lagi. Beliau berkata, amat malang kerana pemilik Kampung Baru belum dimaklumkan lagi, harta mereka telah diagih-agihkan dengan tujuan ‘pembangunan’. Kata beliau lagi, nampaknya sedikit masa lagi Kampung Baru akan menjadi sibuk dengan projek pembangunan dan pemiliknya pula menikmati ‘pembangunan’ yang mereka ‘selama ini idam-idamkan’. “Biarlah kampung sendiri tergadai asalkan Orang Melayu menang sorak dan pastinya yang mendapat laba dan habuan lumayan adalah segelintir elit golongan yang berkepentingan,” katanya. Justeru, tegasnya DPPKT mengharapkan agar penduduk Kampung Baru menjadikan perisitiwa 5 Oktober 2011 sebagai peristiwa penting dalam sejarah moden negara serta tidak lagi memberi kepercayaan kepada BN sebagai hukuman paling adil dalam PRU ke 13. |
Monday, October 3, 2011
Hudud: MCA jangan buat tuduhan liar
| Harakahdaily |
|
Tambah beliau, rakyat Malaysia mesti memahami bahawa di sisi umat Islam melaksanakan perundangan Islam adalah sebahagian dari ajaran Islam yang mesti dilaksanakan, sebagaimana kewajipan sembahyang, puasa dan lain-lainnya. |
KUALA LUMPUR, 9 Nov: Adakah Datin Paduka Marina Mahathir juga dajal di sisi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) kerana menyokong dan pernah merasmikan program Seksualiti Merdeka sebelum ini?
KUALA LUMPUR, 21 Okt: Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (MPPUIAM) melahirkan rasa dukacita terhadap tindakan penggantungan yang dikenakan terhadap seorang pakar perlembagaan di Malaysia, Prof Dr Abdul Aziz Bari(gambar).
KUALA LUMPUR, 20 Okt: Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, berasa terganggu dan sedih dengan tindakan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang menggantung pensyarah Fakulti Undang-Undangnya, Prof Dr Abdul Aziz Bari.
KUALA LUMPUR, 20 Okt: Tindakan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menggantung pakar perlembagaan terkemuka, Prof Dr Abdul Aziz Bari amat mendukacitakan.
KUALA LUMPUR, 19 Okt: Timbalan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar) berkata, tindakan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada pensyarah undang-undang, Profesor Abdul Aziz Bari adalah tragedi baru serta satu penghinaan kepada institusi pengajian tinggi (IPT) yang dihormati di negara ini.
KUALA LUMPUR, 19 Okt: Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (Gerak) ingin menarik perhatian terhadap tohmahan dan tekanan di dalam media terhadap tokoh akademik Profesor Abdul Aziz Bari.
KUALA LUMPUR, 4 Okt: Resolusi persidangan MCA yang menyatakan hukum hudud menghalang kebebasan beragama dan hak asasi individu menunjukkan tahap kelemahan yang sangat ketara khususnya dari sudut maklumat dan pengetahuan asas tentang Islam dalam Umno Barisan Nasional.