Posted on Tuesday, April 30 @ 08:54:21 MYT by paktam
DALAM tahun 2008 Pakatan Rakyat Kedah telah menyertai pilihan raya umum ke-12 denga n manifesto 14 perkara bagi membawa kesejahteraan kepada rakyat jika diberi mandat untuk memerintah negeri ini.Mandat itu telah diberikan dan sebagai parti dan pemimpin yang bertanggungjawab, janji-janji yang didokumenkan itu telah ditunaikan satu persatu mengikut keutamaan dan kemampuan kerajaan. Bahkan pelbagai inisiatif dan agenda yang tidak dipra-janjikan tetapi kemudian dikenalpasti sebagai keperluan untuk membela nasib rakyat turut dilaksanakan dengan adil, telus dan amanah.Hari ini Pakatan Rakyat Kedah boleh mendakwa telah berjaya, melalui tindakan kerajaan yang diterajuinya membawa perubahan positif dari segi ekonomi, sosial, dan politik. Proses pensejahteraan rakyat tidak boleh terhenti di sini kerana potensi serta nikmat Allah di bumi Kedah bertuah ini masih belum digarap sepenuhnya. Pakatan Rakyat beriltizam dan berjanji jika terus diberi kepercayaan untuk mentadbir negeri ini akan membawa kesejahteraan rakyat ke tahap yang lebih tinggi dengan penekanan kepada aspekaspek keadilan, kecekapan perkhidmatan, kemajuan ekonomi serta kesaksamaan agihan kekayaan negeri dan pembangunan insan yang menjamin kebebasan serta kerukunan hidup dalam konteks masyarakat majmuk. Sehubungan itu Pakatan Rakyat mengemukan Manifesto Pilihan Raya Ke-13 ini dengan mengekalkan tema: “Kedah Sejahtera.”. PENTADBIRAN Kerajaan negeri telah berjaya menerapkan amalan tadbir urus yang cemerlang. Pengurusan yang cekap, telus dan bertanggungjawab mewarnai pelbagai peringkat pentadbiran sehingga berupaya mencapai piawai sifar rasuah, perbelanjaan berhemah, pertambahan hasil dan mengoptimumkan penggunaan sumber. Bukti pencapaian tersebut ialah ulasan positif yang diterima kerajaan daripada Laporan Ketua Audit Negara tahun 2009 dan 2010. Tawaran Kami 1. Sebuah pentadbiran yang mantap dan terus diperkukuh dengan penghayatan prinsip-prinsip unggul Pengabdian kepada Tuhan, kebertanggungjawaban dan kesungguhan. 2. Sebuah pentabiran yang menghayati dan memartabatkan Islam serta nilai-nilai murni sejagat dalam setiap perancangan, pengelolaan, pengarahan dan pelaksanaan bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan semua rakyat. 3. Sebuah pentadbiran yang mempertahankan hak dan bidang kuasa Kerajaan Negeri. 4. Menubuhkan Pusat Aduan Rakyat di setiap daerah. HAL EHWAL ISLAM Kerajaan Negeri sudah berjaya meningkat dan menyemarakkan program dakwah melalui pemantapan pengurusan pusat pengajian yang berkembang di seluruh pelusuk negeri. Kerajaan juga telah menggalakkan umat Islam mengeluarkan zakat dan wakaf. Hal ini terbukti apabila semakin ramai orang yang tampil untuk mengeluarkan zakat dan jumlah kutipan zakat bertambah setiap tahun. Satu lagi pencapaian kerajaan dalam konteks hal ehwal Islam ialah kesedaran terhadap kepentingan peranan guru-guru al-Quran sukarela dalam proses pembentukan masyarakat yang bertaqwa dan sehubungan itu telah melaksanakan program pengiktirafan terhadap guru-guru ini melalui sumbangan tahunan. Tawaran Kami 1. Komitmen untuk terus meningkatkan skop pendidikan dan amalan bagi melahirkan insan kamil kearah membentuk sebuah masyarakat yang bertakwa, adil dan bersatu padu. 2. Meningkatkan peranan masjid melewati fungsi tradisional dengan menjadikan masjid di negeri ini sebagai pusat utama kegiatan masyarakat, pusat pengajian, pendidikan serta pusat kegiatan dakwah. 3. Janji untuk berusaha menghapuskan pelbagai aktiviti yang boleh meruntuhkan akhlak dan akidah umat Islam melalui peningkatan pelaksanaan program-program pencegahan, dakwah dan penguatkuasaan undang-undang. 4. Memperbanyak dan menggalakkan program-program amal makruf dan nahi mungkar. 5. Mengadakan Modul pembangunan belia Islam. PENDIDIKAN Kerajaan negeri sudah membuktikan komitmen untuk menjadikan bidang pendidikan sebagai satu daripada teras utama pembangunan negeri. Pembinaan kampus induk Kolej Universiti Insaniah dengan kos RM330 juta (fasa pertama) dan mempelbagaikan program yang ditawarkan (dari 7 kepada 47 program dalam tempoh 3 tahun) oleh Institusi ini. Ia adalah manifestasi kesungguhan kerajaan untuk membangunkan insan berkualiti yang diperlukan dan menyumbang ke arah menjadikan Kedah sebagai pusat kecemerlangan ilmu di Malaysia. Komitmen untuk membangun premis tetap sebuah Maahad Tahfiz Sains di Pulau Tuba Langkawi dan memperlengkap premis tersebut sebagai institusi tahfiz moden yang merangsang daya usaha pelajar. Sebagai rangsangan, sumbangan berkala kepada Institut Pendidikan Janaan Rakyat telah diberikan bagi menghargai penglibatan mereka menyebarkan ilmu dan mendidik rakyat negeri ini. Tawaran Kami 1. Mewujudkan dasar kerajaan negeri yang bersungguh-sungguh dan berupaya menyemarak proses pendidikan sepanjang hayat untuk seluruh rakyat. 2. Meneruskan usaha membantu institusi-institusi pendidikan formal persendirian di negeri ini termasuk SAR, Sekolah Menengah Persendirian Cina dan Tamil. 3. Mengangkat dan menyemarakkan institusi pondok sebagai satu lagi produk pendidikan alternatif formal dan tidak formal bagi semua peringkat. 4. Memberi bantuan secara pajakan tanah untuk dimajukan secara komersial bagi menjana pendapatan Intitusi Pendidikan Janaan Rakyat. EKONOMI Kerajaan telah berjaya memperkukuh struktur dan asas pembangunan dan kemajuan ekonomi negeri. Ia dilaksanakan melalui amalan tadbir urus yang baik dan dasar mesra pelabur. Ekoran pendekatan cemerlang itu Kedah telah menerima peningkatan berterusan pelaburan langsung dari luar negara (FDI). Kerajaan juga telah berjaya meningkatkan penglibatan secara langsung dalam pelbagai sektor ekonomi melalui syarikat milik kerajaan (GLC). Dengan amalan tadbir urus yang baik dan pengurusan yang lebih berhemah, bertanggungjawab dan berhatihati, syarikat-syarikat ini bukan sahaja berjaya dipulihkan malahan mampu merakyatkan ekonomi negeri Kedah melalui penyertaan langsung dan pelbagai bentuk sumbangan di bawah Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) untuk semua rakyat. Tawaran Kami 1. Mewujudkan skim mikrokredit bagi membantu pengusaha kecil. 2. Meneruskan dasar perkongsian bijak kerajaanswasta untuk merancakkan pembangunan ekonomi melalui pelaksanaan projek-projek berskala besar yang berdaya maju. 3. Mempelbagaikan dan meningkatkan peranan syarikat milik kerajaan dengan menerokai bidang-bidang baru yang mampu meningkatkan kesejahteraan rakyat. 4. Memperbesar asas pendapatan kerajaan melalui penemuan dan pengusahaan sumber-sumber hasil yang baru khususnya sumber galian. 5. Komitmen untuk membangun dan memajukan sektor IKS sebagai penggerak ekonomi desa melalui galakan dan bantuan ke arah penggunaan optimum sumber-sumber. 6. Kuala Ketil dibangunkan sebagai Bandar berteraskan pendidikan. 7. Mewujudkan medan peniaga kecil disetiap kawasan pembangunan baru. PERTANIAN Kerajaan negeri sudah memartabatkan sektor pertanian dengan mengangkat aktiviti ini menjadi kegiatan teras pembangunan ekonomi negeri Kedah. Sehubungan ini Kerajaan akan terus komited serta melipatgandakan usaha menjadikan Kedah sebagai Belanda Timur, negeri pertanian yang maju dan berpendapatan tinggi. Tawaran Kami 1. Melaksanakan pelbagai program yang berupaya merancakkan inisiatif serta meluaskan kawasan pengeluaran makanan. 2. Melaksanakan dasar yang ketat mengenai pengekalan serta pemuliharaan keluasan guna tanah pertanian bagi menjamin kelangsungan bekalan makanan (food security). 3. Komitmen untuk mencari, memperluas dan menjamin pasaran domestik dan antarabangsa untuk produkproduk pertanian yang dihasilkan di negeri ini. 4. Membangun dan mengembangkan industri hiliran berasaskan pertanian. 5. Memperkenalkan dasar yang menggalakkan usaha penyelidikan dan pembangunan pertanian (R&D). 6. Membangunkan ladang buah-buahan di seluruh negeri Kedah sebagai pembekal makanan dengan menjadikan ladang buah-buahan di Charok Genting Bunga sebagai projek perintis. 7. Mewujudkan skim khas mikrokredit untuk menggalakkan sektor pertanian. 8. Memperkenalkan skim pemulihan tanah terbiar dengan pelancaran program merakyatkan pertanian melalui program 1 rumah 10 pokok. TANAH Kerajaan ini sudah berjaya mengadakan dasar pengurusan tanah yang pragmatik. Untuk kesejahteraan rakyat cukai tanah telah dikurangkan pada kadar di antara 25% hingga 75% sebaik saja Pakatan Rakyat mengambilalih pemerintahan Kerajaan Negeri Kedah. Untuk menjamin pendapatan kerajaan dari hasil tanah tidak terjejas, kecekapan mekanisme kutipan cukai tanah ditingkatkan dan proses kelulusan permohonan geran dan tukar syarat guna tanah dipermudah dan dipercepat. Natijah kebijaksanaan dasar tersebut ialah hasil kutipan cukai tanah telah berjaya ditingkatkan dan ada pejabat tanah yang berjaya memenangi anugerah peringkat kebangsaan kerana inovasi dan kecekapan jentera kutipan hasilnya. Tawaran Kami 1. Menjamin setiap inisiatif pembangunan tanah di negeri ini adalah berdasarkan konsep pembahagian keuntungan antara kerajaan dengan rakyat. 2. Merancakkan pembangunan tanah berkonsepkan Ladang Sejahtera. 3. Mewujudkan usaha sama di antara Kerajaan dan pemilik tanah terbiar. 4. Mempermudahkan proses memberi hak milik tanah dan menyelesaikan permohonan tertunggak. KEBAJIKAN DAN PEMBANGUNAN SOSIAL Kebajikan dan keadilan sosial merupakan aspek yang diutamakan Kerajaan selaras dengan slogan Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua. Pelbagai inisiatif baru berasaskan kebajikan telah berjaya dilaksanakan bagi membantu rakyat yang kurang bernasib baik. Antara inisiatif itu termasuklah Skim Kafalah,Sumbangan khas kepada pelajar yang menyambung pelajaran ke IPTA, kenaikan 100 peratus kadar minimum bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dari RM75 sebulan ke RM150 sebulan, sumbangan hari-hari perayaan bagi setiap kaum dan program Mahligai Sejahtera. Di samping itu bantuan dan kemudahan-kemudahan yang telah dinikmati rakyat secara tradisi tidak sedikit pun dikurangkan. Menyediakan skim membina dan membaik-pulih rumah yang uzur dikalangan rakyat. Tawaran Kami 1. Komitmen jangka panjang untuk memberi keadilan sosial yang lestari kepada semua rakyat di Negeri Kedah. 2. Memperbanyak programprogram kebajikan untuk warga emas, ibu tunggal, anak yatim dan OKU. 3. Memperkukuh pengurusan sistem e-Sinar. 4. Memperkenalkan kursus asas jaya diri kepada para penerima bantuan bagi menjamin manfaat yang maksimum diperolehi dari bantuan yang diterima. 5. Menaikkan kadar bayaran sumbangan Kafalah. 6. Memperkenalkan program sumbangan “Beras Sejahtera” secara percuma dan berkala. 7. Meningkatkan peruntukan bantuan membaik pulih kediaman golongan miskin dan berpendapatan rendah. KEMUDAHAN ASAS Kejayaan kerajaan negeri dalam bidang ini semenjak tahun 2008 dapat dilihat dari segi peningkatan kualiti serta perkhidmatan bekalan air, selepas pengkorporatan Jabatan Bekalan Air Kedah melalui SADA. Pencapaian lain yang membanggakan termasuk penyelesaian yang baik terhadap isu-isu pelupusan sampah, perparitan, saliran dan penyenggaraan infrastruktur jalan raya yang menjadi tanggungan kerajaan negeri. Tawaran Kami 1. Komitmen jangka panjang untuk mewujudkan persekitaran serta kemudahan kehidupan yang lengkap dan berkualiti. 2. Menambah baik kemudahan asas yang sedia ada dan mengenal pasti serta menyediakan kemudahan-kemudahan baru yang sesuai dengan tahap kemajuan masyarakat yang dicapai. 3. Komitmen jangka panjang untuk membina dan mengadakan rumah kos rendah dan rumah mampu milik secukupnya melalui inisiatif GLC dan kerjasama kerajaan-swasta bagi mengatasi masalah rakyat yang tidak berkemampuan untuk membeli rumah di pasaran terbuka. PIHAK BERKUASA TEMPATAN Dasar kerajaan negeri telah berjaya memperkasakan PBT dan menjadikan majoriti PBT yang mandiri dari segi kewangan dan cemerlang dari segi penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat. Kejayaan kerajaan negeri yang paling bermakna dalam konteks hubungannya dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ialah kesediaannya menghormati hak-hak dan tanggungjawab PBT sebagai kerajaan ketiga sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Penglibatan langsung kerajaan negeri dalam pentadbiran PBT sangat minimum dan hanya dilakukan sebagai tindakan terakhir dalam usaha menyelesaikan masalah yang rumit. Tawaran Kami 1. Memperkukuhkan peranan semua PBT di negeri ini agar menjadi kerajaan tempatan yang berkesan, cekap, bertimbang rasa dan mesra rakyat. 2. Memastikan setiap PBT menyediakan Plan Struktur Pembangunan Setempat dengan melibatkan penyertaan semua pihak yang berkepentingan dan dilaksanakan mengikut garis panduan yang telah dipersetujui. 3. Memastikan kemahiran dan peranan ahli-ahli majlis terus dipertingkat selaras dengan tuntutan masyarakat. 4. Jaminan kerjasama PBT dan masyarakat yang lebih akrab bagi mewujudkan suasana dan persekitaran kediaman yang damai dan kondusif. 5. Memastikan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan keceriaan disempurnakan. PEMBANGUNAN INSAN Kerajaan telah berjaya meletak dan melaksanakan dasar pembangunan insan yang bertujuan melahirkan individu seimbang dari segi fizikal, mental dan kerohanian. Dari segi pembangunan fizikal dan mental keterlibatan kerajaan meliputi penyediaan prasarana, galakan penyertaan dan bantuan serta pengiktirafan kepada mereka yang mencapai kecemerlangan dalam semua bidang. Dari segi pembanguan kerohanian pula kerajaan secara aktif dan tekal menganjur serta menyemarakkan programprogram pentarbiyahan dan bimbingan yang bertujuan membentuk peribadi insan soleh. Antara program yang dilaksanakan dan mendapat sambutan luar biasa masyarakat ialah Kem anak soleh, Kem bina Insan, Kem bina Sahsiah dan Kem Belia Sejahtera. Tawaran Kami 1. Komitmen jangka panjang untuk membimbing dan memajukan potensi golongan muda agar menjadi tenaga yang berdisiplin, produktif dan membanggakan masyarakat. 2. Menubuhkan sebuah agensi khas kerajaan negeri yang bertanggungjawab mengenalpasti keperluan program dan melaksanakan program pembangunan insan yang berimpak besar. 3. Memperkasa serta meningkatkan peranan Institut Latihan Belia Sejahtera (ILBAS) 4. Meningkat dan memperhebat program-program kesedaran tanggungjawab serta memotivasikan ibu-bapa dalam pembangunan insan. 5. Komitmen untuk menginstitusikan agenda amal makruf dan nahi munkar melalui penubuhan unit bimbingan dan kaunseling serta menyemarakkan pelaksanaan program kepemudaan. HAL EHWAL WANITA Kerajaan ini komited mengangkat dan melindungi kemuliaan golongan wanita mengikut tuntutan agama. Kegigihan kerajaan melaksanakan pelbagai program pentarbiyahan serta pengukuhan akhlak dan latihan kemahiran yang bertujuan memanfaatkan potensi wanita untuk menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat sudah menunjukkan kejayaan. Usaha ini akan dilipatganda dan dipelbagaikan pada masa hadapan. Tawaran Kami 1. Memastikan kedudukan serta peranan golongan wanita di negeri ini terus diperkasa dan tidak berlaku sebarang bentuk penganiayaan atau pengeksploitasian wanita melalui pemantauan, tindakan pentadbiran dan penguatkuasaan undang-undang. 2. Komitmen untuk meningkatkan sumbangan golongan wanita dalam pembangunan negeri melalui penubuhan Pusat Pembangunan Keusahawanan Wanita. 3. Memantapkan peranan Institusi Latihan Keluarga Sakinah bagi membangun dan melahirkan keluarga dan masyarakat yang bahagia. 4. Menubuhkan pusat penjagaan harian bayi dan kanak-kanak di jabatan-jabatan kerajaan negeri dan GLC mengikut keperluan dan kesesuaian bagi mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh para ibu yang berkerjaya. 5. Mewujudkan “Rumah Sejahtera” sebagai perlindungan kepada anak terbiar dan wanita yang dianiayai. HAK DAN KEPENTINGAN BUKAN ISLAM Kerajaan negeri sudah membuktikan keikhlasan dan kesungguhannya untuk memelihara dan menghormati kebebasan beragama dan mengamalkan budaya masingmasing. Bahkan kerajaan ini telah berjaya membawa inisiatif baru iaitu menyediakan peruntukan khas dalam belanjawan tahunan mulai tahun 2011 untuk maksud membiayai program-program kebudayaan masyarakat bukan Islam. Kerajaan juga telah menambah wakil dari kalangan bukan Islam dalam struktur pentadbiran peringkat akar umbi melalui lantikan Ahli-ahli Majlis Perbandaran dan Daerah, Pengerusi serta Setiausaha Majlis Ketua kampung/komuniti yang mencerminkan komposisi kaum yang sebenar dalam masyarakat. Tawaran Kami 1. Menambah peruntukan dalam belanjawan tahunan untuk membiayai program-program dan aktiviti kebudayaan masyarakat bukan Islam. 2. Menjamin keadilan dan layanan saksama terhadap bukan Islam serta hak-hak mereka seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan negeri akan sentiasa dilindungi. 3. Menjamin hak untuk mereka menyertai aktiviti ekonomi bukan sahaja dihormati tetapi juga akan disokong dan dipermudahkan. PELANCONGAN Kerajaan berjaya mengekalkan dan memelihara sektor pelancongan sehingga Kedah terus menjadi satu daripada destinasi pelancongan paling popular di Malaysia. Perkara ini dicapai melalui dasar pro-pelancongan dan mesra perniagaan sehingga berjaya menghilangkan keraguan awal pelbagai pihak dan seterusnya memberi keyakinan kepada pengusaha-pengusaha utama industri ini. Tawaran Kami 1. Komitmen jangka panjang untuk menjadikan sektor pelancongan satu daripada pemacu yang utama kemajuan ekonomi negeri ini. 2. Dasar yang menjamin perkembangan serta peningkatan aktiviti pelancongan tidak menjejaskan keharmonian kehidupan dan alam sekitar. 3. Memperbanyak serta meningkatkan kualiti produkproduk pelancongan terutama sekali yang berasaskan pertanian (agrotourism) dan alam semula jadi (ecotourism) di samping melaksanakan promosi pelancongan yang lebih agresif. 4. Menggalakkan penglibatan Syarikat Berkaitan Kerajaan dalam bidang pelancongan yang mampu disertai majoriti rakyat. 5. Mewujudkan program baru iaitu “ziarah kebudayaan” yang melibatkan aktiviti lawatan ke pondok-pondok di Negeri Kedah. 6. Menjadikan Kedah sebagai pusat rawatan tradisional rantau ini sebagai tarikan pelancongan. BELIA Keutamaan kerajaan ialah memupuk serta membimbing golongan belia supaya merealisasikan potensi diri terutama dalam aspek beragama,berbudaya dan mandiri. Ke arah mencapai hasrat tersebut kerajaan telah berjaya menubuhkan Institut Latihan Belia Sejahtera (ILBAS) untuk memberi latihan kemahiran dan menerap serta menyuburkan budaya berpersatuan di kalangan belia. Tawaran Kami 1. Menggubal dasar dan menyediakan pelan strategik lima tahun pembangunan belia negeri Kedah yang bermatlamat membentuk generasi belia yang mengutamakan perpaduan, berdisiplin dan menyumbang kepada pembangunan negeri. 2. Mendekati dan memahami idealisme, aspirasi dan kekangan yang dihadapi golongan belia melalui program-program “Pemimpin Bersama Belia.” 3. Memaksimakan peranan pertubuhan Belia Sejahtera dan menyalurkan bantuan untuk kepelbagaian aktiviti. 4. Menyuburkan aktiviti NGO belia dan memberi banyak kemudahan untuk golongan belia mengadakan aktiviti. 5. Mengiktiraf kepentingan belia dan sumbangan oleh golongan muda dengan memberi lebih ruang kepada perkongsian pendapat, khusus isu yang berkaitan langsung dengan kehidupan golongan muda. SUKAN Kerajaan telah berjaya mengukuhkan pengurusan badanbadan sukan negeri ini melalui penstrukturan semula dan rombakan anggota pentadbiran, galakan, sokongan dan bantuan kewangan bagi menyelesaikan bebanan hutang tertunggak yang semakin meningkat. Di samping itu, walaupun dasar sukan kerajaan ialah mengutamakan penyertaan sebagai strategi mensejahterakan rakyat, kerajaan tetap memberi pengiktirafan yang sewajarnya kepada atlet dan jaguh sukan yang telah mengharumkan nama negeri sebagai insentif untuk menggalakan penyertaan dalam sukan secara yang lebih serius. Menggalakkan penyertaan syarikat milik kerajaan dalam membantu menyumbang kepada pembangunan sukan di negeri Kedah melalui MSN. Tawaran Kami 1. Membina sebuah litar lumba untuk sukan permotoran. 2. Menganjurkan lebih banyak pertandingan sukan di peringkat Daerah dan Negeri. 3. Menyalurkan lebih banyak insentif dan geran bantuan kepada atlit sebagai galakan dan motivasi. 4. Mengadakan modul pembangunan bakat sukan. 5. Memperkenalkan skim bantuan kewangan kepada persatuan-persatuan sukan seluruh Kedah melalui MSN. http://kedah.pas.org.my |
Showing posts with label Kedah. Show all posts
Showing posts with label Kedah. Show all posts
Monday, April 29, 2013
Manifesto Pakatan Kedah : 15 faktor mencapai Kedah Sejahtera
Friday, May 11, 2012
Madrasah Salihiah: Badan bertindak buat 3 laporan polis
Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah (BBSMS) di Alor Setar membuat tiga laporan polis berhubung dengan kenyataan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang mahu meneruskan usaha merobohkan madrasah itu sedangkan permohonan injunksi bagi menghalang perobohan itu telah difailkan di Mahkamah Tinggi Alor Setar.
Pengerusinya Mansor Ahmad berkata kenyataan Azizan itu seolah-olah satu ugutan kerana beliau telah membelakangkan tindakan mahkamah.
"Saya amat kecewa dengan tindakan Azizan kerana kenyataannya itu bersifat provokasi. Walaupun beliau Menteri Besar, tetapi beliau juga terikat dengan undang-undang dan tidak dikecualikan tindakan undang-undang," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar hari ini.
Beliau berkata apabila permohonan injunksi difailkan di mahkamah dan serahan telah dibuat kepada pihak defendan, maka sehingga kes itu diputuskan oleh mahkamah bermakna injunksi telah berlaku.
"Jadi tidak ada sebarang tindakan boleh diambil sama ada untuk merobohkan bangunan madrasah atau meminta plaintif mengosongkan tanah wakaf yang diduduki,"
katanya.
Sementara itu, Fidel Firaidi Mustafa yang turut membuat laporan polis berkata sebagai waris, dia mahu pertahankan madrasah itu kerana kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar telah mengelirukan rakyat.
"Ada orang tanya saya kenapa nak gaduh tentang perkara ini. Saya jelaskan kami bukannya nak gaduh tetapi kami tidak mahu madrasah itu dirobohkan dan dibuat dalam bangunan kerana susah untuk ahli kariah membuat majlis keagamaan di situ kelak," katanya.
Beliau berkata sehingga sekarang jawatankuasa madrasah tidak pernah dipanggil untuk melihat pelan yang mereka (kerajaan negeri) buat berhubung dengan pembinaan surau baru.
"Saya harap rakyat Kedah memberi sokongan terhadap kami kerana kami bukan mahukan duit berjuta-juta tetapi kami cuma nak pertahankn madrasah itu supaya tidak diroboh.
"Tetapi kami akan akur dengan arahan mahkamah sekiranya madrasah itu perlu dirobohkan dan saya juga berharap agar kerajaan negeri juga mematuhi arahan mahkamah jika keputusannya nanti berpihak kepada kami," katanya.
Rabu lepas, Azizan selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri berkata perobohan madrasah itu akan terus dilakukan kerana warisnya hanya
memfailkan injunksi yang mempertikai penjualan tanah wakaf berkenaan.
Beliau berkata Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) sebagai pemegang amanah wakaf telah menerima pampasan lebih RM1.4 juta, jadi pihaknya (kerajaan negeri) akan meneruskan rancangan merobohkan madrasah itu walaupun warisnya memfailkan semula injunksi.
- Bernama

Tuesday, May 8, 2012
MB Kedah: Yuran KUIN dinaikkan mulai Julai
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini mengakui yuran pengajian di Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang dimiliki kerajaan negeri, akan dinaikkan bermula Julai ini.
Azizan yang juga pengerusi KUIN bagaimanapun menyatakan tidak tahu jumlah kenaikan tersebut, tetapi hanya membabitkan pelajar baru yang mendaftar Julai ini bagi menampung kos pentadbiran kolej.
"Kita telah maklumkan tentang kenaikan yuran ini dan kita tidak akan ganggu pelajar lama walaupun kita mengalami kerugian," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kerajaan negeri di Wisma Darulaman di Alor Star
Beliau diminta mengulas dakwaan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Datuk Seri Mahdzir Khalid berkenaan krisis kewangan KUIN sehingga menjejaskan pentadbiran kolej universiti itu semalam.
Antara lain, Mahdzir berkata KUIN akan menaikkan yuran pengajian daripada RM60 kepada RM200 bagi setiap jam kredit mata pelajaran yang diambil oleh semua pelajar kolej universiti tersebut.
Mengulas lanjut, Azizan berkata KUIN adalah antara universiti yang mengenakan yuran yang rendah kepada pelajar sehingga ditegur oleh Kementerian Pengajian Tinggi kerana dasar itu akan menjejaskan pentadbiran Kuin.
"Semasa saya mula menjadi menteri besar dulu, saya ada menerima cadangan untuk menaikkan yuran tapi saya tahan kerana atas pertimbangan saya, KUIN masih belum cukup kemudahan ketika itu. Tapi sekarang kampus baru kita akan siap hujung tahun ini. Jadi bila siap semua kemudahan termasuklah alat moden yang akan kita gunakan, baru kita naikkan yuran," katanya.
Berkenaan fakulti perubatan yang dianggap tidak menguntungkan oleh pihak pembangkang kerana hanya mempunyai sembilan pelajar, Azizan berkata isu itu tidak timbul memandangkan 19 lagi akan mendaftar pada 20 Mei ini.
"Kita telah menerima 300 permohonan tetapi kita hanya mahu mengambil 50 pelajar sahaja kerana kita baru nak mula jurusan ini di samping mahu menjaga kualiti pelajar terbabit. Walaupun pihak kementerian dan MMC (Majlis Perubatan Malaysia) membenarkan kita ambil 100 pelajar untuk pengambilan pertama, tetapi kita hanya ambil 50 sahaja," katanya.
Beliau berkata pihaknya juga sedang menunggu pelajar baru yang memohon untuk belajar perubatan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk dibawa ke Kuin.
"Kita ada persefahaman dengan sesetengah IPTA yang ada fakulti perubatan dan mereka meminta supaya kita siapkan tempat untuk mereka kerana mereka tidak dapat menerima semua pelajar yang memohon jurusan tersebut di tempat mereka dan pelajar-pelajar itulah yang akan belajar di KUIN nanti," katanya.
Bagi skim pelarasan gaji 13 peratus untuk kakitangan KUIN, Azizan berkata pelarasan itu adalah untuk perbandaran dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), bukan untuk pihak swasta.
"KUIN walaupun kerajaan negeri tolong tapi ia masih lagi IPTS. Jadi terpulang kepada kita sama ada nak menerima atau tidak berdasarkan keupayaan kita. Kita bukan IPTA atau badan berkanun. Kita tidak tertakluk kepada pelarasan itu tapi terpulang kepada pihak lembaga pengarah KUIN nak pakai atau tidak," katanya.
Beliau turut meminta Mahdzir supaya berjumpa dengannya jika ada masalah dengan pentadbiran KUIN, dan bukan bertanya kepada kakitangan KUIN yang tidak tahu situasi sebenar.
"Isu potongan bulanan gaji kakitangan yang dibuat Pertubuhan Keselamatan Sosial dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dikatakan tidak sampai kepada pihak terbabit juga bukan perkara yang baru.
"Ini bukan perkara baru terlambat bayar. KWSP kita buat potongan dan bila sampai masa baru kita hantar," katanya.

Tuesday, April 3, 2012
Phahrolrazi, Dr Ismail angkat jawatan exco Kedah esok
http://www.malaysiakini.com/news/194077
Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah 1, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata beliau dan Datuk Dr Ismail Salleh akan menghadiri upacara angkat sumpah bagi menyambung tugas sebagai exco kerajaan Kedah di Istana - satu langkah yang dilihat akan meredakan kemelut politik yang melanda pentadbiran negeri itu.
Upacara angkat sumpah jawatan exco itu akan berlangsung di Istana Anak Bukit pada jam 9 pagi esok.
Phahrolrazi ketika dihubungi Malaysiakini berkata, surat jemputan tersebut telah diterima oleh pembantunya pada hari Ahad, dan diserahkan kepadanya pada hari Isnin.
Bagaimanapun, portfolio yang bakal diberi kepada ADUN Pengkalan Kundor dan Alor Mengkudu itu masih lagi menjadi tanda-tanya.
Sebelum ini, Phahrolrazi dan Dr Ismail timbalan pesuruhjaya dua PAS negeri, enggan dilantik semula Februari lalu kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan negeri di bawah Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
PAS pusat kemudiannya campurtangan bagi menangani krisis kerajaan negeri Kedah itu dan mengarahkan Phahrolrazi, Dr Ismail menerima semula pelantikan exco.
Sebuah jawatankuasa pemandu turut ditubuhkan memantau pentadbiran dan menyelesaikan krisis politik tersebut untuk berdepan pilihan raya umum akan datang.
Azizan juga sebelum itu dilaporkan berkata, kedua-dua exco tersebut masih berpeluang dilantik semula selepas tamat tempoh khidmat.

Sunday, March 4, 2012
Api Di Kedah Masih Belum Padam Sepenuhnya?
Oleh Mohd Sayuti Omar
Sewaktu saya meninggalkan bumi Alor Star tengah hari tadi keadaan di Kedah masih menjadi teka teki. Kemelut yang melanda Pas ekoran pertelagahan pendapat di antara Phakhrorazi Zawawi dengan Azizan R
azak masih menjadi teka teki.. sejauh mana ianya sudah diselesaikan. Kandati malam tadi telah diadakan majlis mahabbah - mengemukakan kedua pihak yang terbabit, kemudian disambung dengan pertemuan Pas Pusat dengan Pas Kedah namun pertemuan itu bukan secara automatik menyelesaikan kemelut itu
azak masih menjadi teka teki.. sejauh mana ianya sudah diselesaikan. Kandati malam tadi telah diadakan majlis mahabbah - mengemukakan kedua pihak yang terbabit, kemudian disambung dengan pertemuan Pas Pusat dengan Pas Kedah namun pertemuan itu bukan secara automatik menyelesaikan kemelut ituPas Pusat sendiri hari ini tidak berani membuat ketegasan atau penafian apakah kemelut itu selesai sepenuhnya atau tidak. Pas dijangka akan membuat pengumuman pagi esok di Kuala Lumpur, di mana sidang akhbar itu akan dibuat oleh presiden Pas, Abdul Hadi Awang. Kelambatan itu kerana Pas sedang menanti apakah hasil perbincangan Phakhrolrazi dengan kawan-kawannya lewat hari ini.
Malam tadi Phakhrolrazi yang telah bersetuju dengan pandangan Pas Pusat untuk menyelesaikan kemelut itu, meminta tempoh untuk membolehkan beliau bertanya pendapat kawan-kawannya. Bolehlah dikatakan 'nasib' Phakhrolrazi dan Pas Kedah amnya terletak ditangan 'kawan-kawan' Phakhrolrazi itu.
Bagaimana pun beberapa orang pimpinan tertinggi Pas yang saya hubungi secara peribadi memberi gambaran kemelut itu telah selesai. Semuanya mengambil kira kepada suasana majlis malam tadi berjalan dalam semangat kekeluargaan dan penuh mahabbah. Phakhrolrazi dikatakan bersalaman dan bersemukakan dengan Azizan Razak. Keduanya, terutamanya Phakhrolrazi diberi kesempatan meluahkan apa yang terbuku dihatinya.
Phakhrolrazi juga dikatakan mendengar dan menerima pandangan Pas Pusat demi menyelesaikan kemelut berkenaan. Pas Pusat sejak awal lagi mengharap kedua pihak dapat duduk sekali demi kestabilan kerajaan Kedah dan juga memandangkan pilihan raya umum akan tiba bila-bila masa.
Harapan Pas Pusat agar Phakhrolrazi dan Dr Ismail Salleh kembali duduk di dalam kabinet Aizzan Razak menerima perlantikan Exco memegang potfolio mereka. Pengembalian itulah dilihat sebagai tanda besar kepada penyelesaian kemelut berkenaan. Sekiranya Phakhrolrazi tidak mengangkat sumpah menerima jawatan itu kemelut itu tidak dilihat selesai walaupun beliau kekal sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kedah.
Phakhrolrazi malam tadi tidak dapat memberi jaminan untuk menerima jawatan Exco atas nasihat Pas Pusat itu. Keadaan seakan selesai apabila Phakhrolrazi mahu berbincang dengan kawan-kawannya. Perbincangan itu telah pun selesai ia diadakan pagi tadi.
Phakhrolrazi telah pun berjumpa dengan Dewan Ulamak Kedah dan kawan-kawan lain. Sedikit menggelisahkan sampai kini tidak ada pengumuman dibuat dan ini menjadikan keadaan masih suspen. Apakah ia sudah dapat kata putus atau belum, walahualam?
Dengan tiada khabar berita dan belum tentu sama ada Phakhrolrazi sedia kembali semula kabinet atau tidak menyebab pemerhatian boleh membuat berbagai andaian dan sangkaan. Hanya ada dua sahaja kemungkinan di sini, dia menerima jawatan Exco atau pun menolak. Tidak ada persimpangan lain di hadapan beliau kini.
Suka disebutkan di sini, Phakhrolrazi dan juga Dr Ismail Salleh dikatakan seorang yang kuat berpegang kepada prinsipnya. Berpandukan ini agak sukar untuk beliau menerima nasihat Pas Pusat. Apa lagi kalau pertemuan mahabbah semalam beliau tidak mendapat jaminan terhadap apa yang dituntut dari Azizan Razak sehingga berlaku kemelut, menyebabkan tidak mudah untuk mereka berdua kembali ke kabinet.
Sebaliknya sekiranya Phakhrolrazi sedia untuk melanggar prinsipnya, beliau dan Dr Ismail akan menerima jawatan itu. Di sini tiak mungkin akan berlaku salah seorang mereka menerima dan seorang lagi menolak kerana mereka didapati sepakat. Phakhrolrazi dilihat berjiwa besar kalau dia akur kepada kehendak Pas Pusat, di mana tindakan itu biarpun sakit dan menjejaskan prinsipnya. Kesediaan untuk duduk dalam barisan Exco Kedah akan dilihat satu pengorbanan besar olehnya untuk Pas Kedah dan Pakatan seluruhnya.
Saya tidak mahu membuat ramalan lebih dari apa saya sebut dan bayangkan di atas itu. Biarlah kita tunggu pengumuman rasmi Pas Pusat esok. Mungkin Phakhrolrazi dan Dr Ismail Salleh telah memberi jawabannya kepada Abdul Hadi Awang lewat petang ini.
Yang perlu dilakukan sekarang ini hanya berdoa saja biarlah keputusan esok akan memuktamadkan keadaan jangan pula kenyataan itu akan disambung dengan kenyataan-kenyataan lain yang boleh menambahkan huru hara. Kalaulah esok tiada muktamad jelas kemelut di Kedah tidak mudah untuk diselesaikan. Mungkin ia boleh diibaratkan keadaan jerami kering di Kedah yang sedang dimamah api.
Sesuatu yang dipenuhi unsur api susah untuk dilengsaikan kerana ia ada sangkut paut dengan nafsu.
http://msomelayu.blogspot.com/
Thursday, March 1, 2012
Bijih besi sumber pendapatan baru Kedah
| 8:38PM Mac 1, 2012 |
Kerajaan negeri Kedah melalui syarikat milik penuhnya, Permodalan Kedah Berhad (PKB), sedang giat meneroka hasil bumi secara usahasama dengan syarikat swasta untuk dijadikan sumber pendapatannya yang baru.
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata aktiviti terbaru PKB ialah mengusahakan lombong bijih besi dengan Nacstone Mining Worlwide (M) Sdn Bhd, di tapak seluas 26.091 hektar berhampiran Gunung Jerai di Gurun, yang dijangka memberi hasil sebanyak RM10 juta setahun.
Bercakap kepada pemberita selepas lawatan kerja ke tapak lombong itu hari ini, Azizan berkata kerajaan negeri menerima royati sebanyak lima peratus daripada nilai bijeh besi yang dieksport, tidak termasuk keuntungan yang diperoleh PKB melalui usaha sama itu.
Menurutnya tapak tersebut diangggarkan mengandungi lebih satu juta metrik tan bijeh besi manakala satu tapak lagi seluas 42 hektar bersebelahannya, hanya menunggu kelulusan Jabatan Galian dan Geosains, untuk dilombong.
Dalam tempoh tiga bulan lombong itu beroperasi, sebanyak tiga kapal muatan bijih besi itu telah di eksport ke China, kata Azizan.
Beliau berkata beberapa tapak lain juga telah dikenal pasti mengandungi bahan galian bernilai seperti kuartz di Bukit Kachi, Sintok, yang masih dalam proses kajian dan sudah ada pengusaha yang berminat melombongnya

Wednesday, February 8, 2012
Politik Kedah dan Ustaz Azizan
BAHAGIAN PERTAMA
Berbanding negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat, Kedah dilihat tidak begitu diserang media Umno-BN. Tentulah ia bukan disebabkan kerajaan negeri yang diterajui PAS itu akan diberi laluan mudah untuk melanjutkan tempoh penggal pertama pemerintahannya. Seperti Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan, BN tetap mengidam untuk menawan semula negeri Jelapang Padi itu.
Sewaktu Tan Sri Khalid Ibrahim di Selangor diserang bertubi-tubi dan Lim Guan Eng di Pulau Pinang dilanyak habis-habisan, khususnya oleh Utusan Malaysia dan TV3, Dato' Seri Ustaz Azizan Abd Razak di Kedah agak selesa menarik nafas lega. Namun ia tidak bermakna Umno membiarkan negeri yang pernah menyumbangkan dua perdana menteri itu terlepas begitu sahaja.
Ketika kerajaan negeri Perak ditumbangkan melalui pakatan jahat yang dirancang Najib Razak -- tidak sampai setahun selepas memegang amanah rakyat -- Kedah turut dilihat goyah. Usaha membeli wakil rakyat tertentu rancak dijalankan. Pakatan Rakyat memiliki 22 kerusi, dengan PAS menguasai 16, BN (14), DAP (1) dan KeADILan lima wakil (termasuk seorang Adun Bebas yang kemudiannya menyertai parti itu).
Kiraan mudahnya, jika lima Adun Pakatan dapat "dibeli", sepertimana berlaku kepada tiga Adun di Perak, kerajaan negeri pimpinan Ustaz Azizan akan tumbang. Alhamdulillah, situasi genting itu berjaya dilalui dengan baik sekali. Meskipun KeADILan terlepas dua Adunnya (dan dua ahli Parlimennya mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat Bebas), hasrat BN untuk merebut Kedah dapat dipatahkan. Kini semua Adun KeADILan merupakan anggota Exco kerajaan negeri!
Sebenarnya asas kekuatan pengaruh PAS di Kedah -- terutama selepas pilihan raya umum 1969 yang menyaksikan ramai tokoh utama Umno negeri itu kalah mengejutkan, seperti Dr Mahathir Mohamad dan Senu Abd Rahman -- hampir seimbang dengan Umno. Meskipun ada ketikanya PAS hanya mempunyai seorang wakil dalam sidang Dun dan langsung tidak mempunyai ahli Parlimen dalam tempoh yang agak lama, namun secara puratanya sokongan pengundi Melayu tidak merosot.
Faktor kemenangan BN lebih ditentukan oleh sokongan pengundi Cina dan India, yang mewakili hampir 30 peratus penduduk Kedah. Semasa era reformasi, yang dizahirkan secara terbuka dalam pilihan raya umum November 1999, lonjakan pengundi Melayu menyokong PAS begitu terasa di Kedah. Hasilnya, Parti Islam itu menang 12 kerusi Dun dan lapan Parlimen; semuanya di kawasan majoriti Melayu. Hanya di Kubang Pasu dan Langkawi, pengundi Melayu masih dilihat terikat dengan Umno, mungkin disebabkan faktor Mahathir.
Melalui proses persempadanan semula kawasan pilihan raya pada 2002, sebagai persiapan Umno untuk mengalahkan PAS dalam PRU11, kaedah gerrymandering diguna pakai secara menjolok mata di Kedah. Formula mudahnya, tambahkan jumlah pengundi bukan Melayu di kawasan Parlimen yang dimenangi PAS. Pengundi Cina, India dan juga Siam dianggap penyelamat BN pada 1999, serta diandaikan akan terus menyokong parti berkenaan dalam pilihan raya berikutnya.
Kerusi Parlimen Pokok Sena (yang diwakili Mahfuz Omar), Baling (Ustaz Taib Azamuddin), Kuala Kedah (Mohamad Sabu) dan Yan (Ustaz Nasharuddin Mat Isa) menjadi tumpuan perancangan licik Umno, yang menguasai sepenuhnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Kerusi Dun yang menawarkan jumlah pengundi bukan Melayu agak ramai dimasukkan dalam kawasan Parlimen terbabit, misalnya Gurun di Yan (bertukar nama kepada Jerai) dan Kuala Ketil di Baling.
Terbukti perancangan Umno-SPR itu mencapai target apabila pada 2004, keempat-empat kerusi Parlimen itu berjaya direbut kembali BN.
Bagaimanapun, tanpa perlu menunggu lama, pada 2008, strategi itu memakan diri. Kerusi Dun di sebelah selatan Kedah, yang agak ramai pengundi bukan Melayunya itu, diisytiharkan lebih awal, tumbang satu demi satu.
Mungkin menyedari hakikat kemenangan PAS dan Pakatan di Kedah "agak rapuh" atau beliau sendiri suka memilih pendekatan "low profile", Ustaz Azizan mempunyai kaedah tersendiri dalam mengemudi bahtera kerajaan negeri. Beliau lebih gemar menjauhi pertembungan dan konflik terutama apabila berdepan kerajaan pusat.
Malah hubungan baiknya dengan bekas pemimpin tertinggi Umno, Dr Mahathir, mengundang pelbagai tafsiran, terutama di kalangan aktivis PAS. Di kala bekas Perdana Menteri itu tersisih dalam partinya sendiri, termasuk di negeri kelahirannya, Kedah, bagi pemerhati politik, Ustaz Azizan bijak memanfaatkan ruang dan peluang.
Susulan itu, agak sukar untuk media mendapatkan komentar Dr Mahathir yang agak negatif kepada pentadbiran Ustaz Azizan di Kedah. Bukan itu sahaja, Ustaz Azizan juga dikatakan tidak menjadikan zaman pemerintahan BN sebelum itu sebagai sasaran kritikannya. Bekas Menteri Besar, Dato' Seri Mahdzir Khalid, kini Ketua Pembangkang di Dun, juga "terselamat".
"Umno menunggu tindakan provokatif Ustaz Azizan sebaik menjadi menteri besar, tetapi impian itu tidak kesampaian," kata seorang penganalisis politik semasa, yang dahulunya pernah aktif dalam Pemuda Umno.
"Dia pandai mengatur rentak dan membaca situasi di bawah. Umno gagal mengeksploitasi tindakan pembaharuan yang digerakkan kerajaan PAS di Kedah. Ternyata Ustaz Azizan cukup berhati-hati," tambahnya, sambil menyifatkan kemungkinan ahli PAS sendiri yang tidak berpuas hati dengan Ustaz Azizan.
"Mengapa pula?" tanya saya.
"Yalah ... kalau orang PAS mengharapkan pembaharuan Islamik di Kedah sama seperti perubahan awal di Kelantan dan Terengganu semasa PAS mula memerintah dahulu, tentu mereka akan kecewa. Ustaz Azizan mungkin popular di kalangan rakyat tetapi akan ditafsirkan daripada pelbagai perspektif oleh rakan-rakannya sendiri," ujar rakan saya itu, yang juga seorang blogger.
"Percayalah cakap saya, Umno Kedah tidak akan berjumpa satu isu besar dan kontroversi, yang boleh menggugat dengan mudah kedudukan PAS di Kedah. Lihat saja, dulu dimainkan isu balak, kemudian hilang begitu saja. Sekarang, isu perobohan Madrasah Salihiah, di Kanchut ... lagi mudah dipatahkan dan akhirnya akan menikam Umno balik," tambahnya.
"Hang balik tengok sendirilah, Lutfi. Pelik juga bila Catatan Hujung jarang sentuh perkembangan di Kedah," katanya. Beliau, yang juga anak Kedah seperti saya, menjangkakan isu personaliti calon dan kualiti servis wakil rakyat akan menjadi penentu dalam PRU13.
Saya akui, memang kolum saya tidak pernah menyinggung isu-isu Kedah dari dekat. Semasa malam kemenangan, 8 Mac 2008, saya turut meraikannya di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut. Bagaimanapun, saya hanya sempat sekali mengadakan wawancara khas dengan Ustaz Azizan, hampir empat tahun lalu, pada malam 17 Mei 2008, di rumahnya, di Jalan Sultanah, Alor Setar.
Dalam pertemuan itu, saya cuba menimbulkan beberapa persoalan yang berlegar dalam pemikiran ahli-ahli PAS termasuk berkaitan soal perubahan yang nampak begitu perlahan berjalan di Kedah.
Mengenali wataknya semasa menjadi Pengarah Urusan Harakah dahulu, saya jangkakan Ustaz Azizan akan bingkas menyanggah, tetapi dengan tenang, beliau memberi respons: "Saya lihat begini, ia berkaitan budaya orang Kedah. Budaya yang cukup terbuka, suka bergurau, suka berkawan. Malah ini juga yang berkembang dalam Dun, di antara wakil Umno dan PAS.
"Masa kita jadi pembangkang pun kita baik dengan Umno, Umno juga baik dengan kita. Sekarang kita jadi kerajaan pun kita baik dengan mereka. Saya tak suka kita buat sesuatu yang mengejutkan, biar rakyat menerima realiti ini sebagai satu proses demokrasi. Dalam Islam pun ada, misalnya saya baca buku tentang Fiqh Aulawiyat.
"Saya juga tekankan soal akhlak Islam. Kita tidak ada balas dendam dan akhirnya nescaya kita akan dapat simpati dan sokongan masyarakat. Umno yang lama berkuasa tentu sedih, tapi janganlah dalam kesedihan mereka itu kita tambahkan lagi pedihnya. Kalau perlu kita juga bekerjasama dengan mereka. Saya tahu mereka juga ada yang berpendidikan tinggi dan bersikap terbuka.
"Dulu mereka rasa PAS tak boleh memerintah, sekarang okey, boleh memerintah dengan baik, malah semua pihak lebih senang bekerja. Saya sendiri beri kebebasan kepada pegawai ... Perlembagaan menjamin hak bersuara, hak berpolitik, hak berfikiran."
Keuzuran membataskan saya untuk turun meninjau situasi akar umbi di Kedah. Namun, apabila seorang teman lama, sarjana sains politik terkemuka, membuat penyelidikan tentang perkembangan siasah di sebuah daerah di Kedah, dan melahirkan keyakinannya tentang kemampuan PAS mempertahankan kemenangan, saya teruja untuk melihat sendiri rencah peristiwa menarik di sana.
"PAS perlu cermat memilih calon. Ada wakil rakyat PAS yang tidak peduli masalah masyarakat bawahan. Rakyat marah, kalau calon itu juga bertanding, saya boleh bagi kepastian, PAS akan hilang kerusi," katanya melalui telefon.
Semasa minum limau panas berdekatan Pekan Rabu, jam 2 pagi, 22 Januari lalu, seorang rakan yang pernah belajar bersama saya 30 tahun lalu di Sekolah Teknik Alor Setar, turut mengemukakan isu sama: "Jangan pandang remeh isu-isu longkang tersumbat, jalan tak berturap, sampah bersepah hatta tempoh pendek lampu isyarat hijau. Semuanya boleh beri kesan kepada persepsi pengundi."
Beliau mahukan pentadbiran kerajaan PAS dilihat cekap dan pantas bertindak menangani isu-isu rakyat. "Biar bandar-bandar di negeri-negeri Pakatan lebih bersih dan teratur berbanding negeri BN. Sikap antirasuah pemimpin PAS saya sanjung tinggi, tapi kadang-kadang rakyat awam tidak nampak atau tidak merasai kesannya dalam jangka pendek. Mereka mahu Adun atau Ahli Parlimen yang mesra rakyat, ambil berat masalah orang ramai dan tidak sombong," katanya.
Rakan saya itu turut membawa seorang kawannya, yang banyak bercerita tentang Madrasah Salihiah. Kebetulan dia pernah tinggal berdekatan surau yang kini menjadi pejabat syarikat insuran.
"Dulu saya selalu main dekat kawasan tapak Kompleks Tunku Yaakob, yang terbengkalai lebih 30 tahun lalu itu. Sekarang dah tak ada orang Islam di kawasan itu, ramai yang berpindah. Surau yang ada pun hanyalah bilik solat di pejabat insuran. Satu waktu dulu orang yang gunakan stesen bas di Kanchut ada juga solat di situ, bila bas pindah ke Shahab Perdana, tak ada jemaah lagi. Lagipun, Masjid Zahir pun dekat," ceritanya lancar.
Esoknya, saya "menziarahi" surau kontroversi itu, tidak jauh dari hotel penginapan. Segera saya faham mengapa isu ini tidak akan dapat dimanfaatkan -- walaupun sedikit -- oleh Umno Kedah. "Patutlah orang PAS Kedah dan Ustaz Azizan macam tak risau aja dengan isu surau ini," saya berkata kepada Azamin Amin, wartawan Harakah Kedah. "Sesiapa yang lihat sendiri madrasah ini dan kawasan sekitarnya akan segera faham manipulasi Umno Kedah," tambah saya.
"Siap ... kita pergi rumah Ustaz, pukul 8 pagi," panggilan Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Helmi Khalid mengejutkan saya. Beliau merujuk rumah Ustaz Azizan di Markas PAS Jerai.

Labels:
Azizan Abdul Razak,
harakahdaily.net News,
Kedah
Thursday, January 26, 2012
Mengenali MB Kedah dari dekat
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7781--mengenali-mb-kedah-dari-dekat
| Azamin Amin, | 27 Jan 2012 |
Ramai yang berbeza pendapat dengan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Diraja Azizan Abdul Razak tentang isu Akta Universiti dan Universiti Kolej (AUKU), namun ia tidak sepatutnya menidakkan kehebatan MB Kedah ini.Berikut adalah catatan seorang wartawan Harakah, AZAMIN AMIN tentang Azizan Razak sebagaimana yang beliau kenali. Tulisan ini sudah lama tetapi masih relevan untuk memahami isu di Kedah.
KEDIAMAN
Rumah dua tingkat di tepi jalan itu, sekilas pandang tiada satu pun kelihatan istimewa. Tiada bezanya dengan rumah-rumah sebaris dengannya. Bawahnya batu, menempatkan ruang dapur dan tamu. Tingkat atasnya kayu, tempat sepasang suami isteri beradu dan berkumpulnya anak menantu jua cucu. Pekarangannya agak sempit, cukup-cukup memuatkan dua buah kereta. Di pagarnya tersidai dua karpet kecil dan sebatang mop lantai.
Sekelilingnya beberapa pokok sederhana besar ditanam, menghijaukan laman. Tiada kolam renang mahupun rekaan air terjun buatan yang melambangkan kemampuan penghuninya berbelanja besar, menghias kediaman.
Sesiapa yang lalu-lalang, baik pejalan kaki mahupun pengguna jalan raya, pasti terlepas pandang dek kerana tiadanya nilai estitika ataupun kemuncak kemewahan yang mampu menarik perhatian.
BANGUNKAN INSANIAH
Memadai diceritakan antara kejayaan Ustaz Azizan bersama kerajaan Pakatan Rakyat ini ialah berjaya membangunkan Kolej Universiti Insaniah dengan penambahan bangunan baru di Kuala Ketil dan peningkatan mata pelajaran yang ditawarkan.
Sebelum ini, selama 12 tahun di bawah kerajaan lama, hanya 7 subjek ditambah sedangkan di kala pemerintahannya selama dua tahun ini, sudah 42 subjek baru diperkenalkan.
CUKUP BERANG
"Paling pantang, ada orang minta projek daripadanya. Dia juga cukup berang jika sesuatu itu harganya amat mahal dan tidak munasabah. Dia begitu teliti dan cerewet tentang duit," kata seorang kakitangan kerajaan negeri tentang sikap MB Kedah itu terhadap perbelanjaan dan peruntukan kewangan.
Selain itu beliau turut mengarahkan semua Exco Kerajaan negeri, melalui potongan gaji, menyumbang dana ke Tabung Tunku Mahmud, bagi tujuan kebajikan untuk rakyat Kedah.
Ya, memang tidak disangkal, Ustaz Azizan begitu cermat bila masuk bab wang kerajaan. Sikapnya itu sudah tidak menjadi rahsia lagi bahkan sebelum beliau bergelar Menteri Besar lagi. Malah tidak pernah campur adukkan antara wang kerajaan negeri dengan wang milik parti.
Apatah lagi dalam hal ehwal lantikan kuasa atau jawatan, Ustaz Azizan, bapa 14 orang anak ini tidak pernah menggunakan kuasa yang ada untuk menawarkan pekerjaan kepada anak-anaknya di pejabat kerajaan negeri sungguhpun diketahui ada antaranya yang tidak mempunyai pekerjaan tetap, kata satu sumber rapat dengan MB Kedah itu.
Ketika mula-mula mengangkat sumpah sebagai pemimpin negeri Mac 2008 yang lalu, rumahnya tidak mempunyai pagar. Kosong dan lapang begitu sahaja.Namun atas nasihat Unit Perancang Ekonomi (UPEN) demi faktor keselamatan, Ustaz Azizan bersetuju dengan cadangan mereka supaya membina pagar rumah dan pondok pengawal. Bagaimanapun, beliau tidak mahu menggunakan peruntukan kerajaan negeri sebaliknya membina menggunakan duit sendiri.
HARGA KEMEJA MB
Bagi membeli pakaian, beliau akan ke sebuah kedai cina di Simpang Empat, Kangkong dan sebuah kedai di Pulau Pinang bagi membeli baju-baju kemeja yang diminatinya dan kedua buah kedai ini, merupakan kedai pakaian kegemarannya sejak dulu lagi.
Dan lebih mengujakan, ada antara kemeja-kemeja yang dibelinya di sini, yang dipakai ketika majlis rasmi ataupun sewaktu bertugas rata-ratanya sekitar RM19.00 sahaja!
Tidak cukup dengan itu, jika ada urusan rasmi di Kuala Lumpur atau ke mana sahaja di negara ini, beliau tidak pernah menaiki kapal terbang sebaliknya menggunakan jalan darat semata. Ustaz Azizan 'tahan' berjam-jam dalam kenderaan untuk ke lokasi yang jauh.
Kata juruiring dan pengawal peribadinya, beliau tidak akan singgah di sepanjang perjalanannya seperti dari Alor Setar ke Kuala Lumpur sehinggalah tiba ke destinasi yang dituju. Malah masa bertolak dan pulang tidak tentu masa, adakalanya tengah malam atau menjelang subuh.
Selain mengurangkan kos, beliau berasa selesa dan bergerak ke sini sana bertemu sesiapa sahaja menggunakan kereta. Cuma sesekali dijemput Tuanku Sultan Kedah untuk menaiki pesawat peribadi Boeing 737, beliau tidak upaya menolaknya.
HUBUNGAN DENGAN ISTANA
Bercerita pula hubungannya dengan istana, ustaz Azizan sememangnya terkenal dengan sikap hormatnya kepada Sultan dan institusi raja-raja. Kerana itulah, setiap hari Rabu, di awal pagi sebelum mesyuarat exco kerajaan negeri, beliau akan mengadap Sultan Kedah, untuk melaporkan perkembangan dan perjalanan urusan kerajaan.
Lazimnya, para pemimpin negara atau negeri akan menginap di hotel mewah khususnya di Kuala Lumpur bagi urusan-urusan rasmi. Bukan seorang perbelanjaan yang ditanggung, malah melibatkan para pegawai, setiausaha, petugas, pemandu dan pegawal peribadi
Tidak seperti Ustaz Azizan, bagi mengelakkan pembaziran, beliau menyewa sebuah rumah tiga bilik di lokasi yang dirahsiakan di ibu kota untuk didiaminya bersama para petugas. Betapa cermatnya dan bayangkan apabila perbelanjaan menginap di hotel yang boleh mencecah RM80,000 sebulan dapat dijimatkan!
Menarik cerita MB Kedah ini ketika berada di rumah sewanya itu. Saya bertanya makanan kesukaan beliau dan kata pegawainya sekiranya lapar, lewat malam Ustaz Azizan meminta pegawainya membungkus Roti Arab kuah Dal atau seperti selalunya, hanya meminta mereka memasakkan mee segera untuknya!
SERI MENTALOON
Ya, beliau tidak mahu menetap di Seri Mentaloon yang gah laksana istana itu tetapi menjadikan bangunan luas itu untuk dimanfaatkan oleh rakyat bagi apa jua program pembangunan Insan ataupun majlis-majlis rasmi, tanpa dikenakan sebarang bayaran.
Sikap Ustaz Azizan terhadap rakyat, kawan dan lawan sudah menjadi buah mulut orang. Mereka amat kenal gerak gaya dan perangai Menteri Besar mereka yang cukup mesra dan suka berseloroh. Saya sendiri pernah, menyaksikan serombongan 10 artis serta 40 krew produksi sebuah drama yang menjalankan penggambaran di Kedah diraikan oleh Azizan di Seri Mentaloon dengan jamuan makan tengah hari.
Biarpun rombongan itu terlewat satu jam sedangkan MB mempunyai acara di lokasi yang lain, Ustaz Azizan masih sabar menunggu dan melayan tetamu, membuat kebanyakannya malu tersipu. Bukti, pemimpin parti Islam ini sentiasa terbuka kepada sesiapa sahaja.
Selain itu, Ustaz Azizan sering mempamerkan keprihatinannya terhadap masalah dan kebajikan rakyat. Buktinya, sejurus selepas mengadap Sultan Kedah, beliau dengan lengkap berpakaian baju melayu bergegas ke tempat kejadian setelah dimaklumkan terdapat 14 buah kedai hangus terbakar di Sungai Limau sewaktu cuti Tahun Baru Cina tempoh hari.
Beliau tiba, ketika api sedang naik menjulang sambil memerhatikan bomba dan sukarelawan memadamkan kebakaran malah datang sekali lagi keesokan harinya bersama Tengku Bendahara Kedah, menyampaikan sumbangan derma kilat kepada mangsa.
Begitu juga dengan kejadian ribut kuat di Kuala Ketil yang melibatkan lebih 300 penduduk mengalami kerosakan kediaman, yang mana sehari selepas kejadian, Ustaz Azizan tiba awal dengan pasukan rombongannya menyampaikan sumbangan derma.
PERANGKAP WARTAWAN
Tetapi awas, bagi sesiapa yang tidak bersedia atau cuba 'menggoreng' fakta, akan menerima padah daripadanya yang cukup arif selok belok perangkap wartawan. Ada masa bidasan jawapan cukup pedih sehingga wartawan begitu berhati-hati mengelak serkap jarang.
"Sekarang ini Kedah tak ada air, macamana Dato' Seri? tanya seorang wartawan arus perdana yang dilihat cuba-cuba memprovokasi beliau.
"Kamu ni mandi tak pagi tadi?" tanya Ustaz Azizan pantas, kemudian dijawab 'ya' oleh wartawan itu, bagi mengelak dirinya dikatakan tidak mandi atau berbau busuk.
"Kalau begitu, macamana kamu kata tak ada air. Kamu mengaji Universti mana? Kan sekarang ni musim kemarau dan seluruh negara ada masalah kekurangan air. Ini urusan Allah SWT, jadi kita mohonlah doa, supaya hujan," katanya membuat wartawan itu terdiam seribu bahasa.
RAMADAN
Ada kisah menarik perhatian saya, ketika dititipkan semula pegawai khas MB tentang satu usaha kejadian sabotaj yang dilakukan pihak lawan sekitar Ramadan tahun lalu.
Waktu itu, di masjid-masjid telah teredar ribuan risalah palsu yang menyatakan bahawa Ustaz Azizan selaku MB Kedah akan memberi sumbangan wang saku untuk Hari Raya kepada rakyat Kedah.
Esok paginya lebih 300 orang memenuhi pekarangan pejabat MB bagi menuntut apa yang dijanjikan seperti yang dicanang risalah palsu itu. Ustaz Azizan yang baru tiba ke pejabat, hairan dan terpinga dengan kehadiran orang ramai itu, lantas memanggil para pegawainya menjelaskan apa yang berlaku.
Anda tahu keputusannya? Jika dilihat perwatakannya yang bengis dan tegas itu, ramai boleh mengagak tindakan selanjutnya. Namun yang berlaku adalah sebaliknya!
Ustaz Azizan berasa simpati pula dengan orang ramai yang tertipu dengan risalah itu. Lebih menghibakan beliau, ada bersusah payah datang dari jauh, hulu kampung, semata-mata berharap dan bergantung ihsan sumbangan yang dihebahkan palsu itu.
Lantas beliau mengarahkan para pegawainya mengagihkan wang sebanyak RM50.00 seorang kepada semua yang hadir dan wang yang dikeluarkan itu datangnya daripada poketnya sendiri!
Labels:
Azizan Abdul Razak,
harakahdaily.net News,
Kedah,
PAS
Subscribe to:
Comments (Atom)

n manifesto 14 perkara bagi membawa kesejahteraan kepada rakyat jika diberi mandat untuk memerintah negeri ini.