Showing posts with label Samseng UBN. Show all posts
Showing posts with label Samseng UBN. Show all posts

Monday, September 24, 2012

Pahang rugi RM60 juta batal perjanjian air


http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/13389-pahang-rugi-rm60-juta-batal-perjanjian-air

Harakahdaily,25 Sep 2012
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob telah membuat rakyat Pahang kerugian pendapatan berjumlah RM60 juta setahun, kata Fuziah Salleh (gambar).

Ini ekoran kenyataan Adnan yang mahu membatalkan perjanjian membekalkan air mentah kepada Selangor.

Adnan mengugut pada 23 Sept di Bentong bahawa beliau akan membatalkan perjanjian konsesi penyaluran air mentah dari Pahang ke Selangor sekiranya Selangor terus berdegil untuk tidak meneruskan projek Langat 2.

Fuziah berkata, di dalam Projek Langat 2 sejumlah RM60 juta setahun perlu dibayar oleh Selangor kepada Pahang untuk air mentah.

Katanya, Pahang akan menerima 10 sen untuk setiap satu meter padu air mentah yang dibekalkan oleh Pahang kepada negeri Selangor.


Ahli Parlimen Kuantan itu menambah, dengan membatalkan perjanjian membekalkan air mentah tersebut, Pahang bukan sahaja rugi RM60 juta setahun, mungkin perlu membayar penalti di atas pembatalan perjanjian tersebut.

“Di dalam keadaan negeri Pahang berhutang lebih RM2 billion kepada Kerajaan Pusat, keputusan ini akan menambah beban kewangan negeri Pahang.

“Sebaliknya sekira pihak negeri Selangor yang membatalkan perjanjian, maka Pahang mungkin boleh menuntut ganti rugi,” ujarnya yang juga Naib Presiden PKR.

Baginya, Menteri Besar Pahang juga tersilap pandang dengan menganggap bahawa Selangor kekurangan air mentah.

Beliau menjelaskan, yang sebenarnya Selangor mempunyai cukup air mentah tetapi kurang air terawat.

Ini, ujarnya disebabkan oleh syarikat konsesi air Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang tidak melaksanakan tugas mereka dengan baik, juga merupakan asas kenapa Selangor bertegas mengambil alih pengurusan air di negeri itu.

Maka dengan itu, katanya Selangor langsung tidak akan merasai kerugian apa-apa dengan Pahang membatalkan perjanjian membekalkan air.

Sebaliknya, kata Fuziah Selangor lebih beruntung kerana tidak terbeban dengan terpaksa membeli air mentah dari Pahang yang tidak diperlukan.


“Projek Langat 2 yang bernilai RM8.6 billion itu menimbulkan banyak kontroversi kerana Kerajaan Negeri Selangor menolak projek tersebut dengan tegas bersandarkan alasan bahawa bekalan air mentah di Selangor adalah mencukupi untuk kegunaan rakyat,” ujarnya.


Beliau berkata, Langat 2 tidak lain dan tidak bukan hanyalah merupakan usaha Kerajaan Barisan Nasional untuk memberi projek kepada syarikat kroni.

Katanya lagi, Kerajaan Selangor juga mengandaikan bahawa harga air akan naik 100% selepas Langat 2 siap nanti, justeru itu merugikan rakyat negeri Selangor.

Menurutnya, jalan penyelesaian masalah air di Selangor ialah dengan penstrukturan semula industri air di Selangor dan memastikan tiada air terawat yang dibazirkan.


“Akan tetapi apabila Menteri Besar Pahang mengugut untuk tidak membekalkan air ke Selangor, di dalam keadaan Selangor berdegil tidak mahu Langat 2, ianya menunjukkan  ketidakwajaran dan silap perhitungan di dalam keputusan MB Pahang.

“Rugilah rakyat Pahang sekiranya pemimpin Pahang terus menerus membuat keputusan yang tidak menyebelahi rakyat seperti ini,” katanya.

Friday, September 7, 2012

Mahfuz: Gambar PM lebih suci dari masjid?


  • Aidila Razak
  • 1:20PM Sep 7 2012
 
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan membaling kasut di dalam masjid lebih tercela daripada memijak gambar perdana menteri dan isterinya.

Ini kerana, katanya, masjid merupakan tempat suci dan dikira rumah Allah.

NONEJusteru, beliau mempersoalkan tindakan kerajaan dan akhbar arus perdana membesar-besarkan insiden memijak gambar melebihi insiden di sebuah masjid di Alor Setar baru-baru ini.

"Adakah mereka hendak kata gambar itu lebih suci daripada masjid, rumah Allah?" soalnya.

Beliau merujuk kepada insiden minggu lalu apabila anggota kumpulan pendesak Melayu didakwa membuat kacau tazkirah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di masjid.

Thursday, September 6, 2012

Bimbang ancaman pengganas 'syaitan yang dikenali'


https://harakahdaily.net/index.php/headline/12976-bimbang-ancaman-pengganas-syaitan-yang-dikenali

Abdul Aziz Mustafa,07 Sep 2012
KUALA LUMPUR: Jika polis tidak mahu mengawal keselamatan rakyat yang bersama-sama Pakatan Rakyat (PR) dari serangan demi serangan, lebih baik panggil pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengawal keamanan negara.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar melontarkan cadangan sinis itu ketika meluahkan kekesalannya terhadap sikap pihak polis yang bagaikan berpeluk tubuh terhadap serangan demi serangan yang dilakukan oleh gerombolan-gerombolan dari parti "syaitan yang kita kenali" terhadap rakyat yang bersama-sama PR.

"Bukan setakat serang ceramah-ceramah PR, serang pejabat parti-parti di dalam PR, tungging punggung ke arah pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO), membakar rumah pemimpin PAS, hari ini sudah melarat kepada serangan ke atas masjid dan membaling selipar ke dalam rumah Allah itu.

"Tetapi seperti biasa, polis bagaikan tidak mahu bertindak apabila kezaliman dan penganiyaan dilakukan ke atas rakyat yang berada dalam PR.

"Kalau begitu, lebih baik panggil pasukan pengaman PBB untuk mengawal keamanan negara ini dan menjaga keselamatan rakyat," katanya.

Menurut Mahfuz, sebahagian besar rakyat kini bukan sahaja takut kepada penjenayah malah mereka juga semakin bimbang keselamatan mereka yang kian diancam oleh keganasan pengganas-pengganas parti "syaitan yang kita kenali".

"Lebih buruk lagi, polis seolah-olah memberikan perlindungan kepada pengganas-pengganas itu.

"Memberi perlindungan kepada pengganas-pengganas itu bermakna memberikan galakan kepada mereka untuk meningkatkan lagi keganasan mereka," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz mengingatkan, rakyat kini semakin terasa bahawa pihak polis seperti terlibat dalam konspirasi politik jahat untuk menyelamatkan Umno dan Barisan Nasional (BN) dari kejatuhan dan memburukkan PR.

"Kalau ada sedikit pun kesalahan dibuat oleh rakyat biasa ke atas pemimpin Umno BN, begitu pantas polis bertindak memburu, menangkap dan menggari mereka seperti penjenayah.

"Tetapi pengganas-pengganas dari parti 'syaitan yang dikenali' dibiarkan bermaharajalela untuk terus mengganas lagi," katanya.

Polis lebih sibuk memburu rakyat yang menolak pemerintahan Umno BN ketika indeks jenayah terus mengancam dan membimbangkan rakyat, kata Mahfuz.

"Ketika polis semakin gagal meyakinkan rakyat bahawa indeks jenayah berjaya mereka kurangkan, pada masa yang sama pengganas-pengganas dari parti 'syaitan yang dikenali' dibiarkan mengganasi rakyat," katanya.

Dua kejadian terakhir keganasan gerombolan parti 'syaitan yang dikenali' ialah serangan ke atas sebuah masjid dan ibu pejabat PKR.

Mahfuz menyifatkan keengganan polis bertindak tegas terhadap keganasan-keganasan itu meningkatkan lagi indeks jenayah di negara ini.

"Indeks jenayah yang menjadi-jadi dan menakutkan itu bukan dakwaan kita tetapi dibangkitkan oleh bekas Ketua Polis Negara sendiri," kata beliau.

Sebelum ini, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mendedahkan bahawa kadar jenayah di Malaysia sememangnya telah meningkat dan meminta agar pihak berkuasa tidak menyorokkan fakta sebenar kepada orang ramai.

Musa turut mengakui kadar jenayah di Malaysia pada hari ini berada di tahap yang membimbangkan.

Wednesday, September 5, 2012

Perkasa Biadap Serang Anwar Dalam Masjid, Baling Kasut


http://anwaribrahimblog.com/2012/09/02/perkasa-biadap-serang-anwar-dalam-masjid-baling-kasut/
KeadilanDaily


Harakah
Tidak ubah seperti Zionis, sekumpulan ahli Perkasa hari ini bertindak ganas dengan menyerang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan tazkirah di sebuah masjid di Seberang Pumpong, Alor Star, Kedah.
Tindakan biadap itu tercetus apabila beberapa ahli Perkasa berhimpun dan memulakan provokasi ketika Anwar hendak menyampaikan tazkirah di mimbar masjid Al Husin.
Mereka juga bertindak samseng dengan memadamkan lampu masjid dan alat pembesar suara berulangkali, memaksa Anwar menggunakan hailer untuk meneruskan kuliahnya.
Selain bertindak kasar, kumpulan terbabit juga mengeluarkan kata-kata kesat dan membaling kasut ke dalam masjid ketika tazkirah disampaikan. Malah, mereka turut menggunakan pembesar suara dan membunyikan siren ketika Anwar menyampaikan tazkirah.
Ketua Perkasa yang dikenali sebagai Dato Yusof dikatakan mengugut bertindak lebih keras sekiranya Anwar tidak menghentikan kuliahnya serta-merta. Bagaimanapun, Anwar menegaskan tiada apa yang perlu ditakutkan menyebabkan jemaah masjid terus mendengar kuliah beliau.
Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar yang berada di masjid itu turut menjadi sasaran apabila kasut yang dibaling hampir-hampir mengenai beliau.
Kejadian serangan terhadap ketua pembangkang ini adalah insiden kedua selepas bas jelajah Merdeka Rakyat dibaling batu dan disimbah cat merah di Kelantan, semalam.

Budaya samseng menular menjelang PRU-13


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/12846-budaya-samseng-menular-menjelang-pru-13

M Faqih & Yaakub Dasan,02 Sep 2012
KUALA KRAI: Rakyat Kelantan malu tindakan pihak tertentu mempamerkan aksi samseng sehingga menyebabkan bas Program Merdeka Rakyat dipecahkan cermin dan disimbah cat merah.

Kejadian itu merupakan kali kedua berlaku di Kelantan, di mana sebelum ini kereta dinaiki Datuk Seri Anwar Ibrahim ditendang di Jalan Sultan Ibrahim ketika mahu menghadiri program ceramah di Padang Perdana.

Dan awal pagi semalam pula bas rombongan Program Merdeka Rakyat yang di parkir berhampiran Pasar Besar Siti Khatijah pula menjadi mangsa pihak terbabit.

Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, di belakang insiden itu pastinya musuh politik kepada Pakatan Rakyat.

“Insiden itu dianggap biadap dan memalukan orang Kelantan. Ia jelas menyalahi budaya orang Kelantan yang terkenal dengan kemesraan dan menyambut tetamu dengan penuh hormat.

“Tindakan pihak terbabit jauh sekali dengan budaya Islam. Pemuda PAS amat kesal terhadap apa yang berlaku,” katanya di sini.

Beliau yang juga Adun Mengkebang berkata, sekiranya tidak berpuas hati mereka perlu berdepan dengan hujah.

Menurutnya juga mungkin ada kebenaran pengakuan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tentang lebih baik menyokong parti syaitan yang dikenali berbanding malaikat yang tidak dikenali.

“Pemuda bimbang budaya samseng inilah yang akan terbawa-bawa sehingga PRU ke-13. Jika BN kalah mereka akan mempertahankan Putrajaya dengan apa cara sekali pun,” katanya.

Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Kelantan, Abdul Aziz Kadir berharap pihak berkuasa menyiasat dengan telus isu tersebut kerana ia sudah dua kali berlaku di Kelantan membabitkan Anwar.

Di Gerik, Perak semalam kelihatan dua sepanduk yang dipasang di laluan Gerik-Jeli bagi mencemuhkan Ketua Pembangkang.

Laluan tersebut dilalui rombongan Anwar untuk ke Kedah dan Perak dalam misi jelajah Merdeka Rakyat selepas menghadiri program di Kelantan.

Himpunan Hijau

Sementara itu dalam perkembangan lain PAS Kelantan akan menganjurkan dua program serentak pada 15 September ini iaitu Himpunan Hijau Ke Putrajaya dan Jamuan Aidilfitri.

Ketua Penerangan PAS negeri, Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, program berkenaan akan diadakan di Dewan Majlis Daerah Machang (MDM) dan padang MDM.

Katanya, program Himpunan Hijau akan menampilkan pidato oleh Mursyidul Am, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato’ Ibrahim Tuan Man.

“Pada hari tersebut juga diadakan program Anak Muda Kelantan Ekspresi Hijau melibatkan program ceramah, motivasi anak muda dan persembahan hiburan.

“Pada sebelah pagi pula program khas muslimat akan diadakan di dewan MDM,” ujarnya.

Manakala di RANTAU PANJANG 4 September ini, bekas anggota Parlimen Batu Berendam, Datuk Tamrin Ghafar akan menyampaikan ceramah merdeka  di Pusat Tarbiah Rantau Panjang.

Selain itu turut ditampilkan bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Dr Rosli Yaakub dan bekas Ketua Pemuda Umno Ketereh, Sabri Shafii.

Yang Dipertua PAS Rantau Panjang, Abdul Fatah Harun berkata, ceramah tersebut diadakan sempena sambutan ulangtahun kemerdekaan ke-55

Di KOTA BHARU pula diadakan solat hajat dan ceramah perdana yang akan menampilkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud.

Program tersebut akan diadakan 3 September (esok) di Padang Perdana bermula jam 8 malam.

Di MACHANG ceramah perdana sempena merdeka akan menampilkan bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Lajim Ukin dan Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof.

Program ceramah tersebut akan diadakan pada 4 September di Pasti Paloh Rawa, Dun Temangan.

Pejabat PKR diserang samseng pakai baju Umno


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/12935-pejabat-pkr-diserang-samseng-pakai-baju-umno

Harakahdaily,05 Sep 2012
PETALING JAYA: Sekumpulan 30 samseng Umno mengadakan demonstrasi dan bertindak ganas dengan menyerang ibu pejabat PKR, Tropicana dekat sini tengahari tadi.

Menurut laporan awal Keadilandaily kumpulan samseng itu memakai kemeja-T Umno dan Barisan Nasional.

Mereka memegang kain rentang sambil menjerit antaranya, ‘Jalur Gemilang’ dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Portal itu yang memetik kenyataan Setiausaha Wanita PKR, Juwairiya Zulkifli berkata kumpulan samseng itu juga cuba bertindak ganas ke atas mereka yang cuba mengawal keadaan.

Demonstrasi pada jam 12.30 tengahari itu tadi dileraikan sepuluh minit kemudian dengan bantuan polis seramai 20 anggota yang terpaksa membuat sekatan di hadapan pejabat.

Kejadian ini merupakan insiden terbaru samseng Umno yang dilihat semakin berani menyerang Pembangkang sejak kebelakangan ini.

Ahad lalu, Anwar turut diserang di Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong, Alor Setar, Kedah ketika sedang menyampaikan tazkirah Maghrib, selepas bas jelajah Merdeka Rakyat dibaling batu dan disimbah cat merah di Kelantan sehari sebelumnya.

Thursday, May 31, 2012

Tangan ghaib di sebalik polis halal samseng?


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/10669-tangan-ghaib-di-sebalik-polis-halal-samseng

KPRU,31 Mei 2012
Menjejaki langkah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang semakin hampir, suasana politik dalam negara ini juga semakin panas. Sejak awal tahun ini, bertambahnya  insiden ganas dan provokasi khususnya ketika pihak oposisi atau badan bukan kerajaan (NGO) mengadakan aktiviti di seluruh pelosok negara, memberikan gambaran bahawa tahun 2012 yang bakal membentuk Malaysia ala- zaman perubahan sedang berdepan dengan tentangan hebat pihak berkepentingan.

Sikap ketidakacuhan daripada pemimpin kerajaan dan pihak polis seolah-olah menggalakkan budaya samseng dalam arena politik negara dan dalam masyarakat tempatan. Kerajaan Barisan Nasional (BN) terus membisu di samping membenarkan kejadian seperti ini terus berlaku. Apakah ini satu petunjuk siapa dalang di belakang kejadian-kejadian ganas tersebut kerana sehingga kini, tiada sesiapa telah didakwa di mahkamah atas kejadian seumpama?

Jadual 1 menunjukkan bahawa pencerobohan atau perbuatan provokasi yang bersifat ganas berlaku setiap bulan sejak awal tahun; kini telah menjadi satu trend samseng sengaja menimbulkan suasana kecoh ketika Pakatan Rakyat (Pakatan) atau NGO mengadakan ceramah atau aktiviti. Tujuan pencerobohan atau provokasi bukan sahaja untuk mencetuskan huru-hara, tetapi juga menyebabkan penderitaan psikologi kepada para hadirin yang menjadi mangsa kepada keganasan samseng-samseng tersebut. Kini sikap kerajaan BN membenarkan kewujudan keganasan samseng menimbulkan persoalan, apakah semua ini untuk mempertahankan rejim pemerintah yang sedang berdepan dengan krisis kelangsungan hayat?

Jadual 1: Kronologi Insiden Keganasan (Jan 2012-Mei 2012)
Tarikh
Acara/Tempat
Insiden
25 Mei
Lembah Pantai
v  Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah melaporkan beberapa biji telur dilempar di tangga pejabatnya.
24 Mei
Ceramah Pakatan/ Lembah Pantai
v  Beberapa individu membaling batu, telur dan botol air ke arah para hadirin mengakibatkan seorang penonton ceramah cedera selepas terkena batu yang dilemparkan dari arah yang tidak diketahui dan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, Nurul Balqis turut terkena lontaran batu sebesar kira-kira penumbuk tangan.
24 Mei
Ceramah Pakatan/ Kuala Kangsar
v  Terdapat 11 kereta disimbah cat biru semasa majlis ceramah dilangsungkan, termasuk kereta Bekas Menteri Besar Perak yang digulingkan dari kuasanya, Nizar Jamaluddin. Cat itu kebanyakannya disimbah di bahagian lampu depan.
24 Mei
Ceramah Pakatan/ Bangi
v  Sekira-kira 30 orang melakukan provokasi termasuk membaling batu dan melontar kata-kata kesat ketika Mat Sabu memberi ceramah di pentas.[1]
20 Mei
Minum Petang bersama Amiga/
Merlimau, Melaka
v  Dua anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP menjadi mangsa apabila acara minum petang bersama Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga. Salah satu daripada tayar kenderaan ADUN Bandar Hilir Tey Kok Kiew dipancitkan, cermin sisi pecah dan badannya kemik teruk dihentam kumpulan itu.
11 Mei
Pulau Pinang
v  Kira-kira 30 anggota kumpulan pendesak Melayu PERKASA melangsungkan "upacara pengebumian" di depan rumah Ketua Menteri Lim Guan Eng di Pulau Pinang bagi menyatakan perasan tidak puas hati terhadap pentadbirannnya sejak 2008.
6 Mei
Pahang
v  Ibu Pejabat Keadilan Pahang diceroboh. Pengerusi Majlis Pimpinannya, Datuk Fauzi Abdul Rahman berkata bahawa pecereboh itu bukan berniat mencuri tapi fail, komputer habis dimusnahkan.[2]
2 Mei
Hantar memorandum pada Perdana Menteri/
Putrajaya
v  Tiga orang ahli Keadilan iaitu K. Gunasekaran, S. Murali dan Gobalakrishnan telah tercedera akibat serangan yang didakwa diketuai oleh Ketua Pemuda MIC, T. Mohan semasa mereka melawat Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya untuk menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri berkenaan isu kad pengenalan bangsa India di Malaysia.[3]
19 April
Demonstrasi Mansuhkan PTPTN/ Dataran Mederka
v  Sekumpulan antara 40 hingga 80 samseng berkelakuan biadap apabila menyerang perkhemahan mahasiswa di Dataran Merdeka, kira-kira jam 2.30 pagi. Mereka berpakaian serba hitam, samseng itu turut meroboh khemah, memukul mahasiwa dan orang ramai yang menyokong perkhemahan di samping mensasari terhadap mereka yang membawa kamera dan alat perakam video.
3 April
Pertikaian rumah pangsa Kampung kerinchi/ Lembah Pantai
v  Protes aman melibatkan seramai 433 bekas penduduk rumah pangsa Kampung Kerinchi, bertukar kecoh apabila sebahagian penduduk enggan mengosongkan rumah mereka. Kekecohan ini juga menyaksikan pelajar kontroversi Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) Adam Adli ditumbuk.
26 Mac
Majlis Sambutan Sempena Empat Tahun Pemerintahan Pakatan Rakyat Selangor/ Stadium Kuala Selangor
v  Seramai kira-kira 20 samseng bermotor berkumpul di pagar stadium dan melakukan provokasi kepada hadirin, termasuk membaling objek seperti batu dan botol air ke dalam stadium.[4]
26 Febuari
Ceramah Pakatan/
Felda Lepar Hilir, Gambang, Pahang
v  Seorang samseng Umno mengacu penumbuk, beberapa inci sahaja dari wajah Nurul Izzah, sebelum sempat dihalang penyokong Pakatan.[5]
26 Febuari
Perhimpunan Hijau, Pulau Pinang
v  Sekumpulan samseng Umno menaiki pentas acara Himpunan Hijau di Pulau Pinang dan menghambur kata-kata kesat terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng. Pecerobon tersebut mengakibatkan seorang wartawan dan seorang jurugambar sebuah akhbar bahasa Cina cedera dipukul dengan topi keledar.
19 Febuari
Ceramah Pakatan/ Sembrong, Johor
v  Lebih 100 orang, kebanyakannya remaja belasan tahun, telah melakukan gangguan di sebuah program ceramah DSAI. Mereka turut melempar mercun, telur, botol dan kayu di samping melontar kata-kata kesat ketika DSAI berucap.
v  Di samping itu, sekumpulan samseng yang membawa bendera Umno dan BN itu turut memecahkan cermin kereta DSAI dan bertindak ganas menendang bahagian keretanya sehingga kemek.
13 Febuari
Ceramah Pakatan / Alor Gajah
v  Sekira-kira 20 hingga 30 samseng bermotosikal serta puluhan lagi kereta bagi mengganggu ceramah tersebut. Malah, sejurus sebelum ceramah bermula, mereka telah menampar seorang lelaki ahli Keadilan yang cuba meletakkan bendera parti sebagai persiapan ceramah.
12 Febuari
Kebebasan Akademik/ Klang
v  Satu ceramah mengenai kebebasan akademik terpaksa dibatalkan selepas sekumpulan remaja mengganggu majlis itu dan mengepung lokasi sebelum ceramah bermula.
21 Jan
Ceramah ABU/ Shah Alam
v  Penyokong Umno dipercayai bertindak ganas apabila menyerang orang ramai pada satu aktiviti ceramah ABU (Asal Bukan Umno)-Hindraf, mereka menggunakan kerusi dan juga menggunakan kayu bendera sebagai senjata memukul orang India yang berada di dalam serta di luar dewan. Insiden ini mengakibatkan seorang ahli Kelab Penyokong PAS, Krishnan cedera parah apabila diserang oleh Umno dan dimasukan ke Hospital Pakar Sri Sentosa bagi menerima rawatan.

Pada perhimpunan Bersih 3.0 yang lalu, rakyat Malaysia dikejutkan dengan perlakuan ganas sesetengah pegawai polis yang bertugas. Sesetengah wartawan tidak terlepas daripada menjadi mangsa keganasan sesetengah pegawai polis yang bukan sahaja, merampas dan menghancurkan kamera wartawan, tetapi juga membelasah mereka.

Pada tahun 2009, Perdana Menteri melancarkan konsep 1Malaysia di mana antara konsepnya adalah menghargai dan menghormati prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara serta menjadi asas kepada prinsip keadilan untuk semua kaum.[6] Menerusi konsep 1Malaysia, nilai murni didokongi oleh nilai hormat-menghormati antara semua kaum. Pada 16 April 2012[7], Perdana Menteri juga mengumumkan transformasi negara melalui inisiatif Transformasi Politk Negara (PTP) yang melibatkan pembatalan 3 Proklamasi Darurat, pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Kediaman Terhad dan Akta Buang Negeri, Penggubalan Akta Perhimpunan Aman termasuklah pemindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, dan akhirnya pemindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti. Akan tetapi, transformasi yang didambakan oleh kerajaan BN di bawah naungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hanyalah berbaur retorik berikutan peristiwa-peristiwa  semasa.

Transformasi Hak Asasi, Angan-angan Siang?
Transformasi yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri bersifatkan retorik apabila diingatkan semula kepada insiden keganasan polis terhadap bukan sahaja peserta perhimpunan aman Bersih 3.0, malah kepada para wartawan yang meliputi perhimpunan tersebut. Kerajaan BN dilihat menghalalkan perlakuan melampau sekelompok polis semasa menjalankan tugas.

Polis pula pasca perhimpunan Bersih 3.0 telah mengeluarkan gambar-gambar para peserta yang dipercayai bertindak ganas seperti memukul polis dan orang awam serta merosakkan harta benda ketika berlangsungnya perhimpunan tersebut.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menafikan bahawa tindakan polis merampas kamera dan rakaman wartawan yang meliputi perhimpunan Bersih 3.0 sebagai sebahagian daripada garis panduan operasi polis (SOP). Ironinya, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein menyatakan sebaliknya.[8]

Ini telah menanam perasaan tidak puas hati dan marah di kalangan rakyat yang merasai Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara tidak berada dalam muka surat yang sama mengenai apa itu SOP polis menangani perhimpunan aman. Lantas, ketidakpercayaan terletak pada polis untuk menjalankan tugas mereka sebagai penjaga keamanan dalam negara. Pelepasan tembakan ke arah peserta perhimpunan Bersih 3.0 merupakan kesalahan polis kerana ini mengakibatkan tindak balas rantai yang memburukkan lagi keadaan sewaktu perhimpunan Bersih 3.0. Sementara itu, apakah Menteri Dalam Negeri dengan mengeluarkan kenyataan yang bertentangan, cuba menghalalkan budaya keganasan selagi rejim UMNO dapat dipertahan?

Walaupun dengan kemajuan sosio-ekonomi yang dinikmati oleh negara bertahun lamanya, semua itu hanyalah sebuah retorik apabila demokrasi rakyat dilanyak oleh kerajaan yang rakus dalam memegang kuasa yang dinikmatinya melebihi setengah abad lamanya. Pemodenan bukan sahaja dari segi pembangunan ekonomi dan industrialisasi, ia seiringinan dengan kebebasan rakyat menikmati hak-hak sebagai rakyat negara ini. Fahamkah pemimpin UMNO erti sebenar pembangunan dan pemodenan?

Penghalalan Kekejaman Polis di bawah Akta Perhimpunan Aman
Peruntukan seperti Seksyen 20 Akta Perhimpunan Aman memberikan kuasa budi bicara terlampau kepada polis untuk menangani perhimpunan aman, terutamanya perhimpunan Bersih 3.0, di mana, kelakuan melampau sesetengah pegawai polis dihalalkan oleh seksyen ini.  Lantas, peruntukan seperti Seksyen 20 tidak mencerminkan masyarakat bertamadun mahupun masyarakat yang berwawasan 2020 ataupun bercirikan semangat 1Malaysia. Mengapa Perdana Menteri 1Malaysia terus membisu dalam hal ini?

Akibat keganasan polis yang tidak mengenali bangsa, agama, umur dan jantina, 113 orang menerima rawatan hospital di Hospital Kuala Lumpur. Mereka terdiri daripada 40 orang lelaki dan 25 orang wanita. Seorang daripadanya terpaksa menjalani pembedahan akibat kecederaan yang dialami oleh polis.[9] Di antara yang tercedera termasuklah wartawan. Lantas, mencemari lagi nama Polis Diraja Malaysia (PDRM) bukan sahaja dalam negara, malah di luar negara juga.

Kesan kekejaman sesetengah pegawai polis ke atas rakyat Malaysia yang tidak berdosa hanya menambah minyak ke dalam api yang sedang membara. Rakyat kini tidak dapat meletakkan kepercayaan kepada institusi polis untuk mengekalkan keamanan dalam negara selagi rejim yang menghalalkan budaya keganasan terus berkuasa. Malah, insititusi polis kini dilihat sebagai hamba kerakusan kerajaan BN. Rakyat menghormati institusi polis yang profesional dan cintakan rakyat, bukan institusi yang dihambakan oleh rejim yang sedang kehilangan kuasa akibat kekejamannya menekan rakyat.

Transformasi atau slogan 1Malaysia yang begitu didahagakan oleh rakyat bukanlah hanya sebuah retorik. Akan tetapi, kehendak rakyat tidak perlu kekal sebagai retorik. Perubahan rejim dapat menangani masalah integriti dan kepercayaan rakyat kepada polis semula, antara cabarannya adalah untuk mereformasikan institusi-institusi penting negara seperti SPR, SPRM, Pejabat Peguam Negara dan PDRM untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan.

Sebuah kajian oleh Transparency International bagi tahun 2012 menerbitkan sebuah laporan di mana di antara semua institusi di Malaysia, institusi polis merupakan di antara institusi negara yang paling tidak bersih. (sila lihat Jadual 2)

Jadual 2: Pendapat Orang Awam mengenai Institusi Dalam Negara Terkotor[10]



Menurut Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar, polis tidak akan mngambil tindakan terhadap para peniaga yang membuka gerai menjual burger di hadapan rumah Datuk Ambiga Sreenevasan kerana menurut beliau, tindakan peniaga-peniaga tersebut bukan suatu tindakan pencerobohan privasi Ambiga. Beliau bersambung bahawa pembukaan gerai tersebut dilakukan di kawasan orang awam lantas tidak mengganggu privasi Ambiga.[11]

Sikap pihak atasan polis bertindak prejudis terhadap Ambiga mencerminkan bahawa institusi polis berada dalam poket kerajaan BN yang sering menyalahkan Ambiga  ke atas perhimpunan Bersih 3.0.  Berlakunya perlakuan ”double standard” apabila polis sehingga kini gigih mencari dan menghukum peserta perhimpunan Bersih 3.0 tapi pada masa yang sama gagal menghukum pegawai polis yang berlaku ganas sewaktu perhimpunan Bersih 3.0 dan tidak mengambil sebarang tindakan terhadap demonstrasi ”punggung” oleh veteran tentera,  gangguan-gangguan oleh pihak-pihak tertentu dan peniaga-peniaga kecil-kecilan yang melakukan pencerobohan privasi ke atas Ambiga dan keluarga beliau.

Pendeknya, di mana integriti institusi polis apabila mereka yang terlibat dengan budaya samseng dibiarkan tetapi yang cintakan negara dan mahukan pembaharuan yang lebik baik dihukum?

Prejudis ”double standard” ini juga berlaku apabila baru-baru ini pihak polis tidak mengambil sebarang tindakan terhadap para pengganggu[12] yang bukan sahaja mengakibatkan kacau bilau di sebuah acara Parti Keadilan Rakyat (KEADLAN) di Lembah Klang yang melibatkan lontaran bata yang mencederakan dua orang yang hadir di acara KEADILAN tersebut dan lontaran telur oleh penyokong UMNO.

Pada April 19 yang lalu[13], aktivis mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka telah diserang oleh sekumpulan samseng di mana pihak polis yang hanya berada beberapa meter dari tempat kejadian bergerak perlahan sambil melihat keganasan oleh kumpulan samseng ke atas mahasiswa tersebut. Serangan oleh kumpulan samseng itu menyebabkan seorang mahasiswa terpaksa dikejarkan ke hospital akibat dibelasah oleh kumpulan samseng tersebut.

Nyata sekali Perkara 8 Perlembagaaan Persekutuan tidak dihormati oleh sesetengah pegawai polis dan apakah wujud tangan ghaib di belakang institusi polis yang membenarkan serangan ke atas kesucian undang-undang negara ini dan demi memegang kuasa sebagai kuasa politik memerintah negara ini?

Integriti institusi polis haruslah dipelihara dengan cara bukan sahaja membasmi gejala rasuah, tetapi dengan memisahkan kuasa politik dan tugas utama polis; iaitu menjaga keamanan negara dan rakyat negara. Tugas polis bukan untuk menjaga kepentingan rejim tetapi kepentingan rakyat dan negara. Demi mengembalikan kepercayaan rakyat kepada institusi polis, pembersihan dari virus rasuah adalah perlu untuk membawa kepada pemisahan campur tangan politik ke dalam institusi polis.

Walaupun Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berpendapat bahawa Majlis Peguam ’menghukum’[14] institusi polis kerana membantah sekeras-kerasnya kekejaman polis sewaktu perhimpunan aman Bersih 3.0; ia adalah tugas institusi polis untuk menjaga keamanan dan keselamatan rakyat dan bukannya menyerang rakyat yang berhimpun dengan aman dengan tujuan yang jujur. Dan untuk menghadapi PRU-13, pihak polis perlu mengambil tindakan segera terhadap mereka yang terlibat dengan serta memupuk politik dan budaya samseng.

Tindakan polis berikutan peristiwa-peristiwa semasa menggambarkan tangan ghaib di belakang institusi polis begitu dambakan kuasa sehingga melupai dan tidak mengendahkan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.

Penghormatan kepada Perkara 8 yang sewajarnya adalah untuk mengembalikan kepercayaan rakyat Malaysia terhadap institusi polis negara. Ia tidak mustahil untuk dilakukan. Ia cuma persoalaan sama ada institusi polis negara atau PDRM ingin memikul tanggungjawab dan melakukan apa yang betul untuk mencari dan menghukum sekelompok samseng yang sering membuat kacau bilau seperti yang disenaraikan dalam Jadual 1 di atas lantas memberi ketelusan peluang kembali kepada integriti institusi polis negara.

IPCMC Harapan Transformasi Polis?

Bagi memisahkan kuasa politik daripada institusi polis, kini tiba masanya  dibicarakan semula pembentukan Independent Police Complaints and Misconduct Commission (IPCMC) pasca perhimpunan Bersih 3.0. Suruhanjaya ini merupakan suatu keperluan sebelum PRU-13 untuk mengembalikan kepercayaan institusi polis.  IPCMC merupakan suatu badan yang bebas[15], adil dan tegas menyiasat segala perbuatan yang melanggar undang-undang oleh pihak polis dan mana-mana agensi yang berkenaan dan kadangkala, jika merupakan suatu keperluan; memerintahkan hukuman bagi perbuatan yang melanggar undang-undang ini. Rakyat amat memerlukan suatu proses diinstitusikan untuk menangani penyelewengan oleh agensi-agensi pihak berkuasa, khususnya yang melibatkan kuasa politik. Akan tetapi, sehingga kini, harapan ini masih tidak diendahkan oleh kerajaan BN.

Transformasi yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri kelihatan sebagai hanya sebuah slogan yang retorik apabila Datuk Seri Tengku Adnan B. Tengku Mansor, Setiausaha Agong UMNO dalam memberi pendapat mengenai pembangunan politik di negara jiran, Indonesia mengeluarkan kenyataan bahawa ’...salah satu masalah dengan Indonesia adalah terdapat kebebasan yang terlalu banyak.’[16] Ini merupakan suatu fakta yang merisaukan apabila seorang ahli politk berpendapat terdapatnya terlalu kebebasan dalam sebuah negara apabila ia sudah dinyatakan di dalam Perlembagaan Persekutuan hak-hak asasi rakyat Malaysia seperti kebebasan untuk berhimpun secara aman dan tanpa bersenjata serta kebebasan bersuara merupakan hak setiap rakyat Malaysia. Jenis kenyataan ini oleh seseorang yang berpengaruh yang memberi ruang kepada pihak polis untuk bertindak sebegitu prejudis dan bersifat politik.

Tangan Ghaib Di Sebalik Institusi Polis?
Apabila kita membicarakan kuasa polis, kita membicarakan SOP polis dalam menangani situasi berkenaan keamanan dan keselamatan rakyat dan negara.  Ketua Polis Ismail Omar[17] sendiri mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan polis merampas kamera dan rakaman wartawan yang membuat liputan perhimpunan Bersih 3.0 bukan sebahagian daripada SOP.

Apabila institusi polis tidak menghormati Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan,  tidak memberikan perlindungan yang sama rata kepada semua rakyat negara tidak kira agama, kaum, dan pemahaman politik,  ”mesra, cekap dan beramanah”, tangan ghaib di belakang tadbir tindakan polis menjadi persoalan. Ia adalah tangan ghaib yang menghalalkan sekumpulan samseng membelasah kumpulan mahasiswa yang mendirikan khemah di Dataran Merdeka. Ia juga merupakan tangan ghaib yang menghalalkan sekelompok samseng yang sering membuat kacau bilau semasa ceramah.

Bicara kembali ke atas serangan ganas kumpulan samseng ke atas mahasiswa Occupy Dataran mendatangkan persoalan samada hak-hak asasi mahasiswa tersebut tidak dilindungi oleh undang-undang apabila pihak polis mengambil tindakan lambat justeru membenarkan serangan ganas tersebut.  Pihak polis telah menjalankan siasatan efektif dan pantas ke atas Irene Fernandez berikutan kenyataan beliau bahawa Malaysia tidak selamat untuk pekerja asing yang memasuki Malaysia untuk bekerja, akan tetapi ketiadaan tindakan undang-undang ke atas pihak-pihak yang tidak putus mengganggu acara-acara pihak oposisi dan NGO serta perhimpunan-perhimpunan aman rakyat mempersoalkan di manakah terletaknya kuasa melindungi keamanan dan keselamatan rakyat dalam negara.

Permainan politk yang jijik telah melihatkan kuasa polis dipermainkan oleh Kerajaan BN untuk menghukum rakyat yang menyuarakan ketidakpuashatian mereka ke atas pentadbiran dan pada masa yang sama melindungi pihak-pihak yang jelasnya melanggari kesucian perundangan negara yang sedia ada.  Tangan ghaib di sebalik institusi polis telah mencemari integriti institusi polis apabila Kementerian Dalam Negeri dan institusi polis tidak berada dalam pemahaman yang sama mengenai perundangan. Tangan ghaib ini juga yang bertanggungjawab ke atas kegagalan polis menjaga keselamatan rakyat negara dari budaya samseng yang menyerap ke dalam permainan politik kotor.  Apabila keselamatan rakyat terancam dan pihak polis mengutamakan gangguan terhadap tokoh politik pembangkang, nilai integriti institusi polis sudah hilang maknanya.

Campur tangan politik ke dalam polis sudah lama berlaku dalam negara untuk memastikan kuasa pemerintah dilindungi.  Campur tangan politik dan polis tidak hanya berlaku dalam negara. Malah, ia sudah lama dilaporkan perkara yang sama berlaku di luar negara. Akan tetapi, perkara seumpama tidak sepatutnya dibiarkan berlaku. Dalam sebuah laporan luar negara, Suruhanjaya Wickersham 1931[18], campur tangan politik dan institusi polis telah di ringkaskan seperti berikut:

”...tidak syak lagi ini pengaruh politik tidak dapat dielakkan dalam apa-apa berhubing di mana jumlah wang yang sangat besar yang akan dibuat oleh kawalan manipulasi pentadbiran, dan di mana naungan dan melaluinya gangguan atau tidak campur tangan dengan aktiviti yang sangat menguntungkan boleh dibuat untuk menghasilkan dana yang besar bagi organisasi politik dan sebagai bermakna kepada kuasa politik. Dalam penguatkuasaan politik larangan campur tangan tegas dari awal, kedua-dua dalam pemilihan kakitangan organisasi menguatkuasakan dan dalam butir-butir operasi.”

Petikan asal berbunyi seperti berikut: -

”...no doubt this influence of politics is inevitable in any connection where very large sums of money are to be made by manipulation of administration, and where control of patronage and through it of interference or noninterference with highly profitable activities may be made to yield huge funds for political organizations and as means to political power. In the enforcement of prohibition politics intervened decisively from the beginning, both in the selection of the personnel of the enforcing organization and in the details of operation.”

Kenyataan tersebut memberitahu bahawa campur tangan politik dan institusi polis merupakan perkara semula jadi kerana menurut Aristotle, ”manusia adalah haiwan berpolitik”. Petikan tersebut juga menyatakan bahawa akibat campur tangan politik ke dalam institusi polis tidak dapat diselami atau difahami oleh pihak yang memanipulasi institusi polis demi menjaga kuasa politik mereka kerana pada akhir hari, yang akan merasai akibatnya adalah rakyat dan negara secara keseluruhan.

Selepas semua telah dikatakan dan dilakukan, manipulasi politik ke dalam institusi polis sendiri yang bertindak sebagai ancaman kepada keamanan dan keselamatan rakyat dalam negara.  Transformasi Perdana Menteri melalui slogan 1Malaysia serta penggubalan undang-undang seperti Akta Perhimpunan Aman 2012 dan pemindaan Atka Mesin Cetak dan Penerbitan, pembatalan 3 Proklamasi Darurat, pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Akta Kediaman Terhad dan Akta Buang Negeri akhirnya menjadi transformasi kosong.

Penutup Kata

Campur tangan politik telah meninggalkan institusi polis tidak berkesan untuk menangani apa-apa ancaman dan menjaga keamanan serta keselamatan rakyat dalam negara.  Institusi polis sudah hilang kredibiliti mereka apabila mereka gagal untuk mengekalkan pendirian politik neutral dan tidak berpolitik. Bagi mengembalikan kredibiliti mereka sebagai institusi polis negara, maka perlu adanya pemisahan kuasa yang nyata dari campur tangan politik dan polis. Perkara ini tidak boleh dirundingkan kerana pengabaian pelanggaran hak asasi rakyat oleh institusi polis menghala ke suatu keadan yang kritikal di mana rakyat sudah tidak boleh ditipu dan kebenaran sudah tidak boleh dimanipulasikan sejak adanya perkhidmatan internet yang bebas dan media alternatif.

Perbincangan atas mengutarakan langkah-langkah polis untuk menebus profesionalisme polis dan PDRM mempunyai tanggungjawab menghormati kehendak rakyat. Tidak mengendahkan kehendak rakyat hanya merugikan PDRM kerana pasca pilihanraya umum, rakyat mempunyai kuasa untuk menukar mana-mana pihak atasan PDRM yang bersekongkol dengan kuasa politik yang korup kerana ia sudah dilupai oleh PDRM, PDRM merupakan penjawat awam yang berkhidmat untuk rakyat dan bukannya mana-mana pihak politik.

Kalau tidak wujud tangan ghaib, pihak polis sewajarnya mengambil tindakan segera berhubung insiden keganasan politik bersifatkan budaya samseng. Maka penghormatan diberikan kepada institusi polis yang berpegang teguh kepada integriti, profesionalisme dan pengasingan kuasa polis dengan kuasa politik. Polis cintakan rakyat. Rakyat sanjung polis.

**

Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU – Political Studies for Change,政改研究所) merupakan sebuah pusat kajian yang baru dan kritikal. KPRU ditubuhkan pada era pasca 8 Mac dengan tujuan membawa idea perubahan kepada rakyat Malaysia melalui kajian dan sesi dialog.

KPRU memberikan fokus kepada kajian terhadap bidang ekonomi politik dan sektor strategik yang dapat membawa impak jangka masa panjang kepada masyarakat. Dengan penerapan idea baru dan interaksi dengan pelbagai pihak berkepentingan, kajian KPRU diyakini akan membawa pemikiran dan wacana segar untuk menghadapi cabaran negara dalam dekad yang akan datang.

KPRU merupakan institusi pertama yang melibatkan diri dalam kajian parlimen dan menyokong reformasi parlimen. KPRU mengutamakan isu belanjawan tahunan negara, rancangan jangka panjang, demokrasi parlimen dan lain-lain. Untuk mencapai matlamat tersebut, KPRU bekerjasama secara rapat dengan agensi kerajaan, parti politik, pertubuhan antarabangsa dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk memberikan khidmat nasihat strategik, program pengunjungan spesifik dan menghasilkan dasar yang berasaskan fakta.





Thursday, May 24, 2012

Teras gesa henti tunjuk berani cara samseng



Harakahdaily,25 Mei 2012
KUALA LUMPUR: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menyeru semua pengundi Melayu melakukan transformasi politik besar-besaran untuk menyelamatkan negara daripada penyelewengan dan pengkhianatan yang sedang berleluasa sekarang.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar)berkata, kerajaan yang sudah diberi mandat selama 54 tahun sudah terlalu lama membiarkan orang Melayu berada dalam kepompong hidup feudal sehingga pemikiran dan sikap merdeka dalam erti kata sebenar tidak menjadi asas dalam menentukan kepimpinan negara.

Katanya, orang Melayu jelas dianggap sebagai pengundi yang lebih mudah dibeli oleh rasuah dan permainan politik fitnah.

“Lantaran itu sangat jelas tumpuan kepada orang Melayu dengan pelbagai suapan wang tunai menjadi strategi yang digunakan oleh kerajaan yang memegang kuasa sekarang,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Lagi ceramah Pakatan jadi sasaran batu dan telur http://www.malaysiakini.com/news/198960

Tambahnya, strategi memanipulasi daftar pengundi serta melancarkan kempen psikologi dengan mengugut dan memfitnah kini jelas sedang diguna ke atas pengundi Melayu melalui taklimat khas atas nama kursus-kursus kerajaan.

Menurutnya, pegawai kerajaan yang majoritinya adalah orang Melayu kini diarah menghadiri kursus-kursus untuk memastikan mereka menjamin sokongan kepada kerajaan.

Demikian juga, ujarnya pemimpin-pemimpin akar umbi orang Melayu di pelbagai peringkat disogok dengan upah untuk memastikan pengikut mereka hanya menyokong kerajaan yang sedia ada.

“Politik murahan seperti ini tidak membantu orang Melayu malah meneruskan politik feudal yang sudah ditolak oleh bangsa lain,” ujarnya lagi.

Justeru, tegasnya Teras berpendirian sepatutnya orang Melayu yang menjadi tulang belakang kepada politik negara memahami betapa hanya bergantung kepada kerajaan yang mengguna politik tahap rendah tidak akan menjamin masa depan.

Beliau berkata, bangsa Melayu yang sudah menjalani proses sekularisasi yang sedemikian lama di bawah pemerintahan parti yang berteraskan nasionalisme sempit tidak membantu mematangkan orang Melayu dari sudut politik.

Malah, ujarnya orang Melayu yang dipisah dari faham politik berteraskan Islam akan dijadi alat untuk mengekalkan kuasa di kalangan golongan elit Melayu yang tidak mempunyai cita-cita mendaulatkan Islam di negara ini.

Tegasnya, orang Melayu tidak boleh membiarkan bangsanya diheret dalam kancah politik murahan yang memalukan.

Beliau menambah, budaya lucah yang dipaparkan oleh segelintir orang Melayu yang menunjukkan sindrom rendah akal, ditambah dengan budaya samseng yang dibenarkan oleh pihak berkuasa, kini sedang mencemar imej bangsa Melayu di mata dunia.

“Teras kesal dan menasihati pihak yang terus menunjukkan budaya songsang dalam berfikir dan bertindak agar menghentikan reaksi hodoh yang memualkan itu.

“Ia sama sekali tidak mengembalikan maruah bangsa malah menunjukkan kerendahan budi dan menghina agama di hadapan masyarakat lain,” ujarnya lagi.

Katanya, menunjukkan keberanian dengan cara samseng amat memalukan dan mesti segera dihentikan.

Azmi berkata, ketika masyarakat lain siap melakukan perubahan politik dari politik feudal kepada politik matang dan merdeka, terdapat orang Melayu yang menjatuhkan maruah bangsa ke gaung kehinaan.

“Pengundi Melayu perlu menunjukkan sikap politik yang tepat untuk memastikan PR13 kali ini akan merupakan batu tanda perubahan besar-besaran lanskap politik negara di mana pengundi Melayu akan menuntutkan masa depan negara,” ujarnya.

Menurutnya, orang Melayu perlu segera memberi keutamaan kepada persoalan yang lebih besar dan utama iaitu melonjakkan negara daripada kehinaan diperbudak oleh kuasa besar dan memerdekakan negara dari salah kelola negara oleh pemimpin yang rakus dan menyeleweng.

Lagi ceramah Pakatan jadi sasaran batu dan telur





  • Ahmad Fadli KC & Koh Jun Lin
  • 11:30PM Mei 24 2012
Batu dan telur berterbangan lagi di ceramah Pakatan Rakyat malam ini, mengakibatkan seorang warga emas cedera di kepalanya.

kerinchi pantai dalam pkr ceramah 250512Insiden itu berlaku kira-kira jam 11 malam ketika Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berucap di satu majlis ceramah di Apartmen Pantai Permai, Kuala Lumpur, yang terletak dalam kawasan parlimen PKR di Pantai Dalam.

Menurut saksi, batu itu dibaling dari kawasan ceramah Umno di kuarters Dewan Bandaraya Raya Kuala Lumpur (DBKL) Pantai Dalam yang terletak bersebelahan.
Ia berlaku kira-kira 30 minit selepas bekalan elektrik ke majlis ceramah itu didakwa telah disabotaj dan disambung semula secara tergesa-gesa.

Bagaimanapun, keadaan di majlis ceramah itu tenang dan Anwar meneruskan ucapannya.

pantai dalam kerinchi pkr 240512Sebelum itu, kira-kira 9 malam, kira-kira 80 orang yang berpakaian baju-T merah, berkumpul di luar tempat Anwar berceramah, sambil melaungkan  "Tibai (Tolak individu Bernama Anwar Ibrahim)."

Ini adalah kali kedua dalam tempoh seminggu di mana ceramah Pakatan menjadi sasaran balingan batu dan telur. Sebelum ini ia berlaku di Merlimau, Melaka pada hari Sabtu.

Dalam insiden itu, warga emas yang menjadi mangsa itu diusung penyokong yang lain dari tapak ceramah dan dibawa ke hospital dalam keadaan separa sedar.

Ekoran insiden itu, penyokong PKR berarak ke arah penyokong Umno yang berdiri berhampiran pagar kuarters DBKL dan kedua-dua penyokong hanya dipisahkan pagar di Kuarters DBKL Pantai Permai.

Polis yang berada di tapak ceramah cuba mengawal keadaan namun penyokong PKR yang kini hanya beberapa meter dari penyokong Umno terus dibaling telur dan botol air mineral dari arah penyokong Umno.

Di pentas ceramah Umno, menyaksikan personaliti kontroversi Ummi Hafilda Ali menghiasi pentas ceramah yang berjaya menarik kira-kira 200 orang pendengar.

Ummi tidak berceramah secara berterusan tetapi menunggu penceramah di pihak PKR bercakap sesuatu isu dan kemudian membidasnya secara spontan - dengan pembesar suara dihalakan ke arah tapak ceramah PKR.

Sementara itu, seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, Nurul Balqis dturut terkena lontaran batu sebesar kira-kira penumbuk tangan sewaktu Anwar berucap.

Menurut ibunya, Adita Ketek, klinik yang memeriksa anaknya memintanya membawa Nurul Balqis ke hospital untuk pemeriksaan lanjut kerana dikhuatiri patah tangan akibat insiden itu.

Ceramah berakhir dengan bacaan doa dari Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad sekitar jam 12 malam.


Samseng: Umno makin takut hadapi PRU13

Harakahdaily,25 Mei 2012
KUALA LUMPUR:Tindakan samseng termasuk penyokong Umno mengganggu program Pakatan Rakyat sejak akhir-akhir ini memperlihatkan betapa tukutnya mereka berdepan pilihan raya umum ke-13 nanti.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad berkata, Umno kini sedar bahawa rakyat kini semakin ramai menyokong Pakatan dan menolak Umno.

(Gambar: Seorang hadirin terkena lontaran batu pada majls malam tadi. Foto Khaulah)


Ekoran itu katanya, tidak mustahil mereka sanggup menggupah samseng untuk mengganggu Pakatan Rakyat dari menyampaikan maklumat kepada masyarakat.

"Bila kata demokrasi, hormatilah hak kumpulan lain nak bagi penerangan kepada rakyat.

"Tindakan ini tak hormat rakyat, tak nak rakyat pilih dengan bebas, tapi paksa rakyat pilih dia sahaja," katanya ketika dihubungi Harakahdaily

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas serangan balingan batu dan telur terhadap ceramah Pakatan Rakyat di Pantai Dalam malam tadi.
Khalid turut hadir malam tadi dan membaca doa mengakhiri majlis.

Insiden berlaku kira-kira jam 11 malam tadi, ketika Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berucap di satu majlis ceramah di Apartmen Pantai Permai.

Menurut saksi, batu itu dibaling dari kawasan ceramah Umno di kuarters Dewan Bandaraya Raya Kuala Lumpur (DBKL) Pantai Dalam yang terletak bersebelahan.

Ekoran insiden itu, seorang warga emas cedera di kepalanya manakala seorang kanak-kanak juga didakwa cedera di tangan dan dikhuatiri patah.

"Mereka sedar rakyat dah tolak, jadi mereka ugut dengan samseng.

"Tindakan ini hanya mengesahkan lagi tanggapan bahawa Umno ini merosakkan negara dan perlu ditukar," katanya yang juga AJK PAS Pusat.