Showing posts with label PKR. Show all posts
Showing posts with label PKR. Show all posts

Thursday, May 3, 2012

Demi politik, Umno halalkan laporan lucah



Harakahdaily,02 Mei 2012
KUALA LUMPUR: Mursyidul AM PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Umno sudah sangat terdesak sehingga sanggup 'menghalalkan' laporan berunsur lucah di akhbar milik mereka.

Beliau merujuk kepada laporan muka depan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini yang menyiarkan gambar aksi lucah didakwa memaparkan seorang lelaki mirip Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.

"Kenapa isu-isu seperti ini yang diangkat untuk mendapat keuntungan politik?

"Saya lihat Umno sudah sangat terdesak sehingga tindakan menyiarkan gambar-gambar seperti ini pun sudah menjadi 'halal'," katanya di Facebook.

Selain Utusan, beberapa media lain turut melakukan perkara sama dengan menyiarkan beberapa keping gambar berunsur lucah itu di muka depan.

Ianya turut disiarkan dalam laporan berita televisyen yang dikawal Umno.

Sambil mengutuk keras tindakan itu, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata pemberitaan cara akhbar Umno itu hanya akan meruntuhkan akhlak orang muda.

Keterangan untuk gambar disiarkan di muka depan itu antara lainnya disebut akhbar milik Umno itu sebagai "aksi panas dengan seorang wanita di dalam tandas."

Laporan itu juga menyebut, gambar berkenaan merupakan sebahagian daripada sejumlah foto yang dikutip daripada blog pro-Umno  .

"Apa yang mereka lakukan ini menjerumuskan generasi muda kepada keruntuhan akhlak dan budaya seks songsang," katanya lagi.

Lucah: Azmin tuntut Utusan bayar RM100 juta


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/10038-lucah-azmin-tuntut-utusan-bayar-rm100-juta

Harakahdaily,03 Mei 2012
KUALA LUMPUR, 3 Mei: Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali (gambar) hari ini menuntut Utusan Malaysia membayar RM100 juta kerana menyiarkan gambar lucah palsu.


Azmin melalui peguamcaranya Tetuan Edwin Lim suren & Soh mengeluarkan surat tuntutan kepada Utusan Berhad Melayu (Malaysia) yang memiliki akhbar Utusan Malaysia dan menuntut editornya menarik balik tuduhan tersebut dan membuat permohonan maaf secara terbuka di muka depan Utusan Malaysia.

“Memandangkan seriusnya aib dan edaran akhbar di seluruh negara, Azmin Ali telah menuntut sejumlah RM100 juta sebagai ganti rugi.

“Azmin Ali telah memulakan prosiding undang-undang ini untuk menjustifikasi nama dan reputasi beliau sebagai seorang pemimpin negara dan ahli politik, dan untuk mempertahankan hak orang ramai kepada kewartawanan yang adil dan bersih,” kata Naib Presiden PKR, N Surendran dalam satu kenyataan.

Katanya, dakwaan-dakwaan tersebut dan gambar-gambar yang direka, bermotifkan politik dan rendahnya etika kewartawanan.

Tambahnya, imej yang bersifat lucah yang mengaitkan Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak telah telah disiarkan pada muka hadapan Utusan Malaysia 2 Mei, semalam.