
Beliau berkata, berdasarkan pengisytiharan undang-undang Akta Pembangunan Petroleum 1974, Petronas telah melanggar peruntukan perlembagaan persekutuan yang ditetapkan kepada setiap negeri berdaulat.
"Mahkamah dunia menetapkan Kelantan negeri berdaulat walaupun pada masa itu sebelum merdeka. Tapi status kedaulatan negeri telah wujud. Akta (Pembangunan dan Petroleum) 1974 jika ditafsirkan telah mencabar kedaulatan negeri. "Oleh itu, Kelantan berhak membatalkan perjanjian 1975 dan kembalikan semua platfom telaga minyak yang diusaha Petronas 100 peratus kepada Kelantan," katanya dalam ceramah sempena konvoi royalti minyak ke Putrajaya malam tadi di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.
Ceramah malam tadi, dihadiri kira-kira 5,000 orang yang kebanyakannya peserta konvoi daripada Kelantan.
Antara yang hadir ialah Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Sebanyak 500 kereta dari Kelantan dan 100 kereta dari negeri lain berkonvoi ke Dataran Kemerdekaan malam tadi dan seterusnya ke Putrajaya pada jam 8 pagi ini untuk ke Istana Kehakiman bagi menuntut hak negeri tersebut ke atas bayaran royalti minyak.
Hari perbicaraan kes saman Kerajaan Negeri Kelantan terhadap Petronas berkenaan royalti petroleum pada jam 9 pagi ini di Putrajaya.Selain itu, Husam berkata lagi, beliau turut meminta agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berfikir secara rasional dan bijak dalam membuat keputusan berhubung pemberian royalti minyak di Kelantan.
Jelasnya, sekiranya royalti masih tidak diberikan, bukan sahaja Kelantan, malah Terengganu, Sabah dan Sarawak boleh turut membatalkan perjanjian yang dilakukan antara Petronas dan kerajaan negeri masing-masing pada tahun 1975.
"Najib masih ada masa untuk berfikir secara rasional dan bijak. Kalau tidak, Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan akan terburai. Petronas akan terkubur," katanya sambil menambah angka tunggakan bayaran royalti kepada Kelantan kini berjumlah RM10.4 bilion.
Sementara itu, dalam ucapan ringkas, Nik Aziz pula berkata, sekatan berhubung isu royalti minyak negeri Kelantan yang dibuat oleh kerajaan pusat yang dipimpin oleh Umno menunjukkan bahawa mereka membenci pergerakan Islam. Sambil menjelaskan manusia terbahagi kepada tiga iaitu mukminin, kafir dan munafik, Nik Aziz berkata, sekatan royalti tersebut bukan dibuat oleh Petronas, sebaliknya kerajaan yang memerintah.
"Tengku Razaleigh (Hamzah) kata disekat oleh Petronas. Sebenarnya sekatan ini Umno yang buat sebab dia kuasai pusat. Yang kuasai pusat sekarang bukan MCA tapi orang Melayu Umno. Benci pada gerakan Islam.
"Dia (Umno) kata nak tolong orang Melayu. Tapi saya ini Melayu juga, baka raja lagi. Tapi tak beri," kata Nik Aziz yang mengakhiri ucapannya dengan bacaan doa.


KOTA BHARU: Ekoran tindakan pihak tertentu ‘mengugut’ juru ukur asal yang bertanggungjawab untuk membina Lebuhraya Rakyat sejauh 73 kilometer itu, kerajaan negeri terpaksa melantik tujuh juru ukur yang baru bagi melicinkan perjalanan pembinaan lebuhraya itu.
ya Rakyat (LRR) yang dilaksanakan oleh kerajaan pimpinan TG Nik Aziz di Kelantan itu.
KOTA BHARU: Tidak ada sebab lagi untuk Kerajaan Pusat menolak tuntutan pendaratan gas ke Pantai Bachok oleh kerajaan negeri apabila Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V turut menyokong tuntutan itu.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Kewangan, Ekonomi dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata pembinaan lebuh raya sepanjang 73 kilometer itu bertujuan menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas, dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.
KOTA BHARU: Kelantan meminta pihak luar memberi peluang kepada kerajaan negeri membina ‘lebuh raya rakyat’ tanpa mengeluarkan persoalan negatif apa lagi berbaur tidak sihat.
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa berkata, projek sepanjang 33 kilometer tersebut dikendalikan Menta Contruction Sdn Bhd dan Konsortium Temokin Vila Jelas JV Sdn Bhd.
TAHUN ini adalah tahun melawat Kelantan atau dikenali dalam kalendar pelancongan sebagai Visit Kelantan Year 2012 atau TMK@12, yang dilancarkan Menteri Besar, Dato' Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini.