Monday, May 14, 2012

Perubahan PAS mahal harganya, kata Mujahid


PAS perlu merangka strategi baru bagi mengelakkan parti itu menjadi mangsa 'perubahan' dalam Pakatan Rakyat sekiranya berlaku pertukaran kerajaan selepas pilihan raya umum ke-13, kata ahli jawatankuasa Pusat PAS, Dr Mujahid Yusof.

Ahli Parlimen Parit Buntar itu juga berkata, perubahan perlu dilakukan bagi menghadapi kemungkinan selepas pilihan raya diadakan, kerusi yang dimenangi oleh PAS hanyalah minoriti di dalam parlimen berbanding parti lain dalam Pakatan.

NONE"Perubahan yang PAS perlu lakukan harganya agak mahal. Tidak ada perubahan yang harganya murah.

"Kita tak ada pilihan. Kita perlu ambil risiko," katanya pada forum pasca pilihan raya umum (PRU) ke-13 dan majlis pelancaran buku bertajuk Rejuvinasi PAS.

Mujahid berkata demikian ketika menjawab pertanyaan daripada pensyarah di Universiti Islam Antarangasa Malaysia (UIA), Dr Maszlee Malik yang melontarkan pertanyaan mengenai masa depan dan hala tuju PAS selepas PRU ke-13.

Maszlee berkata, PAS akan menjadi golongan minoriti berbanding dengan DAP dan PKR yang dilihat akan mendominasi Pakatan.

"Saya tertarik apabila Dr Mujahid memberitahu bahawa sebelum memperbaiki parti lain baiki individu dalam parti. Jadi saya nak tanya adakah PAS bersedia untuk berdebat siapakah bakal menjadi presiden PAS, mursyidul am dan sebagainya,

"Adakah PAS bersedia?" soal Maszlee.

Sehubungan itu, Mujahid berkata, bagi membuat perubahan, satu pengorbanan besar perlu dilakukan.

Katanya, pengorbanan tersebut bagi memastikan bahawa PAS tidak akan menerima nasib sama seperti Umno selepas PRU ke-13 diadakan.

"Umno akan meninggalkan kita. Itu pasti sebab memang masanya. Yang pasti, jika PAS tidak cipta 'ubat penyembuh' PAS juga harus pergi," katanya lagi.

No comments:

Post a Comment