Tuesday, May 8, 2012

Kalau bukan SOP polis, SOP pemuda Umno?


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/10155-kalau-bukan-sop-polis-sop-pemuda-umno

Anis Nazri,08 Mei 2012
KUALA LUMPUR, 8 Mei: Tindakan pihak polis menyekat dan merampas peralatan media pada perhimpunan Bersih 3.0, 28 April lalu tidak mengikut SOP polis, sebaliknya mungkin SOP Tahan Lasak Pemuda Umno.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Khalid Abdul Samad (gambar), mendakwa tindakan itu berkemungkinan besar atas arahan pihak pimpinan Umno memandangkan polis menyatakan ia bukan SOP polis.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, sebelum ini yang mengatakan tindakan polis merampas dan menghalang petugas media itu bukan SOP polis.

Sebaliknya, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula berkata ia merupakan SOP biasa selepas ditanya wartawan berkaitan insiden beberapa jurugambar yang diambil kamera dan kad memori pada perhimpunan Bersih 3.0 itu.

Mengulas lanjut, Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam, berkata beliau sendiri tidak faham mengapa selepas beberapa jam himpunan itu berlangsung dengan aman, ia kemudiannya bertukar huru-hara.

"Semua ini tindakan Umno untuk memperlihatkan segala huru-hara itu membawa keuntungan kepada mereka. Bagi Umno, itulah (kekecohan) yang perlu diwujudkan dengan meninggalkan tuntutan utama Bersih 3.0," dakwa beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Beliau menambah, atas sebab rentak permainan Umno sedemikian rupa, maka sebab itulah rakyat perlu membuat perubahan dalam memilih pucuk pimpinan negara.

"Umno sedar, mereka tidak boleh menang kalau pilihan raya bersih.  Yang takut kalah, Umno.  Itu sebab dia menodai proses pilihan raya dengan satu corak pilihan raya yang direkabentuk untuk menangkan mereka," dakwa beliau lagi.

No comments:

Post a Comment