Sunday, May 6, 2012

Khalid Ismath mungkin ditahan kali kedua


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/10101-khalid-ismath-mungkin-ditahan-kali-kedua

NONE

Anis Nazri,06 Mei 2012
KUALA LUMPUR, 6 Mei: Biarpun Majistret membebaskan mahasiswa, Khalid Ismath kerana tiada bukti menyokong dakwaan pihak polis, beliau kemungkinan akan ditahan buat kali kedua.

Harakahdaily difahamkan, beliau kemungkinan ditahan buat kali kedua bagi membantu siasatan polis berhubung statusnya di laman sosial Facebook miliknya, baru-baru ini.

Sebelum ini, Khalid ditahan atas dakwaan kononnya menyerang anggota polis trafik pada perhimpunan Bersih 3.0, 28 April lalu, sepertimana gambar yang disiarkan di akhbar-akhbar arus perdana.

Bagaimanapun, pagi ini permohonan reman Khalid telah ditolak.  Beliau kemudiannya dibawa ke IPD Dang Wangi sebelum dibebaskan.

Pada perhimpunan Bersih 3.0, ibu Khalid, Faridah Abdul didakwa dikasari pihak polis yang bertindak menendang dan memijak badan Faridah berulangkali yang menyebabkan kecederaan serius terhadapnya.

Rentetan peristiwa tersebut, yang menyebabkan ibunya ditahan lima hari di Hospital Kuala Lumpur, juga menyebabkan Khalid melahirkan kemarahannya di laman Facebook, yang mengecam pihak polis tersebut.


Khalid Ismath dibebaskan dengan jaminan polis
Polis mengesahkan penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM), Khalid Mohd Ismath, 22, yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam rusuhan semasa perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu hari ini dibebaskan dengan jaminan polis.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairy Ahrasa berkata Khalid dibebaskan kira-kira pukul 11 pagi tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras.

Pelajar itu disiasat kerana didakwa melakukan kekacauan dan rusuhan yang mengakibatkan kerugian dan kerosakan harta awam.

"Pihak polis kini sedang melengkapkan kertas siasatan bagi proses tindakan undang-undang yang akan diambil terhadap Khalid dalam tempoh terdekat," katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur.

Beliau berkata polis sudah selesai menjalankan siasatan ke atas laporan terhadap Khalid membabitkan kejadian menendang anggota polis trafik serta melakukan rempuhan ke atas polis semasa perhimpunan itu.

Beliau menambah siasatan berhubung dakwaan Khalid mengeluarkan kenyataan ugutan kerana 'ingin membunuh polis' di dalam laman sosial Facebook miliknya akan disiasat oleh Polis Kontinjen Selangor.

Sementara itu, Khairy berkata sehingga semalam 91 individu yang gambar mereka disiarkan di media kerana didakwa terbabit dalam insiden kekacauan semasa perhimpunan masih belum menyerah diri atau ditahan.

"Setakat ini masih kekal dua individu yang ditahan sejak Khamis lalu," katanya.

Beliau meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung individu yang sedang dikesan supaya menghubungi balai polis berhampiran atau berhubung dengan Pegawai Jabatan Siasatan Jenayah D7A, IPK Kuala Lumpur, Asisten Superintendan Azmi Aziz ditalian 019-2602344 bagi membantu siasatan.

Aktivis pelajar dakwa jadi mangsa silap identiti
Aktivis pelajar Khalid Ismath yang mendakwa menjadi mangsa silap identiti, dibebaskan petang semalam selepas polis gagal mendapatkan perintah mahkamah untuk melanjutkan tahanan reman terhadapnya.

Polis menahan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu pada pagi
Sabtu lepas berhubung siasatan terhadap foto yang menunjukkan seorang lelaki menyerang seorang anggota polis trafik semasa BERSIH 3.0 berhampiran Dataran Merdeka.

Khalid (kiri) bertegas bahawa penyerang dalam gambar itu adalah orang lain manakala dia memakai warna yang berbeza pada hari berkenaan.

Menurut peguamnya, Latheefa Koya, Polis Daerah Dang Wangi telah memohon tambahan reman empat hari daripada Mahkamah Majistret pagi semalam.

"Saya memberitahu polis bahawa beliau (Khalid) telah melaksanakan haknya untuk berdiam diri. Mendapatkan empat hari lagi reman tidak akan memaksanya bercakap atau mengakui apa-apa," kata Latheefa ketika dihubungi.

Katanya, polis telah menggeledah rumah Khalid pada hari Sabtu untuk mencari baju berjalur yang dipakai oleh lelaki yang tertera dalam gambar tersebut tetapi tidak menemui apa-apa.

Menurutnya lagi, pihak polis telah mengakui kepada majistret bahawa mereka tidak mempunyai bukti lain dan oleh itu majistret menolak permohonan mereka untuk melanjutkan tempoh reman.

NONELatheefa (kanan) berkata polis juga menyebut mengenai posting di
Facebook dalam permohonan mereka, tetapi tidak menyatakan butiran lanjut.

Walaupun Khalid rasmi bebas, tetapi dia berdepan dengan kemungkinan satu lagi siasatan berhubung posting dalam Facebooknya.

"Pihak polis di Dang Wangi menahannya sehingga 3 petang semalam kerana mereka mendakwa seorang anggota polis dari Shah Alam datang untuk merakam kenyataannya (Khalid) mengenai posting Facebook.

"Mereka mungkin cuba untuk menangkapnya semula," kata Latheefa.
Khalid dalam Facebook sebelum ini menulis: "Saya setuju jika semua polis dibunuh. Kerana begini caranya mereka melayan rakyat. Jadi setiap kali demo, tidak ada rundingan dengan polis lagi. Lawan tetap 

No comments:

Post a Comment