Namun, kemaraan kumpulan itu dihalang penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang berada di simpang masuk ke rumah Ambiga di Jalan Setiakasih 1 sejak pagi tadi.
Kumpulan itu yang rata-ratanya anti-BERSIH kemudian menghentikan motosikal di kawasan DBKL berkawal dan berjalan kaki untuk ke rumah Ambiga sambil menyanyi lagu "Inilah Barisan Kita".
Turut bersama hadir dengan kumpulan itu lima motosikal penjaja yang hanya berlegar-legar di sekitar jalan masuk ke rumah Ambiga.
Kawasan perumahan elit kelas pertengahan atasan di pinggir bandaraya Kuala Lumpur yang kebiasaannya tenang dan sunyi bertukar riuh rendah dengan kehadiran kumpulan itu.
Namun, penduduk berdekatan kelihatan meneruskan kehidupan mereka seperti biasa di sebalik kehadiran berpuluh-puluh anggota polis dan DBKL bagi mengawal keadaan.
Polis mendirikan sekatan jalan raya berhampiran jalan masuk ke rumah Ambiga bagi memastikan tiada orang asing menghampiri rumah Ambiga.
Dua buah lori besar DBKL turut ditempatkan berdekatan kawasan itu, dipercayai untuk mengangkut sebarang gerai yang didirikan tanpa kebenaran.
Terdahulu sebelum itu, sekumpulan 30 orang lain yang menggelarkan diri mereka "HALAU 1.0" cuba menyerahkan risalah mengandungi 10 sebab Ambiga perlu 'dihalau' dari Malaysia kepada Ambiga sendiri.
Cubaan mereka bagaimana pun gagal apabila risalah itu diterima Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk A Samad Said menerusi celah pintu pagar rumah Ambiga.
Beliau berada di situ bersama jawatankuasa BERSIH lain selepas mesyuarat awal tengah harinya.
Sementara itu, Pengerusi Majlis Bertindak Peniaga Kuala Lumpur (MBPKL) Datuk Jamal Yunus mengumumkan perancangan untuk mendirikan gerai berhampiran rumah Ambiga dibatalkan.
Beliau hadir ke kawasan rumah Ambiga lewat sejam daripada masa asal kumpulan penjaja yang diketuainya merancang membuka gerai.
Kumpulan pro-BERSIH WargaAman yang juga merancang berkumpul petang ini bagi menyatakan sikap mereka tidak kelihatan.
Kumpulan pemuda bermotosikal itu bersama mereka berpakaian kuning bertulisan "BERSIH 4.0" dari MPBKL kemudiannya bersurai pada kira-kira jam 5.20 petang selepas diarahkan Ketua Polis Daerah Brickfields, Wan Abdul Bari Wan Mohd Khalid.
Kumpulan MPBKL pada asalnya merancang mendirikan 60 gerai berhampiran kawasan rumah Ambiga bermula jam 3.30 petang hari ini.
GALERI FOTO
SAKSI VIDEO
Namun, kemaraan kumpulan itu dihalang penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang berada di simpang masuk ke rumah Ambiga di Jalan Setiakasih 1 sejak pagi tadi.
Kumpulan itu yang rata-ratanya anti-BERSIH kemudian menghentikan motosikal di kawasan DBKL berkawal dan berjalan kaki untuk ke rumah Ambiga sambil menyanyi lagu "Inilah Barisan Kita".
Sementara itu, Pengerusi Majlis Bertindak Peniaga Kuala Lumpur (MBPKL) Datuk Jamal Yunus mengumumkan perancangan untuk mendirikan gerai berhampiran rumah Ambiga dibatalkan.
Setakat ini, kumpulan pro-BERSIH WargaAman yang juga merancang berkumpul petang ini bagi menyatakan sikap mereka masih belum kelihatan.
No comments:
Post a Comment