Tuesday, May 15, 2012

Dokumentari khas kritik BERSIH di TV1


Stesen televisyen nasional TV1 menyiarkan dokumentari khas berhubung perhimpunan BERSIH 3.0 yang menggambarkan perhimpunan proreformasi sistem pilihan raya itu sebahagian daripada konspirasi menggulingkan kerajaan.

NONERancangan bertajuk "BERSIH 3.0 itu kotor" banyak menyiarkan rakaman antaranya menunjukkan peserta perhimpunan membaling objek kepada polis dan memecahkan penghadang ke Dataran Merdeka.

Sebelum itu, dipaparkan rakaman Pengerusi Bersama BERSIH Ambiga Sreenevasan berjanji bahawa peserta perhimpunan akan menghormati arahan mahkamah yang melarang orang ramai masuk ke Dataran.

Ia seterusnya diikuti segera dengan gambaran pelanggaran dan kerosakan di pihak polis dan kenderaan pihak berkuasa diejek peserta pada malam sebelum perhimpunan BERSIH.

[Baca berita penuh]
PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

No comments:

Post a Comment