Monday, May 7, 2012

Peneroka perlu teliti kesan tandatangani perjanjian


http://bm.harakah.net.my/index.php/headline/10139-peneroka-perlu-teliti-kesan-tandatangani-perjanjian

Muhammad Faeez,08 Mei 2012
IPOH, 8 Mei: PAS Perak menyeru semua peneroka Felda khususnya di negeri ini agar meneliti kesan daripada menandatangani surat tawaran perjanjian daripada bank untuk membeli saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH).


Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah Negeri, Razman Zakaria (gambar)berkata, peneroka hendaklah mengetahui tentang kesan langsung yang akan diterima peneroka jika sekiranya berlaku penurunan harga di pasaran saham.


“Di antara kesan yang akan diterima peneroka ialah boleh mengakibatkan tanah dan harta mereka dilelong oleh pihak bank,” katanya yang Timbalan Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS Pusat ketika dihubungi Harakahdaily.


Menurutnya, Pendaftar Mahkamah Tinggi Seremban setelah mengambil kira pandangan Hakim Datuk Rosnani Ibrahim semalam mencadangkan permohonan injunksi 125 orang peneroka Felda dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuantan.


Katanya, permohonan daripada peneroka Felda Gugusan Bera dan Serting itu dibuat untuk menahan bank daripada memproses pinjaman kepada peneroka untuk membeli saham terbitan awal (IPO) Felda Global Venture Holdings (FGVH) yang akan disenaraikan di Bursa Malaysia.


Katanya, jumlah pinjaman yang tidak dinyatakan itu menimbulkan kekeliruan kerana borang tersebut tidak dapat disemak dan dinasihatkan tentang pinjaman tersebut.


Beliau juga mempersoalkan daripada mana duit ‘durian runtuh’ yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Jengka 8, Pahang hari ini.


“Dikhuatiri durian runtuh tersebut adalah sebahagian daripada pinjaman yang dibuat oleh peneroka tanpa disedari mereka,” ujar Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu.

No comments:

Post a Comment