Tuesday, May 8, 2012

Apa fatwa akhbar siar fitnah lucah


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/10152-apa-fatwa-akhbar-siar-fitnah-lucah

Salmah Mat Husain,08 Mei 2012
KOTA BHARU, 8 Mei: Majlis Fatwa Kebangsaan diminta menjelaskan dari sudut ‘hukum’  sebuah akhbar yang menyiarkan gambar tidak bermoral yang mengaitkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali baru-baru ini.


Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa(gambar), berkata pelbagai lapisan masyarakat berbagai usia termasuk kanak-kanak dapat menyaksikan muka hadapan akhbar berkenaan yang menyiarkan adegan ‘lucah’ yang mengaitkan kononnya Azmin sebagai pelakunya.


“Malangnya Majlis Fatwa Kebangsaan membisu soal ini, bagaimana kedudukan dari segi hukum dan sebagainya kerana bertindak menyiarkan gambar yang tidak senonoh itu di muka hadapan.

“Kenapa mempertikaikan pula Bersih 3.0 yang disifatkan sebagai haram, tidak wajar dan sebagainya, sedangkan banyak lagi perkara lain yang perlu ditekankan termasuk akhbar yang tidak bermoral ini,” ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah isu politik semasa di Dun Salor, dekat sini malam tadi.


Turut berucap Timbalan Presiden PAS, Muhammad Sabu dan Pegawai Penerangan Urusetia Penerangan Kerajaan negeri, Ustaz Hamid Derani.


Husam yang juga anggota exco kerajaan negeri berkata demikian dalam ceramahnya sebagai mengulas dakwaan akhbar berkenaan baru-baru ini yang menyiarkan beberapa keping aksi skandal seks di muka hadapan beberapa buah akhbar harian dan blog pro Umno.

Sehubungan itu, beliau meminta Majlis Fatwa Kebangsaan mengemukakan kenyataan rasmi berhubung tindakan yang dilakukan oleh akhbar yang menyiarkan gambar tidak bermoral itu.

No comments:

Post a Comment