Katanya, penyertaaan oleh pelapor khas itu, Frank La Rue, akan meningkatkan lagi kredibiliti panel siasatan yang diumumkan perdana menteri sebelum ini.
Selain penyertaan La Rue, panel berkenaan juga perlu dilihat tidak berpihak dan turut menyertaan wakil daripada organisasi media dan MP Pakatan Rakyat, kata peguam itu.
Katanya lagi, keengganan kerajaan untuk berbuat demikian akan memberi gambaran tidak baik ke atas kredibiliti jawatankuasa berkenaan, kata Shamsul lagi dalam sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.
"Kita mengalu-alukan panel bebas seperti yang dikatakan. Anggota mesti dalam kalangan jawatankuasa BERSIH, Ahli Parlimen Pakatan, Wakil Suhakam, wartawan dan juga pelapor khas dari PBB itu," katanya.
La Rue hari ini memberitahu Malaysiakini bahawa beliau sediamenawarkan diri untuk menyiasat insiden yang berlaku dalam perhimpunan 28 April itu sekiranya kerajaan menjemput beliau untuk berbuat demikian.
Peguam yang berpengkalan di Geneva itu mengikuti rapat laporan berhubung perhimpunan BERSIH 3.0.
No comments:
Post a Comment