

Katanya, peruntukan tersebut melibatkan undang-undang kecil DBKL dan juga Akta Perhimpunan Aman yang baru diluluskan di Parlimen.
"Saya ada undang-undang untuk menyokong saya. Kamu mesti faham, semua perkara terganggu, sebab orang tidak mahu mengikut undang-undang. Saya telah memberikan alternatif.
"Kami telah menawarkan di mana tempat yang sesuai dan duduklah di dalamnya... Saya ada undang-undang (untuk dipatuhi), saya ada bagi alternatif. Mereka tidak ikut undang-undang dan tidak memberikan alternatif," katanya.

"Apa yang ganas, tak ganas, saya tak tahu. Siapa yang mengganas, siapa yang tidak mengganas. Ia cukup subjektif. Dia pukul orang, orang pukul balik, awak kata ganas.
"Pada hal orang yang tidak mengikut peraturan, dia jadi ganaslah. (Jadi) siapa yang mulakan. Adakah ada arahan untuk hentam... itu saya tidak tahulah, KDN (Kementerian Dalam Negeri) kena siasatlah," katanya.

"Saya tidak boleh nak komen sebab kebanyakan mereka ada peguam yang tahu undang-undang. Saya bukan kelulusan (sebagai) peguam.
"Kebanyakan mereka profesional... Kamu tahu undang-undang, tapi kamu tak ikut undang-undang itu, apa (makna) undang-undang itu?," katanya.
No comments:
Post a Comment