Showing posts with label malaysiakini.com news. Show all posts
Showing posts with label malaysiakini.com news. Show all posts

Tuesday, April 3, 2012

Himpunan Hijau 3.0 juga 28 April


Penganjur perhimpunan membantah loji nadir bumi Lynas, Himpunan Hijau  mengumkan bahawa perhimpunan tersebut diadakan bersama dengan perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April.

Anggota jawatankuasa pemandu Himpunan Hijau, Clement Chin berkata langkah itu diambil kerana gerakan tersebut percaya bahawa isu alam sekitar yang ditimbulkannya adalah berpunca daripada kerajaan yang "kotor."

"Kerjasama dengan BERSIH 2.0 sangat logik dan penting kerana alam sekitar yang bersih hanya boleh dicapai oleh kerajaan yang bersih," katanya dalam satu sidang media BERSIH 2.0 hari ini.

Beliau turut membacakan kenyataan pengerusi jawatankuasa pemandu Himpunan Hijau, Wong Tack yang antara lainnya berkata, badan tersebut sedang memperincikan rancangan untuk "Himpunan Hijau 3.0" itu.

"Keputusan rakyat muktamad. Lynas mesti keluar," katanya.

Himpunan Hijau 2.0 yang diadakan di Padang Majlis Perbandaran Kuantan di bandar tersebut pada 26 Februari lalu menarik kehadiran15,000 orang.

Nazri: Dataran Merdeka tidak diwarta untuk perhimpunan

http://www.malaysiakini.com/news/194070
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata Dataran Merdeka - tempat BERSIH 3.0 dijadual diadakan pada 28 April ini - bukan merupakan tempat orang ramai dibenarkan untuk berhimpun walaupun secara aman.

Menurutnya, Dataran Merdeka tidak diwartakan sebagai kawasan untuk mengadakan perhimpunan aman.

Beliau memberitahu pemberita demikian ketika ditemui di Parlimen sebagai mengulas penganjuran perhimpunan BERSIH 3.0 di Dataran Merdeka pada 28 April kerana tidak puashati dengan syor jawatankuasa pilihan Parlimen (PSC) untuk menambahbaik sistem pilihan raya yang didakwanya gagal menangani isu-isu utama.

Dalam reaksi segera, Pengerusi Bersama BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga berkata, pihaknya akan berbincang dengan polis mengenai perkara itu.

Phahrolrazi, Dr Ismail angkat jawatan exco Kedah esok

http://www.malaysiakini.com/news/194077
Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah 1, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata beliau dan Datuk Dr Ismail Salleh akan menghadiri upacara angkat sumpah bagi menyambung tugas sebagai exco kerajaan Kedah di Istana - satu langkah yang dilihat akan meredakan kemelut politik yang melanda pentadbiran negeri itu.  

Upacara angkat sumpah jawatan exco itu akan berlangsung di Istana Anak Bukit pada jam 9 pagi esok.  

Phahrolrazi ketika dihubungi Malaysiakini berkata, surat jemputan tersebut telah diterima oleh pembantunya pada hari Ahad, dan diserahkan kepadanya pada hari Isnin.

Bagaimanapun, portfolio yang bakal diberi kepada ADUN Pengkalan Kundor dan Alor Mengkudu itu masih lagi menjadi tanda-tanya.

Sebelum ini, Phahrolrazi dan Dr Ismail timbalan pesuruhjaya dua PAS negeri, enggan dilantik semula Februari lalu kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan negeri di bawah Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

PAS pusat kemudiannya campurtangan bagi menangani krisis kerajaan negeri Kedah itu dan mengarahkan Phahrolrazi, Dr Ismail menerima semula pelantikan exco.

Sebuah jawatankuasa pemandu turut ditubuhkan memantau pentadbiran dan menyelesaikan krisis politik tersebut untuk berdepan pilihan raya umum akan datang.

Azizan juga sebelum itu dilaporkan berkata, kedua-dua exco tersebut masih berpeluang dilantik semula selepas tamat tempoh khidmat.

Tiada ID, tapi nama anggota keselamatan dalam daftar pemilih


LAPORAN PSC Laporan jawatankuasa pilihan parlimen (PSC) mengenai reformasi sistem pilihan raya mendedahkan bahawa daftar pemilih mengandungi nama 1,136 anggota polis dan tentera yang masih belum memohon MyKad.
Sehingga 20 Mac, mereka tidak mempunyai sama ada MyKad atau MyTentera, iaitu kad pengenalan khas untuk anggota tentera.

Fakta yang mengejutkan itu dikesan semasa audit daftar pemilih dilakukan oleh Mimos Bhd, syarikat teknologi milik kerajaan, demikian menurut laporan PSC yang dibentangkan di Dewan Rakyat pagi ini.

Dalam laporan 73 muka surat itu, PSC mencadangkan supaya pasukan polis dan tentera membetulkan masalah itu dalam tempoh 60 hari mulai hari ini.
Usaha untuk membersihkan daftar pemilih yang telah dipertikaikan, menjadi sebahagian penting laporan tersebut.

Namun, cadangan utama yang dibangkitkan oleh PSC dalam laporan interimnya tahun lepas - untuk mengesahkan senarai pemilih di Sabah - telah ditolak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Laporan itu menyebut bahawa SPR tidak mempunyai cadangan untuk mengesahkan semula daftar pengundi di Sabah. Ia akan memberi tumpuan kepada usaha membersihkan daftar pemilih Sabah, dengan mengambilkira latar belakang pendaftaran pengundi di Sabah dengan bantuan Jabatan Pendaftaran Negara.
PSC telah mencadangkan pengesahan senarai pemilih di Sabah selepas mendapati terdapat banyak nama yang meragukan dalam senarai tersebut.

Audit  Mimos tidak mengesan pendaftaran berganda pengundi yang menggunakan nombor pengenalan Mykad 12-digit yang sama.

Bagaimanapun, 324 alamat yang setiap satu mendaftar lebih daripada 100 pengundi, serta 938 alamat dengan 51 hingga 100 pengundi setiap satu.

Thursday, March 29, 2012

Perintah syarikat balak bayar gantirugi pada Umno Pahang kekal

http://www.malaysiakini.com/news/193595
Mahkamah Rayuan Putrajaya mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan yang memerintahkan syarikat pembalakan Seruan Gemilang
Makmur Sdn Bhd membayar gantirugi kepada Badan Perhubungan Umno negeri Pahang berhubung satu kontrak pembalakan.
    
Panel tiga hakim dianggotai Datuk Sulong Matjerai, Datuk Clement Allan Skinner dan Datuk Mohtaruddin Baki sebulat suara memutuskan untuk menolak rayuan  Seruan Gemilang terhadap keputusan mahkamah bertarikh 16 Jun 2001 itu.

Dalam keputusan itu, Mahkamah Tinggi Kuantan membenarkan tuntutan balas Badan Perhubungan Umno Pahang untuk mengisytiharkan kontrak bertarikh 2 Oktober 2000 yang didakwa Seruan Gemilang dimeterai antara kedua pihak, sebagai batal dan tidak sah.
    
Mahkamah Tinggi turut memerintahkan Seruan Gemilang membayar gantirugi kepada Badan Perhubungan Umno Pahang.
    
Hakim Sulong berkata hujah peguam Datuk Harpal Singh, yang mewakili Seruan Gemilang, bahawa mahkamah tidak sepatutnya memberikan gantirugi kepada Badan Perhubungan Umno Pahang kerana perjanjian itu telah diisytiharkan tidak sah, tidak dapat diterima.
    
Beliau juga berkata tidak ada keizinan diberikan Badan Perhubungan Umno Pahang kepada Seruan Gemilang bagi melaksanakan kerja pembalakan di Blok A2.
    
Pada 27 Mac 2003, Seruan Gemilang memfailkan saman terhadap Badan Perhubungan Umno Pahang menuntut gantirugi berjumlah RM31.16 juta selepas mendakwa terdapat pelanggaran kontrak berhubung hak menebang balak di atas sebidang tanah di Nenasi, Pekan, Pahang yang diluluskan kepada badan itu.
    
Badan Perhubungan Umno Pahang kemudian mengemukakan tuntutan balas memohon satu deklarasi bahawa kontrak yang dikatakan itu adalah batal dan tidak sah serta mendakwa ia tidak wujud.
    
Badan itu turut menuntut agar Seruan Gemilang membayar semua faedah serta keuntungan yang diperoleh syarikat itu bagi balak yang ditebang di tanah seluas 1,000 ekar atau dikenali sebagai Blok A2 di Nenasi.
    
Badan Perhubungan Umno Pahang menuntut RM1.5 juta.
    
Pada 1 Disember 2009, Mahkamah Tinggi Kuantan membenarkan permohonan badan itu untuk membatalkan saman Seruan Gemilang dan syarikat tersebut tidak mengemukakan rayuan terhadap keputusan ini.

Pada 16 Jun 2001, Mahkamah Tinggi Kuantan membuat keputusan yang memihak kepada Badan Perhubungan Umno Pahang dan memerintahkan ganti rugi kepada mereka ditaksir.
    
Peguam Toh Seng Soon yang mewakili badan itu berkata pihaknya menuntut RM72 juta sebagai gantirugi.
    
Beliau berkata jumlah itu termasuk faedah ekoran keputusan Mahkamah Tinggi bertarikh 21 September 2002 dalam satu lagi kes saman yang menyaksikan Seruan Gemilang memperoleh penghakiman terhadap kerajaan negeri Pahang dan Jabatan Perhutanan.
    
Dalam saman itu, mahkamah memerintahkan kerajaan negeri membayar gantirugi berjumlah RM37.1 juta kepada syarikat tersebut.
    
Jumlah itu kini meningkat kepada RM70 juta, termasuk faedah.

Bernama

Monday, March 19, 2012

Jumpa Osama satu penghormatan, kata Yazid


WAWANCARA Bekas tahanan ISA, Yazid Sufaat berkata beliau diberi nama jolokan "CEO anthrax" oleh para pengalanisis ekoran penglibatannya dalam al-Qaeda -- kumpulan yang mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan ke atas Amerika Syarikat pada 11 September 2001.

Yazid dalam wawancara dengan Malaysiakini minggu lalu sekadar ketawa apabila menceritakan semula perihal mengenai nama jolokan tersebut.

"Jika anda baca perkara yang mereka tulis mengenai saya, ianya sangat mengagumkan. Tapi (apa yang saya buat) tak ada apa pun," katanya.

NONEBeliau berkata demikian ketika diminta mengulas pandangan oleh pemerhati, seperti yang diutarakan seorang pengarah pusat kajian keganasan di Nanyang Technological University, Dr Rohan Gunaratna.

Gunaratna sebelum ini dipetik akhbar The Straits Times pada Disember lalu – sejurus selepas Yazid dibebaskan daripada tahanan ISA – menyifatkan bekas kapten tentera itu sebagai "salah seorag pengganas paling berbahaya di Asia."

Dalam laporan majalah Time sebelum ini, Gunaratna juga menyifatkan Yazid sebagai seorang pemimpin kanan kumpulan al-Qaeda.

Carian mudah melalui Google antara lainnya akan menemukan maklumat mengenai Yazid sebagai seorang militan, pembuat bom, pakar sejata biologi dan juga seorang yang paling lama ditahan bawah ISA.

US soldier Taliban hostage AfghanistanBeliau bagaimanapun tidak mengendahkan gelaran dan juga pandangan orang mengenai dirinya.

“Jika orang mahu tulis perkara buruk (mengenai saya), mereka akan tulis perkara buruk. Jika mereka mahu tulis perkara baik, (mereka tulis perkara baik). Ini hanyalah persepsi.

"Saya tidak peduli. Mengapa saya perlu bersembunyi? Nama saya Yazid Sufaat. Saya tidak lakukan apa-apa yang salah. Saya tak saya bersalah langsung," katanya sambil ketawa.

Katanya lagi, beliau digelar "CEO Anthrax" kerana beliau hanya memegang ijazah pertama Bachelor of Science.

"Tapi pelajar saya ada PhD, pemegang ijazah Sarjana," katanya yang menjelaskan bahawa pelajarnya itu merupakan anggota al-Qaeda yang kini merupakan tahanan di Guantanao Bay.

NONEJelasnya, beliau mengetahui demikian apabila pegawai FBI telah menunjukkan gambar individu berkenaan ketika beliau dalam tahanan di Kem Kamunting.

Yazid juga mengakui bahawa beliau telah bertemu dengan pemimpin utama al-Qaeda – Osama bin Laden – ketika beliau berada di Afghanistan, antara tahun 2000 higga 2001.

“Tentulah saya telah bertemu beliau, ianya satu penghormatan untuk bertemu beliau? Berapa orang yang (sudah berbuat demikian)?," katanya.

Malah, Osama juga telah menasihati beliau supaya meninggalkan negara itu apabila Kabul tewas ke tangan tentera bersekutu dalam serangan November 2001, kata Yazid.

Wawancara dengan Yazid Sufaat merupakan salah satu daripada siri yang akan disiarkan sempena pemansuhan ISA. Rang undang-undang pemansuhan ISA akan dibawa ke Parlimen dalam sesi yang sedang berlangsung.
Wawancara dijalankan Fathi Aris Omar, Aidila Razak dan Salhan K Ahmad.

Monday, March 12, 2012

Protes kreatif era reformasi


Gerakan reformasi 1998 – berlaku selepas pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim merubah lanskap politik Malaysia.
NONESelain itu ia turut membangkitkan kesedaran politik rakyat dari pelbagai sektor. Kaum pekerja pada hari ini tidak lagi akan berdiam diri jika berlaku penindasan terhadap mereka.
Pencinta alam akan bangkit jika kerajaan melaksanakan dasar yang anti alam sekitar. Wanita tidak akan membiarkan negara yang dikuasai oleh lelaki membuli mereka sesuka hati.
Telah banyak protes yang berlaku semenjak 1998 sehingga ia melahirkan protes-protes kreatif yang melibatkan teater jalanan, muzik, “stand up comic”, sajak dan penulisan kreatif.
Semalam dalam program Majlis Makan Malam bersama pemimpin PKR cabang Shah Alam, kumpulan Teater Bukan Teater pimpinan Hishamuddin Rais (bawah, kiri) muncul kembali dengan karya yang bertajuk, “Lembu, lembu, lembu”.
himpunan hijau 2 260212 hishamuddin rais at stage“Lembu, lembu, lembu” mengisahkan tentang isu semasa politik seperti skandal lembu NFC, kekuasaan isteri perdana menteri, isu takut bini dan pelbagai isu semasa yang menambat hati hadirin.
Saya percaya, “Lembu, lembu, lembu” dan kumpulan Teater Bukan Teater akan bergerak ke seluruh negara menjelang PRU 13 yang semakin hampir.
Teater seperti ini amat penting bagi meringankan otak para hadirin ke program-program politik yang mempunyai banyak ucapan.
Tok Ampoo
Kumpulan Teater Bukan Teater bukanlah satu kumpulan baru. Ketika gerakan Reformasi hangat sekitar tahun 1998-2001 dahulu, kumpulan ini bergerak mengelilingi negara untuk mempersembahkan teater “Tok Ampoo” yang diarahkan oleh Hishamuddin Rais.
Protest kreatif era reformasi, teater lembu,lembu, lembu oleh hishamuddin raisPelakon-pelakonnya terdiri dari mahasiswa dari pelbagai universiti yang berpayung dibawah kumpulan Universiti Bangsar Utama (UBU). UBU telah diharamkan secara rasminya oleh kerajaan Malaysia pada tahun 2001.
Lebih mengejutkan lagi, teater ini dilancarkan di Markaz Tarbiyyah PAS di Taman Melewar.
Siapa sangka PAS boleh menjadi tuan rumah kepada teater seperti ini? Begitulah hebatnya PAS sewaktu dipimpin oleh arwah Datuk Fadzil Noor dahulu.
Teater atau “agitprop” yang mengisahkan tentang kepincangan politik dizaman pemerintahan Tun Dr Mahathir turut menerima gangguan daripada polis.
Gangguan polis telah menyebabkan teater Tok Ampoo yang seharusnya dipersembahkan di Hotel Antarabangsa Kuala Lumpur pada 10 Febuari 2001 dibatalkan.
Politik dan seni budaya
Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said kini menjadi ikon bagi gerakan BERSIH. Beliau kini telah dilantik menjadi pengerusi bersama bagi memimpin BERSIH bersama-sama dengan Datuk S Ambiga.
Kalau dahulu BERSIH dipimpin oleh pemimpin kesatuan sekerja, Syed Shahrir Syed Mohamud, kini BERSIH meletakkan Sasterawan Negara dan peguam terkenal sebagai pemimpin mereka.
a samad said protest against assembly bill in klcc reading poetryPak Samad mula menonjol dalam gerakan anti PPSMI. Sajak dan pidatonya membangkitkan semangat anak-anak muda untuk bersama menentang PPSMI.
Sewaktu demo anti PPSMI, Pak Samad turut menjadi mangsa simbahan gas pemedih mata dari FRU. Semenjak itu, Pak Samad tidak lagi berundur. Beliau aktif dalam BERSIH dan menjadi wakil BERSIH untuk menyampaikan memorandum ke Yang Di Pertuan Agong.
Sajak “Unggun Bersih” menjadi siulan anak-anak muda dan pembakar semangat untuk mereka terus berjuang untuk mendapatkan pilihanraya bebas dan adil di Malaysia.
Gerakan reformasi turut melahirkan penyanyi folk (lagu-lagu rakyat). Nikbinjidan adalah sebuah nama yang tidak asing lagi. Beliau seringkali ke jalan raya bersama gitar dan “harp” untuk menghiburkan para demonstran yang letih berdemonstrasi.
Nikbinjidan yang mesra dengan panggilan Nik turut melahirkan album lagu-lagu perjuangan untuk menyokong perjuangan rakyat dalam pelbagai isu.
Dalam demonstrasi anti Lynas di Kuantan baru-baru ini, Nik turut bersama-sama dengan lagu-lagunya yang membakar semangat para demonstran.
Protes kreatif
Protes kreatif berterusan. Lama kelamaan tidak mustahil ianya bakal menjadi satu gerakan “conterculture”. Selagi ada perlawanan politik, selagi itulah proses kreativiti berterusan.
meor isa songs“Seni yang melawan” ini mudah diterima dan membantu memberikan kesedaran politik dalam bentuk yang lebih ringan dan mudah. Di Amerika Syarikat, gerakan “counterculture” anti perang Vietnam sekitar 1960an-70an melahirkan Bob Dylan yang berpengaruh sehingga hari ini.
Siapakah yang bakal dilahirkan oleh gerakan “counterculture” di Malaysia?

Sifat dan gerak kerja Zionis


Saya telah beberapa kali menulis untuk menerangkan kepada pembaca tentang apa itu Zionisme dan apa itu Yahudi. Di Malaysia ini sering berlaku kesilapan tentang dua perkara ini. Dua perkara yang amat berbeza. Kesilapan ini sering dilakukan bukan hanya oleh ‘lebai-lebai' kampung yang tidak bersekolah tetapi dilakukan juga oleh pemimpin politik yang mengakui memiliki pendidikan formal yang tinggi.

Kesilapan yang datang dari ucapan pemimpin United Malays National Organisation tidak menghairankan. Ini kerana saya tahu mereka tidak memiliki fikrah kritikal yang berkeupayaan berfikir lebih jauh dariUtusan Malaysia. Apa yang merisaukan saya ialah apabila saya mendengar ucapan kesilapan yang sama dari pemimpin parti PAS dan pemimpin PKR.

Biar saya cuba sekali lagi jelaskan di sini: Yahudi ialah satu bangsa. Bangsa Yahudi ini menganut agama Judaisme. Tetapi ada juga orang yang bukan Yahudi yang memeluk agama Judaisme. Contohnya penyanyi pop Madonna, aktres Elizebeth Taylor dan pemuzik kulit hitam Sammy Davis Junior. Mereka meninggalkan agama lama mereka untuk menganut Judaisme. Malah banyak warga Ethiopia yang berkulit hitam yang menganut agama Judaisme. Bagitu juga di India dan di tanah besar China akan ditemui penganut agama Judaisme ini.

Saya harap ini jelas - Yahudi ialah bangsa dan Judaisme ialah agama. Satu bangsa dan yang satu lagi agama, dua perkara yang jauh berbeza.

Agama Islam mewajibkan penganutnya mengetahui nama-nama 25 Nabi dan Rasul, termasuk Nabi Muhammad. Semua nama-nama Nabi dan Rasul ini daripada bahasa Yahudi. Hanya Nabi Muhammad dari bangsa Arab Qaraish dan Nabi Saleh sahaja mempunyai nama Arab.

Apa yang ingin saya terangkan di sini, apabila kita mengutuk Israel, yang seharusnya kita kutuk bukan Yahudi kerana Yahudi itu bangsa. Sebagai contoh kita wajib sedar bahawa Nabi Isa ialah seorang Yahudi. Justeru yang wajib kita kutuk, lawan dan tentang ialah fahaman Zionisme, bukan bangsa Yahudi.

Kenapa kita kutuk dan tentang Zionisme? Zionisme ini ialah satu gerakan politik yang bermula pada awal kurun ke-19 ini. Gerakan ini dimulakan oleh seorang wartawan Yahudi yang bernama Theodor Herzl. Gerakan Zionisme ini berlatar belakangkan penindasan yang dihadapi oleh orang Yahudi di Eropah. Orang Yahudi di Eropah menerima penindasan dan penghinaan dari warga Eropah yang berkulit putih. Ini adalah fakta sejarah.

Pensejarahan intim Yahudi dengan Palestin
Justeru gerakan Zionis ini telah berkongres pada tahun 1917. Kongress Zionis ini telah membincangkan permasalahan yang dihadapi oleh orang Yahudi di Eropah. Akhirnya kaum Zionis yang berkongres telah mengeluarkan ketetapan untuk menubuhkan sebuah negara khusus untuk orang Yahudi. Ketetapan dari kongres Zionis ini kemudian mendapat surat sokongan dari menteri luar British yang bernama James Balfour. Maka surat sokongan inilah yang dipanggil Balfour Declaration 1917.

Israel akhirnya berjaya diwujudkan pada tahun 1948 berasaskan Deklarasi Belfour. Sesudah Perang Dunia Kedua, Eropah telah melihat bagaimana Yahudi telah ditindas oleh Nazi Jerman. Maka Eropah merasakan perlu untuk orang Yahudi memiliki negara sendiri. Kaum Yahudi telah mundar mandir mencari makan di merata-rata tempat di Eropah tidak memiliki tanah air semenjak 2000 lagi.

Melalui ketetapan Pertubuhan Bangsa-banga Bersatu, Palestin telah dipilih untuk menjadi tanah air orang Yahudi. Pada awalnya gerakan Zionis antarabangsa telah menerima cadangan untuk memilih Afrika Selatan, Australia Barat dan Uganda sebagai negara Israel. Ini juga fakta sejarah.

Palestin akhirnya dipilih kerana di Palestin telah ada komuniti Yahudi yang telah menjadi warga Palestin. Malah agama Judaisme juga memiliki pensejarahan yang intim dengan Palestin.

Justeru apabila kita menentang gerakan Zionis ini bukan kerana ianya dianggotai oleh orang Yahudi. Ini bukan sebab kenapa Zionisme ditentang. Harus disedari bahawa bukan semua Yahudi itu Zionis dan bukan semua Zionis itu Yahudi. Ada juga Yahudi yang menentang Zionisme.

Zionis ialah gerakan yang memiliki asas pandang politik. Zionisme memiliki ideologi. Sesiapa yang menyokong pandangan politik dan ideologi politik ini boleh dianggap sebagai Zionis atau penyokong Zionis.

Asas utama ideologi Zionisme ialah menyokong kewujudan Israel. Israel yang diwujudkan hasil dari rampasan tanah hak milik warga Palestin. Tidak cukup dengan sokongan ini kaum Zionis juga mengistirahatkan bahawa negara Israel hanya khas untuk orang Yahudi sahaja.

Ada juga kumpulan kaum Zionis yang percaya bahawa hanya agama Judaisme sahaja yang betul dan tepat. Agama lain dianggap salah dan menyeleweng. Mengikut fahaman Zionis ini, orang-orang Yahudi dalam dunia ini adalah bangsa ‘pilihan tuhan' atau 'the choosen people'. Salah satu cabang ideologi Zionis ialah menyokong kuat sistem ekonomi kapitalis. Justeru kaum Zionis antarabangsa menjadi kapitalis besar dan mengawal Wall Street. Tetapi awas dan waspada, bukan semua kapitalis ini Zionis tetapi semua Zionis menyokong kapitalis.

Perdebatan Nik Aziz-Anwar
Saya timbulkan persoalan Zionis, Yahudi dan Israel ini kerana saya ingin memberi kefahaman tentang gerakan Zionis Antarabangsa. Zionis bukan hanya ditemui di Israel. Zionis bukan hanya Yahudi atau berkulit putih sahaja. Zionis bukan hanya berada di Tel Aviv. Zionis berada di Washington DC, di London, di Paris malah ada Zionis Melayu sedang bersarang di Putrajaya.

Cuba berfikir sajenak. Fikirkan bagaimana jarum Zionis dapat masuk mencucuk ke badan politik Melayu Islam. Jarum Zionis terbukti sedang mengasak dan mengancam politik Melayu. Semua dilakukan dengan begitu halus sekali. Malah ada pembaca yang mengatakan saya ini keterlaluan sedang dipengaruhi oleh teori konspirasi.

Ini bukan teori konspirasi. Apa yang saya tulis adalah fakta sejarah. Apa yang saya paparkan adalah bukti-bukti sahih tentang bagaimana jarum Zionis antarabangsa dapat bergerak dalam badan politik Melayu Islam secara licik dan tersusun.

Kita semua telah diberitahu bagaimana APCO telah dapat menyusup masuk ke pintu kuasa di Putrajaya apabila gerombolan yang dikaitkan dengan Zionis ini dilanggan oleh Najib Razak. Kita juga diberitahu bagaimana satu lagi gerombolan dikaitkan dengan Zionis telah didakwa menyusup masuk melalui sebuah syarikat yang berpangkalan di Singapura. Gerombolan ini dikatakan telah dilanggan untuk memasang peralatan komputer untuk polis Malaysia. Ini bukan teori.

Melalui akhbar Asian Wall Street Journal (AWSJ) - media milik dan penyokong Zionis - kita lihat bagaimana badan politik Melayu telah diporak perandakan. Laporan dari akhbar pro-Zionis ini telah melahirkan kekecohan malah boleh memudaratkan persefahaman dalam Pakatan Rakyat.

Parti PAS melalui Nik Aziz Nik Mat menyatakan bahawa kenyataan Anwar Ibrahim dalam AWSJ mengenai Isreal tidak boleh diterima. Mengikut PAS, Israel wajib terus ditentang. Inilah bukti bagaimana kaum Zionis dapat bergerak dengan licik. Pandangan yang berbeza - sengaja diwujudkan - tentang Israel ini memungkinkan PKR dan PAS terus bertelagah. Jika tidak berwaspada mungkin membawa perpecahan.

Sebenarnya isu Palestin ini bukan isu politik asas - bukan isu induk - di Malaysia. Isu induk dan agenda utama di Malaysia ialah untuk menghumbankan gerombolan United Malays National Organisation dari terus berkuasa.

Tetapi dengan bijak kaum Zionis melalui kuncu-kuncunya telah menjadikan isu negara Isreal sebagai satu perdebatan berminggu-minggu dalam negara kita. Media kita secara tidak sedar telah diperalatkan oleh kaum Zionis. Kalau di TV isu ‘sokongan Anwar terhadap Israel' ini berhari-hari menjadi induk berita. Akbar cetak juga tidak mahu kalah - terus melaporkan berhari-hari tentang ‘sokongan Anwar terhadap Israel' di muka depan mereka.

Teladan dari Front Sosialis
Lihatlah hampir satu bulan kaum Zionis antarabangsa telah berjaya menjadikan agenda mereka sebagai perdebatan kita. Kita berdebat dan bermasam muka tentang Israel walhal negara Israel ini jauh sekali dari wilayah kita. Jika kita bergaduh dan Pakatan pecah kerana perbezaan pandangan tentang Israel, maka inilah buktinya kaum Zionis telah berjaya masuk jarum.

Lihat bagaimana kaum Zionis bergerak untuk mempertahankan Israel. Tidak ada media media Melayu dalam negara ini berani menimbulkan agenda senjata nuklear Israel. Tidak ada suara politikus Islam yang berani bersuara. Semua takut dengan kuasa Zionis.

Apakah yang saya tulis ini bohong? Kalau saya berbohong sila tanya: Kenapa TV atau media kita tidak membuat berita dan penyelidikan tentang bom nuklear Israel? Tetapi heboh tak tentu pasal tentang Israel.

Untuk menjawab soalan ini biar saya bawa ke satu kisah yang agak lama dahulu. Pada satu ketika dahulu Parti Rakyat dan Parti Buruh telah bergabung untuk menjadi Front Sosialis. Ketika ini Front Sosialis adalah satu-satunya gerakan penentang gerombolan United Malays National Organisation yang ampuh di dalam dan di luar Parlimen.

Kemudian, SB telah memasukkan jarum untuk mencucuk pemimpin dan ahli kedua parti ini untuk berdebat. Agenda debat ialah tentang bahasa. Parti Rakyat mahu Bahasa Melayu dinobat sebagai bahasa kebangsaan. Manakala Parti Buruh mahu Bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraan atau lingua franca.

Berbulan-bulan dua gerakan kiri ini berbincang dan bermasam muka membincangkan satu perkara yang tidak fundamental. Mereka terlalai dan terlupa bahawa menjatuhkan kerajaan Tunku Abdul Rahman ialah agenda utama. Bahasa hanyalah agenda sampingan. Akhirnya Front Sosialis retak dan pecah. Perseriktan kaum kiri pecah.

Kesah Parti Rakyat dan Parti Buruh ini wajib dijadikan teladan untuk kita semua. Ilmu pengetahuan ialah pengumpulan pengalaman. Debat bahasa - racun SB - yang telah terjadi kepada Front Sosialis adalah sama dengan debat Isreal - racun Zionis - dari AWSJ. Dua-dua debat ini bukan agenda utama untuk menghumbankan gerombolan United Malays National Organisation.

Justeru orang yang berilmu ialah mereka yang belajar dari pengalaman. Orang yang bodoh dan bebal ialah mereka yang mengulang kesilapan.

Islam, Anwar dan Yahudi


Kenyataan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim kepada akhbar Wall Street Journal (WSJ) mengenai kedudukan Israel telah memadamkan isu liwat yang dimainkan sekian lama oleh media arus perdana sepertiUtusan Malaysia dan TV3.
Walaupun mereka tahu yang Malaysia telah menjadi rakan dagang ke-15 Israel malah perdana menteri Malaysia dahulu sendiri pernah bertemu perdana menteri Israel, namun sikap hipokrit mereka tetap berterusan. Tanpa segan silu mereka mengolah skrip untuk memfitnah Anwar walaupun penjelasan telah diberikan.
NONESamada isu yang sedang dimainkan BN ini akan menguntungkan politik mereka atau sebaliknya hanya PRU 13 dapat tentukan jawapannya.

Kedudukan Israel dalam konteks realiti politik dunia ditentukan kuasa besar imperialis kapitalis Amerika. Tidak perlu diceritakan secara mendalam mengenai penubuhan negara haram Israel pada tahun 1948 yang ditaja British dengan muslihat tersendiri.
Saya yakin pembaca sekalian telah maklum dan mempunyai persepsi sendiri mengenainya. Artikel ini tidak bertujuan memperincikannya.

Tetapi selain dari melihat sejarah penubuhannya kita juga harus terbuka dan berani melihat secara jujur realiti dunia hari ini. Kedudukan umat Islam yang lemah dalam segenap bidang dan sebahagian besar dunia Islam berada di bawah pengaruh Amerika maka amat wajar strategi menangani masalah Israel Palestin disemak kembali.
Begitupun strategi dan pendekatan kita tidak harus lari dari saranan agama (Al Quran) serta mengambilkira pengalaman serta amalan di zaman pemerintahan Rasulullah  SAW dan Khalifah Ar-Rasyidin dan sejarah zaman kegemilangan Islam kemudiannya.

NONEWalaupun ada kumpulan yang mengambil pendekatan keras dan tidak mahu berunding langsung dengan Israel, seperti kata Anwar kita hormati pendirian mereka. Memang mudah untuk sesiapa mengambil pendirian sebegitu apabila kita berada jauh dan tidak merasai sendiri penderitaan akibat konflik yang berterusan ini. Tetapi mereka mungkin mengambil pendirian berbeza jika berada pada kedudukan dan terpaksa menanggung sendiri penderitaan dari masa ke semasa.
Konsep dua negara

Samada kita bersetuju atau tidak mengenai kewujudan Israel secara realitinya hampir seluruh negara di dunia ini sudah mengiktiraf negara itu samada secara langsung atau tidak langsung. Keputusan bersetuju menerima penyelesaian konsep dua negara (two states solution) tajaan PBB bukan sahaja diterima banyak negara di dunia malah pertubuhan Hamas dan Al-Fatah juga bersetuju dengan syarat tertentu (dengan kontingen meminjam istilah Anwar).

Memang lunak dan sedap didengar apabila sentimen dan emosi ummah didendangkan. Akan tetapi persoalannya apakah sentimen dan emosi yang dikumandangkan dalam realiti kini itu akan membawa natijah yang positif kepada ummah terutama kepada penduduk Palestin itu sendiri.
NONEJusteru kerana itu saya berpendapat bijak pandai-bijak pandai Islam mesti mengkaji kembali persoalan Palestin / Israel ini berasaskan kepada perspektif Al Quran, Al Hadith dan realiti sejarah itu sendiri.

Di bawah ini penulis ingin memanjangkan ayat-ayat Al-Quran yang menganjurkan kepada worldview yang universal yang mana baik secara implisit mahupun eksplisit persoalan kaum Yahudi dan agama merekaada terdapat di dalamnya.
Dalam surah Al-Imran ayat 64 Allah SWT berfirman yang membawa erti:
“Katakanlah (wahai Muhammad) “Wahai Ahli Kitab marilah kita bersama-sama dalam satu pengajaran yang sama antara kami dan kamu; iaitu kita tidak menyembah melainkan Allah dan kita tidak sekutukan dengan sesuatu jua pun, dan janganlah sebahagian kita mengambil sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain daripada Allah.” Kemudian jika mereka berpaling, maka katakanlah kepada mereka ‘saksikan” kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang Islam”.
Kaum yang musyrik

Dalam surah Al-Imran ayat 84 Allah SWT berfirman yang membawa erti:
“Katakanlah wahai Muhammad Kami beriman kepada Allah dari apa yang diturunkan kepada kami dan apa yang diturunkan kepada Ibrahim dan Ismail dan Ishak dan Yaakub dan apa yang dikurniakan kepada Musa dan Isa dan sekalian Nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membeza beza seseorang pun diantara mereka dan kami semua tegak diatas perintah Tuhan dengan semangat Islam.”

Dalam surah An-Nisa ayat 136 pula Allah SWT berfirman yang membawa erti:
“Wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu semua beriman kepada Allah dan rasul-rasulnya dan kitab yang telah diturunkan kepada Rasulnya dan juga kepada kitab kitab suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu dan sesiapa ingkar kepada Allah dan malaikat-malaikatnya dan kitab-kitanya dan rasul-rasulnya dan hari akhirat maka sesungguhnya ia telah tersesat ke jalan yang amat jauh”.
Dalam surah as-Saf ayat 9 pula Allah SWT berfirman yang membawa erti:
“Dialah Tuhan yang mengutuskan rasulnya dengan petunjuk  dan agama yang benar supaya dia melahirkannya diatas semua agama seluruhnya walaupun dibenci oleh semua kaum yang musyrik”.

Dalam surah Al-Baqarah ayat 136 Allah SWTberfirman yang membawa erti:
“Katakanlah (ikrarkanlah) kami beriman kepada Allah dan kepada apa yang diturunkan kepada kami dan kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishak dan Nabi Yaakub dan anak-anaknya dan apa yang dikurniakan kepada Nabi Musa dan Nabi Isa dan yang dah dikurniakan kepada semua Nabi yang diutus daripada Tuhan mereka (sesungguhnya) kami tidak akan membeza-bezakan antara seorang mereka sebagaimana yang dilakukan oleh golongan –golongan fanatik terhadap nabi-nabi mereka masing-masing dan kami semua tegak di atas perintah Allah dengan semangat Islam.”

Dalam surah al–Baqarah ayat 62 Allah SWTberfirman yang membawa erti:
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman (terhadap Al-Quran dan orang-orang yang mengikuti (Kitab-Kitab Suci) Yahudi, dan orang-orang Nasara (Kristian) dan orang-orang Sabi’in sesiapa diantara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari Akhirat serta beramal salih, maka bagi mereka itu pahala balasannya disisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dan berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.”

Kalau kita rujuk pula kepada pendekatan Rasulullah SAW dalam menangani persoalan masyarakat majmuk Madinah melalui Piagam Madinah, kita dapati pendekatan baginda terbuka kepada kesemua bangsa dan penganut agama termasuk kepada bangsa Yahudi itu sendiri.
Bersifat terbuka
Semua bangsa-bangsa dan penganut-penganut agama itu dilayan dengan adil asalkan mereka patuh dan setia kepada piagam tadi. Memang dalam zaman Rasulullah SAW baginda ada memerangi kabilah-kabilah Yahudi yang tidak jujur dan setia kepada piagam tadi.
Tindakan baginda ini dibuat bukan atas dasar mereka itu kaum Yahudi akan tetapi kerana mereka tidak setia kepada prinsip kenegaraan Madinah yang menjamin keadilan kepada kesemua tidak kira apa bangsa dan penganut agama. Demikian juga atas prinsip yang sama semasa pemerintahan Khalifah Abu Bakar As-Siddiq. Khalifah ini memerangi orang-orang Islam yang tidak setia kepada prinsip Negara melalui peperangan Ar-Riddah.

NONEDaripada fakta-fakta diatas dapat disimpulkan pendekatan dan dasar pemerintahan Islam ialah bersifat terbuka, inklusif dan ke arah keadilan dan kebenaran kepada kesemua anggota masyarakat tidak kira bangsa dan penganut agama.

Atas dasar dan prinsip inilah juga kita lihat dalam sejarah apabila Salahuddin Al-Ayubi dapat mengambil Baitul Muqaddis daripada kuasa Kristian beliau mengajak porang-orang Krisitian dan Yahudi supaya datang semula ke situ hidup bersama dan bebas menyelenggarakan upacara-upacara agama masing-masing.

Kalau kita rujuk pula kepada sebuah naskhah kecil yang berjudul “The Meaning of Life in the Andalus” keluaran Fundacion Roger Garaudy (sila lihat naskhah kecil ini sebagaimana yang dilampirkan), kita dapati juga wujud sifat keterbukaan yang sama dikalangan ulama-ulama Islam seperti Ibn Rusyd dan Ibn Al Arabi. Menariknya pula sifat keterbukaan demikian juga terdapat kepada pendeta-pendeta Yahudi dan Kristian pada period itu iaitu Maimonides(Yahudi) dan Alfonsothe Wise (Kristian).

Memang kita semua sedar dan tahu bahawa negara Israel kini dikuasai oleh puak-puak Zionisme yang angkuh, sombong dan jahat. Bagi mereka bangsa mereka berada di kelas pertama manakala bangsa Arab ialah bangsa kelas kedua.
israel air strikes against Hamas in Gaza Strip PalestineWalaupun puak–puak Zionis yang menguasai bumi Israel ini berjiwa apartheid, akan tetapi saya percaya masih ada dikalangan orang-orang Yahudi yang baik di Israel dan lebih lagi-lagi di luar negara Yahudi itu yang tetap mendokong semangat humanisme universal.
Konfrontasi
Kumpulan ini menghadapi kesukaran untuk memimpin umat Yahudi apabila negara itu terus menghadapi tentangan dan  konfrantasi daripada negara-negara luar, terutama negara-negara Islam itu sendiri. Justeru kerana itu puak apartheid dan hegemonisme Zionisme masih boleh menguasai bumi Israel dan umat Yahudi pada keseluruhannya.

Senario sedemikian juga boleh wujud dalam tiap-tiap bangsa dan penganut agama didunia ini tidak terkecuali juga dikalangan umat Islam itu sendiri. Hakikat ini dapat dilihat dalam masyarakat dunia Islam. Apabila wujud pencerobohan dan penaklukan kuasa besar maka bangkitlah kumpulan ekstrimisme, dogmatisme dan militan untuk berdepan dan melawan kuasa besar tadi secara kekerasan dan senjata.

gaza israel attack 120109 04Sesungguhnya sifat ekstrimisme, dogmatisme dan militan selalunya akan hidup dengan subur apabila sesuatu masyarakat itu mendapat tekanan dan tindasan daripada kuasa asing. Sifat fanatisme, dogmatisme, ekstrimisme dan militan ini memang disukai oleh kuasa-kuasa hegemoni dunia.
Kebangkitan kumpulan-kumpulan ini lebih senang untuk menjadi perangkap kepada konspirasi canggih kuasa-kuasa hegemoni dunia. Kejatuhan banyak negara-negara Islam kini termasuk negara-negara di benua Arab ke bawah zon kuasa Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah adalah ekoran daripada wujudnya fenomena-fenomena demikian.

Memandangkan kepada fakta-fakta demikian maka pendekatan masyarakat Islam terhadap Israel hendaklah direview semula. Oleh itu apa yang dinyatakan oleh Anwar dalam interview dengan Wall Street Journal harus dilihat melangkau kepentingan politik pilihan raya di negara ini.
Menjadi mangsa
Selagi worldview Islam tidak terbuka dan bersifat inklusif maka selagi itulah umat Islam dan masyarakat dunia akan menjadi mangsa kepada perancangan politik jahat kumpulan hegemoni yang menjadi teras kepada sejarah politik penjajahan dunia.
Memang sudah menjadi dasar penjajah atau pihak hegemoni untuk memecah-belahkan umat Islam dan puak-puak humanis dunia dalam agama-agama lain. Kejayaan kuasa-kuasa penjajah dalam mewujudkan penganut-penganut agama yang dogmatisme, ektrimisme dan militan dan saling benci-membenci di antara satu sama lain baik dalam konteks suatu penganut agama mahupun dalam konteks antara pelbagai penganut agama boleh membantu kearah memanjang usia kuasa politik dan ekonomi mereka di dunia ini.

NONEDalam konteks ini sikap ummah kini terhadap negara Israel secara tidak langsung membantu puak-puak Zionisme dengan dokongan dan sokongan kuasa hegemoni Amerika untuk terus menguasai bumi Palestin demi untuk melemahkan masyarakat Arab. Justeru kerana itu ummat Islam hendaklah kembali kepada pendekatan Al-Quran dalam menangani masalah karenah politik jahat hegemoni dan Zionisme dunia kini.

Pendekatan Al-Quran boleh mewujudkan kekuatan dan keterbukaan worldview umat Islam itu sendiri.
Melalui pendekatan demikian barulah kita dapat melihat pengajaran Al-Quran selaku kitab Illahi yang terakhir dapat berfungsi sebagai “to confirm and to superseed” kitab –kitab Illahi sebelum. (Keagungan pengajaran Al-Quran ini dapat dibuktikan kepada pendeta-pendeta agama-agama lain melalui jalan muzakarah antarabanga.
Sudah tentu keagungan pengajaran Al-Quran ini hanya boleh dibuktikan melalui metodoloji pentafsiran secara hikmah mengikut jalan ulama-ulama terutama ulama-ulama mutakhadimin yang otoritas) Dan dengan demikian barulah kita dapat meletakkan al-Quran di atas mercu persada dunia.
Dengan meletakkan Al-Quran di atas mercu demikian barulah Al-Quran boleh berfungsi sebagai “problem solving” kepada semua masalah yang wujud dalam dunia kini demi keadilan, kebenaran, kasih-sayang dan keharmonian sejagat.

Penulis adalah bekas pensyarah Jabatan Sejarah dan Ketua Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan UKM

Friday, March 9, 2012

1Care tak bertapak atas realiti sosioekonomi


ULASAN Penjagaan kesihatan merupakan hak asasi setiap rakyat Malaysia tanpa mengira usia, etnik atau status sosial. Sebagai sebuah negara yang berdaulat, hak rakyat mengakses perkhidmatan kesihatan yang bersistem lengkap haruslah sentiasa terjamin.

Sekali pandang, konsep 1Care yang bertujuan memperbaiki sistem perkhidmatan kesihatan awam demi kebajikan dan manfaat rakyat memang menggalakkan memandangkan sistem perkhidmatan kesihatan awam memainkan peranan yang amat mustahak dalam kehidupan semua lapisan masyarakat.

Namun, suara bantahan terhadap retorik skim 1Care yang kian berkobar-kobar di kalangan masyarakat bukannya tanpa alasan yang munasabah.

Malahan, isu yang dibangkitkan berkenaan dengan cadangan skim 1Care turut mendedahkan kelemahan dan ketidaksempurnaan sistem penyampaian dan pembiayaan perkhidmatan kesihatan sedia ada di Malaysia.

Sebagai langkah pertama, Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) menyokong cadangan pelbagai pihak bahawa meningkatkan peruntukan dana kerajaan dalam sektor perkhidmatan kesihatan merupakan penyelesaian yang lebih praktikal.
Peruntukan terhad, tadbir urus kerajaan lemah

Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kadar peruntukan dana kerajaan Malaysia untuk sektor penjagaan kesihatan masih rendah berbanding dengan negara-negara lain.

Hanya 2.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang diperuntukkan untuk sektor penjagaan kesihatan dan jumlah peratusan ini hanya mencakupi 7.1 peratus daripada jumlah perbelanjaan kerajaan.

Peratusan ini adalah jauh lebih rendah daripada cadangan WHO dan purata sedunia.

Sebagai rujukan kepada model perkhidmatan kesihatan di luar negara seperti NHS, rakyat British tidak perlu membayar cukai tambahan untuk membiayai perbelanjaan perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan kerana cukai yang sedia dibayar adalah dikendali secara berasingan di bawah dua sistem, iaitu cukai pendapatan dan Insurans Kebangsaan (National Insurance).

Cukai tersebut kemudiannya disalurkan bagi pembiayaan perkhidmatan kesihatan yang dikendali NHS Trust. Pada dasarnya, rakyat British dapat dimanfaatkan dengan menerima perkhidmatan percuma dalam bidang amalan am, kecemasan, penjagaan jangka panjang, dan pergigian.

Dalam sistem tersebut, pesakit turut diberi hak pemilihan dari segi doktor, penjagaan, dan tempat rawatan. Namun, pakej lengkap tidak ditawarkan dalam 1Care yang dicadangkan Kementerian Kesihatan.

Tambahan pula, dasar-dasar yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan seperti memperkenalkan dispensari swasta dan menyediakan "sayap swasta" (private wing) di sesetengah hospital kerajaan, mempromosikan pelancongan kesihatan di hospital swasta dan sebagainya telah menghakis daya tahan sektor awam secara beransur-ansur.

Sebagai akibatnya, peranan yang dimainkan oleh sektor awam dalam penjagaan kesihatan semakin hari semakin terhakis dan diganti oleh sektor swasta, malah beban masyarakat semakin memberatkan.

Jurang perbelanjaan perkhidmatan kesihatan antara sektor awam dan swasta jelasnya bukan menunjukkan bahawa masyarakat adalah berupaya membiayai kos kesihatan tanpa bergantung kepada dana kerajaan dan perkhidmatan awam.

Sebaliknya, seperti yang dinyatakan di atas, percanggahan dari segi kualiti servis dan kelengkapan infrastruktur dalam sektor awam dan swasta masing-masing telah menyebabkan pesakit terpaksa mendapatkan rawatan di hospital atau klinik swasta supaya rawatan yang diterima terjamin kualiti dan kesannya.

Apa yang harus ditegaskan di sini ialah perkembangan sektor swasta dalam bidang kesihatan patutlah dihargai dan dikekalkan manakala kelemahan dalam perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan oleh sektor awam hendaklah ditangani dan dinaiktarafkan.

Namun, keazaman pihak kerajaan dalam menambahbaik sistem perkhidmatan kesihatan awam dan mengekalkan sumbangan sektor swasta tidak terserlah dalam kertas konsep "1Care untuk 1Malaysia".

Sebaliknya, sistem pengendalian perkhidmatan kesihatan awam yang dinyatakan adalah melalui penggabungan hospital awam dan hospital swasta supaya perbezaan dari segi kelengkapan infrakstruktur dan amalan klinikal dapat mencapai tahap keseimbangan.

Isu seperti penghijrahan kepakaran (brain drain) turut dipercayai dapat diatasi melalui integrasi sektor awam dan swasta. Namun begitu, seperti yang didakwa oleh Dr Ng Swee Choon, integrasi ini seakan-akan menghapuskan daya persaingan bersama yang sebenarnya dapat mempertingkatkan prestasi perkhidmatan kesihatan.

Tambahan pula, integrasi yang disyorkan bukan sahaja akan menyekat perkembangan industri penjagaan kesihatan swasta, malah piawai penyeragaman kualiti juga tidak dapat dicapai.

Dari sisi pandangan ini, cadangan skim 1Care yang dikemukakan akan membazirkan usaha kegigihan pelbagai pihak tanpa mencapai objektif bagi mempertingkat perkhidmatan kesihatan.
Rumusan

Pada hakikatnya, kebanyakan projek yang dikendalikan oleh pihak kerajaan adalah berakhir dalam kekesalan disebabkan kelemahan dari segi kecekapan dan ketelusan dalam tadbir urus.

Telah pun wujudnya begitu banyak usaha penstrukturan sebelum ini yang dilaksanakan bagi memperbaiki sistem kesihatan tetapi malangnya ketiadaan proses yang cekap dan telus telah menyebabkan timbulnya masalah yang lebih serius.

Akibatnya, wang terbazir dengan sia-sia manakala kebajikan dan kebaikan rakyat pula tidak terjamin. Sekiranya skim 1Care dilaksanakan, berkemungkinan besar sistem perkhidmatan kesihatan kini akan dilanda kerugian yang lebih besar.

Oleh demikian, KPRU menyaran pihak berkaitan mengkaji semula sistem pembiayaan dan peruntukan perkhidmatan kesihatan semasa di Malaysia dan mempertingkatkan perbelanjaan kerajaan dalam sektor tersebut.

Di samping itu, sebuah suruhanjaya kesihatan yang dikendali secara awam di bawah kawalan masyarakat boleh ditubuhkan bagi memastikan pengendalian yang telus dan efektif.

Dengan memastikan tiada ketirisan, peningkatan peruntukan wang dipercayai dapat menyelesaikan masalah seperti kekurangan infrasktruktur yang lengkap atau kakitangan perubatan yang profesional bagi memenuhi keperluan dan permintaan masyarakat.

Apa yang asas sekali adalah memastikan kecekapan dan ketelusan dalam segala sistem pelaksanaan dan pengendalian supaya hak rakyat yang terasas sentiasa terpelihara.

Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) merupakan pusat kajian baru yang kritikal. KPRU ditubuhkan pasca 8 Mac 2008 dengan tujuan membawa idea perubahan kepada rakyat Malaysia melalui kajian dan sesi dialog.

Tulisan ini merupakan petikan daripada kajian KPRU berjudul "Kertas konsep 1Care tidak bertapak atas realiti sosioekonomi masyarakat Malaysia
" dan tidak melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Thursday, March 1, 2012

Bijih besi sumber pendapatan baru Kedah


Kerajaan negeri Kedah melalui syarikat milik penuhnya, Permodalan Kedah Berhad (PKB), sedang giat meneroka hasil bumi secara usahasama dengan syarikat swasta untuk dijadikan sumber pendapatannya yang baru.
  
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata aktiviti terbaru PKB ialah mengusahakan lombong bijih besi dengan Nacstone Mining Worlwide (M) Sdn Bhd, di tapak seluas 26.091 hektar berhampiran Gunung Jerai di Gurun, yang dijangka memberi hasil sebanyak RM10 juta setahun.
  
Bercakap kepada pemberita selepas lawatan kerja ke tapak lombong itu hari ini, Azizan berkata kerajaan negeri menerima royati sebanyak lima peratus daripada nilai bijeh besi yang dieksport, tidak termasuk keuntungan yang diperoleh PKB melalui usaha sama itu.
  
Menurutnya tapak tersebut diangggarkan mengandungi lebih satu juta metrik tan bijeh besi manakala satu tapak lagi seluas 42 hektar bersebelahannya, hanya menunggu kelulusan Jabatan Galian dan Geosains, untuk dilombong.

Dalam tempoh tiga bulan lombong itu beroperasi, sebanyak tiga kapal muatan bijih besi itu telah di eksport ke China, kata Azizan.
  
Beliau berkata beberapa tapak lain juga telah dikenal pasti mengandungi bahan galian bernilai seperti kuartz di Bukit Kachi, Sintok, yang masih dalam proses kajian dan sudah ada pengusaha yang berminat melombongnya

Tuesday, February 28, 2012

Bekas tahanan ISA: Saya dihina, dera secara mental


Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri Hishamuddin Rais memberitahu Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur bahawa sebahagian besar masanya ketika ditahan, beliau dihina, diancam dan didera secara mental.

himpunan hijau 2 260212 hishamuddin rais at stageDicekup pada 2001 atas tuduhan berkomplot untuk mengulingkan kerajaan dengan cara keganasan, Hishamuddin memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak pernah disoal atas tuduhan terhadapnya itu sepanjang penahanan dua tahun berkenaan.

"Saya bukan ditahan kerana saya adalah ancaman kepada keselamatan negara, tetapi kerana saya adalah satu ancaman kepada kedudukan Umno dan menguggat kepentingannya," kata aktivis Reformasi, kolumnis dan pembikin filem itu.

Hishamuddin sebagai plaintif  memberi keterangan dalam saman memohon perisytiharan mahkamah bahawa Seksyen 8 dan 73 ISA, yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan, adalah tidak berperlembagaan.

Beliau dan empat yang lain, termasuk ADUN Selangor Saari Sungib yang memberi keterangan pada Isnin lalu juga menyaman Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Norian Mai kerana didakwa memfitnah mereka.

NONEMereka mendakwa Norian membuat kenyataan akhbar yang menyatakan secara palsu bahawa mereka bersedia menggulingkan kerajaan, termasuk mengumpul senjata seperti pelancar bom dan merekrut bantuan guru silat.

Hishamuddin dalam keterangannya mengenal pasti petikan yang merujuk kepadanya menerusi beberapa keratan akhbar dan gambar yang disiarkan pada kenyataan akhbar yang dibuat oleh Norian.

"Kacak, bergaya dan memakai topi. Tidak boleh dinafikan bahawa ia bukan saya (dalam gambar itu)," katanya.

Najib, mengapa projek lembu tak diserah pada Felda?



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, yang membisu berhubung skandal syarikat Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) digesa menjelaskan mengapa syarikat milik Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dipilih menguruskan projek mega ternakan lembu itu dan bukannya syarikat Felda yang turut membuat bidaan.

NONEMenurut Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli (kiri), Najib bersikap hipokrit apabila memperbesar-besarkan sumbangan beliau kepada peneroka Felda tetapi pada masa yang sama tidak memberikan projek bernilai lebih RM300 juta yang boleh memberi manfaat kepada ribuan peneroka kepada syarikat yang dimiliki oleh Felda.

Memetik jawapan yang diberikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar di Dewan Rakyat pada 31 Oktober tahun lalu, Rafizi berkata Najib yang merupakan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, mempengerusikan Jawatankuasa Pemilihan Projek Fidlot Negara pada tahun 2006.

Jawatankuasa itu menerima bidaan daripada enam syarikat, termasuk dari Felda Farm Products Sdn Bhd, anak syarikat Felda Plantations Sdn Bhd, dan Agroscience Industries Sdn Bhd bagi mendapatkan projek mega itu.

Jawatankuasa itu kemudiannya memilih Agroscience Industries dan Lamberts Agriculture Trade (M) Sdn Bhd untuk dipertimbangkan lanjut tetapi Lamberts kemudian menarik diri. Justeru, Agroscience Industries menjadi syarikat tunggal untuk melaksanakan projek itu.

felda farm products 130207Membandingkan profil semua enam syarikat yang membuat bidaan itu, berdasarkan dokumen yang diperolehi, Rafizi, seorang eksekutif korporat sebelum menceburi dunia politik, berkata, beliau membuat kesimpulan bahawa Felda Farm Products adalah syarikat terbaik untuk melaksanakan projek ini.

Syarikat itu ditubuhkan pada tahun 1995 dengan modal berbayar sebanyak RM10 juta dan pada 31 Disember 2010 telah membuat keuntungan RM9.6 juta.

Manakala Agroscience Industries yang hanya ditubuhkan setahun sebelum kontrak dianugerahkan tidak mempunyai pengalaman dalam perternakan  lembu.

"Tidak perlu seorang genius untuk memikirkan mana syarikat terbaik untuk diberikan projek itu," kata Rafizi.

"Najib tidak boleh lepas tangan dan berdiam diri seperti apa yang dilakukannya sejak enam bulan yang lalu.

NONE"Beliau sama seperti (bekas Perdana Menteri) Pak Lah sekarang. Malah, beliau lebih senyap berbanding Pak Lah ... Tandatangannya ada pada projek ini.

"Jika beliau tidak memberi maklum balas, kami akan mendedahkan sesuatu," kata Rafizi, sambil mencabar Najib untuk menjadi ‘lelaki budiman’ (gentleman).

"Saya tidak mahu menggunakan perkataan pengecut. Tetapi setakat ini perkataan untuk menggambarkan Najib yang meninggalkan Shahrizat keseorangan menangkis isu ini, adalah bukan lelaki budiman."

Atas nama Tuhan & agama


Sepanjang sejarah manusia, nama Tuhan sering dijadikan alat dalam mencapai tujuan atau kepentingan peribadi ataupun puak. Sedangkan ia sepatutnya menjadi nama sakti dalam menegakkan kebenaran dan menghapuskan kebatilan, malangnya digunakan untuk menegakkan kebatilan dan menghapuskan kebenaran.

Perlambangan agama yang sepatutnya membela kekudusan ajaran Tuhan, sering kali digunakan untuk membiakkan kehendak syaitan dan hasrat nafsu serakah manusia. Maka tidak hairan jika kita melihat nama Tuhan sering dipergunakan oleh orang politik, ahli perniagaan, bomoh, ustaz, penjenayah, perasuah dan segala jenis ‘manusia' yang berkepentingan.

Dalil-dalil diputar dan dipusing agar dapat menjelma dalam rupa reka kehendak yang berbicara. Ia bukan hanya berlaku dalam kalangan umat Islam, sebaliknya dalam semua agama. Dalam sejarah Yahudi dan Kristian berlaku dengan begitu dahsyat.

Martin Luther yang mengasaskan Mazhab Prostestan telah membangkitkan isu ini dalam Kristian. Beliau katanya ingin membela ajaran Tuhan. Malangnya, betapa ramai pengikutnya yang dibakar oleh gereja Katolik, juga atas nama Tuhan.

Sokong rejim


Hitler juga mendapat sokongan sebahagian gereja di Jerman. Kedua aliran yang bertentangan - Katolik dan Protestan - menyokong tindakan beliau terhadap Yahudi atas nama Tuhan. Demikian Assad di Syria yang membunuh rakyat sejak sekian lama. Begitulah juga regim-regim yang lain.

Pakaian dan bahasa agama juga digunakan untuk menghiasi amalan salah atau penyalahgunaan nama Tuhan. Jika orang seperti Hitler dan Assad mampu mendapat restu golongan agama, maka tidak pelik jika ada dalam dunia ini ada mufti atau syeikh yang sanggup memuja-memuji pemerintah atau raja atau sultan dalam khutbah Jumaat dengan perhiasaan kata yang berlebihan.

Doa bertujuan mengampu disusun khas untuk penguasa, sultan dan raja serta keturunannya sekalipun mereka itu perasuah, perembat harta rakyat, bermewahan dengan istana, kereta dan harta sedangkan rakyat bawahan menderita airmata. Doa untuk rakyat yang miskin hanya secebis.

Sebaliknya berlimpahan doa untuk penguasa, raja dan sultan dengan perhiasaan kata puja dan puji seakan mereka lebih tinggi dari para nabi. Khutbah Jumaat yang menjadi tempat umat memuja dan pemuji Tuhan, bertukar pada bahagian doanya sebagai ampuan memuja dan memuji kerajaan dan sultan.

Hal ini bukan sangat dengan pemintaan penguasa atau raja, tetapi ‘sang berjubah agama' yang mempunyai agenda hidupnya yang tersendiri. Inilah yang berlaku di seluruh dunia ‘berjubah agama' tapi bertujuan sebaliknya.

Orang-orang agama ini mendapat gaji dan berjubah yang jauh lebih hebat dari segala ulama yang terbilang dahulu, tetapi sekadar berperanan untuk membaca doa yang puitis untuk sang singgahsana dan mengeluarkan fatwa yang meredhakan penguasa dan raja.

Kegerunan mereka kepada hilang jawatan lebih hebat dari kegerunan mereka membohongi hukum Tuhan.

Sebab itu, ramai panguasa, raja dan sultan dalam dunia dan sepanjang sejarah sekalipun buruk tingkah laku dan ketamakan harta serta kezaliman mereka terhadap hak rakyat, terus merasa selesa kerana ada yang berlidah dan berjubah agama yang membodeknya.

Syurga seakan sudah tempah untuknya, neraka pula seakan sudah tertutup rapat baginya sekalipun dia tidak menunaikan hak rakyat dan memakan harta secara haram.

Pisahkan agama


Firman Allah: (maksudnya) "Dan apabila mereka melakukan sesuatu perbuatan yang keji, mereka berkata: "Kami dapati datuk nenek kami mengerjakannya, dan Allah memerintahkan kami mengerjakannya". Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya Allah tidak menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji. Patutkah kamu mengatakan terhadap Allah apa yang kamu tidak mengetahuinya? Katakanlah: "Tuhanku menyuruh berlaku adil, dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan wajah kamu (kepada Allah) pada tiap-tiap kali mengerjakan sembahyang, dan menyeru-Nya dengan mengikhlaskan agama kamu kepadaNYA semata-mata, sebagaimana DIA telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula) kamu akan kembali (kepada-Nya). Sebahagian (manusia) diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan sebahagian lagi berhaklah mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sSesungguhnya mereka telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. serta mereka pula menyangka bahawa mereka berada dalam petunjuk". (Surah al-A'raf, 28-30).

Seperti yang saya pernah catatkan bahawa saya tidak menyokong pemisahan agama dari politik, tetapi saya menyokong memisahkan agama dari penyalahgunaan golongan politik.

Lebih elok politik yang berpisah dari agama dibandingkan politik yang mempergunakan agama. Saya inshaAllah akan bahaskan tentangsecular state dalam tulisan yang akan datang.

Mimpi nabi


Sebab itu amatlah berbahaya apabila agama itu telah menjadi senjata mereka yang pandai berbicara untuk kepentingan kuasa dan diri. Hakikat Tuhan akan disalahertikan oleh manusia.

Ajaran kebenaran akan dipandang serong. Manusia akan kecewa dengan ajaran Tuhan yang dianggap tidak memenuhi panduan keadilan dan rahmat. Sebab itu agama Islam ini tertegak atas fakta dan hujah. Bukan khayalan dan mimpi.

Jika kita masih ingat bagaimana pengasas ajaran al-Arqam semasa masih hidup membuat pelbagai dakwaan. Ketika itu ada imam masjid tertentu mendakwa bahawa dia berjumpa Nabi SAW dalam mimpinya membenarkan ajaran Ashaari Muhammad. Ramai yang terpengaruh dengan mimpi tersebut.

Itu bukan kali pertama, bahkan sudah puluhan kisah setiap kali ada yang mendakwa menjadi Mahdi, ada sahaja orang yang bermimpi berjumpa Nabi SAW dan mengakuinya. Ini termasuk kisah Mahdi di Sudan yang jauh lebih berjaya dari Ashaari Arqam.

Ada pula yang mengeluarkan dalil bahawa Nabi s.a.w telah bersabda:

"Sesiapa yang melihatku dalam tidur sesungguhnya dia benar-benar melihatku, kerana syaitan tidak dapat menyerupaiku." (Riwayat Muslim).

Ya, syaitan memang tidak boleh menyerupai Nabi s.a.w, namun syaitan boleh menyerupai orang lain dan seseorang yang tidak pernah melihat Nabi s.a.w menyangka itu Nabi s.a.w. Tipuan syaitan sangat licik.

Dalam kitab Fath al-Bari Sharh Sahih al-Bukhari, apa yang disebut oleh tabi'in agung lagi pakar mimpi dalam sejarah Islam, al-Imam Muhammad bin Sirin (meninggal 110H) menafsirkan hadis ini bahawa ia bermaksud ‘jika seseorang melihat Nabi s.a.w dalam rupanya yang asal'.

Ertinya dia mesti mengenali hakikat rupa Nabi s.a.w. Apabila ada orang mendakwa bahawa dia melihat Nabi s.a.w, Muhammad bin Sirin meminta supaya dia menceritakan ciri-ciri Nabi s.a.w yang dia lihat dalam mimpinya.

Apabila dia menceritakannya, beliau menjawab: ‘engkau tidak melihatnya'. Ibn ‘Abbas juga menyelidiki seseorang yang mendakwa bahawa dia bermimpi berjumpa Nabi s.a.w. Beliau bertanya sifatnya, orang itu menjawab seperti Saidina Hasan bin ‘Ali. Ibn ‘Abbas mengakuinya.

Itu jika orang tersebut tidak berbohong. Namun, bagaimana pula jika dia berbohong tentang apa yang dilihatnya? Maka mimpi tidak boleh menjadi hujah dalam agama ini. Ia boleh menjadi isyarat untuk urusan peribadi seseorang, namun bukan syariat yang diamalkan.

Saya masih ingat kisah Presiden sebuah negara ‘bernama agama' yang menceritakan beliau dilindungi cahaya suci seperti para imam mazhabnya ketika berada di PBB. Demikian juga saya masih ingat semasa Gulf Waryang pertama, ketika itu saya belajar di Jordan. Sokongan rakyat Jordan kepada Saddam Hussain begitu kuat.

Ramai juga tokoh agama yang membaca hadis-hadis Nabi SAW dan menyatakan bahawa Saddam Hussain itu penyelamat umat yang dimaksudkan oleh Nabi SAW Saya masih ingat guru-guru hadis yang saya hadiri kuliah mereka membantah penyalahgunaan hadis tersebut.

Baru-baru ini pun ada tokoh agama dalam parti politik tanah air yang mendakwa pemimpinnya sebagai lelaki yang dijanjikan Nabi SAW untuk membebaskan al-Aqsa. Demikianlah agama menjadi mainan mereka yang berkepentingan.

Sebab itu, agama mesti bebas dari ini semua. Semua kita wajar bimbang terhadap diri sendiri dan juga umat ini dengan amaran Nabi SAW: "Apa yang paling aku takut terhadap kamu ialah orang munafik yang petah lidahnya" (Riwayat Ahmad, sahih).

Saya juga lucu apabila ada seseorang berceramah tentang perjuangan murninya setelah dia dipecat ialah membela Islam, Melayu dan raja. Sedangkan Melayu tidak semestinya selari dengan Islam, demikian juga raja.

Jika Islam itu diyakini syumul, membela Islam bererti terbela segala bangsa, raja dan rakyat. Namun, apabila Islam dipergunakan, bahasa Islam dinodai untuk tujuan tersendiri, hanya satu bangsa diperjuangkan dan raja sahaja yang dibela. Bagaimana dengan rakyat bawahan seperti kita? Demikian agama sering menjadi mangsa.

ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi sidang pengarang Malaysiakini.Penulis adalah bekas mufti Perlis dan kini bertugas sebagai zamil di Universiti Oxford.