Wednesday, October 19, 2011

Salahuddin: SKMM bukan polis peribadi Rais




Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim tidak harus menjadikan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sebagai “polis peribadinya”.

"Tindakan ini dilihat umum sebagai penyalahgunaan kuasa yang sangat ketara dan pencabulan kebebasan bersuara yang memalukan negara.

NONE"Ia mesti dihentikan serta merta kerana ia bukan sahaja pencabulan kebebasan bersuara malah pencabulan serta penghinaan terhadap kebebasan akademik," kata naib presiden PAS Salahuddin Ayub dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau mengulas siasatan berterusan SKMM berhubung kenyataan yang dibuat oleh pakar perlembagaan Profesor Abdul Aziz Bari, tentang titah sultan Selangor mengenai siasatan sebuah gereja oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Sambil mempertahankan Abdul Aziz, Salahuddin berkata kenyataan pensyarah universiti itu dibuat berdarkan kerja-kerja penyelidikan akademik profesor itu.

Katanya, tindakan SKMM yang menyiasat Abdul Aziz tanpa menyatakan kepada umum kesalahan beliau di sisi undang-undang adalah tindakan yang dilihat rakyat sebagai menjijikkan.

NONE"Yang ada hanyalah histeria dan gelagat tidak tentu arah dan melucukan dari mereka yang hendak membodek atau mereka yang sudah jenuh dilihat umum sebagai gila-gila," katanya.

[Baca berita penuh]

Sementara itu, Abdul Aziz dalam satu emel memaklumkan kepada Malaysiakini beliau dipanggil untuk memberi kenyataannya yang mengulas Sultan Selangor.

Katanya, beliau telah dihubungi polis Shah Alam semalam dan diminta untuk hadir memberi kenyataannya di bawah Akta Hasutan.

“Saya ada dipanggil polis semalam, mereka mahu menyiasat saya di bawah Akta Hasutan...saya akan pergi bersama peguam saya hari ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment