Thursday, October 20, 2011

Menjawab Zul dan Ahli UBN -Liwat Isteri

http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=17156

Alhamdulillah, tak sia-sia saya menyimpan email ini dengan sekian lamanya. Saya amat pelik dan dukacita perkara ini diulangkali yang kedua setelah Zaid Ibrahim dan masakini Zulkifli Nordin sebagai Parlimen Kulim membangkitkan isu "liwat isteri" tiada terkandung dalam enakmen hudud. Saya tidak tahu mengapa Zulkifli selaku peguam syarie yang tahu selok belok hukum islam boleh swing kononnya mahu pukul TKO "Hudud PAS".

Amat tidak adil untuk saya membidas atau menjawab persoalan ini. Maka saya bawakan khazanah inbox saya untuk tatapan umum yakni pada saudara dan saudari Muslimin/muslimat. Saya beranggapan jawapan dari email saya boleh diguna pakai untuk masakini yakni untuk orang yang sering mempersendakan hukum Allah secara sedar.

Saya berpandangan, Allah SWT menjaga kita dengan isu sekarang dengan tersimpan email saya ini sebagai rujukan saya pada satu waktu dahulu. Wa'Allahualam.



Date: Sat, 30 Aug 2003
Subject: KENYATAAN AKHBAR KETUA PENERANGAN MUSLIMAT PAS PUSAT BERKAITAN ISU " LIWAT "

Suatu yang amat malang apabila pemimpin UMNO Kelantan yang tandus
dengan isu telah berani pula memainkan satu lagi irama baru berhubung
dengan Perkara 16 Enakmen Kanun Jenayah Syariah ( II ) 1993 yang
berkaitan dengan hukuman bagi kes liwat. DMPP melihat bahawa usaha
ini tidak lebih daripada satu tindak balas desprado kepimpinan UMNO
Kelantan dalam keghairahan untuk berkuasa semula di negeri Serambi
Makkah tersebut.

Setelah sekian lama iaitu hampir 1 dekad enakmen tersebut
diperkenalkan kepada khalayak
hanya kini Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan tersebut
iaitu Zaid Ibrahim mula membangkitkan isu berkenaan. Ini jelas
menunjukkan kepada kita betapa Zaid sebenarnya
tidak ikhlas dan tidak "genuine" dalam memperjuangkan isu-isu yang
disebut sebagai ketidakadilan kepada isteri itu.

Bahkan ianya tidak lebih daripada satu usaha murahan untuk mencari
helah dan mencari-cari kelemahan dalam kerajaan pimpinan PAS
khususnya di Kelantan.Pemimpin UMNO seperti Zaid adalah manusia yang
tidak berminat dengan kebenaran dan ilmu tetapi lebih berminat dengan
kuasa dan populariti meski sekalipun beliau terpaksa menjadi dalang
dalam menimbulkan kekeliruan serta salah faham orang ramai terhadap
peruntukan syariat Islam.

Adalah sangat perlu dan wajar melihat serta memahami apa jua
peruntukan dalam satu-satu
undang-undang atau peraturan tersebut secara keseluruhannya bukan
setakat melihatnya secara seksyen demi seksyen atau perkara-perkara
tertentu sahaja secara terpisah-pisah.

Perkara 16 Enakmen Kanun Jenayah Syariah ( II ) 1993 yang
menjelaskan : "Liwat ialah sesuatu yang merupakan persetubuhan di
antara lelaki dengan seorang lelaki yang lain atau di antara seorang
lelaki dengan seorang perempuan selain isterinya yang dilakukan
diluar tabii atau melalui dubur."

Adapun perkataan "selain isterinya" itu tidak pula bermakna bahawa
Kerajaan PAS membenarkan seorang suami meliwat isterinya . Tetapi
ianya lebih menjelaskan bahawa hukuman hudud tidak boleh digunakan ke
atas sisuami yang mempunyai ikatan perkahwinan yang sah dengan
isterinya dalam kes tersebut atau dengan perkataan lain peruntukan
hukuman ke atas suami yang meliwat isteri bukanlah hudud tetapi dalam
peruntukan ta'zir .

Bermakna tindakan suami meliwat isteri TETAP MENJADI SATU KESALAHAN
tetapi peruntukan hukuman bagi kesalahannya mengikut syariat Islam
tidak di bawah Hudud tetapi pesalah akan dihukum mengikut hukum
Ta'zir .DMPP melihat bahawa pihak-pihak yang terbabit dalam menjaja
isu ini jelas menampakkan kejahilan mereka yang sebenarnya tentang
syariat Islam sebagai "the way of life". Kedangkalan ilmu yang cukup
jelas berkaitan dengan sumber dan prinsip dalam perundangan Islam
serta langsung tidak dapat memahami kaedah-kedah usul fiqh yang
disepakati dalam Islam.

Adalah amat malang apabila pemimpin politik dalam masyarakat apatah
lagi kelompok yang mendabik dada mengatakan bahawa Malaysia sebagai
sebuah negara Islam cuba pula bercakap berkaitan soal hukum atau
syariat Islam tanpa terlebih dahulu memahami tasawwur Islam,asas-asas
dalam Islam serta sumber dan prinsip-prinsip perundangan Islam.

Ibaratnya seorang akauntan yang bertindak mempertikaikan prosedur
kerja yang diamalkan
oleh seorang pakar bedah yang sedang berusaha membedah pesakitnya.
Sedangkan akauntan terbabit tidak pun tahu pisau mana yang patut
digunakan pada masa-masa tertentu, keperluan-keperluan lain yang
mesti ada semasa tempoh tersebut, sejarah pesakit yang sedang melalui
proses pembedahan bahkan tidak juga mengetahui apakah sasaran yang
cuba dicapai oleh pakar bedah tersebut.

Bagaimana mungkin? DMPP mengajak semua pihak untuk menginsafi bahawa
syariat Islam bukanlah sesuatu yang patut dijaja secara murahan dan
bukan juga semata-mata persoalan logik akal atau boleh ditafsir
secara bermudah-mudah. Tetapi ianya berhubung dengan tatacara
kehidupan manusia yang telah ditetapkan oleh Allah menerusi AlQuran
dan kemudiannya dijelaskan secara terperinci lagi melalui sunnah Nabi
SAW , Qias dan Ijma' para Ulama'.

Justeru itu, persoalan ini tidak boleh diambil ringan dan dibangkit
dengan hasrat untuk menunjukkan kelemahan syariat Islam dalam apa
cara sekalipun. Sepertimana contohnya tindakan tidak
bertanggungjawab pemimpin UMNO Kelantan itu yang ternyata jahil lagi
menjahilkan. DMPP menyeru agar setiap persoalan berhubungkait dengan
agama dan syariat mestilah dikembalikan kepada ahlinya ( yakni para
cerdik pandai Islam/ ulama' ) dan dibincangkan dengan penuh adab
kesopanan dan taqwa yang tinggi kepada Allah SWT.

Berhubung dengan dakwaan Ketua Puteri UMNO, Azalina Said bahawa
kononnya kerajaan PAS mengambil sikap lepas tangan dan memperuntukkan
hukuman yang lebih ringan iaitu Ta'zir kepada suami yang meliwat
isteri ; DMPP memandang bahawa sikap yang ditunjukkan oleh Azalina
itu sebagai orang Islam yang tidak faham Islam bahkan ibarat seorang
kanak-kanak yang senantiasa mahu dia dapat lebih.

Hukuman bukanlah hak kerajaan PAS tetapi merupakan peruntukan yang
telah ditetapkan menurut kaedah dan prinsip-prinsip perundangan dalam
Islam. Apa yang penting pada masa sekarang ialah pendidikan dan
penjelasan berkaitan kaedah dan prinsip-prinsip itu. Bagi orang
seperti Azalina dan Zaid Ibrahim, DMPP merasakan bahawa mereka boleh
berusaha untuk mengambil kursus Pengajian Islam yang menawarkan
subjek-subjek berkenaan di mana-mana IPTA dalam negara bagi
memastikan mereka benar-benar faham dan mempunyai ilmu sebelum secara
bermudah-mudah menjadi juara menjaja kes rumahtangga muslim yang
sebenarnya mempunyai tempat yang lebih sesuai untuk dimuzakarahkan
bersesuaian dengan perkembangan-perkembangan masalah semasa baitul
muslim (
kekeluargaan Islam ) itu sendiri. Di situlah neraca akhlaq dan
ketinggian adab mahkluk yang
bergelar manusia.

Akhirnya DMPP menyeru kepada semua wanita Islam di Malaysia agar
tidak mudah diseret sama oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab
dalam memanipulasikan tafsiran kepada peruntukan dalam Perkara 16
itu. Di samping mengingatkan kepada semua wanita Islam Malaysia agar
jangan sampai berlaku akhirnya nanti wanita Islam di Malaysia pula
bangkit memohon satu peruntukan undang-undang yang baru bagi
kesalahan suami merogol isteri sepertimana yang telah digunapakai
oleh masyarakat sekular Barat hanya kerana mereka menjadi seorang
Islam yang tidak lagi memahami agamanya .

YB. Sen. Siti Zailah Mohd. Yusof
Ketua Penerangan DMPP
29 Ogos 2003"

No comments:

Post a Comment