Mereka meninggalkan majlis tersebut selepas ianya jelas
bahawa mereka tidak akan dibenarkan naik ke pentas, di tengah-tengah sorakan 'boo' kira-kira 500 hadirin yang pro-MCA.
Satu pergelutan kecil tercetus antara penyokong MCA dan Pakatan Rakyat, yang berjumlah sekitar 200 orang, menyebabkan polis campurtangan.
Sekurang-kurangnya empat orang kelihatan digari dan dibawa oleh pihak polis atas sebab-sebab yang tidak jelas.
Khalid sebelum ini melantikan empat wakilnya - Tony Pua (DAP),
Dzulkefly Ahmad (PAS) dan William Leong (PKR), dan setiausaha politiknya, Faekah Husin - untuk menjawab semua perkara berkaitan penstrukturan semula hutang Talam.
Mereka berada di Pusat Belia Antarabangsa di Kuala Lumpur sebelum jam 8 malam, yang merupakan masa yang diiklankan untuk perdebatan itu dimulakan.
Bagaimanapun, menjelang kira-kira jam 8.20 malam, pengacara mengumumkan majlis itu akan bermula jam 8.30 malam
sementara menunggu ketibaan Khalid, manakala Chua Tee Yong (ahli Parlimen Labis) sudah menunggu.
Beliau meminta pada hadirin menunggu untuk melihat sama ada Khalid berani menerima cabaran pihak penganjur untuk mengambil bahagian dalam debat tersebut.
Pengacara juga mempelawa wakil rakyat Pakatan itu untuk mengikuti majlis tersebut dan mungkin mempunyai soalan untuk Chua.
Pada ketika ini, wakil Khalid meninggalkan dewan, diiringi suara ejekan daripada hadirin yang pro-MCA.
http://www.malaysiakini.com/news/208728
Khalid telah melantik mereka sebagai jurucakap beliau dalam semua perkara berkaitan dengan langkah penstrukturan semula Talam Corp Bhd, yang didakwa oleh Chua sebagai satu skandal besar.
Mereka adalah Ahli Parlimen Tony Pua (Petaling Jaya Utara), William Leong (Selayang), Zulkefly Ahmad (Kuala Selangor) dan setiausaha politik Khalid, Faekah Husin.
Pihak Chua telah menulis kepada Abdul Khalid pada 4
September untuk mencabarnya untuk menyertai perbahasan tersebut. Abdul Khalid belum menjawabnya.
Menurut Pua, beliau dan tiga rakan sepasukannya memenuhi tugas mereka sebagai wakil Khalid untuk hadir di majlis itu malam ini.
"Jika mereka tidak terima, maka ia membuktikan Chua hanya cuba mempolitikkan isu ini. Dia harus menerima kami kerana kami dilantik oleh Khalid," katanya.
Pua berkata memandangkan keputusan untuk menyertai debat itu dibuat pada saat-saat akhir, maka pasukannya tidak akan meminta penyokong mereka hadir.
"Kami tidak pergi ke sana untuk menimbulkan masalah. Tujuan kami adalah untuk membincangkan isu Talam. Kami sudah lama bersedia untuk ini," katanya.
Majlis tersebut akan berlangsung di Pusat Belia Antarabangsa pada pukul 8 malam.
Usaha untuk menghubungi ketua MCA bahagian Bandar Tun Razak, Chiew Lian Keng, penganjur acara itu, bagi mendapat komennya tidak dijawab
No comments:
Post a Comment