Wednesday, July 13, 2011

Orang-orang bukan Islam yang menggunakan hadis atau apa-apa sumber islam dalam kata-kata dan hujah mereka.


ulasan - Orang-orang bukan Islam yang menggunakan hadis atau apa-apa sumber islam dalam kata-kata dan hujah mereka.

Sebagai orang Islam kita perlu memberi contoh dan berusaha mendekatkan orang bukan Islam dengan Islam. Memberi contoh yang tidak baik, malah menakutkan, menjahukan mereka dari Islam. Tidak salah mereka bersama-sama mengambil isi-isi yang baik dari islam untuk dijadikan teladan dan panduan. Fungsi kita ialah membetulkan kefahaman mereka yang mana mereka salah dan dengan itu berdikit mereka mendekati Islam secara tidak langsung.
Apa fungsi faedahnya kita mencemuh mereka hanya kerana ingin mengunakan petikan hadis sebagai sebahagian hujah kearah mengajak manusia kearah kebaiikan, Sepatutnya kita bangga kerana mereka nampak akan kebenaran dari hadis yang dibawa oleh Rasullulah SAW itu.
Hukum tidak jatuh pada mereka sekiranya maksud yang dinyatakan itu salah, malah kita pula lah yang wajib berusaha memahami dan menerangkannya pada mereka agar kefahamam mereka betul mengenainya.
Terdapat perbezakan antara golongan-golangan kafir yang mana mereka ini menggunakan sumber ilmu Islam yang kita mesti tentang, cemuh dan diperangai.

Harakahdaily - 14072011

Penganut agama lain digalak pelajari Islam

KUALA TERENGGANU, 14 Julai: Mempelajari tentang Al-Quran dan al-Hadis merupakan suatu tuntutan yang bukan sahaja terpaksa digalas oleh seluruh umat Islam tetapi juga turut digalakkan ke atas orang yang bukan Islam.

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib (gambar) berkata, ini kerana Al-Quran dan hadis merupakan sumber rujukan untuk kesejahteraan sekalian manusia.

“Sebagai orang Islam kita seharusnya menggalakkan penganut agama lain mempelajari tentang al-Quran dan hadis untuk mengenal Islam secara lebih mendalam dan bukannya mengherdik dan bertindak di luar akhlak Islam yang akhirnya menjauhkan bukan Islam dengan Islam,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Beliau menegaskan demikian sebagai mengulas tindakan seorang Adun BN di Selangor yang mempertikaikan tindakan salah seorang Adun DAP yang membaca hadis.

Perkara tersebut disiarkan dalam salah satu akhbar perdana kelmarin yang bertajuk ‘Adun DAP tak layak berhujah guna hadis’.

Berdasarkan laporan berita tersebut, Adun Umno itu dipetik berkata: “Saya ingin bertanya kenapa beliau bercakap soal Islam sedangkan beliau tidak beriman kepada Islam. Kami orang Islam pun tidak berani berhujah kerana takut terpesong daripada maksud hadis”.

“Bagaimana mereka ingin mengenali Islam kiranya kita menghalang mereka untuk mendekati Islam.

“Sekiranya ada kesilapan dalam kefahaman, maka menjadi tanggungjawab kita sebagai umat Islam membimbing dan bukannya mengeluarkan kenyataan yang tidak ‘mesra’ yang akhirnya mereka lari daripada memahami ajaran Islam,” jelas Ustaz Harun yang juga Adun Manir.

Beliau menjelaskan, PAS bersikap ‘menerang dan bukannya menyerang’.

Justeru, katanya Umno wajib sedar bahawa Al-Quran dan hadis adalah sumber hukum.

“Jika Umno benar-benar ikhlas cintakan al-Quran dan hadis, maka sokonglah agenda Islam yang dibawa oleh PAS,” katanya.

No comments:

Post a Comment