Thursday, July 21, 2011
Red Book – Police & Your Basic Rights
Published in conjunction with TANGKAP
(Tindakan Anti PenyalahGunaan KuAsa Polis)
Sumber : www.malaysianbar.org.my
1. APABILA DIBERHENTIKAN POLIS
1.1 Sekiranya polis tersebut tidak memakai pakaian
seragam
Tanya beliau mengenai kad kuasa beliau
1.2 Kad Kuasa Polis
Warna Merah: Anggota polis tersebut telah
digantung. Beliau tidak
mempunyai apa-apa kuasa
untuk berbuat apa-apa. Anda
tidak perlu mengendahkan beliau.
Warna-warna lain:
Warna Biru: Polis yang berpangkat Inspek
tor dan keatas.
Warna Kuning: Polis yang berpangkat dibawah
Inspektor
Warna Putih: Polis Simpanan
Ambil perhatian nama dan nombor anggota polis
pada Kad Kuasa Polis.
1.3 Di dalam Pakaian Seragam
Ambil perhatian nama dan nombor anggota
polis pada pakaian seragamnya.
1.4 Kenderaan Polis
Ambil perhatian tentang nombor pendaftaran
pada kereta peronda, motosikal atau kenderaan polis
tersebut.
2. APABILA DISOAL OLEH POLIS
2.1 PengenaIan Anda
Anda cuma perlu berikan nama, kad pengenalan dan
alamat sahaja.
2.2 Seandainya ditanya soalan-soaian lain
Anda boleh bertanya, "Adakah saya ditahan? "
2.3 Bilakah anda ditahan
Anda ditahan apabila anggota polis itu
• menjawab "ya" pada soalan di atas
• beliau tidak membenarkan anda
meninggalkan
tempat tersebut atau ingin membawa anda
ke balai polis
• apabila anda digari
Jika anda tidak ditahan anda boleh berlepas dari
tempat tersebut atau enggan mematuhi arahan
beliau untuk ke balai polis atau tempat lain jika
diarahkan.
2.4 Bilakah anda tidak boleh ditahan
Polis tidak boleh menahan anda semata-mata kerana
anda berkemungkinan menjadi seorang saksi dan
polis ingin mengambil kenyataan saksi daripada
anda (Kenyataan saksi/112).
3. SOALJAWAP OLEH POLIS TANPA PENAHANAN
3.1 Kenyataan saksi/112
Apabila pihak Polis menjalankan siasatan mengenai
sesuatu kes dan berpendapat bahawa anda
tersebut, pihak Polis boleh menyoal anda dan menulis
jawapan-jawapan anda (Kenyataan saksi/112).
3.2 Permintaan rasmi /tidak rasmi
Selalunya, pihak polis membuat permintaan tidak rasmi
untuk anda memberikan Kenyataan saksi/112. Sekiranya
tempat dan waktu adalah bersesuaian, beri kerjasama.
Sekiranya tidak, beritahu Polis yang anda akan berbuat
demikian pada tempat dan waktu yang bersesuaian.
Sekiranya anda enggan bekerjasama sama-sekali, Polis
akan mengeluarkan suatu perintah rasmi yang
ditandatangani oleh pegawai penyiasat (Perintah Polis}
untuk meminta anda bekerjasama.
3.3 Memberikan Kenyataan saksi/112
Anda mempunyai hak untuk meminta seorang peguam
menemani anda. Ini adalah dinasihatkan.
Di dalam memberikan Kenyataan saksi/112, anda boleh
enggan menjawap apa-apa soalan yang boleh mendedahkan
anda kepada apa-apa kesalahan jenayah.
• Bawa bersama anda buku nota atau kertas tulisan
(nota peribadi).
• Tulis semua soalan yang ditanya di dalam
nota peribadi.
• Pastikan anda memahami setiap soalan yang ditanya.
• Ambil masa dan fikir berhati-hati sebelum
menulis jawapan di dalam nota peribadi.
• Baca jawapan anda kepada Pegawai Polis yang
menyoal anda.
• Simpan nota peribadi untuk rujukan di masa hadapan.
3.4 Menandatangani Kenyataan saksi/112 anda
Sebelum menandatangani kenyataan anda, baca solansoalan
dan jawapan-jawapan yang ditulis oleh Pegawai Polis
secara berhati-hati.
• Bandingkan kenyataan yang anda
disuruh tandatangani dengan nota peibadi anda.
• Anda mempunyai hak untuk
membuat pembetulan/perubahan kepada
kenyatan anda sebelum menandatanganinya.
• Tuliskan tandatangan anda di bawah ayat
penghabisan kenyataan anda.
Sekiranya anda gagaI mematuhinya. anda tidak boleh
ditangkap. Akan tetapi, itu adalah satu kesalahan dan
pihak Polis boleh meminta Majistret untuk mengeluarkan
suatu waran terhadap anda untuk memaksa anda
bekerjasama.
4. PENAHANAN OLEH POLIS
4.1 Apabila ditahan tanya, "mangapa saya ditahan?"
Setiap tahanan yang dibuat tanpa dimaklumkan sebabnya
adalah satu tahanan yang salah.
4.2 Jangan melawan
Anggota polis mempunyai hak untuk
menggunakan kekasaran yang munasabah sekiranya anda
melawan.
4.3 Tanya - "Ke balai mana encik hendak membawa
saya?"
Anggota polis tersebut hendaklah membawa anda dengan
segera ke balai polis berdekatan dan tldak ke tempat lain.
4.4 Apa perlu dibuat setelah dimaklumkan
tentang tangkapan.
Anda mempunyai hak untuk membuat panggilan telefon. Buat
panggilan kepada keluarga, peguam atau Pusat
Bantuan Guaman. Maklumkan mereka:-
• Anda telah ditangkap.
• Masa, tempat dan sebab-sebab tangkapan.
• Pengenalan anggota polis yang menangkap.
• Balai polis kepada mana anda dibawa.
4.5 Apa terjadi selepas tangkapan?
Anda boleh ditahan sehingga 24 jam:
• Di balai polis atau
• Di lokap balai polis
dengan tujuan untuk membantu siasatan polis.
5. HAK-HAK ANDA KETIKA DALAM TAHANAN
5 1 Hak untuk menghubungi Peguam
Awak mempunyai hak untuk berhubung dengan peguam
dan nyatakan kehendak anda untuk berbuat demikian.
5.2 Pakaian
Anda boleh mempunyai satu set pakaian semasa di dalam
lokap.
5.3 Barangan Persendirian
Anggota polis hendaklah merekodkan segala
barangan persendirian anda di dalam penjagaan yang
selamat. Barangan-barangan ini hendaklah dipulangkan
sebaik sahaja anda dilepaskan.
5.4 Kebajikan
Anda dibenarkan untuk mandi 2 kali sehari.
Sekiranya anda sakit, anda boleh mendapatkan
rawatan dengan segera.
Anda hendaklah diberikan makanan, minuman yang
wajar dan mencukupi sepanjang tahanan.
5.5 Berapa lama polis boleh menahan anda
Polis boleh menahan anda sehingga 24 jam unluk siasatan.
Adalah menjadi tanggungjawab polis untuk menyiapkan
siasatan dalam tempoh 24 jam dan melepaskan anda
secepat yang mungkin.
Seandainya polis tidak dapat menyelesaikan siasatan
mereka di dalam masa 24 jam, Polis mesti membawa
anda ke hadapan seorang Majistret untuk satu Perintah
Reman untuk menyambung penahanan anda melepasi 24
jam.
6. PERINTAH REMAN OLEH MAJISTRET
6.1 Siapakah Majistret
Majistret adalah seorang pegawai Mahkamah yang
mempunyai kuasa samada untuk memberi Perintah
Reman untuk menahan anda lebih dari 24 jam.
6.2 Tujuan Perintah Raman
la adalah bertuiuan untuk memberikan lebih banyak masa
kepada Polis untuk menyelesaikan siasatan mereka dan
memutuskan samada terdapat keterangan untuk
membuat pertuduhan kesalahan jenyah terhadap anda.
Pihak polis tidak boleh memohon Perintah Reman
semata-mata bagi tujuan mendapatkan kenyataan
daripada anda.
6.3 Jangka hayat Perintah Reman
Apabila anda dibawa ke hadapan Majistret untuk
Perintah Reman, Polis mestilah memberikan sebab-sebab
mengapa anda perlu ditahan melebihi 24 jam. Majistret
bertugas mestilah memberikan pertimbangan yang wajar
terhadap sebab-sebab yang diberikan Polis.
Polis selalunya akan memohon penahanan lanjutan se
lama 14 hari atau kurang.
Majistret, selepas memberikan pertimbangan wajar sebabsebab
yang diberikan oleh Polis, mempunyai budi bicara:
• untuk tidak membenarkan Perintah reman; atau,
• untuk membuat Perintah reman untuk suatu
jangkamasa yang lebih pendek dari yang dipohon
Polis.
Polis boleh membuat lebih daripada satu permohonan
untuk Perintah Reman. Walaubagaimanapun, anda tidak
boleh ditahan lebih daripada 15 hari kesamuanya.
6.4 Apakah langkah yang perlu anda ambil sekiranya
anda dihadapkan ke
Majistret
Maklumkan kepada Majisiret bahawa:
• anda ingin mendapatkan representasi peguam
dan memaklumkan kepada LAC serta keluarga anda.
• anda ingin mendapatkan bantuan perubatan
kerana anda tidak sihat atau telah didera,
• anda telah diugut atau didera semasa di
dalam tahanan (jika ada).
• anda telah dinafikan dengan makanan / air /
pakaian yang sewajarnya, tandas atau perhatian
perubatan yang sewajarnya semasa di dalam
tahanan (jika ada).
• samada polis telah menjalankan penyiasatan
semasa anda di dalam tahanan.
6.5 Pohon untuk Perintah Reman yang singkat
Pohon untuk Perintah Reman yang singkat sebelum
Majistret memberi Perintah Reman. Beri alasan-alasan
(sebagai contoh: "saya akan bekerjasama dengan polis di
dalam siasatan", "saya akan hadir setiap kali polis
memerlukan saya" dan sebagainya).
7. PEMERIKSAAN BADAN TANPA TAHANAN
7. 1 Bilakah ia boleh dilakukan
Sekiranya anda berada di tempat (sebagai contoh:
karaoke / kelab) di mana polis sedang melakukan
serbuan atau mencari sesuatu (sebagai contoh: dadah
berbahaya}, polis berhak untuk melakukan pemeriksaan
badan/beg anda tanpa menahan anda. la hanya boleh
dilakukan dengan kehadiran pegawai polis yang
berpangkal tidak kurang daripada inspektor,
7.2 Apakah yang perlu anda lakukan
• Jangan benarkan polis untuk memasukkan tangan
mereka ke dalam saku atau beg anda.
• Kosongkan saku /beg anda di hadapan polis secara
sukarela untuk memastikan anda dapat ngawasi
barangan anda.
Keluarkan barangan anda satu demi satu. Setiap kali,
sebut sebagai contoh "purse", "kunci", "kad
pengenalan" dan sebagainya.
Apabila saku / beg anda kosong, terbalikkan saku I beg
tersebut
7.3 Hak-hak anda
• Wanita hanya boleh diperiksa badan
mereka o!eh pegawai polis wanita sahaja.
• Setiap pemeriksaan badan perlu dilakukan
dengan penuh sopan (sebagai contoh:
bahagian sulit tidak boleh disentuh).
• Tidak ada undang-undang
membolehkan anda dibogelkan.
8 PEMERIKSAAN BADAN APABILA DITAHAN
8.1 Bilakah polis boleh melakukannya
• Polis mempunyai kuasa untuk melakukan pemeriksaan
badan bagi objek yang berhubung dengan kesalahan
yang disyaki.
• Pemeriksaan badan harus dilakukan di dalam kawasan
yang terlindung. Adalah menjadi hak anda untuk
diperiksa di kawasan yang terlindung.
8.2 Pemeriksaan badan secara bogel
Walaupun semasa anda ditahan, tidak ada undang-undang
membolehkan Polis memaksa anda dibogelkan.
Sekiranya anda dipaksa untuk bogel / diugut sekiranya anda
enggan berbogel:
• Bantah.
• Pastikan anda dapatkan nama pegawai polis tersebut.
• Buat laporan selepas kejadian tersebut.
9. SOAL-SIASAT OLEH POLIS SELEPAS DITAHAN
9.1 Kenal pasti pegawai polls yang menyoal-siasat anda.
Pastikan nama I pangkat pegawai polis yang menyoal-siasat
anda.
9.2 Hak memilih untuk berdiam diri
Polis lazimnya akan memulakan perbualan ramah mesra
(sebagai contoh: soalan-soalan mengenai keluarga anda,
kawan-kawan dan sebagainya). Anda harus bersopan.
Jangan khuatir untuk berdiam diri. Itu adalah hak anda.
9.3 Polis inginkan kenyataan bertulis (Kenyataan 113)
daripada anda
Polis akan menyoal anda dan kemudian menulis jawapan
anda. Anda hanya perlu memberi nama penuh, umur, alamat
dan pekerjaan (Butir-butir peribadi).
Selain daripada memberi Butir-Butir Peribadi, anda berhak
untuk berdiam diri.
Sekiranya anda memilih untuk berdiam diri, katakan: "Saya
akan menjawab di Mahkamah".
9.4 Polis tidak berhak untuk memaksa anda memberi
Kenyataan 113
Setelah memberi Butir-Butir Peribadi tetapi polis mengugut
untuk memaksa anda untuk memberi kenyataan bertulis:
• bertenang dan berdiam diri;
• polis tidak berhak untuk mengugut, memukul atau
Sekiranya anda telah diugut, dipukul ataupun dipaksa, buat
laporan Polis terhadap Pegawai Polis berkenaan secepat
mungkin. Ini adaiah hak anda.
9.5 Sekiranya anda ingin memberikan Kenyataan 113
Ikut perkara-perkara di dalam perenggan-perenggan 3.3 dan
3.4 di atas.
Sekiranya anda tidak mempunyai buku nota/kertas tulisan,
minta dari Pegawai Polis.
Kenyataan 113 anda boleh digunakan sebagai keterangan
terhadap anda di dalam Mahkamah untuk membuktikan:
• anda telah mengakui/membuat pengakuan terhadap
kesalahan jenayah sebagaimana yang dituduh; atau,
• anda telah mengakui/membuat pengakuan mengenai
sebarang fakta yang boleh menunjukkan bahawa anda
bersaiah di dalam kesalahan yang dituduh.
POLICE AND YOUR BASIC RIGHTS
Published in conjunction with TANGKAP
(Tindakan Anti PenyalahGunaan KuAsa Polis)
www.malaysianbar.org.my
PUSAT BANTUAN GUAMAN / LEGAL AID CENTRES (LAC)
• Kuala Lumpur : 03-2691 3005 / 03-2693 2072
• Selangor : 03-3372 2792
• Negeri Sembilan : 06-7633 035
• Melaka : 06-2845 519 / 06-2864 514
• Johor : 07-2235 698
• Perak : 05-2550 523
• Kedah & Perlis : 04-7333 467
• Kelantan : 04-7448 660
• Pahang : 09-5159 244 / 09-2969 410
• Pulau Pinang : 04-2617 451 / 04-3316 830
"Law stated as at 1st August 2007. Check
www.malaysianbar.org.my for updates"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment