Saturday, August 15, 2009

UMNO lebih Jahil dari JAHILLIAH

Muktahir ini UMNO khususnya makin terdesak dan tertekan oleh pelbagai isu yang mereka tidak dapat bendung lagi. Itu lah hakikatnya. Walaupun mereka mengusai Media nasional dan Jentera Kerajaan khususnya badan2 penguatkuasa namun pada hakikatnya mereka tidak dapat lari dari kebenaran. Walau sebanyak mana mereka cuba membuat propaganda membohongi rakyat, Namun sifat atau pekara benar tetap akan sendirinya bersinar ditengah kebrokbokan sistem Keadilan yang sudah merudum kehancuran di Negara kita sekarang. Bagi pejuang2 keadilan dan agama Allah, Istikamah dan keyakinan pada janji2 Allah terus menjadi pemangkin kepada tertegaknya panji2 Islam dinegara ini. Hakikatnya Bukan Islam makin sedar dan bersama mengangkat sistem keadilan yang diperjuangkan oleh pejuang2 Islam selama ini. Mereka melihat Ia dapat membawa kesejahteraan dalam kehidupan mereka bila mana ahli2 politik sebangsa yang dianggat dilihat sering bercakaran. Ideologi pemerintahan Islam yang dilihat mampu membawa keadilan makin diterima. Pimpinan Islam dilihat teguh berprinsip dan tidak goyah daya juang mereka malah digeruni untuk dijadikan sebagai sasaran pihak musuh. Pimpinan yang berhalau tuju kebangsaan, sosialis dan sebagainya dilihat jatuh satu persatu oleh pelbagai isu2 rapuh dan berhabuan wang, pangkat dan duanawi. Mereka begitu mudah terperangkap dengan sentimen bangsa, agama yang dibawa dari puak Umno yang hakikatnya lebih jahil dari jahiliah.

Serangan-serangan berbentuk peribadi atas satu dua individu tertentu adalah sangat memalukan dan ternyata mereka sangat pendek akal mencipta isu. (atau mungkin tiada isu) Menyerang seorang cina atas pandangan beliau tentang Islam adalah sekadar propaganda yang sengaja diperbesarkan. Pejuangan Islam dimusuhi dan yang sudah sememangnya Islam tetapi munafik menentang hukum Allah diangkat sebagai hero sejati dengan penguasaan Media, Pihak berkuasa dan propaganda. Mengugut dengan tangkapan dan kuasa yang ada, itu saha modal yang tinggal. Namun tidak semudah itu. Mereka lupa bahawa Allah yang Maha perancangan dari setiap perancangan jahat mereka aturkan. Pejuang2 Kebenaran tidak merasa rugi walau sedikit walau terpaksa rebah menyembah bumi, bermandi darah. Tidak sedikit pun rugi dari berjuang untuk menegakkan Agama Allah. Hakikat hidup didunia cuma sedetik sahaja, kesenangan yang di cari sedikit itu untuk keuntungan dunia yang amat singkat hanyalah fatomurgana runtunan nafsu iblis dan syaitan. Kelak kita akan rugi dan mendapat sesalan yang abadi.

Jangan lah kita berdiri diatas pagar dan menjadikan budaya tidak kisah atas nasib agama dan negara mengcengkam pemikiran kita. Kerosakan diperhalusi oleh Yahudi laknat yang telah disuntik melalui dasar2 pecah dan perintah, dasar negara, budaya berhibur tiada penghujung akhirat, sistem pendidikan dengan dasar pelbagai sekatan menjadikan bangsa belia muda bodoh dan mandom, memisah agama dan pemerintahan telah menjadi sistem yang berjaya diserap dalam hati nurani umat. Perkasa kan lah ilmu agar nurani kita terus teguh. Dekati dan dampingi ulamak dan seangkatanya atau kita termasukkan kedalam fitnah dajjal akhir zaman. Ayuh bangun terus perkukuh iman dan taqwa, sesungguh janji hari pembalasan yang benar akan kunjung tiba...

No comments:

Post a Comment