| http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6077-surat-tunjuk-sebab-kepada-aziz-bari-hina-uia | | Print | |
| Muhammad Faizal |
"Saya berpendapat tindakan tersebut adalah satu tragedi dan juga penghinaan kepada institusi pengajian tinggi terutamanya UIAM, yang mana kita tahu universiti tersebut adalah sebuah universiti antarabangsa yang mendapat pengiktirafan dunia. "Saya melihat seolah-olah ada tangan-tangan tentu yang mengarah agar dikeluarkan surat tunjuk sebab kepada Abdul Aziz," jelasnya ketika ditemui di parlimen. Tambah Nizar lagi, pemberian surat tunjuk sebab itu sebenarnya telah menaikkan martabat Abdul Aziz sebagai seorang profesor. Katanya, ia merupakan penghinaan kepada tokoh-tokoh akademik yang telah menggunakan kebijaksanaan mereka untuk berbincang serta membahas isu-isu yang ada di negara ini tetapi dikenakan tindakan jika tidak disenangi oleh pihak-pihak tertentu. "Saya tekankan di sini seolah-olah ada satu arahan yang dibuat oleh pihak atasan barangkali ada pihak dalam Umno Barisan Nasional yang merasakan apa yang didedahkan oleh Abdul Aziz itu akan memberi kesedaran yang meluas kepada warga akademik dan juga rakyat. "Sepatutnya yang dilakukan oleh kerajaan mahupun institusi pengajian tinggi adalah memberi kebebasan untuk mereka meluahkan pendapat kerana ia tidak melibatkan politik, malah beliau merupakan seorang profesor dan pakar dalam Perlembagaan Malaysia sudah tentu ia mempunyai sebab tertentu untuk berhujah jadi kenapa ia dihalang," sambungnya. Nizar juga berpendapat tindakan itu merupakan satu sekatan untuk tokoh akademik bebas berpendapat serta merupakan satu sejarah baru dalam dunia akademik negara ini dan akan menyebabkan seluruh dunia memandang serong kepada institusi pengajian tinggi di Malaysia. Sebelum itu, Abdul Aziz mengundang kontroversi berhubung kenyataan mengenai perlembagaan dan Raja-Raja Melayu. Menurut sumber, Abdul Aziz diberikan surat tunjuk sebab itu petang tadi tetapi tidak jelas mengenai kandungan surat tersebut. Abdul Aziz kini disiasat mengikut Akta Hasutan berikutan laporan polis Senator Ezam Mohd Nor pada 13 Oktober lalu. Difahamkan sekurang-kurangnya lima laporan polis dibuat berhubung perkara yang sama. |
KUALA LUMPUR, 19 Okt: Timbalan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar) berkata, tindakan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada pensyarah undang-undang, Profesor Abdul Aziz Bari adalah tragedi baru serta satu penghinaan kepada institusi pengajian tinggi (IPT) yang dihormati di negara ini.
"Ia mesti dihentikan serta merta kerana ia bukan sahaja pencabulan kebebasan bersuara malah pencabulan serta penghinaan terhadap kebebasan akademik," kata naib presiden PAS Salahuddin Ayub dalam satu kenyataan media hari ini.
"Yang ada hanyalah histeria dan gelagat tidak tentu arah dan melucukan dari mereka yang hendak membodek atau mereka yang sudah jenuh dilihat umum sebagai gila-gila," katanya.
“Kata Mahathir saya bersifat kurang ajar, tidak bermoral terhadap raja-raja. Adakah beliau betul?
Menurut Aziz lagi, pada 1993, Dr Mahathir juga melucutkan kekebalan raja-raja Melayu dan mahu peruntukan undang-undang supaya baginda boleh diheret dan dibicarakan di mahkamah khas.
Bagaimanapun menurut Aziz, terpulang kepada rakyat menentukan siapa sebenarnya yang bersikap kurang ajar kepada raja-raja Melayu kerana umum tahu pendirian Dr Mahathir dan Umno yang seringkali tidak tetap dan akan memihak kepada keputusan yang menguntungkan mereka.
Pada 11 Oktober lalu, kenyataan Aziz yang berkata tindakan Sultan Selangor untuk campurtangan berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja Methodist di Damansara Utama pada 3 Ogos lalu, bukan sesuatu tindakan yang lazim mencetuskan kontroversi.
Sebab itu saya tidak mahu mengeruhkan suasana. Dan saya tidak mahu terlibat dalam perbicaraan melalui media yang tidak adil ini meskipun Utusan semacam sudah menjatuhkan hukuman ke atas saya.
Tafsiran baru yang saya dapati itu kemudian menjadi salah satu hujah yang dikemukakan dalam kes Lina Joy - kes murtad - di mahkamah yang akhirnya diputuskan di pihak Islam oleh Mahkamah Persekutuan pada 2007.
Selain bab ini saya juga telah menyentuh isu ini dalam tesis PhD saya yang bertajuk The Development and Role of Constitutional Monarchy in Malaysia yang dikemukakan kepada fakulti undang-undang Universiti Birmingham, England pada penghujung 1995.
Mereka boleh menilai segala tuduhan dan kecaman yang dilemparkan oleh Awang Selamat, Zulkifli, Senator Ezam dan kawan-kawan mereka kepada saya selama seminggu ini. Selain itu takkan mereka tidak pernah mengikuti kolum-kolum saya dalam akhbar Sinar Harian (2008-2010) dan Sunday Sun(1996-1998) . Lebih menghairankan lagi saya telah banyak kali diwawancara oleh Mingguan Malaysia sendiri dalam isu-isu itu; beberapa kali selepas pilihan raya umum 2008.
Saya terkejut bila Awang menghentam saya hari ini. Saya tidak anggap Zulkifli dan Ezam penting sangat, maklumlah mereka orang politik. Tetapi saya menunggu tawaran sebuah stesen TV web yang bercadang mengadakan debat antara orang buangan PKR itu dengan saya.
Hatta dalam tragedi Natrah yang menyayat hati di Singapura pada 1950 itu pun kita tidak tahu di mana Umno sebenarnya. Isu itu adalah isu Islam yang melibatkan orang Melayu.
"Tidak ada kebenaran dalam dakwaan bahawa Malaysiakini akan dijual kepada syarikat berkepentingan Umno," kata Premesh.
"Kami telah meminta Malaysia Chronicle untuk menarik balik cerita mereka dengan segera," kata Premesh, sambil menambah bahawa portal berita itu tidak menghubungiMalaysiakini untuk pengesahan berita berkenaan.
Pemegang saham kedua terbesar pula adalah sebuah pelabur media antarabangsa - Media Development Loan Fund atau Tabung Pinjaman Pembangunan Media - yang membeli hampir 30 peratus saham dalamMalaysiakini pada 2002.