Tuesday, March 20, 2012

Lynas, agenda perniagaan atau kebaikan untuk masyarakat

http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=33467#533114 

Diedit By Taufan....... 


Di sini aku kumpulkan segala maklumat berkaitan LYNAS.. PRO atau KONTRA.. Selepas ini jika masih nak buat penambahan.. sila PM aku untuk dibuka LOCK 
.............................................. 
PRO.. 

Saya impikan malaysia ada kereta sepenuhnya kuasa elektrik tak payah isi minyak ulang alik kerja. Krt murah bawah 100k 

Saya impikan kalau nak balik terengganu atau kelantan blh naik krt api laju lebih 400km/j, tak sampai 2 jam dah boleh balik rumah dari KL. atau keje kl blh ulang alik balik rmh kat terengganu setiap hari. belanja yg murah dari isi minyak dan tol hari-hari ke KL. tak perlu sesak dijalan raya setiap raya korban 

tapi kita semua tahu suatu hari nanti, kita akan kehabisan bekalan minyak mentah dunia. impian diatas diatas bagi saya perlu diperjuangkan sebelum terlambat walaupun hidup selesa skrg. 

Tenaga altenatif skrg byk bergantung kepada kemampuan 'storage' atau beteri yg merupakan kelemahan utama berbanding dgn tenaga fosil. 

Sebagai seorg yg baru mempunyai phd dalam alam sekitar khusus bahagian tanah terpanggil juga utk kita sama2 bincang Lynas ni tanpa berpaksikan pada politik atau prejudis. Saya yakin ramai dah baca berita buruk mengenai Lynas, tapi secara peribadi saya dapati byk difitnah seperti tak buat EIA dan sebagainya. tidak sekadar fitnah lisan mereka sebarkan broshure utk org awam yg tak tau menahu untuk bangkit marah. tak perlulah kita bincangkan hukumnya. Majlis penerangan umum yang hendak dibuat di herdik dan dikacau oleh golongan2 yg hanya kerana motif politik walaupun turut hadir dalam majlis tersebut wakil2 yg mempunyai kepakaran yg layak. saya teringat hadis nabi yang menyebut 'lenyap ilmu kerana lupa, rosak ilmu kerana yang membicarakanya bukan ahlinya'. Ahli nuklear YB Pas hulu Langat tak silap juga pernah memberi penerangan secara ilmiah implikasi projek ini sekitar 2 tahun lepas dan saya yakin sehingga sekarang YB masih tidak mengubahnya dan YB boleh dirujuk semula. namun saya nampak hujah fitnah dari mereka tidak pakar lagi mudah mempengaruhi org ramai. 

Tulisan-tulisan yg diambil dari penulis dari US bg saya mempunyai motif utk menjatuh Lynas dijadikan hujah. Mereka sendiri byk mengusahakan 'rare earth' untuk persediaan kehabisan bekalan dunia. China tidak mengeksport rare earth tetapi menggunakan sepenuhnya utk domestik. Bagi saya jelas syarikat US cemburu jika kita sendiri mempunyai kemampuan sendiri untuk memproses menghasilkan product seperti beteri utk kereta hybrid, track keretapi laju dll tanpa import dari mereka. Saya bukan ada kepentingan dlm Lynas tapi ada harapan utk negara kita maju dgn teknologi hijau. kalau dpt kita buka perbincangan secara hati terbuka. 
--------------------------------------------------- 
info yg saya dapat dari Nuklear Malaysia june 2010, 
Lynas akan memproses 80,000 tan bijih lanthanide setiap tahun untuk menghasilkan 22,500 lanthanide oxide utk dibekalkan luar dan dlm negara. 

malaysia berpeluang utk mengeluarkan kereta hybrid dari product ini. 

terdapat 3 jenis sisa buangan(by product) iaitu Gypsum Sintetik (FGD), Gypsum yang kaya dgn magnesium (NUF), dan Fospogysum Besi (WLP) 

FGD dan NUF bukan radioaktif dan blh dijual semula sebagai kompenan baja dan sebagainya. 

WLP sisa radioaktif 0.165% dan ikut piawaian antarabangsa bhn bukan radioaktif ialah 0.05%. 

Menurut SIRIM & PHYSALIA (consultan dari UK) hasil proses semula bhn WLP yang diproses oleh Lynas melalui ANSTO kandungannya tidak lagi toksik pada pada paras 0.03% dan selamat untuk kegunaan awam. Bahan tersebut dicadangkan sebagai kompenan membuat jalan tar, skrg masih peringkat kajian Pelesenan Tenaga Atom. 

Lynas menuju kearah zero waste management 
------------------------------------------- 
ms3 
Kelulusan EIA Pahang seblm memulakan project, diorg dah ada EIA 
 

ms4 
Kelulusan bahagian tenaga atom 
 


----------------------------------------------------- 
sisa dia bukan mcm minyak, gypsum yg stabil. tak mudah larut air. jika tumpah tengah bandar kuantan boleh bersih pakai air sahaja tak payah tutup jalan. lain kalau lori petrol terbalik, jalan kene tutup dan org ramai tak boleh dekat. Kenyataan seorg doktor haiwan kata habuk dari sisa lynas kalau sedut 1 partikel saja blh menyebabkan kanser tak saintifik. Jika sisa itu sendiri dah selamat tak perlu bimbang sgt la kalau letak di landfill. DOE menetapkan samaada sisa selamat atau tidak mesti letak kat landfill, Lynas ada landfill sendiri. Landfill bocor sebab tak ikut spec DOE blh saman, impak kebocoran pun minimum mcm dlm report. kalau benda itu sukar larut air (kecuali sgt asidik yg tak mungkin pada air dlm tanah). 

Sisa Lynas sgt rendah dosnya seperti ambik x-ray setiap 100 tahun. kalau tanya saya bila ia blh stabil, sisa tu saya campur tanah terus tak jadi bahan radioaktif. tak payah tunggu ribu tahun. 

Saya sendiri pernah ukur bacaan quary dust salah satu quary kat terengganu yg guna utk buat jalan di trg dan pahang. hampir menyamai dos dari sisa Lynas. Tak pernah saya dgr ramai kene kanser kerana duduk dekat jalan. 

saya pernah tanya pada Lynas begitu byk sisa nak simpan ke landfill kat pahang ke? Diorg kata akan digunakan utk buat bahan binaan, baja dan jalan. Pendek kata mereka menuju zero waste, ia akan dipakai diseluruh negara. jadi takde isu buang di pahang. 

--------------------------------------------------------- 
http://www.lynascorp.com/content/upload/files/Announcements/2011/IAEA_Announcement_300611.pdf 







----------------------------- 
KONTRA 


Apa yang anda perlu tahu berkenaan dengan Sinaran Alfa dan Lynas. 

Terdapat beberapa jenis sinaran radioaktif yang dibebaskan oleh bahan beradioaktif. Sinaran Alfa, Sinaran Beta dan Sinaran Gamma. 

Thorium, yang terdapat di dalam sisa buangan Lynas membebaskan sinaran alfa sepanjang jangka hayatnya, iaitu selama 14,000,000,000 tahun. 

Sinaran alfa adalah sinaran yang paling lemah diantara ketiga tiga jenis sinaran radioaktif. Ia begitu lemah sehingga ia tidak dapat menembus sehelai kertas biasa. 

Jadi Lynas sedang berhujah bahawa sisanya hanya mengandungi sisa toksik radioaktif yang lemah dan disitulah ia berharap hujah tersebut akan berakhir. 

Tubuh manusia dan mamalia lain amat tahan dan lut terhadap kesan kesan sinaran radioaktif. Manusia biasanya boleh selamat daripada satu dos sinaran radioaktif yang sangat tinggi untuk seketika. 

Jika kita lihat contoh yang diberikan oleh Lynas, memang amat selamat untuk menaiki kapal terbang walaupun anda akan terkena sinaran radiasi jika kapaltebang anda naiki terbang melalu kutub utara atau kutub selatan. Juruterbang yang melalui kawasan yang sama saban setiap hari pun tidak akan kena kesan yang berpanjangan. 

Begitu juga bila Lynas kata bahawa Bitumen / turap jalan mengandungi sisa radiasi lebih daripada sisa Lynas tetapi bitumen selamat. Betul kata mereka. Bitumen yang di lombong secara semula jadi memang mengandungi Thorium beradioaktif. Tetapi ianya selamat kerana sinaran alfa yang saya sebutkan boleh di tepis oleh kain baju kita. ( Bitumen yang digunakan di Malaysia tiada Thorium sebab ia adalah hasil penapisan minyak mentah dan bukan di bitumen semulajadi yang di lombong. ) 

Lynas kata batu granite yang di gunakan sebagai jubin alas dinding dan lantai rumah kita ada sinaran radiasi. Betul kata mereka. Ia selamat dan tidak mengangu kesihatan kita kerana radiasi tersebut adalah daripada sumber luar daripada badan kita. 

Jadi mengapa kita berkata sisa Lynas adalah lebih berbahaya walaupun jika kita terima alasan mereka yang sisa mereka mempunyai kandungan Thorium yang rendah?? 

Sebab jika kita mengkaji sisa toksik beradioaktif, kita harus beri perhatian kepada dua perkara yang berbeza. 

Kekuatan sinaran radioaktif itu sendiri, dan kebolehan sisa tersebut menjadi pencemar biologi. 

Dua perkara ini amat berbeza. 

Dua perkara ini berlainan dan membahayakan kesihatan manusia dalam cara dan kadar yang amat berbeza. 

Sinaran radioaktif daripada sumber luar badan,tidak begitu merbahaya jika di bandingkan dengan sinaran radioaktif daripada sumber dalam badan 

Sisa radioaktif yang masuk kedalam badan kita dikelaskan sebagai pencemaran biologi. 

Sisa yang mengeluarkan sinaran alfa yang dulunya begitu lemah dimana sehelai kertas boleh menghalangnya kini menjadi sesuatu yang amat amat berbeza. 

Bayangkan sebutir sisa radioaktif yang sedang berada didalam saluran darah atau daging tubuh kita dan sedang memancarkan sinarannya keatas isi didalam badan yang tiada apa apa pertahanan. Kini, kuasa sinaran radioaktif tersebut menjadi beribu ribu kali lebih berbisa. 

Seorang lelaki bernama Alexander Litvinenko telah mati di bunuh dengan racun sisa radioaktif pada tahun 2006. Dia mati di dalam sepuluh hari terkena racun tersebut. Racun tersebut dimasukkan kedalam teh yang dia minum. Letvinenko mati dalam jangkamasa yang begitu pendek kerana jumlah racun sisa radioaktif yang telah digunakkan keatasnya amat banyak. 

Berapa banyak di gunakan? sebanyak 0.000001 Kg. Ia tuan tuan, jumlah yang dianggap begitu banyak sebenarnya lebih kecil dari sebutir debu pasiran yang biasanya di bawa angin. (http://en.wikipedia.org/wiki/Alexander_Litvinenko ) 

Jika kita lap meja, atas almari dan lantai rumah kita setiap hari, kita boleh mendapati jumlah debu yang dibawa angin adalah lebih kurang 50 gram. Sekarang cuba bayangkan debu tersebut ada bercampur dengan bahan beradioaktif. 

Jadi andaian Lynas bahawa Thorium adalah berat dan tidak boleh terbang adalah sesuatu yang tidak betul. 

Jumlah Thorium yang diperlukan untuk memendekkan jangka hayat seorang manusia adalah amat amat kecil. Jika debu beradioaktif ini masuk kedalam peparu ketika kita bernafas, peluang untuk kita kena penyakit barah adalah amat amat tinggi. 

Kajian menunjukkan penduduk persisiran persiaran pantai Amerika Syarikat telah kena pencemaran biologi akibat letupan Loji Nuklear Fukushima Jepun. Mereka berada di dalam bahaya bukan kerana sinaran radioaktif daripada luar tetapi daripada pencemaran biologi. ( http://www.chrismartenson.com/martensonreport/part-2-arnie-gundersen-interview-protecting-yourself-if-situation-worsens#comments ) 

Sisa Lynas hanya boleh dikatakan tidak merbahaya jika sisa tersebut di masukkan dan di tutup kedap sebaik sahaja sisa tersebut dihasilkan. Tetapi ini bukan apa yang akan di buat oleh Lynas. 

Sisa Lynas akan diletakkan di dalam sebuah kolam terbuka sebesar 8 ekar atau lebih dan dibiarkan berada di situ untuk selama kilang tersebut beroperasi. Cuaca panas dan tiupan angin dan bayu laut akan memastikan sisa beradioaktif ini menjadi debu dan berterbangan. 

Lagi satu masalah yang amat membimbangkan adalah alat alat pengesan kebocoran radioaktif tidak dapat mengesan sisa radioaktif yang berterbangan ini. 

Jadi, anda mungkin jatuh sakit dan mati tanpa mengetahui apa punca sebenar penyakit anda yang datang dengan mendadak. 

Jika alat pengesan bahan radioaktif tersebut berbunyi, nescaya ia sudah terlalu lambat untuk beribu ribu orang yang tinggal berhampiran kawasan kilang tersebut. 

Jadi perbandingan Lynas dengan menaiki kapal terbang atau bitumen adalah satu perbandingan yang salah, jika tidak satu pembohongan untuk menutup mata kita. 

Dengan membenarkan Lynas beroperasi di Gebeng Kuantan, persoalannya bukan lagi jika ada yang akan sakit, tetapi berapa ramai yang akan sakit dan mati lebih cepat daripada yang sepatutnya. 

Lynas tidak akan menyumbang kepada kesejahteraan penduduk Kuantan dan Rakyat Malaysia. Jauh daripada itu, ia akan memusnahkan kehidupan kita sejagat. 

Persoalan yang belum dijawab ialah berapa cepat masalah ini akan mula berlaku dan bukan lagi jika ia akan berlaku. 
------------------------------------------------------ 
 

--------------------------- 
Thorium 232 Lebih Bahaya Dari Uranium 
Penulisan saya ini mungkin sedikit mengelirukan bagi sesetengah pihak yang tidak arif tentang istilah atom-atom/nukleas dalam mineral beradioaktif. Saya telah cuba mempermudahkan penjelasan. 

Para pengkaji yang menyokong penggunaan Thorium sebagai bahan mentah untuk loji penjanaan elektrik berkuasa nuklear berpendapat bahawa Thorium adalah selamat dan sisa Thorium menghasilkan kadar radioaktif yang rendah. Mereka juga berpendapat bahawa Thorium hanya perlu disimpan selama 500 tahun sebelum radioaktif dineutralkan berbanding Uranium yang perlu disimpan selama beratus ribu tahun lamanya untuk meneutralkan radioaktif. Pendapat mereka ini adalah SALAH. Dibawah ini saya sertakan penjelasan yang ringkas tentang apa yang sebenarnya berlaku selepas Thorium dibakar/diguna sebagai bahan mentah di loji penjanaan elektrik berkuasa nuklear. 

Sewaktu Thorium diaktifkan/dibakar sebagai bahan mentah di loji nuklear, atom-atom Thorium akan terpisah/berpecah kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil. Pecahan yang berlaku akan menghasilkan Technetium-99 dan ianya hanya dapat dilupuskan atau dineutralkan selepas 200,000 tahun. Walaupun pecahan/pembahagian Thorium bukanlah sama dengan pecahan/pembahagian yang berlaku pada Uranium, tetapi hasilnya adalah sama. Uranium juga menghasilkan atom-atom yang sama sepertimana dihasilkan oleh Thorium. Justeru samada kita menggunakan Thorium ataupun Uranium sebagai bahan mentah untuk loji nuklear, ianya harus dilupuskan dengan cara yang sama kerana radioaktif mereka adalah hampir sama . 

Sekiranya sisa dari bahan mentah yang telah digunakan ini tidak diproses kembali, Thorium-232 akan terhasil dan Thorium 232 hanya boleh dineutralkan dalam jangkamasa 14 billion tahun. Ini akan menyebabkan sisa radioaktif terkumpul dengan banyak dalam loji nuklear. 

Penggunaan Thorium 232 juga menghasilkan Thorium 238 dan kedua-dua kumpulan Thorium ini adalah sangat-sangat merbahaya kepada manusia. Sekiranya kita terhidu Thorium 232 sebesar hama sekalipun, sistem dalaman badan kita akan musnah atau terjejas. Isipadu radioaktif yang terhasil melalui Thorium 232 dan Thorium 238 adalah jauh lebih tinggi dari penghasilan radioaktif dari sisa Uranium. 

Saya pernah menulis bahawa Thorium adalah 200 kali lebih berkuasa dari Uranium. Ini juga berlaku sekiranya manusia atau apa-apa haiwan terhidu Thorium 232 atau 238. Atom dari Thorium 232 dan 238 boleh memusnahkan tulang manusia 200 kali ganda lebih cepat dari Uranium 232. 
-------------------------------------- 

Satu sesi ceramah telah dianjurkan oleh Save Malaysia pada 5 Jun lalu di Tingkat Atas GC Curry House Jalan Air Putih Kuantan. Beberapa perkara yang tidak dimaklumkan oleh Lynas dan tidak pernah diberitahu kepada rakyat telah didedahkan oleh Dr.Lee Che Chong (foto). Beliau berkongsi pengetahuan keseluruhan tentang operasi kilang pemprosesan rare earth Lynas di Gebeng. 



Beliau mendapat Doktor Falsafah (PHD) dalam jurusan kejuruteraan dan sains kakisan (corrosion science and engineering) dari University of Manchester, UK dan berkelayakan sebagai perunding kejuruteraan serta terlibat dalam bidang tersebut selama 7 tahun. Beliau juga dilahir dan dibesarkan di Kuantan. Dr. Lee berkata, menurut laporan yang disediakan oleh Lynas, Lynas Advance Material Plant(LAMP) akan menghasilkan 11,000ton rare earth tulen pada tahun pertama dan 22,000ton pada tahun seterusnya. Ikut pasaran sekarang, harga jualan satu kilogram (KG) rare earth tulen adalah USD$180. Malah, LAMP itu akan menghasilkan air buangan sebanyak 500ton sejam, gas buangan sebanyak 100,000meter padu sejam, dan sisa simen yang mempunyai elemen beradiasi (Iron-phosphogypsum) sebanyak 64,000 ton dimana kandungan Thorium adalah 1655 ppm (atau 106ton) dan Uranium adalah 87 ppm (atau 5.6ton). Di samping itu, nilai eksport hasil Lynas itu dijangka boleh mencapai RM8 Billion setahun tetapi dikecualikan tax selama 12 tahun ( insentif tax) yang yang diberi oleh Kerajaan Malaysia. 








"Dan itu hanya terjadi apabila kecekapan proses adalah 100%," kata Dr. Lee. "Semua orang faham, adakah kecekapan 100% boleh berlaku ? Dalam proses kimia, ada proses yang kecekapan hanya setinggi 70%, " kata pakar kejuruteraan kimia tersebut. Merujuk kepada gambar atas yang menunjukkan langkah proses LAMP itu, jika kecekapan proses tidak mencapai 100% atau tidak cekap, kemungkinan amat besar, pencemaran radiasi akan berlaku melalui gas buangan, air buangan dan juga sisa buangan yang awalnya didakwa tidak beradiasi itu. Jumlah sisa buangan tersebut akan mencapai 231800 ton setahun (Gypsum 55,800ton/tahun + Magnesium-rich Gypsum 176,000ton/tahun). 

Lynas Advance Material Plant(LAMP) adalah Kilang pemprosesan rare earth yang berkemungkinan amat besar untuk memusnahkan alam sekitar dan menjejaskan kesihatan penduduk yang tinggal sekitar 30km darinya yang berpopulasi 700 ribu orang, termasuk kawasan Balok, Kemaman dan Kuantan. Namun, Lynas diberi cuti cukai selama 12 tahun dan Rakyat Malaysia pula akan terpaksa memikul tanggungjawab yang tidak munasabah, iaitu menjaga tempat simpan sisa radioaktif merbahaya untuk selama-lamanya. Dalam sesi ceramah itu, Dr. Lee Chee Hong juga amat menekankan jenis radiasi yang pihak Lynas tidak menjelaskan, tapi itu yang sangat penting, iaitu Radiasi Luaran & Radiasi Dalaman, terutamanya ramai yang tidak sedar tentang kejadian radiasi dalaman yang sangat merbahaya dan dasyat."Memang tidak salah Yang Berhormat Menteri Besar Pahang berkata bahawa radiasi yang dilkeluarkan oleh bitumen dan telefon bimbit jauh lebih tinggi daripada sampel tanah rare earth itu," ringkas kata Doktor Falsafah dalam jurusan kejuruteraan dan sains kakisan itu. "Tapi, persoalannya ialah yang diberitahu itu cuma bahagian radiasi luaran, bagaimana pula dengan kesan radiasi dalaman yang berpuncakan proses dan juga sisa beradiasi Lynas tersebut?" 

Adakah pihak Lynas dapat memberi jaminan 100% bahawa habuk-habuk yang beradiasi dari kilang pemprosesan itu tidak tersebar ke alam sekitar? Jawapannya jelas, TIDAK. Apabila habuk ataupun partikel radioaktif termasuk dalam tubuh badan manusia atau sebarang hudupan, radiasi dalaman terjadi dan pada jarak yang sedekat 1micron (0.000 001 meter) antara punca radiasi dan sel badan, sinaran radiasi(alpha atau beta) yang dilkeluarkan daripada partikel-partikel beradiasi itu cukup membawa kemusnahan kepada sel dalam badan, terutamanya perubahan terhadap DNA. Berikut adalah satu chart yang menunjukkan proses pelupusan radioaktif pada unsur utama sisa beradiasi kilang Lynas itu, iaitu Thorium. 


Thorium ataupun Thorium-232 merupakan satu unsur kimia radioaktif yang amat tidak stabil, ia akan terus melupus dan juga bertukarbentuk seperti yang ditunjuk dalam chart tersebut. Dan pada setiap proses tukarbentuk, sinaran radiasi alpha atau beta akan dipancarkan. Dari segi kimia, setengah-hayat Thorium-232 mengambil masa selama 14,050 juta tahun ! Bayangkanlah proses pelupusan partikel radioaktif itu berterusan dalam tubuh badan kita! Seperti dalam chart itu, Thorium akan bertukarbentuk antara pelbagai unsur (Th, Ra, Ac, Po, Bi, Tl dan Pb), dan sinaran alpha atau beta terpancar. Antaranya, Dr. Lee menekankan unsur Radon(Rn) dan Lead (Pb) selain daripada Thorium (Th). Beliau menjelaskan bahawa (seperti yang ditulis dalam bahasa mandarin). Radon adalah sejenis gas yang tidak berwarna, tidak berbau, dan lebih berat daripada udara, Radon juga ialah satu unsur yang beradiasi(radioaktif). Radon turut membawa kemusnahan kepada sel badan dan mengakibatkan kanser. Lead ataupun Plumbum (Pb) adalah logam berat yang jenis neurotoksin (wikipedia.org/). Lead boleh membawa kemusnahan terhadap sistem saraf mengakibatkan penyakit pada otak. Keterlaluannya turut akibatkan penyakit serius pada darah. Sumber : FB Stv ZongLiang 

........................................................................... 

Loji Lynas di Kuantan akan menjadi satu lagi mimpi ngeri. Lanthamide (nadir bumi) dari Australia yang akan diimport oleh Lynas ke Malaysia mengandungi thorium dan uranium, di mana pemperosesan di Kuantan akan menghasilkan sejumlah besar sisa radioaktif. 

Seterusnya, ada sesuatu yang tidak kena dengan seluruh proses kajian semula terhadap loji Lynas. Terdapat dua proses kelulusan yang berasingan iaitu Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) di bawah Jabatan Alam Sekitar (JAS) di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (MNRE) dan Penilaian Kesan Radiologi (RIA) di bawah Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). 

Di luar pengetahuan orang ramai, Penilaian Kesan Alam Sekitar Awal (PEIA) untuk Lynas tidak meliputi faktor radiasi dan kesihatan. Pada hakikatnya, PEIA tidak menjelaskan pengecualian aspek radiasi daripada skop EIA dalam pengenalannya. Sebaliknya, pengecualian itu hanya dinyatakan secara khusus dalam bab kemudian, contohnya Bab 8 ‘Ringkasan dan Rumusan’ (muka 8-13). 

Sebagai tambahan, PEIA ada menyebut tentang Penilaian Kesan Radiologi (RIA) tetapi dalam keadaan yang tidak jelas. Contohnya, dalam Bab 2 PEIA, ia menyatakan ‘Agensi Nuklear Malaysia (MNA), perunding radiologi yang dilantik oleh Lynas pada ketika ini sedang berusa mengenal pasti dalam isu-isu keselamatan radiasi berhubung penyimpanan, pengendalian dan pengangkutan lanthamide’. 

Pada akhir Bab 3, PEIA menyebut buat pertama kali bahawa sisa yang dihasilkan dalam operasi loji adalah berradioaktif dan penyimpanannya akan dilakukan menurut saranan berdasarkan kepada ‘Penilaian Kesan Radiologi’ MNA yang dijalankan untuk projek itu (muka 3-7). 

Projek Lynas dengan segera mendapat kelulusan JAS Negeri Pahang, iaitu Cuma dalam tempoh dua atau tiga minggu selepas penyerahan cadangannya. JAS menerima PEIA pada 21 Januari 2008 dan diluluskan pada awal Februari. Bagi projek sebegitu komplek yang melibatkan bahaya radiasi dengan cadangan pengurusan, penyimpanan, dan pelupusan sisa yang kabur, kelulusan segera tersebut menimbulkan persoalan yang serius. 

Ini terutamanya apabila PEIA diserahkan dan diluluskan, RIA mengenai isu keselamatan radiasi masih dalam proses sedang ditulis oleh MNA untuk diserahkan kepada AELB. Sehubungan dengan perkara ini, kami berasa bimbang: 

Pertama, bagaimana PEIA boleh menyarankan Pilihan Binaan (muka 3-Cool apabila isu keselamatan radiasi masih belum dipertimbangkan? Bagaimana JAS negeri meluluskan PEIA dengan keadaan tergesa-gesa? 

Perlu diingat bahawa dalam PEIA, cadangan pengurusan sisa adalah kabur dan tidak mencukupi. Ia termasuklah perkara berikut: 

Ruang untuk sel simpanan sisa bawah tanah amat terhad memandangkan air bawah tanah amat dekat dengan permukaan; 
Kawasan itu juga mudah terjejas kepada mendapan kerana ia adalah bekas kawasan tanah paya; 
Pelepasan sisa berbahaya ke dalam Sungai Balok dan seterusnya ke laut; 
Sisa radioaktif beracun dan berbahaya yang sepatutnya disimpan dengan teliti dalam kolam khas dan sel simpanan di tapaknya tetapi dicadangkan untuk digunakan semula sebagai baja, konkrit, papan plaster, untuk jalan dan sebagainya (muka 5-58, 59). 

Kedua, terdapat RIA yang bebas daripada PEIA bermakna kini wujud dua penilaian kesan yang selari dan bebas. Ini berbahaya kepada seluruh proses kajian semula. Di bawah undang-undang alam sekitar Malaysia, JAS adalah pihak berkuasa penyelaras utama terhadap isu berkaitan alam sekitar dan kesannya ke atas kesejahteraan rakyat negara ini. MNA dan AELB adalah penggalak teknologi nuklear dan ini mungkin menimbulkan konflik kepentingan memandangkan MNA adalah perunding yang menulis RIA untuk Lynas. 

Oleh itu, sejauhmana berkesannya JAS dalam mencapai mandatnya untuk melindungi alam sekitar dan kesejahteraan rakyat negara ini? Sejauhmana bebas dan autonominya JAS daripada MNA dan AELB? Adakah dasar dan keputusan JAS akan menjadi kurang penting berbanding kepentingan AELB? Adakah JAS terpaksa menyerahkan peranannya kepada AELB dalam perkara yang berkaitan dengan nuklear dan isu yang berkaitan dengan radiasi dan kesannya? Persoalan ini amat penting terhadap kredibiliti proses kajian semula Lynas. 

Ketiga, apakah penilaian RIA dan prosedur kelulusan di bawah AELB? Sementara proses EIA umum di bawah JAS diterbitkan secara meluas dan mudah diperolehi (contohnya dalam laman sesawang JAS), secara perbandingannya, proses RIA terus tidak diketahui. Agensi kerajaan manakah yang berada di dalam panel kelulusan RIA? Apakah kriteria untuk penilaian RIA? Kenapakah RIA dan kandungannya tidak dapat diperolehi untuk pemeriksaan pakar bebas? 

Keempat, Lynas dikehendaki untuk memohon kepada AELB lesen yang berasingan untuk menduduki, pembinaan, pengimportan bahan radioaktif, penimbunan sisa radioaktif di tapak, operasi sementara dan operasi kekal. Adalah tidak jelas jika Lynas mempunyai semua lesen untuk beroperasi. AELB berkata hanya lesen menduduki dan pembinaan yang diluluskan. 

Kelima, PEIA yang dilakukan dengan tergesa-gesa itu juga kekurangan penilaian sosio-ekonomi yang sempurna. Tiada Penilaian Manfaat Kos (CBA) dilakukan. Alasan utama yang diberikan dalam PEIA untuk saranan Pilihan Binaan untuk projek Lynas ialah pulangan ekonomi dan kewangan yang besar. 

Kekurangan analisis sosio-ekonomi yang sempurna dan CBA membuktikan cadangan Pilihan Binaan adalah tidak betul. Contohnya, apakah nilai untuk kesihatan awam, pelancongan, perikanan dan industri lain di kawasan itu dan apakah yang akan berlaku apabila ia terjejas oleh projek Lynas? Mereka juga perlu mempertimbangkan contoh kesan kesihatan jangka panjang dalam kes Asian Rare Earth di Perak, dan industri nadir bumi di China. 

Terdapat isu-isu penting yang perlu ditangani berhubung projek Lynas. Berdasarkan kepada perkara yang disebutkan di atas, CAP dan SAM menyarankan bahawa: 

Projek Lynas dihentikan dalam usaha untuk menangani isu, termasuk Pelan Pengurusan Sisa (WMP) yang menurut pakar perlombongan Australia dilaporkan sebagai berkata, ‘masih belum didedahkan oleh Lynas)’ (http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/lynas-waste-plans-unclear-says-australian-mining-expert/); 
Penilaian bersepadu dan telus perlu dilakukan untuk projek yang memerlukan EIA dan RIA. Ini boleh mencegah PEIA atau DEIA (EIA lengkap) diluluskan tanpa mengetahui sepenuhnya kesan keselamatan radiologi dalam RIA; 
DEIA diperlukan mengikut undang-undang bagi sebarang projek yang memerlukan RIA, dengan itu memastikan proses kajian semula yang lebih teliti. Ini wajar, memandangkan aktiviti kurang berbahaya memerlukan penilaian kesan alam sekitar yang lengkap. Seterusnya, tidak seperti PEIA, DEIA memastikan penyertaan awam satu mandatori; 
Analisis sosio-ekonomi yang sempurna diperlukan bagi semua EIA, sama ada peringkat awal atau terperinci; 
Ahli politik (negeri dan persekutuan) seharusnya tidak membuat dakwaan bahawa projek kontroversi itu adalah selamat memandangkan pengesahan politik yang tidak bertauliah itu menjadikan kelulusan projek itu bersifat politik, amat berat sebelah dan berbahaya. 

SM Mohamed Idris, 
Presiden, 
Persatuan Pengguna Pulau Pinang 
Sahabat Alam Malaysia 

--------------------- 



aku tampal kat sini setakat yang aku mampu. Kalau nak baca laporan keseluruhan MMA sila kehttp://drsaravananr.blogspot.com/2011/08/lynas-advanced-material-plant-what-has.html 

No comments:

Post a Comment