Wednesday, June 17, 2009

UG, Malaysiakini dan Ustz Nasarudin

Lega dengan perkembangan terkini tengtang templak TGNA kepada timbalan presiden, namun mungkin segalanya baru bermula. Sama ada kepada suasana yang lebih keruh atau sebaliknya. Namun ini semua adalah lumrah dan PAS adalah tidak berkecuali.
PKR
Masih lagi hangat adalah tentang krisis kepimpinan dalam PRK. Tak habis kemenangan calon PENANTI, rupanya ada lagi yang tak kena. Selepas Diangkat sebagai Timbalan Ketua Menteri 1, kepimpinan PKR negeri termasuk beberapa yang berjawatan Exco telah memboikot Majlis perlantikan ajk Majlis MPSP kerana tidak berpuas hati, yang dilantik adalah dikalangan ahli / bukan ahli politik yang mana kretiria nya tidak seperti mana yang dipersetujui sebelum itu. Antara krisis kepimpinan dalaman, kualiti pimpinan atau kematangan politik, yang pasti kita dapat tahu mereka memang ada masaalah. Namum itu adalah satu penapisan kepada mereka yang benar-benar iklas dalam perjuangan parti atau berkepentingan diri. Selalunya yang berkepentingan akan lari. Tiada istilah merajuk dalam perjuangan. Ia tidak boleh ada dalam kamus pemimpin seorang ahli politik. Sikap iklas adalah terus berjuang kerana dia yakin keiklasanya untuk tegakan Keadilan dan yang didokongnya masih maufakat menuntut dan mengangkat maruah rakyat.
Menilai Media
Dalam Kecoh-kecoh begini sesuatu yang menarik dan boleh kita pelajari adalah menilai sikap Media. Sikap mereka akan terserlah. Disini kita diberi peluang untuk mengkaji media yang kita tatap setiap hari sama ada mereka boleh dipercayai, media penyebar fitnah dan sebagainya. Malaysia kini adalah media yang Tabloid yang sukakan sensasi. Ia tidak menyebelahi mana2 pihak tapi sensasi adalah matlamatnya. Tajuk tidak mencerminkan isi atau isi berita tidak sama dengan kesimpulan berita yang diulas. Sikap tanggung jawab akan tajuk atau isi berita yang dihidangkan sama ada mendatangkan kesan negatif pada yang terlibat adalah soal kedua atau tidak perlu difikirkan. Kuah mesti melimpah dari pinggan. Baru sensasi... walupun selalunya kesimpulan berita cuba kembali kepada situasi sebenar sesuatu berita, namun selalu diulas secara samar. Tidak kira MCA UMNO PAS ADIL, semua mesti digangyang/ditambah hingga melimpah. Harakahdaily Lebih berhati-hati dan cermat, sebagai organ penerangan utama parti. Sikap Harakah yang lebih sensaikan Parti tidak harus dianggap satu masaalah kerana sifatnya sebagai media penerangan utama parti. Ia tidak akan melaporkan isu sensiviti parti secara terbuka atau kontra. namun sikap terlalu berhati-hati kadang-kadang tidak membantu kerana isu memerlukan penerangan. Ahli dan pembaca tidak suka tertunggu-tunggu. Ia tidak menenangkan suassana. Namun sikap itu juga ada sebabnya. Harakah lebih bersifat meletakkan kepintangan Parti dihadapan dan menjahui dari sikap membawa perpecahan. Tanggungjawab itu dilakukan dengan penuh berhati-hati. Dalam banyak pekara Harakah adalah bertanggugjawab atas apa yang disiarkanya dan bersedia dalam setiap saman yang pernah dihadapinya. Adapun Utusan Meloya jelas menunjukkan sikap talam dua muka. Walaupun sebuah akbar bersifat Nasional, ia jelas menunjukkan bahawa ia adalah media alat melayu UMNO. Bukan kerajaan BN... Tidak salah rasanya kalau kita amati sifat2 utusan, itulah sifat UMNO. Nak tahu kajilah sendiri.
UG
Semua orang faham UG bukan lah Pas Masuk UMNO. Sebagaimana yang dijelaskan, ianya adalah bersama bersefahaman dan tidak lagi bermusuhan, bersama mentadbir negara. UG meminta agar tiada lagi pembangkan sebaliknya bersatu bersama memerintah negara. Pas tetap Pas dan Umno tetap umno, dan parti2 yang lainya. Habis tu tidak kah ia suatu pekara yang baik. Kita semua idamkan agar kita semua bersatu dan melayu tidak bergaduh dan berpecah lagi. Tidakkah ini juga sikap yang dianjurkan oleh Islam.
Dengan syarat UMNO menerima Islam sebagai wadah menjalankan negara, UG boleh jadi realiti. Adakah UMNO akan menerimanya ? Dari penilaian tiada satu petunjuk menunjukan UMNO telah bersedia. UMNO masih mengambil sikap yang tidak berubah dalam menyelesaikan isu perak. Terbaru 5 ahli Parlimen PR dihalau dewan oleh Speker kerana memakai lilitan Bubarkan DUN di Dewan Rakyat, walaupun tiada satu peraturan mesyuarat menghalangnya. Laporan akbar tentang UG itu sendiri di Akbar Utusan jelas menunjukkan sikap memperlagakan pimpinan PAS dan bertujuan memecahkan maufakatan PR. Hari ini mereka siarkan Presiden buka jalan kearah UG, dibawah ada kenyataan Karpal agar Pas keluar pakatan. Hari ini berita Najib yakin Pas Ikhlas, besok berita Tok guru Selar Nasharudin. Apa anda rasa Pimpinan UMNO buat semasa berita2 ini disiarkan.... Ketawa Besar?. Terdekat sebelum muktamar Utusan sibuk menyiarkan bahawa ada krisis antara Ulama dan Profesional, Erdargon dan sebagainya. Ia berniat jahat untuk mengangu dan memeberi gambaran buruk tentang PAS. UMNO bukan sekadar tidak Ikhlas, namun kita menyaksikan yang peraturan yang diciptanya sendiri pun dikhianatinya. Terus bersikap menindas kerajaan PR adalah contohnya. Hak2 yang termaktub dalam federalisme dinafikan. Adakah UMNO mengubah sikapnya terhadap kerajaan2 PR sebagai tanda keiklasan.? ISA ? Pusat Judi ? PTPTN ah long Halal? PKFZ ? Bantuan SAR ? Propaganda tubuhkan TV ISLAM (bukankah ini lakonan)? Bertafakur di tugu negara? Kedaulatan Raja ?
Pelik
Semasa muktamar yang vokal dan jelas adalah agar UG ditolak. Ustaz Nasha sendiri menyatakan bahawa tiada lagi UG dan isu ditutup. Namun tiba2 Ustz Nasha bertemu Najib dan mengerluarkan kenyataan media. Walaupun pandangan peribadi, namun Timbalan Presiden harus sedar bahawa beliau adalah Timbalan Persiden. Belia adalah hak ramai. Tanggungjawab yang digalasnya adalah besar. Jika Negara Islam merupakan sentimen DAP, sensitivitinya mudah meletup, UG adalah sensitiviti ahli dan penyokong PAS. Amaran awal Boneka UMNO tidak diendahkah? Boneka umno adalah kenyataan awal TGNA sebelum Ustz Nasha bertemu Najib.
Penentangan
Ramai yang menentang adalah kerana mereka mengenal Umno sejak lama lagi bahkan sehingga sekarang pun Umno masih tidak berubah. Pakatan pembangkang dan negeri-negeri yang diterajui oleh pembangkang masih terus dianiayai oleh Umno sehinggakan ada yang telah di`jajah' oleh mereka. Oleh sebab itu, tidak termasuk akal oleh sesiapa yang berakal untuk mengadakan kerjasama dengan Umno. Sekiranya perlu berunding, sememangnya PR telah lama bersetuju untuk berunding dengan Umno/Bn atas beberapa isu pokok. Tetapi mengapa sehingga kini PR tidak dijemput untuk berunding? Mengapa Umno terlalu `berselera' menyambut cadangan Pas sahaja? Ada udang di sebalik batu, mungkin.
Yang Pasti
Kita tidak mahu bersama umno kerana nama perpaduan Melayu. Kerana kita Tolak dasar itu. Kita mahu dasar Islam. Kita tidak mahu nanti dilaknati Allah atas segala maksiat dan khurafat yang UMNO dilakukan. Kerana mereka tidak mahu dan bersedia berubah. Kita tidak Redo'. Kita belajar dari sejarah bahawa perjuangan kebenaran harus berada ditempat yang suci dan bersih. Hendak buat baik kenalah ada dalam jemaah yang baik juga. Jemaah tetap benar walaupun berseorangan. Tak kan nak jadi ustaz masuk geng perompak. Sebaliknya kita dari luar berdakwah kepada kumpulan perompak itu. Kita tidak mahu lompat dalam tong najis dan cuba membersihkan nya dari dalam sedangkan ahli dan pemimpinya tidak mahu dan bersedia meniggalkan najis itu. DSAI dan buat teori itu.... Cukuplah PAS pecah dua dahulu kerana bersama dengan UMNO. Akhirnya terus juga bersama maksiatnya tanpa mengendahkan teguran ulama.
Kepada Us Nasha, bermuhasabah di atas apa yang berlaku adalah penting untuk menghuraikan kekusutan ini. Adalah amat baik, bijak dan berhemah jika beliau sendiri patut dan wajar berjumpa Mursyidul Am untuk memperkatakan apa yang perlu diperkatakannya. Jika beliau merasa bersalah atau tersilap, beliau boleh memohon maaf. Begitu juga, jika Mursyidul Am merasa beliau tersalah anggap kepada `anak'nya beliau juga boleh meminta maaf. Lupakan sahaja segala bentuk tawaran dari Umno. Us Nasha tidak sesuai untuk berada di dalam Umno.
Kenyataan Mursyidul Am itu bersyarat dan wajar difahami sepenuhnya. Kini, terpulang kepada Us Nasha untuk menimbang semula apa jua tindakan beliau selepas ini. Saya percaya, tidak mudah untuk menidakkan selepas ini akan timbul suara-suara bahawa Mursyidul Am terlalu fanatik dengan PKR dan DAP. Tetapi, patutkah juga kita terlalu fanatik dengan Umno/Bn?






No comments:

Post a Comment