Tuesday, May 19, 2009

Demokrasi & Pondok Panas

Assalammualaikum warahmatulah...


Selepas pilihanraya 2 bukit dan satu batang, BN seolah-olah sudah menyedari isyarat rakyat sudah menolak mereka. Walaupun mereka tetap mendabik dada bahawa di Batang Ai mereka menang dengan majority lebih besar, tapi apa maknanya. Semua orang tahu suasana di Batang Ai tidak sama jika kita nak bandingkan dengan Bukit Gantang & Bukit Selambau. Apa perlu berasa Gah? Jika ditanya pada pengundi dan parti, yang mana lebih bermakna & berbaloi, Nikmat kemenagnan Di 2 Bukit atau di Batang Ai? Bukit Gantang ia adalah tanda aras dan luahan isi hati rakyat akan krisis rampasan kuasa kerajaan negeri. Lebih menarik Mohammad Nizar merupakan calon, MB pakatan rakyat yang menjadi sentimen utama dalam menghalalkan rampasan kuasa kerajaan negeri. Ke atas beliaulah dipalitkan segalanya fitnah, serangan, kecaman dan segala tuduhan yang melampau.
Demokrasi dan pilihanraya merupakan jalan untuk rakyat menentukan siapa patut meminpin mereka, yang selayaknya mengurus tadbir amanah dan khazanah Negara secara jujur dan adil. Intipati demokrasi adalah bilamana rakyat diberi kebebasan yang cukup dan adil dalam mendapat maklumat dan diberi pengetahuan dalam menentukan perwakilan. Demokrasi akan dianggap tidak berjaya atau cacat bilamana rakyat disekat atau tidak diberi ilmu yang cukup tentang demokrasi, hak-hak mereka dalam sebuah negara demokrasi, pengetahuan tentang sistem pemilihan yang akan mereka gunakan dalam menentukan wakil mereka. Bukan setakat itu, rakyat juga harus diberi pendidikan yang cukup lagi memuaskan dalam memahami ilmu – ilmu asas contohnya tentang keagamaan, kenegaraan, ekonomi, sains, politik dsb untuk mereka memilih secara adil. Jesteru bagi sebuah negara mundur atau meminggirkan sistem pendidikan sekurang-kurangnya kepada satu tahap yang baik atau memuaskan, maka ianya masih boleh dianggap cacat atau tidak berjaya dalam demokrasi. Malah jika didefinisikan secara lebih halus, jika rakyat umumnya yang layak untuk memilih, tidak memamahi dan menguasai asas-asas ilmu yang dinyatakan tadi maka sistem demokrasi itu masih cacat dan tidak mencapai matlamatnya. Itu adalah hakikat sistem demokrasi. Sistem yang manuasia bina dari setitis ilmu di lautan kurniaan Allah.
Dinegara-negara maju, rakyat amat jelas akan konsep ini. Mana tidaknya ia berasal dari sana. Pengetahuan tentang kenegaraan dan demokrasi adalah darah daging, turun temurun untuk setiap generasi. Jesteru menukar pemerintah, pemimpin dilakukan dalam suasana yang cukup terbuka dan bebas sudah menjadi amalan biasa bagi mereka. Sebaliknya jika kita bandingkan dinegara kita, ia umpama langit dan bumi.
Pembangkang atau mereka yang tidak serasi dengan pemerintah terpaksa melalui satu perjuangan yang cukup rumit dan payah demi menyampaikan hasrat dan wadah pembaharuan mereka pada rakyat. Sekatan, tekanan, penindasan kepada hak-hak bersuara amat mendukacitakan. Pembangkan di Malaysia terpaksa berhadapan dengan seluruh jentera media nasional dan seluruh jentera perkidmatan awam Negara. Yang ada cumalah ceramah yang terpaksa melalui kebenaran permit yang belum pasti selamat dari sekatan jalanraya, provoksi, Special branch, FRU, pemedih mata, water canon, risiko ditangkap dan pelbagai lagi. Yang ada Cuma akbar dan makalah yang begitu terhad pengeluaranya, kekangan dan rampasan. Mujur Cuma masih ada media online, namun bloggers juga sudah ada yang kena I.S.A.
Hari ini selepas beberapa kali kalah dalam PRK, SPR yang di perkuda sekali digunakan agar kebenaran disekat dari sampai ke telinga rakyat. Pondok panas yang atau pondok maklumat yang kecil ini pun menjadi mangsa. Tidak serik dengan peringantan rakyat dari tsunami PRU & PRK, mereka seperti sengaja mahu rakyat terus menghukum seterusnya talkinkan meraka dari tahta pemerintahan. Yang jelas amarah rakyat yang dahagakan demokrasi dan keadilan terus mematangkan mereka untuk terus membuat perubahan. Yang jelas pondok panas akan terus membakar semangat mereka dalam menuntut perubahan kearah Malaysia yang Baru.

No comments:

Post a Comment