Tuesday, February 7, 2012

Hasan diminta telus sebab jumpa Umno pada 2008

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menggesa bekas pemimpin parti itu, Datuk Dr Hasan Ali untuk membersihkan dirinya daripada dakwaan bercita-cita untuk menjadi menteri besar Selangor.

Hasan yang juga bekas pesuruhjaya PAS Selangor dan bekas exco kerajaan negeri itu, dipecat daripada parti itu baru-baru ini kerana menimbulkan masalah kepada parti.

NONEHusam (kiri) berkata Hasan harus telus mengenai peranannya dan sebab-sebab beliau bertemu dengan pemimpin Umno sejurus selepas pilihan raya umum 2008, dan bukan sebaliknya mencaci PAS dalam program jelajahnya.

Beliau mendedahkan bahawa Hasan telah menemui pemimpin Umno di Selangor pada 10 Mac - dua hari selepas Pakatan Rakyat memenangi lima negeri dalam pilihan raya umum tersebut, dalam percubaan untuk membentuk kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno.

"Tetapi pemimpin PAS telah menolak terus idea tersebut, maka beliau tidak berjaya dalam percubaannya untuk menjalin hubungan antara parti kita dan Umno," kata Husam ketika ditemui di Pulau Pinang.

Husam, yang juga ADUN Salor berkata, beliau berada di Kedah pada 9 Mac 2008 untuk membantu Kedah Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menubuhkan kerajaan negeri yang baru.

Pada 10 Mac beliau berada di Perak, untuk membantu menubuhkan "kerajaan rakyat" sebelum negeri itu dirampas oleh BN pada bulan April, selepas tiga ADUN meninggalkan Pakatan.

pkr taman ehsan selayang ceramah 020810 hasan ali"Saya telah dimaklumkan mengenai rancangan Hasan (kanan) kerana pada hari yang sama, beliau telah mengatur mesyuarat dengan (pemimpin) Umno dan topik perbincangan ialah untuk menggabungkan PAS dan Umno.

"Jika rancangan itu berjaya, Hasan sepatutnya menjadi menteri besar Selangor.

"Tetapi kerana prinsip dan komitmen kami kepada Pakatan Rakyat, maka pemimpin PAS menolak cadangan tersebut," tegas Husam yang juga exco kerajaan negeri Kelantan.

Hasan, ADUN Gombak Setia, telah menafikan pernah mahu menyertai Umno, dan menegaskan beliau disingkir daripada PAS kerana pendirian tegasnya mempertahankan Islam dan kempen menentang kes murtad yang "berleluasa" di kalangan umat Islam.

Tetapi, tegas Husam lagi, Hasan masih bercita-cita untuk menjadi MB, dan ini, tambah naib presiden PAS itu, terbukti melalui kecaman berterusan (Hasan) terhadap pentadbiran Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Hassan Ali dan saya

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7953-hassan-ali-dan-saya

Ada yang berpandangan saya tidak perlu melayan segala dakwaan Hassan Ali terhadap diri saya. Mereka kata biarlah dia meroyan seorang diri, semakin dia meroyan, semakin terserlah keperibadiannya yang sebenar. Saya akui, ada kebenaran nasihat dari kalangan sahabat saya itu. Pada masa yang sama, saya dapati kali ini dakwaan beliau terlalu melampau, jauh melepasi batas‘adaabul ikhtilaf’ yang perlu dihayati oleh mereka yang takut kepada azab Allah. Walaubagaimanapun, bagi yang mempunyai maklumat, walaupun sedikit, dakwaannya pasti akan ditertawakan sahaja.

Namun, bagi yang tiada maklumat langsung dan mungkin ramai juga yang begini, mereka mungkin termakan dengan tuduhan liar yang dibuat olehnya. Oleh itu, pada pendapat saya, jawapan terhadap tuduhan liar tersebut, khususnya tuduhan beliau terhadap diri saya, perlu dikemukakan. Oleh yang demikian, bagi memahami dengan jelas persoalan ini, maka perlu disingkap sedikit sejarah saya bersama Hassan Ali.

Sebelum itu, ingin saya sebut bahawa saya pernah fikirkan kesesuaian perkataan dalam beberapa istilah bahasa Melayu, termasuk istilah ‘gila talaq’. Saya hairan mengapa nenek moyang kita memilih perkataan ‘gila’ dalam istilah berkenaan sedangkan beberapa perceraian pasangan suami isteri yang saya lihat sebelum ini tiada yang menzahirkan kelakuan yang boleh disifatkan sebagai ‘gila’. Namun dalam kes Hassan Ali ianya menjadi jelas dan adalah terbukti bahawa perkataan gila amat tepat untuk diguna-pakai. Memang ada yang apabila ‘ditalaq’ menjadi gila. Pendekata, Hassan Ali sudah ‘gila talaq’ dan dalam kegilaannya, meroyan dan meracau tidak ketentuan.

SEJARAH RINGKAS

Saya dan Hassan Ali bukan baru berkenalan. Sebenarnya saya diantara yang paling gembira dengan kemasukan beliau dalam PAS pada tahun 1998. Sebagai orang yang menyertai PAS lebih awal dari beliau, iaitu pada tahun 1983, saya telah sambut kemasukan beliau dan membantu beliau setakat mana yang saya mampu. Sebagai seorang ‘baru’ dalam PAS, penerimaan beliau oleh orang ‘lama’ seperti saya pasti memudahkan pergerakan beliau di kalangan ahli lama yang lain.

Saya sering berceramah bersama beliau dan pada tahun 2003, apabila beliau dilantik Pesuruh Jaya PAS Selangor buat kali pertamanya, saya dilantik beliau sebagai Ketua Penerangan PAS Negeri Selangor. Hubungan dan kerjasama kita menjadi semakin rapat dan pada tahun 2005, apabila beliau dilantik kembali sebagai Pesuruh Jaya untuk sesi kedua, saya diminta untuk mengambil alih jawatan Bendahari yang dikosongkan oleh Tuan Haji Nasir. Pada tahun 2007, beliau dilantik sebagai Pesuruh Jaya untuk sesi ketiga, saya dilantiknya sebagai Timbalan Pesuruh Jaya 2.

Jelas sekali bahawa pada ketika itu saya tidak dianggap beliau sebagai parasittetapi sebaliknya sebagai orang kanan beliau.

DUGAAN JAWATAN MB SELANGOR

Pada tahun 2008 hubungan kita mula berubah. Perubahan bermula apabila setelah menang saya menolak usaha kerjasama dengan UMNO yang dikemukakan. Sekiranya kerjasama itu menjadi, Hassan Ali akan dilantik sebagai Menteri Besar dan itu adalah apa yang ditawarkan oleh UMNO.

Ketika usaha kerjasama dengan UMNO dijalankan, Hassan Ali pernah bertanya pada saya, “siapa patut menjadi MB Selangor?” Saya jawab sambil memandang terus ke muka beliau, “Tan Sri Abdul Khalid”. Beliau terdiam, perasaan kecewa jelas kelihatan terbayang di mukanya. Mungkin beliau merasakan saya mengkhianati dirinya. Mungkin beliau inginkan saya, sebagai orang kanannya memperjuangkan ‘haknya’ untuk menjadi MB. Mungkin bagi dirinya, itulah peranan seorang kanan. Saya tidak tahu, mungkin itulah yang difikirkannya. Beliau diam dan terus berpaling.

Pasti ada yang masih ingat bagaimana saya telah menggantinya dalam pertemuan dengan Pak Lah dan Khir Toyo. Kami berjaya menggagalkan usaha kerjasama bersama UMNO dan dengan itu cita-cita Hassan Ali untuk menjadi MB hancur berkecai.

Bermula dari saat itu saya merasakan hubungan kami sudah mula berubah dan Hassan Ali mula membawa agenda tersendiri.

MELAGA PAS DENGAN DAP & PK

Selepas Menteri Besar dilantik dan isu itu saya anggap telah selesai, saya melihat Hassan Ali berusaha untuk menimbulkan ketidak-stabilan dalam pentadbiran kerajaan PR Selangor. Beliau berusaha untuk mencari peluang untuk menunjukkan perbezaan di antara PAS dan DAP khususnya dan menimbulkan pergeseran di antara parti komponen PR. Saya beranggapan niatnya adalah untuk membuktikan kerjasama dengan DAP adalah sesuatu yang mustahil.

Saya sering menegurnya dan meminta supaya ditumpukan pada persamaan yang banyak di dalam PR. Saya ingatkan beliau akan keputusan muktamar PAS yang diadakan di Ipoh supaya PR dikukuhkan. Malangnya beliau terus dengan usahanya dengan mengatakan beliau mempunyai agenda tertentu tanpa menjelaskan apa agendanya itu.

SAYA DIPECAT SEBAGAI TPJ

Akhirnya, oleh kerana saya sering menegurnya, saya dipecat dari jawatan Timbalan Pesuruh Jaya 2 PAS Selangor pada pertengahan tahun 2008. YB Iskandar dinaikkan pangkat menjadi TPJ 2 dari TPJ 3 dan YB Dr Che Rosli dilantik menjadi TPJ 3. Itu semua saya tidak hairan, itu hak Hassan Ali sebagai PJ. Oleh itu saya tidak menjadikan pemecatan saya sebagai satu isu sepertinya sekarang. Tetapi saya telah sempat berpesan sambil saya keluar mesyuarat setelah dipecat, “ingat keputusan muktamar adalah untuk kukuhkan PR, bukan merosakkannya”.

Walaupun saya bukan lagi TPJ 2, saya tetap YDP PAS Kawasan Shah Alam. Saya tetap merupakan ahli mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor. Oleh itu saya hadir di mesyuarat Negeri dan setiap kali Hassan Ali menimbulkan isu melalui media untuk melaga-lagakan PAS dengan parti komponen PR yang lain, saya membantah dalam mesyuarat tersebut dan juga melalui media. Ini saya lakukan kerana saya sudah dapat membaca agenda dirinya. Pada masa yang sama, hubungan beliau dengan OKU UMNO semakin kukuh, termasuklah dengan Tan Sri Rozali Puncak Niaga (SYABAS).

TUDUHAN GOLONGAN ERDOGAN

Kumpulan yang menyokong beliau mula mempopularkan istilah ‘golongan Erdogan’. Istilah ini digunakan terhadap diri saya dan beberapa pimpinan Negeri dan Pusat yang lain dan kami dituduh tidak wala’ pada pimpinan dan terlalu kuat menyokong DSAI. Oleh itu, penggunaan istilah yang bertujuan untuk menghina dan menjadikan orang prejudis terhadap saya bukan perkara baru. Dulu Erdogan dan sekarang parasit. Penggunaan nama untuk tujuan menghina merupakan senjata kegemaran golongan seperti ini rupanya.

Kaedah ini membuktikan kerapuhan hujjah pihak yang cuba memburuk saya. Oleh kerana mereka tidak ada hujjah dan tidak mampu berhujjah, maka mereka menggunakan kaedah melabelkan orang atau ‘name calling’.

SAYA DAN HASSAN ALI DIKENAKAN TINDAKAN DISIPLIN

Akhirnya perbalahan kami dirujuk kepada PAS Pusat pada tahun 2009. Saya digantung semua jawatan parti selama 6 bulan. Hassan Ali didapati bersalah dan diberi amaran keras supaya tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan dasar kerajaan PR melalui media massa. Kalau ada yang tidak dipersetujui, maka hendaklah dibawa berbincang bukan diheboh melalui media.

Berbeza dengan saya, hukumannya tiada tempoh masa. Ianya berkuat-kuasa selagimana PAS bersama PR.

SOKONGAN HASSAN MERUDUM

Walaupun saya yang dikenakan tindakan yang lebih keras oleh jawatan kuasa disiplin, ahli PAS melihat dan menilai apa yang sedang berlaku. Ramai beranggapan bahawa tindakan Hassan Ali menjejas kestabilan PR dan menguntungkan pihak lawan. Maka pada tahun 2011, semasa pemilihan AJK PAS Pusat dijalankan, sokongan Hassan Ali di kalangan ahli PAS terbukti merudum.

Pada 2009 Hassan Ali mendapat undi yang ke-empat tertinggi semasa pemilihan AJK PAS Pusat. Pada 2011, beliau mendapat undi yang ke 16 tertinggi.

Dalam kes saya pula adalah sebaliknya. Pada 2009 saya tidak terpilih apabila menduduki tempat ke 23 tertinggi sedangkan hanya 18 yang tertinggi akan dipilih. Pada tahun 2011, saya mendapat undi ke 8 tertinggi.

Peribahasa menyatakan sudah jatuh ditimpa tangga. Inilah apa yang berlaku ke atas diri Hassan Ali pada tahun 2011. Setelah melihat popularitinya jatuh sedemikian rupa, beliau tidak pula dilantik untuk menjawat jawatan PJ Selangor oleh DS Presiden. Pemilihan PJ dilakukan semasa mesyuarat pertama selepas muktamar diadakan. Dalam mesyuarat itu Hassan Ali hadir dan selepas pemilihan dimuktamadkan, beliau terus keluar.

Sokongan beliau terjejas bukan sekadar di kalangan ahli, tetapi jelas, ianya juga terjejas di kalangan pimpinan.

Untuk melengkapkan kekecewaan beliau, pada penghujung tahun 2011, semasa senarai nama dikemukakan oleh cawangan untuk diturunkan sebagai calon dalam PRU ke 13, nama beliau tidak dinaikkan untuk DUN Gombak Setia. Walaupun telah dinyatakan bahawa keputusan belum muktamad dan sekiranya Gombak Setia tidak mahu, maka tempat lain bersedia, Hassan Ali tidak peduli.

Pada ketika itu, mungkin Hassan Ali melihat bahawa masa depannya bersama PAS tidak secerah dahulu. Oleh itu beliau terpaksa menyusun ‘exit strategy’atau ‘strategi untuk keluar PAS’. Inilah apa yang dapat saya rumuskan berhubung tindakan beliau semenjak peristiwa mutakhir tahun 2011 yang saya ceritakan di atas.

PEMECATAN HASSAN ALI

Bacaan saya berhubung Hassan Ali, persoalan yang paling utama baginya adalah untuk menjadi MB Selangor. Persoalan ini sering beliau sebutkan walaupun sudah bertahun-tahun selepas perlantikan Tan Sri Abdul Khalid sebagai MB Selangor.

Apabila beliau tidak lagi menjadi Pesuruh Jaya, beliau menganggap bahawa peluang beliau untuk menjadi MB melalui PAS sudah lenyap dengan begitu sahaja. Lebih-lebih lagi apabila tidak menjadi calon di kerusi yang sekuat Gombak Setia. Mungkin beliau menganggap beliau akan diletakkan di kerusi yang sukar untuk dimenangi kerana beliau bukan lagi pimpinan di Negeri Selangor.

Dengan dibekal sangkaan buruk sebegini, Hassan Ali memikirkan cara terbaik untuk beliau melepaskan diri dari berada bersama PAS tetapi dengan cara ‘terhormat’. Tiada cara lain melainkan dengan menyatakan bahawa PAS sudah tersasar dari matlamat asalnya. Ini bermakna bukan beliau yang terpesong tetapi sebaliknya PAS. Bukan beliau yang salah tetapi PAS.

Beliau terus melemparkan tuduhan bahawa PAS telah tersasar dari landasannya berkali-kali melalui media perdana dan walaupun dinasihati untuk berhenti oleh pimpinan tertinggi, beliau terus melakukannya. Oleh itu, tidaklah hairanlah apabila beliau dipecat. Beliau bukan sekadar melanggar amaran keras yang pernah diberi kepada beliau sebelum ini, beliau melampauinya.

Apabila dipecat, pada mulanya Hassan Ali mengatakan beliau tidak kisah. Selepas itu beliau kata mungkin beliau akan merayu. Selepas itu dikatakan tidak akan merayu. Begitu juga dengan pemecatan beliau sebagai exco. Pada mulanya dikatakan tidak mengapa. Kemudian ditulis surat kepada MB menyatakan tempoh rayuan belum habis. Selepas itu dikatakan tiada yang mampu melainkan dirinya. Akhirnya berkata tidak mengapa juga.

KENAPA SAYA YANG DISASARKAN

Dalam kemelut yang terhasil, Hassan Ali melihat saya sebagai punca kejatuhannya. Oleh itu saya disasarkan beliau. Dalam serangan beliau terhadap diri saya, Hassan Ali tidak kisah samada apa yang dikatakan adalah benar atau sebaliknya. Namanya roadshow untuk mempertahankan aqeedah tetapi saya dan pimpinan PAS menjadi sasaran. Mungkin beliau tidak tahu maksud perkataan ‘aqeedah’ itu dan dianggap apa sahaja yang keluar dari mulutnya adalah aqeedah. Itu saya tidak pasti.

Yang pasti beliau telah menunjukkan akhlak yang paling tercela dengan membuat tuduhan dan fitnah terhadap diri saya bahawa saya di antara yang merosakkan aqeedah ummat Islam. Dituduhnya juga saya sebagai orang yang menghalang pengharaman jualan arak, penutupan kedai judi dan rumah urut (pelacur) di Shah Alam. Amat jelas bagi saya Hassan Ali sudah gila talaq.

Bagaimanakah boleh saya menghalangnya? Kuasa apa yang ada pada saya? Saya PJ atau dia? Saya exco atau dia? Kalau benar saya ada kuasa untuk menghalang, kenapa tidak saya menghalang diri saya dari didakwa JAIS atas tuduhan mengajar tanpa tauliah?

Dalam soal pengharaman penjualan arak di kawasan ummat Islam dominan seperti di kawsan Shah Alam asal, ianya telahpun dilaksanakan tanpa kekecohan, dengan persetujuan pihak peniaga. Sebenarnya yang merampasnya dulu pun adalah pihak penguat-kuasa MBSA, bukan JAIS. MBSA bukan dibawah Hassan Ali tetapi beliau tumpang sekaki untuk dijadikannya isu.

Pada masa itu semua Ahli Majlis, termasuk yang dari DAP, telah bersetuju supaya penjualan minuman keras akan diharamkan di kawasan tersebut. Mereka hanya menunggu untuk menguatkuasakannya apabila lessen diperbaharui. Rancangannya ialah supaya disebut secara khusus larangan berkenaan dalam lessen baru. Tidak sempat lessen mati, pihak penguat-kuasa bertindak tanpa arahan dari pihak MBSA. Hanya atas arahan seorang ahli Majlis lama.

Hakikatnya kita berbeza dari segi pendekatan. Hassan Ali suka gunakan kuasanya dan suka memaksa sedangkan saya lebih cenderung kepada kaedah dakwah dan mendidik. Terhadap yang Islam dan yang bukan Islam.

KESIMPULAN

Melalui tulisan ringkas ini saya ingin memberitahu semua bahawa Hassan Ali sudah gila talaq. Maka jangan percaya apa yang dinyatakan beliau. Beliau sanggup berbohong dan memutar-belit semua perkara. Lagi beliau cakap lagi jelas kegilaannya.

Hadis Rasulullah (SAW);
Dari Abi Umaamah yang berkata, telah bersabda Rasulullah (SAW),
<“Terdapat pada orang beriman semua jenis kekurangan, kecuali khianat dan berdusta” (Dari Ahmad, Baihaqi dari Saad Bin Abi Waqas).

Hadis ini diketengahkan bukan untuk menafikan keimanan mana-mana pihak. Tetapi ianya adalah untuk menjelaskan betapa kejinya sifat khianat dan berdusta.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMA

Thursday, February 2, 2012

BM-Premium A IP BM-Premium B IP BM-Premium C IP BM-Premium D IP Penggunaan nama SMM sekarang sudah dikhianati

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7906-penggunaan-nama-smm-sekarang-sudah-dikhianati
Mohd Yusof Hadhari Saidon,03 Feb 2012

Kebelakangan ini, setelah berlalu beberapa demonstrasi, dan cara pergerakan mahasiswa, ramai pihak mula menganalisis berkenaan corak pergerakan mahasiswa ini. Sehingga ramai pihak, rakyat mahupun mahasiswa sendiri menjadi muak dan memandang buruk serta sebahagian yang lain menanti-nanti bagaimana corak dan perjuangan mahasiswa seterusnya.

Kita imbas kembali sejarah penubuhan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang kini dianggap gerakan yang mula mendapat kritikan langsung dari rakyat dan aktivis mahasiswa sendiri. Pada hujung era 90-an, Gamis melihat bahawasanya perlu kepada mahasiswa ini bergerak untuk memastikan bukan hanya isu-isu Islam tetapi bergerak juga dalam memperjuangkan isu-isu yang melibatkan hak asasi secara universal.

Pada tahun 2001 dengan isu ISA, Gamis bergabung menubuhkan Gerakan Mahasiswa Mansuhkan ISA (GMMI) kemudian pada tahun 2002 apabila Amerika menyerang Afghanistan, Gamis sekali lagi bergabung menubuhkan Gerakan Mahasiswa Anti Perang (Gempar). Tetapi gerakan-gerakan ini ianya hanya bersifat isu dan hanya sementara ataupun bergabung atas sebab isu-isu tertentu sahaja.

Pada akhir tahun 2002, Gamis mencari kesimpulan yang lebih baik, bagaimana hendak memastikan gerakan bukan hanya terhenti dengan isu tetapi pergi kepada suatu benda yang lebih besar iaitu satu solidariti di antara gerakan-gerakan mahasiswa ini baik mahasiswa Islam mahupun bukan Islam.

Pimpinan Gamis berbincang untuk mewujudkan satu pakatan dan Gamis bersama dengan Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (Dema), Persatuan untuk Belia Baru Universiti Malaya (Umany), Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa Mahasiswi (JKMI), Kelab Rakan Islah Malaysia (Karisma), Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Gabungan Anak Muda dan Pelajar (GAMP) dan banyak lagi. Bahkan pada waktu itu ada 14 front mahasiswa dan anak muda termasuk Food Not Bomb (FNB), Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) dan lainya. Hasil daripada perhimpunan gerakan-gerakan mahasiswa ini, diakhiri dengan satu kesimpulan untuk tubuhkan satu solidariti yang namanya Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM). Itu secara ringkas sejarahnya.

SMM ditubuhkan pada tahun 2002 dan pengerusi pertamanya ialah Mohd Khairol Anwar Mat Zuki juga merupakan Presiden Gamis pada masa itu. SMM hanya bergerak atas muafakat bersama, bukan bergerak atas identiti sendiri dan bagi saya sepatutnya presiden Gamis merupakan pengerusi SMM ataupun bersepakat antara front-front ini bagi memutuskan mana-mana presiden lain sama ada presiden Dema, presiden Kami atau presiden PKPIM. Bagi memastikan SMM ini bergerak atas permuafakatan bersama bukannya satu identiti yang lain atau pertubuhan yang berbeza seperti mana yang terjadi pada ketika ini.

Saya melihat penggunaan nama SMM sekarang ini sudah dikhianati oleh individu dan kumpulan tertentu. Sepatutnya tidak boleh menggunakan nama SMM jika salah satu front gabungan tidak setuju. Sebagai contoh, jika Dema setuju dengan hak kebebasan beragama tetapi front gabungan lainnya tidak bersetuju lalu itu atas nama Dema sahaja. SMM ianya tidak mengikat. Saya bagi contoh, Pakatan Rakyat (PR) yang mempunyai tiga parti iaitu PAS, PKR dan DAP. Walaupun ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi tidak terikat dengan sebarang keputusan Anwar Ibrahim kecuali permuafakatan bersama dan keterikatan itu bukan bersifat mutlak. PR berjanji ingin mansuhkan Auku jika berjaya memerintah Malaysia pada masa akan datang, atas permuafakatan bersama PAS, PR dan DAP mesti melaksanakannya.

SMM dalam satu-satu keputusan dan gerakan yang ingin dibuat, mesti disepakati oleh semua front gabungan. Jika satu sahaja front tidak bersetuju, kita tidak boleh namakan statement kita, gerakan kita atas nama SMM, tetapi hanya nama individu. Saya berpandangan, keadaan ini perlu dipandang serius oleh semua aktivis dan gerakan mahasiswa. Saya cadangkan setiap kenyataan media yang dibuat SMM, memorandum dan sebagainya, mesti lampirkan persetujuan bersama Gamis, Karisma, Dema dan PKPIM. Jika tidak dilampirkan atau salah satu nama front tidak ada, jangan sesuka hati menggunakan nama SMM. Bagi saya, Gamis, Karisma, Dema dan PKPIM perlu bertegas soal ini, kerana mahasiswa dan rakyat melihat setiap tindakan SMM atas kebersamaan front-front yang ada dalam gabungannya.

Saya berharap, Gamis, Karisma, Dema dan PKPIM perlu nyatakan pendirian tegas, supaya gerakan yang dibuat tidak disalah tafsir oleh rakyat mahupun mahasiswa. Akhirnya, semoga gerakan mahasiswa dapat mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap gerakan mahasiswa dan terus menjadi ikon masyarakat dan pandangan mahasiswa terus dihormati.

Penulis adalah aktivis mahasiswa dan mantan Ketua Penerangan Gamis 2010/2011

KB Sentral, Tunjong bakal tarik pelaburan RM10 bilion

Mohd Rashidi Hassan,02 Feb 2012

TAHUN ini adalah tahun melawat Kelantan atau dikenali dalam kalendar pelancongan sebagai Visit Kelantan Year 2012 atau TMK@12, yang dilancarkan Menteri Besar, Dato' Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini.

Kelantan bukan sahaja merupakan sebuah destinasi yang unik, ia juga merupakan sebuah negeri yang paling ramai penduduk Melayu beragama Islam yang ditadbir oleh PAS sejak sekian lama.

Kelantan yang terletak di utara Pantai Timur Semenanjung Malaysia, merangkumi tanah seluas 14,922 kaki persegi, dengan Kota Bharu sebagai ibu negeri.

Ekonomi Kelantan adalah berasaskan pertanian padi, getah dan tembakau. Kegiatan menangkap ikan di persisiran pantai sepanjang 96 kilometer turut merupakan aktiviti ekonomi yang penting.

Industri kecil-kecilan yang menggunakan kemahiran tradisi dalam penghasilan kraftangan seperti batik, ukiran kayu dan tenunan songket juga agak meluas.
Selain itu, kegiatan pembalakan juga aktif kerana ia keluasan hutan Kelantan masih banyak. Beberapa tahun kebelakangan ini, pelancongan, terutamanya ke pulau-pulau makin popular.

Pasar Besar Siti Khadijah di pusat bandar Kota Bharu masih merupakan tarikan utama. Kebanyakan peniaga di sini adalah wanita dengan deria perniagaan bagus. Wanita di Kelantan adalah penggerak utama dalam ekonomi perniagaan.

Namun, Kelantan dikategorikan antara negeri termiskin di Malaysia, dengan KDNK per kapita sekitar RM6,000, iaitu kira-kira satu pertiga negeri kaya seperti Selangor dan Pulau Pinang. Bagaimanapun, ramai penduduk Kelantan yang bekerja sendiri, termasuk ramai profesional Melayu Kelantan yang bertebaran di seluruh pelusuk negeri, tetapi data-data ini tidak termasuk dalam perkiraan KDNK.

Walaupun Kelantan merupakan lokasi strategik bagi ekonomi yang menghubungkan negara-negara dagang di rantau sekitar Indo China, tetapi ia disisihkan Kerajaan Barisan Nasional yang menguasai Kerajaan Pusat.

Orang-orang Melayu Kelantan cuba disisihkan oleh Umno-BN dari arus pembangunan. Kesan daripada diskriminasi yang dilakukan kerajaan pusat sejak sekian lama, pelaburan asing disekat dan pembangunan dihadkan.

Malah, yang paling jelek dilakukan pemimpin Umno-BN yang memerintah ialah menafikan hak rakyat Kelantan menikmati royalti petroleum dari bumi mereka sendiri dan menggunakan hab di negara asing untuk mengeluarkan hasil petroleum dari perairan Kelantan, walaupun dari jarak batu nautikanya, pesisir pantai Bachok lebih dekat dengan kawasan penggalian.

Semasa Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri, Kelantan dimasukkan dalam kelompok Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) bersama Terengganu dan Pahang.

ECER adalah satu projek mega yang dirancang oleh kerajaan pusat, dilancar Abdullah pada tahun 2007. Ia mensasarkan lima teras ekonomi iaitu pelancongan, minyak gas dan petrokimia, pembuatan, pertanian, dan pendidikan.

ECER dirangka kononnya untuk menggerakkan pembangunan bagi menangani ketidakseimbangan ekonomi, meningkatkan keupayaan dan pengetahuan serta kualiti hidup kira-kira 4 juta penduduk di wilayah berkenaan.

Namun ECER hanya menjadi impian dan omong-omong kosong BN. Perancangan dan pelaksanaan ECER terbantut selepas Abdullah disingkirkan Umno dari jawatan PM. Bukan sahaja Kelantan yang tidak diberi peruntukan, malah Terengganu dan Pahang, dua buah negeri yang dikuasai Umno-BN, turut tersisih.

Projek pembangunan koridor gagal kerana Kerajaan Pusat yang dikuasai Umno-BN tidak mempunyai idea dan tidak mempunyai dana.


Pembangunan Bandar Baru Tunjong

Hari ini, Kelantan sudah berdikari. Ia tidak perlu terperangkap dengan pelbagai agenda ekonomi kerajaan pusat yang terus gagal akibat ketirisan dan ketidakmampuan Umno-BN.

Hasil kebijaksanaan pemimpinnya, Kelantan sudah berjaya keluar dari kelompok negeri miskin sedikit demi sedikit. Aktiviti ekonomi di Kelantan begitu rancak dirancang Exco Kanan, Dato' Husam Musa yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat.

Dalam analisis ini penulis tidak mahu menyentuh semua aspek ekonomi. Cukup sekadar hendak memfokuskan minda pembaca terhadap pembangunan besar Bandar Baru Tunjong juga diberi nama KB Sentral, yang bakal menarik pelaburan sebanyak RM10 bilion dalam jangka waktu yang amat pendek.

Bandar Baru Tunjong terletak kira-kira 4 km dari Kota Bharu. Ia terletak di sempadan Daerah Kota Bharu dengan Ketereh. Lokasinya strategik di tepi jalan besar Kuala Krai ke Kota Bharu.

Tunjong yang merupakan suatu kawasan yang tidak terkenal, yang agak tersisih dari arus pembangunan di pusat bandar kerana ia merupakan tanah pertanian padi, kini sudah mengalami transformasi yang cukup besar, di luar jangkaan.

Tunjong merupakan sebuah bandar baru yang akan mengimbangi kepesatan Kota Bharu, dijangka akan berubah wajah dalam tempoh 5 hingga 7 tahun.

Projek yang dinamakan KB Sentral ini akan dibina melalui enam fasa, dibangunkan di atas tanah seluas 2,000 ekar untuk jangka masa sasaran 10 tahun.

Namun sehingga kini pihak pengurusan Tunjong Development Corporation Sdn Bhd, iaitu agensi di bawah PMBK, sudah menerima komitmen pelabur untuk tanah seluas 1,500 ekar. Dalam bahasa mudahnya, ia sudah mempunyai ready developer.

Menurut Pengurus Tunjong Development Corporation, Nazri Deraman, pihaknya sudah membuat perjanjian dengan 38 pelabur dari Kelantan dan seluruh negara, termasuk syarikat tersenarai di Bursa Malaysia.

Sehingga kini, Kerajaan Kelantan melalui Tunjong Development Corporation sudah mendapat komitmen pelaburan sebanyak 4 bilion bagi tiga fasa yang sebahagiannya sudah mula dibangunkan.

Pembangunan yang akan dijalankan di bawah Bandar Baru Tunjong meliputi bangunan pentadbiran kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri meliputi 14 agensi.

Pembangunan Tunjong mencakupi, bangunan pentadbiran, pusat pendidikan, pusat komersial, perumahan, Masjid Sultan Muhammad ke V, taman tema air (dua lokasi) dan pelbagai kemudahan yang dijangka akan menyediakan lebih 30,000 peluang pekerjaan untuk rakyat Kelantan khususnya.

Ia dirancang sebgitu rapi merangkumi pembinaan hospital, kolej perubatan, univesiti awam, kilang pembuatan industri kecil dan sederhana (IKS)

Untuk kepentingan rakyat, Tunjong Development Corporation turut menyediakan 400 lot untuk peniaga kecil, berbentuk perniagaan bazar basah dan kering.

400 lot itu semuanya sudah sold out kerana kerajaan negeri dan pemaju bermurah hati memberikan pinjaman mudah tanpa faedah, kepada setiap peniaga sebanyak RM20,000 seorang. Yang bagusnya, mereka boleh membayar balik pinjaman tersebut dalam terma yang tidak ditetapkan, iaitu sama ada pembayaran dalam bentuk harian, mingguan atau bulanan sehinga selesai pinjaman.

Rakyat Kelantan akan mempunyai bandar auto terbesar (Auto City) kerana 52 ekar tanah di Bandar Baru Tunjong sudah habis ditempah oleh pembekal dan peniaga automotif yang terkenal termasuk jenama Mercedes Benz, BMW, Nissan, Honda, Toyota, Proton dan lain-lain.

Kawasan seluas 52 ekar ini dijangka menjadi Ruang Pameran Automotif terbesar bagi seluruh Kelantan, dan barangkali juga di Malaysia.

Ia juga memperuntukkan tanah seluas 41 ekar sebagai Terminal Makanan Negara yang berkonsepkan pasar borong.

Oleh kerana pada asalnya Tunjong merupakan tanah padi, maka Tuan Guru Nik Aziz mahu menjadikan Bandar Baru Tunjong dibangunkan dengan konsep bandar Islam dan bandar hijau dengan menggunakan teknologi hijau, saving energy bagi memastikan alam persekitaran terpelihara.

Untuk itu, kerajaan negeri mengekalkan tanah seluas 20 ekar tanah yang dinamakan Baruh Tunjong. Ia akan menjadi pusat penanaman padi organik dan menjadi bandar warisan (Culture Town) sebagai tarikan pelancongan. Baruh Tunjong akan diabadikan sebagai warisan untuk generasi akan datang mengetahui asal usul Bandar Baru Tunjong.

Setakat ini pihak pengurusan Tunjong Development Corporation sudah memeterai perjanjian dan pelaksaaan projek dengan pelabur untuk keluasan tanah 1,500 ekar. Ini bermakna 500 ekar lagi tanah di Tunjong masih terbuka untuk pelabur dalam dan luar negeri.

Uniknya, untuk mendapat pelaburan sebanyak RM10 bilion, kerajaan negeri tidak mengeluarkan sebarang dana untuk membuat pembangunan. Pada istilah orang kita disebut, hanya dengan bermodalkan 'air liur' dan menawarkan tapak untuk dibangunkan, Kerajaan Negeri Kelantan mampu meminta Kota Bharu kedua.

Ianya bukan modal 'air liur' kosong semata-mata. Ianya adalah hasil kebijaksanaan pemimpin, merancang ekonomi. Hebat Kelantan kerana ia boleh membangunkan bandar baru dengan cara yang strategik berbekalkan modal swasta.

Kelantan boleh!

Wednesday, February 1, 2012

Revolusi karamah


Oleh MOHAMAD SABU

RASUAH semakin menjadi-jadi di Tunisia. Presiden,wanita pertama,dan kroni mereka memhttp://www.pelitaonline.com/media/1308596911_b.jpgbolot harta negara dan harta rakyat sewenang-wenangnya.

Untuk mempertahankan pemerintahan,Presiden Zainal Abidin bin Ali dan Kabinetnya cuba menutup ruang demokrasi,kebebasan bersuara,kebebasan media,kebebasan berpersatuan dan kebebasan individu.



Sektor pelancongan dijadikan sektor ekonomi utama dengan menarik hartawan Eropah dan Timur Tengah untuk berpeleseran di pantai indah dan hotel mewah di negara Tunisia. kebebasan yang diberi hanyalah untuk pelancong dan pengusaha hotel, untuk menghidang apa sahaja kehendak pelanggan, makanan atau hidangan hidup bebas dan seks bebas.

Pengangguran semakin meningkat. Para graduan tidak memperolehi pekerjaan yang setimpal dengan kelulusan mereka. Sebaliknya, golongan elit yang kaya, bertambah kaya, melalui kroni dan individu kapitalis yang menguasai rakyat terbanyak. Keresahan rakyat akhirnya dijelmakan satu melalui peristiwa di kampung terpencil, Sidi Bou Zid yg memperkenalkan anak muda yang berani, Mohammed Bouazizi. Tindakan beliau dengan memusnahkan diri untuk menterjemahkan kekecewaan hidup yang beliau lalui, iaitu membakar diri sendiri untuk mengaumkan suara keadilan ke seluruh pelosok Tunisia. ‘Pemusnahan diri’ Mohammed Bouazizi menarik perhatian anak-anak muda dan para graduan yang senasib; hidup miskin,tidak mempunyai pekerjaan,dan merasai penindasan diktator Ali Zainal Abidin dan kroninya.

Puluhan orang yang memulakan tunjuk perasaan di Sidi Bou Zid dalam masa sebulan merebak ke seluruh negara sehingga lebih sejuta rakyat ke jalan raya menuntut Zainal abidin dan Kabinetnya meletak jawatan dan berhenti daripada memerintah dan menuntut demokrasi dijelmakan di Tunisia.

Ketika anak-anak muda yang keluar ke jalan raya ditanya oleh para wartawan;dalam dan luar negara, jika Ali Zainal Abidin berhenti memerintah, siapakah bakal pengganti beliau?

Anak-anak muda di Tunisia tidak mengenali pemimpin parti-parti pembangkang atau pemimpin-epmimpin NGO, oleh kerana pemimpin-pemimpin pembangkang, sama ada berada dalam penjara, atau di luar negara.

Mereka tidak mengenal Rashed Ghanousi kerana beliau telah berada di Eropah 20 tahun sebelum berlaku kebangkitan Januari 2011. Anak-anak muda di Tunisia berjuang tanpa ketua.

Mereka hanya mahu regim zalim Ali Zainal Abidin dijatuhkan, siapa sahaja menjadi pemimpin selepas kejatuhan rejim diktator, tidak menjadi soal kepada anak-anak muda Tunisia. Slogan perjuangan mereka “Birruh, Biddam, Nafdika Ya’Alam”- dengan roh,dengan darah dan jiwa raga, untuk bendera. Revolusi Tunisia adalah revolusi karamah, iaitu demi kemuliaan dan keinsanan rakyat,maruah lebih penting daripada kehidupan yang hina.

Negara Malaysia menuju bankrap. Hutang negara sudah mencapai lebih RM450 bilion.

kita dikejutkan lagi dengan lebih RM1 trilion wang Malaysia dikeluarkan secara haram daripada khazanah Malaysia.

Indeks rasuah terus menjunam menurut Transparency International, mendapat markah 4.3 / 10. Dalam dunia, kedudukan rasuah Malaysia sudah setaraf dengan negara-negara Afrika. Audit negara telah memuntahkan laporan saban tahun.

Skandal Skyhog, skandal PPRT, skandal pembelian kapal selam, skandal jet Sukhoi, skandal PKFZ, skandal Bank Bumiputra Berhad, skandal NFC, entah ratusan skandal yang dilakukan oleh pemerintah BN melibatkan berbilion-bilion ringgit wang negara hilang dan negara menuju bankrap.

Kenapa ditanya, jika Anwar Ibrahim masuk penjara, siapa hendak menjadi perdana menteri? Bukan masanya rakyat untuk berdebat siapa yang bakal menjadi perdana menteri. Masanya rakyat mesti bangun dan menamatkan pemerintahan BN yang rasuah, yang membawa negara kepada bankrap.

Kempen ABU adalah satu slogan yang tepat; ASALKAN BUKAN UMNO, rakyat wajib memilih. tulang belakang Barisan Nasional wajib dipatahkan. Siapa pemimpin selepas ini tidak penting, yang penting, Barisan Nasioanal wajib dikalahkan. Contohilah kebangkitan rakyat Tunisia. Yang penting jatuhkan kerajaan rasuah dan beri harapan kepada kerajaan baru !

Tuesday, January 31, 2012

Apa sebenarnya Asia Wall Street Journal?

http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=19046

Oleh Hishamuddin Rais

he Asia Wall Street Journal (AWSJ) menjadi buat mulut pada minggu ini. Jarang sekali akhbar luar negara dibincang begini hebat terutama oleh orang-orang yang tidak membaca akhbar ini. Dari Pemuda PAS hingga ke menteri luar Malaysia semua ada memiliki pandangan tentang AWSJ. Pandangan ini berkaitan dengan kenyataan temubual Anwar Ibrahim yang baru dilaporkan dalam akhbar itu.



Saya juga memiliki pandangan tentang AWSJ. Saya juga memiliki pandangan tentang Israel. Saya juga memiliki pandangan tentang peranan zionis Israel di Timur Tengah dan di seluruh dunia.

NONESaya juga memiliki pandangan tentang perjuangan adil rakyat Palestin. Saya juga memiliki pandangaPublish Postn tentang homoseksual. Pandangan-pandangan saya ini mungkin tidak selari dengan pandangan Anwar Ibrahim, atau dengan pandangan pandangan Dewan Pemuda PAS. Mustahil pandangan saya akan sama dengan pandangan menteri luar Malaysia.

Tetapi di sini bukan pandangan tentang zionis Israel atau tentang hubungan homoseksual yang ingin saya lakar. Saya ingin menggarap tentang apa dia akhbar ASWJ. Untuk saya jika warga Malaysia memahami apa dia ASWJ maka dengan serta merta kita akan sedar betapa bangangnya heboh-heboh kita minggu ini. Saya juga berharap apa yang saya lakar ini akan membawa pencerahan fikrah untuk membantu kita memahami realpolitik - memahami peranan media dan modal.

ASWJ ini bukan secara tiba-tiba wujud di Asia untuk menjadi bacaan wajib kepada politikus dan kaum pemodal di Asia Tenggara. Sebelum meluasnya pengaruh ASWJ ini telah wujud satu majalah yang dipanggil Far Eastern Economic Review (FEER). Majalah mingguan terbitan Hong Kong yang dimulakan dari tahun 1946.

barack obama us 44th american presidentMajalah FEER ini cukup berpengaruh di kalangan kaum pemodal dan politikus di Asia Tenggara. FEER adalah suara dan lambang keagungan empayar British. FEER mewakili kepentingan kaum pemodal Anglo-Amerika. Majalah ini menjadi suara dan nadi kaum pemodal British yang ketika itu masih banyak menguasai gedung-gedung perniagaan di China dan Asia Tenggara.

Pada tahap gemilangnya FEER pernah mencecah lebih dari 90,000 naskhah jualan untuk satu minggu. Dan jangan terperanjat, warga yang paling banyak membeli dan membaca FFER ialah warga Malaysia. Ini pada ketika pengaruh kaum pemodal British di Tanah Melayu kemudian Malaysia masih mencengkam kukuh.

FEER kemudian telah dibeli oleh syarikat Dows Jones & Company pemilik ASWJ. Nampak atau tidak apa ertinya pembelian ini? Tauke AWSJ membeli FEER bukan hendak memastikan majalah ini laris dan terus berkembang. Niat pembelian ialah untuk memautkan majalah ini. Apabila FEER tutup kedai pada tahun 2009 maka berkembanglah akhbar AWSJ yang seratus peratus mewakili kepentingan ekonomi kaum pemodal multinasional dari Wall Street Amerika. Kematian FEER adalah tanda bahawa pengaruh kaum pemodal British telah malap dan pengaruh kaum pemodal Amerika melonjak naik di Asia dan Asia Tenggara.

Hubungan Wall Street-Rumah Putih

AWSJ - namanya sahaja telah menunjukkan bahawa akhbar ini tanpa segan silu mengatakan kepada dunia bahawa ianya mewakili kepentingan Wall Street. Untuk Mak Cik Felda dan Pak Cik Felda yang tidak tahu - Wall Street ialah nama satu jalan di New York. Di jalan ini ialah rumah Bursa Saham Amerika, NASDAQ , New York Mercantile Exchange. Jalan ini adalah tempat di mana lanun dan penyangak-penyangak kapitalis bertelur, mengeram dan menetaskan kerenah, masalah dan bala bencana kepada muka bumi ini.

bernard madoff wall street 150 years imprisonment 300609 02Wall Street tempat berjual beli. Wall Street juga menjadi reban utama kaum Zionis Antarabangsa. Di Wall Street kaum Zionis berkumpul bersama kaum kapitalis antarabangsa untuk membuat duit dan mencari laba. Penyangak dan lanun besar di Wall Street ini akan menjual apa sahaja yang boleh dijual. Mereka akan membeli apa saja boleh dibeli dengan murah dan dijual dengan mahal.

Tepung, sawit, minyak, candu, bom, kapal terbang, China doll, hutang, kokain, ganja, arak - malah apa sahaja yang mendatangkan keuntungan akan diniagakan di Wall Street. Warga di Wall Street ini tuhannya bernama dolar. Kiblat mereka ialah Federal Reserve. Nabi mereka ialah pada ketika ini ialah Ben Benarke, seorang Zionis. Sebelumnya Allen Greensopan, juga seorang Zionis.

Kalau di zaman Nabi. Wall Street ini ialah jalan ke rumah Abu Jahal. Kalau di zaman kerajaan Melayu Melaka Wall Street ialah jalan ke rumah Kitul dan Mendeliar. Kalau di Malaysia Wall Street ini ialah jalan ke rumah Mahathir.

Di Wall Street ini akan dirancang siapa naik dan siapa turun. Bukan hanya siapa naik dan siapa turun di Rumah Putih sahaja yang dirancang di Wall Street malah kuasa politik dunia pun akan diniagakan di Wall Street. Di sini akan dirancang siapa mendapat kuasa di negara Dunia Ketiga atau siapa yang wajib dijatuhkan dan negara mana wajib diserang.

azlanUntuk pembaca budiman biar saya nyatakan di sini, pintu Rumah Putih dan pintu Wall Street saling berhubung. Masuk pintu hadapan Rumah Putih akan membuka pintu belakang Wall Stret. Kadangkala masuk pintu hadapan Wall Stareet akan membuka pintu belakang Rumah Putih. Ini realpolitik dalam dunia hari ini. Ini kuasa politik, kuasa ekonomi dan kuasa bala tentera empayar Amerika dan kuasa Wall Street.

Akhbar ASWJ journal ini ada edisi Eropah, ada edisi khusus untuk dunia termasuk Amerika Latin. Tuan empunya AWSJ ini ialah Dow Jones & Company - syarikat penerbitan gergasi yang berpangkalan di Amerika. Kaum pemodal dan kaum kapitalis selain dari melanggan dan mengupah ‘tukang lobi' mereka juga memiliki akhbar dan media yang bertujuan untuk mengolah pandangan dan pendapat untuk memastikan kepentingan modal mereka didahulukan. Media kapitalis ini mengolah pandangan untuk memastikan kaum pemodal akan mendapat keuntungan maksimum.

Juga wawancara Najib

Peranan AWSJ ini tidak jauh bezanya dari peranan Utusan Malaysia. AWSJ melakar pandangan untuk kaum pemodal antarabangsa. Utusan Melayu melakar pandangan untuk kepentingan United Malay National Organisation. Yang berbeza hanyalah Utusan ditulis oleh penulis lekeh hinggakan tak ada sesiapa membeli dan membaca Utusan. AWSJ dengan dana yang lumayan mengupah penulis yang licik lagi berpengalaman hinggakan agenda jahat kaum pemodal dan kaum Zionis antarabangsa ini tidak dapat dilihat.

NONERamai yang lupa atau sengaja tidak mahu ingat bahawa sebelum Anwar ditemubual, AWSJ juga telah menemubual Najib Razak.

AWSJ memberi nasihat agar Najib meneruskan ‘dasar terbuka - dasar liberal' sehingga ‘terkangkang' luas agar kaum kapitalis antarabangsa dapat mengaut keuntungan maksimum. Menurut AWSJ Najib hanya berkemungkinan menang pilihan raya jika Najib berani melupuskan kepentingan dasar pro-Bumiputera. Dasar pro-Bumiputera ini menyusahkan kaum pemodal antarabangsa untuk meniaga di Malaysia, menurut pandangan AWSJ.

Dari bacaan saya, ini bukan nasihat. Ini tekanan. Tetapi temubual ini tidak menjadi buah mulut kerana dalam negara kita ini para pemikir Melayu yang pro-Bumiputera ‘kecut telur' tak berani bersuara takut tersalah cakap. Jika silap cakap mungkin tidak lagi akan dijemput untuk menjadi ahli panel di rancangan forum RTM atau tidak dipilih untuk menjadi juri di pertandingan Juara Lagu.

NONETemu bual Anwar Ibrahim di AWSJ ini juga adalah satu tekanan untuk memastikan kepentingan kaum pemodal antarabangsa didahulukan. Perhatikan betul betul buah butir yang dilapor. Anwar berkata ‘lebih banyak lagi penswastaan akan dilakukan'. Ini untuk menyedapkan hati kaum pemodal antarabangsa kerana Anwar sedar dan tahu siapa di belakang AWSJ ini.

Mengenai Israel dan Zionis, saya harap telah jelas dari apa yang telah saya lakar. Kepentingan kaum kapitalis antarabangsa dan kaum Zionis adalah pada ketika ini ikat mengikat. Hari ini enam buah syarikat Yahudi Zionis menguasai 96 peratus saluran semua bentuk media di dunia. Sayugia cukup untuk saya menuliskan bahawa New York Times, Wall Stret Journal dan Washington Post adalah milik Yahudi yang pro-Israel.

Melalui temubual dengan pemimpin politik Malaysia AWSJ ingin melihat apakah Najib Razak akan memberi keuntungan dan laba yang lebih berbanding dengan Anwar Ibrahim. Ini agenda asasi AWSJ. Akhbar ini tidak akan mempedulikan tentang kezaliman ISA atau AUKU atau Akta Cetak atau jumlah bayi mati dibuang.

AWSJ sedar pada ketika ini politik di Malaysia sedang cair. Penyelidik dan pemerhati politik di AWSJ melihat tahun ini adalah tahun pilihan raya. AWSJ ingin memastikan jika Najib Razak atau Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri kepentingan kaum kapitalis akan terjaga rapi. Inilah makna temubual dari Asia Wall Street Journal.

Thursday, January 26, 2012

Mengenali MB Kedah dari dekat

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7781--mengenali-mb-kedah-dari-dekat

Azamin Amin,27 Jan 2012
Ramai yang berbeza pendapat dengan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Diraja Azizan Abdul Razak tentang isu Akta Universiti dan Universiti Kolej (AUKU), namun ia tidak sepatutnya menidakkan kehebatan MB Kedah ini.

Berikut adalah catatan seorang wartawan Harakah, AZAMIN AMIN tentang Azizan Razak sebagaimana yang beliau kenali. Tulisan ini sudah lama tetapi masih relevan untuk memahami isu di Kedah.



KEDIAMAN

Rumah dua tingkat di tepi jalan itu, sekilas pandang tiada satu pun kelihatan istimewa. Tiada bezanya dengan rumah-rumah sebaris dengannya. Bawahnya batu, menempatkan ruang dapur dan tamu. Tingkat atasnya kayu, tempat sepasang suami isteri beradu dan berkumpulnya anak menantu jua cucu. Pekarangannya agak sempit, cukup-cukup memuatkan dua buah kereta. Di pagarnya tersidai dua karpet kecil dan sebatang mop lantai.

Sekelilingnya beberapa pokok sederhana besar ditanam, menghijaukan laman. Tiada kolam renang mahupun rekaan air terjun buatan yang melambangkan kemampuan penghuninya berbelanja besar, menghias kediaman.

Sesiapa yang lalu-lalang, baik pejalan kaki mahupun pengguna jalan raya, pasti terlepas pandang dek kerana tiadanya nilai estitika ataupun kemuncak kemewahan yang mampu menarik perhatian.

BANGUNKAN INSANIAH

Memadai diceritakan antara kejayaan Ustaz Azizan bersama kerajaan Pakatan Rakyat ini ialah berjaya membangunkan Kolej Universiti Insaniah dengan penambahan bangunan baru di Kuala Ketil dan peningkatan mata pelajaran yang ditawarkan.

Sebelum ini, selama 12 tahun di bawah kerajaan lama, hanya 7 subjek ditambah sedangkan di kala pemerintahannya selama dua tahun ini, sudah 42 subjek baru diperkenalkan.

CUKUP BERANG

"Paling pantang, ada orang minta projek daripadanya. Dia juga cukup berang jika sesuatu itu harganya amat mahal dan tidak munasabah. Dia begitu teliti dan cerewet tentang duit," kata seorang kakitangan kerajaan negeri tentang sikap MB Kedah itu terhadap perbelanjaan dan peruntukan kewangan.

Selain itu beliau turut mengarahkan semua Exco Kerajaan negeri, melalui potongan gaji, menyumbang dana ke Tabung Tunku Mahmud, bagi tujuan kebajikan untuk rakyat Kedah.

Ya, memang tidak disangkal, Ustaz Azizan begitu cermat bila masuk bab wang kerajaan. Sikapnya itu sudah tidak menjadi rahsia lagi bahkan sebelum beliau bergelar Menteri Besar lagi. Malah tidak pernah campur adukkan antara wang kerajaan negeri dengan wang milik parti.

Apatah lagi dalam hal ehwal lantikan kuasa atau jawatan, Ustaz Azizan, bapa 14 orang anak ini tidak pernah menggunakan kuasa yang ada untuk menawarkan pekerjaan kepada anak-anaknya di pejabat kerajaan negeri sungguhpun diketahui ada antaranya yang tidak mempunyai pekerjaan tetap, kata satu sumber rapat dengan MB Kedah itu.

Ketika mula-mula mengangkat sumpah sebagai pemimpin negeri Mac 2008 yang lalu, rumahnya tidak mempunyai pagar. Kosong dan lapang begitu sahaja.

Namun atas nasihat Unit Perancang Ekonomi (UPEN) demi faktor keselamatan, Ustaz Azizan bersetuju dengan cadangan mereka supaya membina pagar rumah dan pondok pengawal. Bagaimanapun, beliau tidak mahu menggunakan peruntukan kerajaan negeri sebaliknya membina menggunakan duit sendiri.

HARGA KEMEJA MB


Bagi membeli pakaian, beliau akan ke sebuah kedai cina di Simpang Empat, Kangkong dan sebuah kedai di Pulau Pinang bagi membeli baju-baju kemeja yang diminatinya dan kedua buah kedai ini, merupakan kedai pakaian kegemarannya sejak dulu lagi.

Dan lebih mengujakan, ada antara kemeja-kemeja yang dibelinya di sini, yang dipakai ketika majlis rasmi ataupun sewaktu bertugas rata-ratanya sekitar RM19.00 sahaja!

Tidak cukup dengan itu, jika ada urusan rasmi di Kuala Lumpur atau ke mana sahaja di negara ini, beliau tidak pernah menaiki kapal terbang sebaliknya menggunakan jalan darat semata. Ustaz Azizan 'tahan' berjam-jam dalam kenderaan untuk ke lokasi yang jauh.

Kata juruiring dan pengawal peribadinya, beliau tidak akan singgah di sepanjang perjalanannya seperti dari Alor Setar ke Kuala Lumpur sehinggalah tiba ke destinasi yang dituju. Malah masa bertolak dan pulang tidak tentu masa, adakalanya tengah malam atau menjelang subuh.

Selain mengurangkan kos, beliau berasa selesa dan bergerak ke sini sana bertemu sesiapa sahaja menggunakan kereta. Cuma sesekali dijemput Tuanku Sultan Kedah untuk menaiki pesawat peribadi Boeing 737, beliau tidak upaya menolaknya.

HUBUNGAN DENGAN ISTANA


Bercerita pula hubungannya dengan istana, ustaz Azizan sememangnya terkenal dengan sikap hormatnya kepada Sultan dan institusi raja-raja. Kerana itulah, setiap hari Rabu, di awal pagi sebelum mesyuarat exco kerajaan negeri, beliau akan mengadap Sultan Kedah, untuk melaporkan perkembangan dan perjalanan urusan kerajaan.
Lazimnya, para pemimpin negara atau negeri akan menginap di hotel mewah khususnya di Kuala Lumpur bagi urusan-urusan rasmi. Bukan seorang perbelanjaan yang ditanggung, malah melibatkan para pegawai, setiausaha, petugas, pemandu dan pegawal peribadi

Tidak seperti Ustaz Azizan, bagi mengelakkan pembaziran, beliau menyewa sebuah rumah tiga bilik di lokasi yang dirahsiakan di ibu kota untuk didiaminya bersama para petugas. Betapa cermatnya dan bayangkan apabila perbelanjaan menginap di hotel yang boleh mencecah RM80,000 sebulan dapat dijimatkan!

Menarik cerita MB Kedah ini ketika berada di rumah sewanya itu. Saya bertanya makanan kesukaan beliau dan kata pegawainya sekiranya lapar, lewat malam Ustaz Azizan meminta pegawainya membungkus Roti Arab kuah Dal atau seperti selalunya, hanya meminta mereka memasakkan mee segera untuknya!

SERI MENTALOON


Ya, beliau tidak mahu menetap di Seri Mentaloon yang gah laksana istana itu tetapi menjadikan bangunan luas itu untuk dimanfaatkan oleh rakyat bagi apa jua program pembangunan Insan ataupun majlis-majlis rasmi, tanpa dikenakan sebarang bayaran.

Sikap Ustaz Azizan terhadap rakyat, kawan dan lawan sudah menjadi buah mulut orang. Mereka amat kenal gerak gaya dan perangai Menteri Besar mereka yang cukup mesra dan suka berseloroh. Saya sendiri pernah, menyaksikan serombongan 10 artis serta 40 krew produksi sebuah drama yang menjalankan penggambaran di Kedah diraikan oleh Azizan di Seri Mentaloon dengan jamuan makan tengah hari.

Biarpun rombongan itu terlewat satu jam sedangkan MB mempunyai acara di lokasi yang lain, Ustaz Azizan masih sabar menunggu dan melayan tetamu, membuat kebanyakannya malu tersipu. Bukti, pemimpin parti Islam ini sentiasa terbuka kepada sesiapa sahaja.

Selain itu, Ustaz Azizan sering mempamerkan keprihatinannya terhadap masalah dan kebajikan rakyat. Buktinya, sejurus selepas mengadap Sultan Kedah, beliau dengan lengkap berpakaian baju melayu bergegas ke tempat kejadian setelah dimaklumkan terdapat 14 buah kedai hangus terbakar di Sungai Limau sewaktu cuti Tahun Baru Cina tempoh hari.

Beliau tiba, ketika api sedang naik menjulang sambil memerhatikan bomba dan sukarelawan memadamkan kebakaran malah datang sekali lagi keesokan harinya bersama Tengku Bendahara Kedah, menyampaikan sumbangan derma kilat kepada mangsa.

Begitu juga dengan kejadian ribut kuat di Kuala Ketil yang melibatkan lebih 300 penduduk mengalami kerosakan kediaman, yang mana sehari selepas kejadian, Ustaz Azizan tiba awal dengan pasukan rombongannya menyampaikan sumbangan derma.

PERANGKAP WARTAWAN


Tetapi awas, bagi sesiapa yang tidak bersedia atau cuba 'menggoreng' fakta, akan menerima padah daripadanya yang cukup arif selok belok perangkap wartawan. Ada masa bidasan jawapan cukup pedih sehingga wartawan begitu berhati-hati mengelak serkap jarang.

"Sekarang ini Kedah tak ada air, macamana Dato' Seri? tanya seorang wartawan arus perdana yang dilihat cuba-cuba memprovokasi beliau.

"Kamu ni mandi tak pagi tadi?" tanya Ustaz Azizan pantas, kemudian dijawab 'ya' oleh wartawan itu, bagi mengelak dirinya dikatakan tidak mandi atau berbau busuk.

"Kalau begitu, macamana kamu kata tak ada air. Kamu mengaji Universti mana? Kan sekarang ni musim kemarau dan seluruh negara ada masalah kekurangan air. Ini urusan Allah SWT, jadi kita mohonlah doa, supaya hujan," katanya membuat wartawan itu terdiam seribu bahasa.

RAMADAN


Ada kisah menarik perhatian saya, ketika dititipkan semula pegawai khas MB tentang satu usaha kejadian sabotaj yang dilakukan pihak lawan sekitar Ramadan tahun lalu.

Waktu itu, di masjid-masjid telah teredar ribuan risalah palsu yang menyatakan bahawa Ustaz Azizan selaku MB Kedah akan memberi sumbangan wang saku untuk Hari Raya kepada rakyat Kedah.

Esok paginya lebih 300 orang memenuhi pekarangan pejabat MB bagi menuntut apa yang dijanjikan seperti yang dicanang risalah palsu itu. Ustaz Azizan yang baru tiba ke pejabat, hairan dan terpinga dengan kehadiran orang ramai itu, lantas memanggil para pegawainya menjelaskan apa yang berlaku.

Anda tahu keputusannya? Jika dilihat perwatakannya yang bengis dan tegas itu, ramai boleh mengagak tindakan selanjutnya. Namun yang berlaku adalah sebaliknya!
Ustaz Azizan berasa simpati pula dengan orang ramai yang tertipu dengan risalah itu. Lebih menghibakan beliau, ada bersusah payah datang dari jauh, hulu kampung, semata-mata berharap dan bergantung ihsan sumbangan yang dihebahkan palsu itu.

Lantas beliau mengarahkan para pegawainya mengagihkan wang sebanyak RM50.00 seorang kepada semua yang hadir dan wang yang dikeluarkan itu datangnya daripada poketnya sendiri!