| http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/11847-ji-jangan-sampai-rakyat-sangsi-integriti-polis Mohd Azmi Abdul Hamid, | 23 Jul 2012 |
Teras Pengupayaan Melayu (Teras) sangat kesal berulangnya lagi taktik kotor kerajaan yang memerintah untuk berhadapan pembangkang dan musuh politik bila menggunakan isu komunis dan JI menyerapi parti pembangkang.Teras mempersoalkan kenapa polis bertindak tidak professional dengan membuat pengumuman yang kabur dan boleh menimbulkan kekeliruan malah mencetuskan ketegangan awam. Pengumuman tanpa fakta dan boleh membawa kepada implikasi undang-undang serta hak dari segi Perlembagaan Persekutuan tidak seharusnya dikeluarkan oleh sebuah institusi seperti pihak polis.
Merekayasa dengan taktik ujudnya elemen pengganas dalam pembangkang hanyalah salah satu resepi yang sedang diadun oleh media pemerintah agar mencapai impak yang dikehendaki iaitu menakut-nakutkan rakyat atau paling minimal mengujudkan kesangsian walaupun ianya adalah palsu.
Malang sekali ialah apabila aparatus awam seperti polis, pejabat awam dan media diperalat sepenuhnya untuk menyebar kepalsuan ini.
Teras membantah dengan keras bila polis diheret dalam kancah politik mempertahankan pemerintah dan bukan mempertahankan keselamatan awam.
Teras menuntut polis hendaklah bersikap professional supaya berhenti menjadi alat pemerintah untuk menyebar fitnah apatah lagi dibulan Ramadhan yang mulia ini.
Teras menyeru agar kepimpinan institusi polis negara hendaklah insaf betapa menjadi agen penyebar fitnah dan melindungi kezaliman adalah suatu keburukan yang harus dikikis sesuai dengan pendidikan ibadah puasa di bulan yang sepatutnya memurnikan semua jiwa dan pemikiran yang kotor.
Janganlah jentera keselamatan negara diperbudakkan sehingga menimbulkan kesangsiaan rakyat terhadap integriti dan profesional polis yang akan dipersoalkan sampai bila-bila.
Penulis ialah Presiden Teras.
No comments:
Post a Comment