Sunday, April 29, 2012

Tengahari tendang polis, petang tangkap peserta himpunan


http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/9969--tengahari-tendang-polis-petang-tangkap-peserta-himpunan

Harakahdaily,30 Apr 2012

(Dua suasana yang berbeza antara tengahari dan petang....sekarang ramai tertanya-tanya siapakah sebenarnya agen provokasi ini)

KUALA LUMPUR: Ketika pimpinan PAS mempertegaskan ahlinya bersih dan berdisiplin, tulisan bekas Setiausaha Umno Bahagian, Zahrin Mohd Yasin bahawa sekurang-kurangnya 2,000 anggota polis memakai baju Bersih Sabtu lalu menarik perhatian ramai.

Dalam tulisannya Sabtu lalu, Zaharin atau Sang Kelembai itu menulis, "polis dah lebih cerdik dari dulu... dia bahagikan anggotanya dua pasukan, satu pakai uniform polis, satu pasukan lagi pakai baju Bersih, tergelak saya jumpa seorang kawan yang masih polis, pegawai lagi dari Pahang, pakai baju kuning dan terpekik ayat reformasi."

"Saya tak tegur dia pun. Tapi bila tengok kat lengan dia ada getah warna kuning.

"Dan, saya jumpa banyak yang pakai getah yang sama... saya rasa terjaminlah dalam kumpulan pencacai yang tidak tahu apa benda ini," kata beliau.

Apabila seorang pengunjung menjawab tulisan asal itu dengan berkata, "ramai itu."

Zaharin terus menulis, "Jika berapa pun dia kata... kena tolak tak kurang dua ribu adalah polis dalam kumpulan Bersih."

"Yang menafikan mereka pun puak pakai kemeja-T Bersih untuk rempuh sekatan polis, yang baling objek pun saya rasa polis, macam mereka buat latihan demonstrasi kat polis depoh. Hehehe, puak-puak Pas bodoh ini iut nyer," tambah Zaharin dalam tulisan itu.

Gambar-gambar mula tersebar kini tentang polis yang dikatakan menyamar itu.

Misalnya aksi seorang peserta perhimpunan membuat 'flying kit' ke atas seorang polis trafik.

Beliau juga didapati kemudiannya yang menangkap para peserta demonstrasi yang lain.

(Siapa yang menendang polis ini dengan gelang kuning di tangannya pula kini tersebar luar dan media baru)

Ada dua tempat peranan agen 'provokasi' ini dikesan oleh orang ramai.

Pertama, siapa yang memulakan tindakan melempar kereta polis dengan botol air sehingga pemandunya hilang pertimbangan dan merempuh tiga orang di perkarangan pasaraya Sogo.

Yang kedua adalah tindakan memecahkan tembok penghalang yang dibina oleh DBKL mengelilingi Dataran Merdeka.

Saiapakah mereka sehingga kini masih belum dapat dikesan dengan nyata.

Pihak penganjur Bersih 3.0 pula menuntut kerajaan membuat siasatan menyeluruh terhadap perhimpunan kali ini.

Peranan media tradisional yang dikuasai Umno dan BN juga mendapat kecaman dari pemerhati antarabangsa yang datang untuk membuat pemerhatian mereka terhadap perhimpunan kali ini.

Bercakap dalam sidang media mereka  semalam, Senator Nick Xenophon dari Australia berkata, "perhimpunan ini aman sehinggalah mereka diprovok."

Beliau juga mengkritik laporan dari TV yang jelas melaporkan secara sebelah pihak.

“Mainstream media berat sebelah dan tidak adil. Kami lihat lebih laporan Perdana Menteri Najib (Tun Razak) di Sabah dalam TV dari peristiwa yang lebih besar tentang rakyat Malaysia,” kata Xenophon.

Seorang lagi ahli dari pasukan 7-anggota itu,  India Times editor MJ Akbar, berkata peserta sebenanarnya dalam mood berpesta.

“Orang ramai mempunyai masa yang cukup kalau mereka mahu bertindak ganas. Tetapi mereka berpesta sehinggalah berlakunya provokasi,” kata Akbar.

Photo Bersih 3.0 - Malaysiakini

https://picasaweb.google.com/114255707155530008408/Bersih3RallyEvent

Photo Bersih 3.0 - Malaysiakini 

Saksi lihat kereta polis langgar peserta Bersih


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/9950-saksi-lihat-kereta-polis-langgar-peserta-bersih

Aslani M,29 Apr 2012
KOTA BHARU: Ketika Bersih 2.0 pada Julai tahun lepas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dilanggar sebuah kereta polis semasa membonceng motosikal menuju ke Masjid Negara.

Pada kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu, sebuah kereta polis didakwa dengan sengaja melanggar motosikal untuk menahan Mohamad.

Dan semalam kejadian hampir serupa berulang kembali apabila beberapa peserta himpunan Bersih 3.0 juga dilanggar kenderaan polis.

Banyak saksi bergambar dimuat turun dalam internet mengenai insiden tersebut.

Malangnya gambaran sebenar mengenai insiden berkenaan tidak diberitakan dalam media arus perdana, sebaliknya secara total menyalahkan peserta Bersih, kononnya bertindak ganas.

Shamsuddin Mat Daud dari Berek 12 dekat sini, yang melihat kejadian tersebut berkata, sebuah kereta polis melintasi kawasan orang ramai tidak jauh dari pusat membeli belah Sogo.

“Ketika itu kereta Waja tersebut bergerak perlahan-lahan. Kemungkinan selepas itu berlaku provokasi di mana saya lihat ada peserta yang melontarkan botol minuman ke arah kenderaan polis.

“Selepas melepasi kawasan yang sesak dengan orang ramai, kereta itu memecut laju. Saya tengok tiba-tiba merempuh beberapa lelaki yang berada tidak jauh dari Sogo.

“Seorang lelaki terpelanting ke atas bonet kereta. Ekoran itu kereta tersebut terbabas dan merempuh tembok di tepi Sogo,” katanya yang berada di atas tembok di tepi Sogo ketika kejadian semalam.

Ekoran itu peserta Bersih yang berada di kawasan berhampiran marah kerana ada yang menganggap lelaki yang dirempuh berada di bawah kereta berkenaan.

Menurutnya beberapa peserta menembalikkan kenderaan tersebut bagi memastikan lelaki yang dilanggar ada di bawah kereta atau sebaliknya.

Kata beliau juga peserta yang marah bertindak memukul lelaki yang keluar daripada kereta polis terbabit.

Shamsuddin bersama isterinya menyaksikan kejadian berkenaan memberitahu selepas itu datang ambulans membawa kedua-dua anggota polis yang cedera ke hospital.

Beliau juga melihat dua Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub berada di belakang Sogo selepas terkena gas pemedih mata.

Seorang lagi saksi, Nik Azman Nik Mahmood dari Tumpat berkata, ketika kereta polis melanggar peserta Bersih beliau berada berhampiran Medan Mara.

Katanya, selepas itu beliau bergegas ke tempat kejadian dan melihat kereta Waja diterbalikkan.

Menurut beliau orang ramai mulai bertindak kasar selepas mereka terkena tembakan gas pemedih mata dan dibasahi water canon.

Seorang veteran PAS dari Cheras, Ali Abdullah, 63 berkata, sekiranya tidak berlaku provokasi sudah tentu perhimpunan semalam berlangsung dengan aman.

Beliau juga bimbang ada pihak luar yang menyelinap masuk dalam kumpulan peserta Bersih dengan melakukan provokasi sehingga mencetus beberapa kekasaran.

Cara polis semalam tidak berlaku di bawah Pakatan


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/9940--cara-polis-semalam-tidak-berlaku-di-bawah-pakatan

Harakahdaily,29 Apr 2012


KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, di bawah Pakatan Rakyat kelak peristiwa seperti himpunan di Pulau Pinang dan Kuantan (perhimpunan Lynas) tempoh hari akan diterima sebagai KPI polis.

Peristiwa seperti di Kuala Lumpur akan dilihat sebagai kegagalan mereka, kata Khalid melalui twitternya hari ini.

Beliau merujuk kepada kekecohan yang berlaku dalam perhimpunan Bersih 3.0 semalam di Kuala Lumpur.

Perhimpunan yang asalnya berjalan dengan aman bertukar kecoh apabila polis bertindak menembak gas pemedih mata di tengah-tengah orang ramai.

Orang ramai juga mula marah apabila melihat sebuah kereta polis masuk ke kawasan mereka dalam keadaan pemandu kereta itu memakai topi kledar.

Akibatnya orang ramai melempar botol air dan sebagainya ke kereta itu.

Kereta itu kemudiannya melanggar orang ramai dan berhenti di tembok komplek Sogo.

Tiga orang dikatakan cedera manakala seorang disahkan cedera parah serta mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

Sebagai reaksinya, pemnadu kereta bertopi keledar itu di belasah oleh orang ramai.

Bagi Khalid (gambar kanan), Walaupun dikatakan ada yang cuba merempuh pagar berduri di Dataran Merdeka, menembak gas ke arah ribuan orang yang sedang berkumpul secara aman hanya menjanjikan kekecohan.

"Polis yang pro tidak bertindak begitu, sebaliknya berusaha mengawal keadaan, menjaga keselamatan orang ramai, termasuk pendemonstran kerana polis bersenjata, rakyat tidak," katanya.

Oleh kerana hanya polis bersenjata, tindakan polis mesti lebih terkawal, lebih profesional. Mereka sepatutnya dilatih untuk jaga rakyat bukan memukul rakyat, tambah Khalid yang juga AJK PAS Pusat.

"Bawah PR kelak, polis akan dilatih menjadi pelindung/pembela rakyat. Perubahan ini wajib dilakukan demi masa depan hubungan rakyat dan institusi polis," tegas Khalid lagi.

Seorang lagi rakan beliau, Dr Syed Azman Syed Ahmad dalam kenyataannya pula mempertikaikan laporan media tradisional yang dikawal oleh Umno dan Barisan Nasional hari ini.

"Meneliti berita Bersih dalam akhbar New Straits Times, The Star, BHarian dan Mingguan Malaysia sambil sarapan.

"Takada yang baik dari himpunan aman Bersih..akhbar jijik," tulis beliau yang juga Penolong Setiausaha Agung PAS.

Salah satu tuntutan Bersih 3.0 adalah liputan media yang adil.

Bagaimana kereta peronda polis diterbalik


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/9936-bagaimana-kereta-peronda-polis-diterbalik

Harakahdaily,28 Apr 2012

(AJK Bersih, Wong Chin Huat [memegang pembesar suara] meminta orang ramai bertenang dan bersurai selepas sebuah kereta peronda polis diterbalikkan bagi menyelamat seorang gadis yang terperangkap di bawahnya)

KUALA LUMPUR: Seorang saksi memaklumkan, tindakan penunjuk perasaan terbalikkan kereta peronda polis adalah untuk menyelamatkan orang yang terperangkap di bawah kereta itu selepas dilanggar.

Ia berlaku selepas kereta peronda itu semacam hilang kawalan dan melanggar tiga orang termasuk seorang gadis Cina sehingga gadis malang itu terperosok di bawah kereta itu.

Untuk menyelamatkan orang yang terperangkap di bawah kereta itu, mereka beramai-ramai memterbalikkan kereta peronda polis.

(Kereta peronda polis yang remuk teruk di hadapan selepas melanggar tembok Sogo dan tiga peserta perhimpunan. Ia menunjukkan ia dipandu dengan laju sebelum melanggar peserta perhimpunan.)

Menurut seorang aktivis dari Terengganu yang menyertai perhimpunan hari ini, kejadian itu berlaku di depan mata beliau berhampiran pasaraya Sogo.

"Ambe (maksudnya saya) petang (tadi) jadi saksi kejadian polis rempuh pendemo. YA! Memang ade provokasi tapi setelah check-check, rupanya yang start lempar botol air mineral kat kereta polis tu adalah Sahabat Bodoh (SB)...!

"Mana tak mengamuk polis tu sampaikan sanggup rempuh dengan laju orang awam di hadapan SOGO.

"Berita yang menyatakan ada meninggal tidak benar sama sekali, tiga yang dilanggar parah, seorang wanita cina terperosok bawah kereta polis, sebab tu orang ramai terbalikkan kereta polis, sebab nak selamatkan wanita tu.

(Salah seorang mangsa yang dirempuh kereta peronda polis, Su Kwang Hong, masih di rawat di Hospital Kuala Lumpur)

"Polis pun tak dak yang meninggal, walaupun dibelasah dengan agak teruk orang ramai yang tidak puas hati mereka langgar pendemo.

"Persoalannya sekarang kenapa polis tu sanggup rempuh orang ramai dengan laju, sampai retak dinding tangga SOGO tu.

"Suasana pilu, tangisan kedengaran melihat insiden itu.

"Ya, memang ada yang mulakan provokasi, dah kejar orang tu tapi tak sempat sebab dia naik motor lari," cerita saksi itu dalam facebooknya.

Cerita yang beliau tulis itu amat sepadan sekali dengan video yang disiarkan oleh Malaysiakini di bawah ini.

(Print screen dari video Malaysiakini yang menunjukkan seorang lelaki menundukkan kepala melihat ke bawah kereta sementara rakan-rakannya yang lain menterbalikkan kereta peronda polis itu)


Ia dapat disahkan apabila seorang wanita yang bersuara nyaring dalam video ini berkata, "Astaghfirullah...angkat-angkat" sementara seorang lagi peserta demonstrasi melihat ke bawah kereta peronda polis itu.
Melalui video yang lain pula, pemandu kereta polis itu dilihat memandu secara laju.
Kereta itu kemudiannya merempuh orang ramai yang berada di sekitar Sogo itu dan kemudiannya merempuh tembok.
Orang ramai membelasah pemandu yang bertopi keledar itu tetapi membawa keluar dengan baik anggota polis yang turut berada dalam kereta itu. Kereta itu kemudiannya diterbalikkan kerana menganggap masih ada orang yang terperangkap di bawah kereta itu.

Saksikan video-video di bawah:


Klik untuk saksi video kejadian berdasarkan video Malaysiakini

Langsung Himpunan Duduk Bantah Bersih 3.0


http://www.malaysiakini.com/news/196436

Harakahdaily,28 Apr 2012
Sila refresh untuk mendapatkan laporan terkini.

MAKLUMAN: Seorang kanak2 berumur 3tahun nama timangan "Bad" hilang ketika polis melepaskan gas pemedih mata. Bantu kesan kanak2 ini.. Sebarkan...

4.48 pm: Anggota FRU mula berkumpul di hadapan bangunan Maju Junction bagi  menghalang orang ramai terus berhimpun di sepanjang Jalan TAR. Ketika ini ramai peserta berhimpun di persimpangan Jalan Sultan Ismail yang terhalang untuk bergerak ke tempat lain kerana stesen LRT ditutup.

4.30 pm: Polis mula membuat tangkapan di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman. Mereka mengkhususkan kepada mereka yang memakai baju berwarna kuning.

4.25 pm: Hampir 30 orang yg ditahan di Jalan Tunku Abdul Rahman sedang dikumpulkan dihadapan pintu masuk ke bangunan DBKL.

4.10 pm: Sebahagian kumpulan peserta yang terpecah kini berkumpul berhampiran stesen KTM Bandaraya.

4.05 pm: Lagi tembakan gas pemedih mata di Jalan Tunku Abdul Rahman di hadapan bangunan KWSP. 6 buah trak FRU termasuk water canon ditempatkan di sini.

3.59 pm: Berpuluh orang ditangkap. Ada peserta yang sesak nafas dan pengsan, dibawa dengan ambulan untuk rawatan.
Sebuah kenderaan pacuan empat roda milik DBKL pecah cermin belakang selepas terkena canister gas pemedih mata yang dilepaskan polis.

3.40 pm: Polis mula menyembur gas pemedih mata ke arah Puduraya.
Peserta himpunan dari Jalan Tun Perak lari bertempiaran ke Jalan Raja Chulan selepas ditembak FRU.

3.05 pm: Peserta yang tersekat di Jalan Tun Perak berpatah balik ke Dataran Maybank setelah FRU menembak gas pemedih mata.

3 pm: Loceng amaran FRU dibunyikan. Sebahagian orang ramai merempuh masuk ke Dataran. Water cannon sudah mula ditembak dan gas pemedih mata dilepaskan. Orang ramai berlari ke bangunan DBKL. Difahamkan ketika itu Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru  memulakan ucapan.

2.58 pm: Arahan bersurai kali kedua dikeluarkan pihak polis

2.30 pm: Para pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu sedang berucap di tengah-tengah jalan Tun Perak menghala ke Jalan Pudu di depan Wisma Permim. Sambil melaungkan "Hidup Rakyat".
2.24 pm: Peserta yang berkumpul di jalan berdekatan Dataran Merdeka melaungkan "We Want Dataran", diselangi laungan "Buka, buka, buka Dataran".

2.15 pm: Lokasi Dataran Maybank - Peserta perarakan Bersih berhenti di Dataran Maybank, menanti kumpulan perarakan yg lain. Jumlah peserta kini mencecah angka ratusan ribu.

2 pm: Para peserta Bersih dari CM sedang berarak menuju Dataran, bagaimanapun perarakan agak perlahan di depan Bangkok Bank kerana sekatan polis di hadapan BAR Council.

1.48 pm: Lokasi Masjid Negara - perarakan bermula dan peserta seramai 10 ribu orang.

1.45 pm: Karpal Singh dibenar melepasi sekatan pihak polis selepas perbincangan antara mereka.

Dua jenis senapang dilihat digunakan pihak polis. Senapang biasa untuk gas pemedih mata dan juga senapang peluru getah. Bagaimanapun polis masih belum melepaskan sebarang tembakan, hanya bersedia.

Seorang lelaki cuba menghadiahkan jambangan bunga kepada anggota polis yang sedang berbaris, tetapi tidak dilayan.

1.43 pm: Kumpulan peserta di Central Market mula bergerak ke Dataran sambil melaungkan "Bersih, bersih , bersih". Kumpulan ini bertambah ramai dengan kehadiran peserta dari Brickfields. Dianggarkan jumlah peserta kumpulan ini kira-kira 10 ribu orang.


1.37 pm: Lokasi Masjid Negara - Presiden PAS TG Abdul Hadi tiba di lokasi dan akan bersama-sama berarak ke Dataran.

1.34 pm: Peguam Karpal Singh yang berkerusi roda cuba memohon untuk melepasi sekatan pihak polis. Perbincangan sedang berlaku.

1.30 pm: Pesuruhjaya Suhakam, James Nayagam berpendapat perhimpunan hari ini berlangsung dengan aman. Beliau berharap semua pihak memberikan kerjasama selaras dengan semangat Perlembagaan Malaysia yang menjamin hak rakyat untuk berkumpul dan berhimpun.

Suhakam meletakkan 15 orang wakilnya bagi memantau himpunan ini.
Unit Amal bersiap sedia untuk berarak dari Masjid Negara.

1.20 pm: Polis dalam keadaan bersedia melepaskan tembakan gas pemedih mata.


1.15 pm: Sebahagian besar masih tetap di persimpangan Jalan Tun Perak dan Jalan Tunku Abdul Rahman berhampiran Dataran.

1.05 pm: Lokasi Masjid Negara -  pihak polis membuat sekatan ketat dilaluan menghala ke Dataran Merdeka dengan anggota melebihi 200 orang bagi tujuan menghalang kemaraan pemimpin PR dan peserta Bersih di Masjid Negara dianggar melebihi 10 ribu orang.

1.04 pm: Peserta di Dataran Merdeka mula berundur ke jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Tun Perak berhampiran Masjid Jamek.

1.02 pm: Pasukan FRU bersedia melepaskan tembakan.

12.59 pm: Amaran bersurai diumumkan pihak polis.

12.55 pm: Pemimpin-pemimpin utama, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan beberapa orang lagi memulakan ucapan semangat sementara menunggu masuknya waktu Zuhur di Masjid Negara.



12.52 pm: Lokasi KLCC - Polis mula menganas dengan menangkap 3 pemuda  peserta himpunan sebaik sahaja semua peserta himpunan dari KLCC bergerak menuju Dataran Merdeka.

Mereka ditangkap, ditendang dan diheret ke dalam van polis. Peserta lain yang melihat kejadian mengecam tindakan ganas polis.

Antara peserta yang lihat kejadian berkata, "Sekiranya mengapa-apakan peserta yang ditangkap, PRU 13 kita tolak Umno. Najib tak layak jadi PM."

Tinjauan di tempat kejadian di KLCC. Didapati hampir 20 ribu mula bergerak ke dataran merdeka namun Jalan Pudu ditutup.

12.50 pm: Dataran - Pasukan polis sudah bersedia untuk lepaskan gas pemedih mata.

12.45 pm: Lebih 500 anggota polis dihat bergerak menuju ke persimpangan hadapan Bank rakyat. Mereka berkumpul di bawah jejantas berhampiran medan selera D' Tebing.
Pasukan LSF mula membuat sekatan di persimpangan jalan di hadapan medan selera D' Tebing. Di sini dipercayai laluan kumpulan dari Masjid Negara untuk bergabung dengan kumpulan Dataran Merdeka

Dianggarkan hampir 1,000 anggota LSF dan polis berhimpun menutup jalan di sini

12.40 pm: Wakil Juham, Abang Mohd Kerdee Abang Masagos berkata, pihak polis enggan berunding. Ketibaan peguam Juham disambut dengan sorakan peserta yang menunggu di Dataran.

12.37 pm: Trak water canon fru kini mula memasuki kawasan dataran merdeka. Dianggarkan lebih 20 buah.

Naib Presiden PAS mula bergerak dari Pejabat Agung Pas menuju ke Dataran Merdeka. Jumlah peserta di dataran merdeka kini dianggarkan mencecah 10,000 orang. Turut kedengaran laungan 'Duduk bantah, berdiri Umno'

12.35 pm: Kereta Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat melalui Masjid Negara menuju ke Dataran Merdeka. Bagaimanapun masih belum diketahui beliau akan turun di mana.

12.31 pm: Peserta dari Sogo mula bergerak ke Dataran Merdeka melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman. Perarakan diketuai oleh Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Hatta Ramli sambil diiringin laungan kata-kata semangat.

Polis mula bergerak menghampiri Dataran Merdeka, dipercayai bagi menyekat kemaraan peserta.

12.30 pm: Pasukan Unit Amal mula mengawal ketat keselamatan pemimpin utama di Masjid Negara.

12.10 pm: Dataran - Peserta beramai-ramai melaungkan lagu negaraku.

12.08 pm: Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir tiba di perkarangan Masjid Negara.

12.06 pm: 16 belas trak FRU termasuk 1 trak water canon dilihat mula bergerak masuk dari jalan parlimen menuju ke Masjid Negara.

12.05 pm: Kumpulan dari KLCC tiba di hadapan kompleks Pertama. Kelihatan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Dr Hatta ramli dan Dr Syed Azman berada dalam kumpulan tersebut.

12.04 pm: Seorang peniaga di kompleks Pertama melahirkan rasa kesal dengan melaungkan kata-kata kekesalan terhadap peserta yang berkumpul. Pihak polis sebelum ini cuba mententeramkan beliau. Ramai peserta menganggap ia sebagai satu provokasi.

12.02 pm: Zunar yang baru tiba di perkarangan CM meminta semua peserta Bersih tunggu di situ sementara menunggu arahan daripada pimpinan Bersih. Menurut zunar para peserta akan bergerak ke Dataran Merdeka jam 1.30 petang.
Para peserta Bersih kelihatan bersemangat dan tidak sabar-sabar untuk ke Dataran Merdeka. Ketika ini suasana di depan CM bertambah meriah dengan iringan sajak yang disampaika oleh salah seorang peserta bersih. Sebelum itu, para peserta turut menyanyikan lagu Negaraku.

12.00 pm: Lebih 5,000 berkumpul di perkarangan Masjid Negara. Sebahagiannya menyanyikan lagu Negaraku.

11.59 am: Kumpulan di Masjid negara melaungkan "Bangkit Melayu, Bangkit Cina, Bangkit India, Kita Sama, Sokong Bersih"

11.57 am: Hampir 1000 orang menghampiri Sogo sambil melaungkan takbir, reformasi dan pelbagai kata-kata semangat. Terdapat beberapa provokasi kecil, bagaimanapun tiada sebarang kekacauan berlaku.

11.55 am: Dianggarkan jumlah peserta di Dataran Merdeka kini mencecah 7,000 orang. Kumpulan dari Masjid Jamek turut bergabung di sini. Sepanjang jalan dari persimpangan Bank Rakyat ke stesen masjid jamek penuh dengan peserta.
Mereka kini mula memenuhi simpang Jalan Tunku Abdul Rahman pula.
11.52 am: 2 buah helikopter polis berlegar rendah di perkarangan masjid Negara.

11.50 am: Azmin Ali memberikan ucapan dihadapan ribuan peserta.

Lokasi Dataran - Alat yang didakwa LARD yg dipasang di tiang lampu isyarat jalan raja berhadapan mahkamah







11.46 am: Kira-kira 300 peserta dari Kajang berarak dari stesen KTM Kuala Lumpur ke Masjid Negara.

11.45 am: Kumpulan dari Masjid Jamek dipimpin Azmin Ali tiba di dataran dengan laungan reformasi.

11.42 am: Kumpulan dari Masjid Jamek kini mula beransur-ansur bergabung dengan kumpulan yang berkumpul di dataran merdeka.

11.40 am: Lebih 1,000 peserta Duduk Bantah berkumpul di perkarangan Masjid Negara sementara menunggu jam 2 petang.

11.37 am: Sebahagian peserta kini mula bergerak dari dataran ke masjid negara. Difahamkan pimpinan Bersih dan Pakatan Rakyat akan berada di sana.
Hampir 4,000 peserta sudah berada di sini memenuhi jalan bersebelahan dataran merdeka yang dipagar.Dianggarkan lebih separuh dari peserta di sini sedang bergerak ke masjid negara

11.35 am: Pesuruhjaya Suhakam James Nayagam mengharap pihak berkuasa memberi ruang kepada peserta berhimpun secara aman sehingga selesai.
Perhimpunan aman dijamin perlembagaan. Kedua dua pihak sama ada pihak keselamatan mahupun peserta diharap bersabar dan menahan diri dari melakukan tindakan yang tidak wajar.
"Saya lihat semua peserta berhimpun secara aman, dan saya rasa tiada sebab untuk mana-mana pihak bertindak diluar batasan," katanya

11.32 am: Kira-kira lebih 2000 peserta Bersih memenuhi ruang letak kereta di depan Central Market (CM). Beberapa kedai di dalam CM ditutup bagaimanapun orang ramai boleh memasuki bagunan itu tetapi tidak di benarkan bersantai disitu.
Kelihatan beberapa anggota RELA mengawal pintu masuk CM. Kira-kira 200 orang anggota Unit Amal Malaysia sedang bersiap sedia untuk mengawal peserta himpunan, mereka kini berkumpul di astaka di hadapan CM.

Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga dan beberapa anggota Bersih turut berada bersama anggota unit amal.

11.30 am Kira-kira 4,000 orang berkumpul di pekarangan Masjid Negara dan stesen KTM Kuala Lumpur. Jumlah dilihat semakin bertambah.

11.25 am 9 trak polis dengan 6 daripadanya dipenuhi anggota tiba di Dataran Merdeka.

11.23 am: Dataran - Seorang pemuda menarik perhatian orang ramai apabila berjalan dihadapan barisan kawalan polis sambil menayangkan kertas bertulis 'Semoga Allah lembutkan hati abg polis'.

11.20 am: Lokasi SOGO - Timb Presiden PKR, Azmin Ali tiba dan bertemu dengan peserta Bersih.

11.12 am: PDRM akan guna LRAD = Long Range Acoustic Device, alat yg akan buat demonstran sakit telinga & hilang imbangan. Bawa earplug/kapas.

11.10 am: Polis terus berkawal di sekitar KLCC.

11.05 am: Jumlah yg tiba di dataran semakin bertambah. Laungan "Bersih, Bersih!, Reformasi, hidup rakyat" kedengaran sejak tadi. Sebahagian peserta ada yang duduk dan berehat sementara menunggu jam 2 petang.

Turut dilaungan 'kuning-kuning Najib pening' disamping beberapa ucapan bersemangat dikalangan peserta.

11 am: Dataran Merdeka: Lebih 2,000 peserta sudah berkumpul di sini. Ada yang bermalam dari malam tadi di sini.

10.57 am: Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS "Kita minta semua peserta bersih 3.0, disamping duduk bantah, boleh lah berbelanja RM10 seorang untuk menyemarakkan lagi himpunan pada hari ini."

10.54 am: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu tiba di Masjid Negara diiringi dengan laungan "duduk"

10.50 am: Sekita Sogo - Laungan "reformasi" mula kedengaran dari kumpulan orang ramai yang dianggarkan seramai 200 orang di hadapan kompleks Pertama.

10.41 am: Meskipun kawasan Dataran Merdeka ditutup dan dikawal polis, peserta Duduk Bantah duduk santai di kawasan sekitar dengan berpakaian kuning.Laungan "reformasi" dan "bersih bersih" turut kedengaran. Lebih 500 orang di sini.
Peserta berehat menunggu detik 2 petang.
10.35 am: Lokasi Dataran Merdeka - dianggarkan melebihi 6 ribu orang berkumpul diatas jalan raya.

10.30 am: Lokasi Masjid India - peserta Bersih memenuhi sekitar masjid india dianggarkan mencecah 3 ribu orang.

10.22 am: Orang ramai beratur untuk membeli tiket di Stesen LRT Titiwangsa

10.20 am: Sekitar Sogo - Pihak polis memperkemas barisan bagi menghadapi sekumpulan peserta di hadapan premis KFC. Beberapa individu yang berjalan dalam kelompok kecil dimita kembali ke kompleks Pertama.

10 am: Pusat Membeli Belah Sogo mula membuka premis perniagaan, bagaimanapun pihak polis meletakkan pita yang dikenali 'tali merah' di kalangan pihak polis di hadapan pintu masuk Sogo. Hanya satu pintu di bahagian tepi kompleks Sogo dibuka.


9.57 am: Sekitar pasaraya Sogo - Sebuah helikopter kelihatan berlegar-legar di udara.

9.35 am: Di pusat membeli -belah Sogo, puluhan polis menghalang laluan masuk ke Jalan Tuanku Abdul Rahman dengan mendirikan 'pagar manusia' yang terdiri daripada anggota polis.

Kelihatan sekumpulan orang yang dipercayai peserta himpunan Bersih 3.0 berkumpul di hadapan Kompleks Pertama. Bilangan mereka bertambah dari semasa ke semasa.

9.15am: Jalan Tun Razak sesak apabila polis trafik telah menutup susur jalan ke Tabung Haji menghala ke KLCC.

9.10am: Orang ramai mula tiba di stesen LRT KLCC dan kelihatan pihak polis berkawal.

9.05am: Trafik dari Kajang sehingga tol Sungai Besi berjalan lancar setakat ini. Tidak ada sebarang sekatan dibuat.

Bagaimanapun trafik mulai sesak di Lapangan Terbang Sungai Besi dan kelihatan tidak bergerak kerana beberapa jalan telah ditutup.

9 am: Laluan ke Kg Baru dari Jalan Semarak ditutup kepada semua pengguna jalan raya. Beberapa pengguna jalan raya dilihat turun dari kenderaan masing2 untuk berbincang dengan pihak polis. Semua kenderaan diarahkan melalui jalan Tun Razak.

Laporan lanjut menyusul.

Wartawan dakwa dipukul polis, Najib minta maaf


  • Aidila Razak
  • 6:50PM Apr 29 2012
 
Wartawan akhbar The Sun, Radzi Razak yang mendakwa dipukul sehingga tujuh orang anggota polis hari ini menerima kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

radzi razak najib 290412Menurut Radzi, Najib telah meminta maaf kepadanya atasinsiden tersebut.

Najib dilihat berbisik kepada Radzi ketika melawat wartawan tersebut di wad Hospital Kuala Lumpur hari ini.

Radzi ketika ditemui mendakwa beliau dipukul oleh tujuh anggota berkenaan ketika berada di persimpangan Jalan Raja dan Jalan Tuanku Abdul Razak dalam insiden semalam.
Turut mengunjungi Radzi hari ini ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.


Wartawan buat liputan BERSIH 3.0 patah rusuk
  • Aidila Razak
  • 2:30PM Apr 29 2012
 
Seorang wartawan akhbar The Sun dimasukkan ke hospital susulan kecederaan di tulang rusuk dan turut disyaki mengalami kecederaan dalaman ketika membuat liputan perhimpunan BERSIH 3.0 di Kuala Lumpur semalam.

Menurut rakan sekerjanya Alyaa Alhadjri, wartawan berkenaan Radzi Razak kini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Alyaa berkata ujian yang dijalankan ke atas Radzi awal pagi tadi menunjukkan wartawan berkenaan mengalami kecederaan dalaman di bahagian perutnya.

Insiden yang menyebabkan Radzi mengalami kecederaan tersebut setakat ini masih belum dapat dipastikan.

Bagaimanapun menurut wartawan Malaysiakini Zulaikha Zulkifli, sekumpulan besar anggota polis menerpa ke kawasan di mana Radzi sedang berdiri pada kejadian kira-kirajam 5.30 petang.

Radzi dikatakan berdiri di satu sudut di persimpangan Jalan Tun Perak dan Jalan Raja Laut sementara Zulaikha pada ketika itu berada di persimpangan Jalan Tun Perak dan Jalan Raja.

Zulaikha berkata, beliau melihat sekumpulan besar anggota polis berbincang di tengah-tengah persimpangan berkenaan dan kemudiannya menerpa ke satu sudut persimpangan itu.

"Kemudian saya nampak seorang lelaki berbaju putih terbaring dan beberapa orang anggota paramedik memeriksa keadaan lelaki itu," katanya.

Seorang lagi wartawan Malaysiakini Nigel Aw yang tiba di lokasi tersebut melihat Radzi terbaring dan kelihatan "separa sedar (dan) dikelilingi orang ramai."

Satu gambar Radzi menunjukkan beliau berpakaian baju putih dalam keadaan terbaring dan dikelilingi pegawai perubatan.

Beliau dilihat memakai kad pengenalan media.

Orang ramai marah, terbalikkan kereta polis



GALERI FOTO

LAPORAN LANGSUNG

455pm
 JALAN TAR Tapak pasar malam, sekumpulan peserta BERSIH dan polis bertumbuk. 

4.45pm 
Pistol polis dirampas peserta BERSIH di hadapan SOGO, menurut tweet polis.

4.19pm Jalan TAR - Sekumpulan orang ramai yang marah bertindak menterbalikkan kereta polis selepas ia didakwa melanggar peserta di situ.
4.10pm - Jalan TAR - Sekumpulan peserta duduk di sepanjang jalan TAR yang ditutup. Seorang penjual ais-krim laris perniagaannya apabila menjadi tumpuan peserta untuk menghilangkan dahaga mereka.

FRU melepas tembakan air bercampur kimia ke arah mereka di depan kedai Kamdar di Jalan TAR.

4.04pm Sebelum itu, beberapa wartawan yang berdiri di belakang FRU turut tertolak polis ke arah peserta ketika gas pemedih mata ditembak, mendedahkan mereka kepada gas yang memedihkan mata.

3.58pm Seorang lelaki berusia 35 tahun mengalami kesukaran bernafas berhampiran Dataran Maybank akibat gas pemedih mata. Dia pulih selepas diberi rawatan oleh pasukan perubatan.

3.58pm Masjid Jamek - Beratus-ratus peserta sedang berehat di taman di belakang Masjid Jamek untuk pulih daripada serangan meriam air dan gas pemedih mata.
3:49pm - JALAN RAJA LAUT Kira-kira 35 peserta BERSIH ditangkap dan dikumpulkan di hadapan bangunan DBKL.
Turut ditahan ialah seorang wartawan akhbar Cina Oriental Daily kerana disangka salah seorang penyokong.
Bagaimanapun, dia dilepaskan selepas polis mendapat dia sebenarnya wartawan akhbar berkenaan.
3:49pm Seorang peserta perhimpunan cedera di depan bangunan DBKL dan dibawa mendapatkan rawatan oleh St John Ambulance.
3.50pm Pusat membelibelah Sogo - Beberapa peserta berundur dari Dataran Merdeka di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan dikejar polis.
3.42pm Stesen LRT Dang Wangi - Selepas polis melepaskan tembakan gas pemedih mata di Jalan Tun Perak, beberapa peserta melarikan diri ke Jalan Dang Wangi dan Jalan Ampang.

Mereka dilihat berjalan ke arah KLCC melalui Jalan Ampang. Kebanyakan mereka dijangka pulang.
3:29pm Majlis Peguam - Selepas arahan untuk bersurai dikeluarkan, tembakan meriam air dan gas pemedih mata dilepaskan ke atas orang ramai di luar bangunan Majlis Peguam di Lebuh Pasar Besar.
3.24pm Masjid Jamek - Di hadapan stesen LRT orang ramai enggan berganjak dan melaungkan "BERSIH" walaupun gas pemedih mata dilepaskan ke arah mereka.
Mereka berundur setiap kali gas pemedih mata ditembak, tetapi kembali semula selepas itu.
3.20pm: Dataran Merdeka - kawat duri di Lebuh Pasar Besar dialih oleh orang ramai. Mereka kemudian mengalihkan penghalang plastik.

Kira-kira 30 anggota polis yang bersenjatakan cota, perisai dan topeng gas bergerak membentuk benteng.

Peserta dan polis kini bersemuka tanpa apa-apa di antara mereka. Ada yang bergambar manakala yang lain duduk di atas jalan menghadap polis.

Komander polis bagi kawasan tersebut duduk di atas trak polis dengan pembesar suara tetapi belum mengeluarkan sebarang arahan.
3.15pm - Lagi gas pemedih mata di tembak di kawasan Coliseum di Jalan TAR.
3.13pm - Sebahagian peserta berundur ke jalan Pudu ekoran tembakan gas pemedih mata.
3.10am Masjid Jamek - lebih banyak gas pemedih mata dilepaskan berhampiran stesen LRT Masjid Jamek. Difahamkan beberapa peserta yang cuba melanggar larangan memasuki Dataran Merdeka, telah ditangkap.
3.08pm Polis terpaksa lepas gas pemedih mata apabila peserta cuba rempuh halangan, demikian menurut tweet polis.
3.01pm: Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air di persimbangan jalan Tun Perak-Jalan TAR. Difahamkan polis bertindak demikian selepas ada peserta melanggar larangan memasuki Dataran Merdeka.
2.45pm Pasar Seni - Orang ramai mula bersurai di sekitar ibupejabat Majlis Peguam, yang dianggarkan sekitar 5,000 orang. Satu kumpulan masih berada di hadapan penghalang dan kawat duri yang memisahkan orang ramai dari Dataran Merdeka di seberang sungai.

Sekitar 50 anggota FRU bersiap sedia. Orang ramai menjerit slogan BERSIH serta "hancur Rosmah" dan "Buka Pintu".
2:34pm Masjid Jamek - Pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga berkata perhimpunan BERSIH 3.0 telah berjaya dan menggesa orang ramai supaya bersurai.

Bagaimanapun, orang ramai melaungkan "Dataran! Dataran!"

Sebelum ucapan Ambiga, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rakyat telah menyatakan dengan jelas bahawa mereka tidak akan bertolak ansur dengan politik kotor.

Anwar adalah sebahagian daripada kumpulan yang berarak dari Masjid Negara.
2.15pm: Puduraya - Kumpulan 10,000 dari Masjid Negara sampai ke Puduraya dalam perarakan panjang ke Dataran Merdeka.
2pm Masjid Jamek - Anggota jawatankuasa MCA bahagian Kelana Datuk Lee Hwa Beng dilihat berhampiran restoran McDonalds.

Katanya, beliau menyertai perhimpunan tersebut atas kapasiti peribadi dan MCA telah menyatakan dengan jelas bahawa ia tidak menghalang ahli daripada menyertainya.

Ditanya mengapa beliau menyertai perhimpunan tersebut, Lee memetik dari buku barunya - PKFZ: A Nation's Trust Betrayed - bahawa berdiam diri bukan lagi satu pilihan.
2pm Orang ramai kini bertumpu di tiga kawasan utama - Jalan Tun Perak (dari Masjid Jamek ke Dataran Merdeka), Lebuh Pasar Besar (berhampiran ibu pejabat Majlis Peguam) dan Masjid Negara di mana jemaah bersolat Zohor.

Ini bermakna Dataran Merdeka sudah dikelilingi sepenuhnya oleh orang ramai dari Utara dan Selatan.

Kumpulan lain dijangka menyertai mereka dari Masjid Negara selepas solat.
1.55pm: Pasar Seni - Datuk A Samad Said berkata beliau akan meneruskan protes duduk ke atas sebuah jambatan pejalan kaki dekat sini, daripada menyertai peserta lain di Dataran Merdeka.

"Saya menggunakan jambatan ini setiap minggu tetapi ini pertama kalinya dalam hidup saya mereka tidak membenarkan saya lalu, mereka minta saya guna laluan lain. Ini adalah jalan yang saya gunakan untuk pergi ke masjid," katanya mengenai sebab beliau melakukan protes duduk di jambatan itu.

1.50pm Masjid Negara - Sekumpulan 10,000 kini berkumpul di masjid, dan telah mula menuju ke arah bangunan Mahkamah Syariah lama melepasi stesen keretapi lama.

Mereka kemudian pusing kiri dan menyeberangi jambatan di atas landasan keretapi menuju ke Dataran melalui belakang stesen keretapi yang mengarah ke Pasar Seni.

Dengan diterajui anggota Unit Amal. orang ramai dipercayai mengambil jalan jauh ke Dataran kerana pihak polis telah menutup laluan terus ke sana dengan membentuk benteng manusia.

1.45pm:
 Pasar Seni - Kira-kira 30 orang telah memutuskan untuk menyertai Pak Samad 'duduk bantah' di atas jambatan pejalan kaki di Pasar Seni LRT.

1.38pm Masjid Negara - Presiden PAS Abdul Hadi Awang tiba.

1.30pm
 Dataran Merdeka - Kumpulan yang besar dari Kota Raya dan Petaling Street bergerak mendekati Dataran. Kota Raya dan Petaling Street kini kosong.

Orang ramai yang paling hampir dengan benteng di Dataran Merdeka duduk di atas jalan raya, dengan lebih melaungkan "duduk" dan menyertai mereka. Anggota Unit Amal PAS membentuk benteng di hadapan benteng polis.

Lapisan kawat duri, penghalang plastik dan pagar besi, memisahkan mereka daripada benteng kira-kira 100 anggota polis. Anggota FRU dengan trak meriam air di siap sedia tidak jauh dari situ.

1:33pm 
Pasar Seni - Polis membuat keputusan untuk meninggalkan sekatan di jambatan pejalan kaki yang menghubungkan stesen LRT Pasar Seni dan Dayabumi. Sesetengah penyokong menyertai Pak Samad bersolat. Pesera mula memenuhi jambatan untuk melihat protes di bawah.

1:30: Pasar Seni - Seorang anggota Unit Amal PAS menjelaskan bahawa Pak Samad tidak ditahan polis tetapi duduk di atas jambatan pejalan kaki sebagai tanda bantahan terhadap tindakan polis menyekat kawasan itu. Dia berdiri di situ atas keputusannya sendiri.

1.40pm 
Polis keluar kenyataan keadaan sekitar Dataran terkawal. Menurutnya, hingga jam 1pm, peserta 25,000.
Menurut kenyatan pusat media polis kontinjen Kuala Lumpur, mereka dalam keadaan berjaga-jaga dan memantau keseluruhan perhimpunan BERSIH.

"PDRM bertanggungjawab memastikan ketenteraman awam terpelihara agar tidak diganggu oleh mana-mana pihak," kenyataan itu dipetik.

Pasukan keselamatan juga menegaskan akan bertindak kepada pihak yang melampau batas dan melanggar perintah mahkamah yang melarang orang ramai berkumpul di Dataran.

1.23pm: Pasar Seni - Pengerusi bersama BERSIH isytihar perhimpunan berjaya, akan mara sedekat mungkin kawasan dibenarkan sebelum duduk.

1:13pm:
 Sejam menjelang perhimpunan BERSIH 3.0, jumlah peserta yang hadir setakat ini dianggarkan telah mencecah sekitar 50,000 orang.

- Pudu/Kotaraya/Petaling Street (orang ramai berarak dari KLCC) - 20,000
- Pasar Seni (bergabung dengan orang ramai dari Brickfields) - 15,000
- Masjid Jamek - 10,000
- TAR / Jalan Tun Perak / Jalan Parlimen - 10,000
- Masjid Negara - 5,000

1.09PM MASJID JAMEK Unit Amal membuat benteng manusia bagi memimpin orang ramai berarak ke Dataran Merdeka.
12.50pm Pasar Seni - Kumpulan kedua dari Brickfields, juga berjumlah ribuan orang, tiba di Pasar Seni untuk bersama dengan mereka yang sudah berada di situ.
12.43 thr Masjid Negara - PKR presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba bersama dengan pemerhati antarabangsa.

12.40 thr Pasar Seni - Pengerusi DAP Karpal Singh tiba di hadapan Majlis Peguam, disambut dengan laungan "BERSIH".

12.35 thr Jalan Tun Perak - Senator Australia Nicholas Xenophon hadir, untuk memerhatikan perhimpunan tersebut.

"Ini adalah satu suasana yang menarik dengan lebih daripada 10,000 orang. Setiap orang bersemangat tinggi," katanya.

"Ini adalah perhimpunan aman tanpa sebarang keganasan. Orang muda dan tua bersama-sama berada di sini. Saya pasti rakyat Australia dan rakyat Malaysia memahami bahawa ini adalah demonstrasi untuk pilihanraya yang bebas dan adil."
12.32pm Pasar Seni - Polis membentuk benteng manusia di Hang Kasturi Walk, laluan baru di sebelah Pasar Seni, walaupun beberapa peserta sudah lama melepasi mereka melalui satu kaki lima di situ

Peserta yang berdepan dengan benteng polis itu menyanyikan lagu Negaraku.

12.30pm: Pasar Seni - Pak Samad duduk di atas tikar di belakang barisan polis di jambatan yang menghubungkan stesen LRT Pasar Seni ke Dayabumi, sambil membaca Al-Quran.

Apabila ditanya sama ada beliau ditahan, seorang anggota polis menjawab, "Beliau sedang berehat. Beliau mengambil gambar selama dua jam tadi, beliau letih. "

Apabila Malaysiakini bertanya kepada sasterawan negara itu sama ada beliau ditahan, beliau hanya mengangkat bahunya.
12.14pm Masjid Negara - Beberapa pemimpin kini berada di Masjid Negara - Mohamad Sabu, Lim Kit Siang and Abdul Kadir Sheik Fadzir.

12.10pm Jalan Sultan - Selepas berehat kira-kira sejam, kira-kira 3,000 orang yang pada mulanya berkumpul di Jalan Sultan, sekarang berjalan melalui Jalan Petaling.

12:07pm Jalan Tun Perak - Kira-kira tiga trak FRU dan dua meriam air kelihatan di Dataran.

Sekumpulan 500 penyokong dari Jalan Pudu menuju ke JalanTun Perak sambil melaungkan "BERSIH" dan "Stop Lynas".
12.05 thr Objek diperiksa di Dayabumi didapati bukan bahan letupan, demikian menurut video laporan langsung polis di Youtube. Ia adalah alat ganti kereta di dalam kotak kuning.
12:03 thr Dua jam sebelum perhimpunan BERSIH 3.0, jumlah pesertanya dianggarkan kira-kira 35,000 orang di lokasi yang berlainan di pusat bandaraya di Kuala Lumpur.

Pudu (peserta berarak dari KLCC) - 20,000
Pasar Seni (bergabung dengan peserta dari Brickfields) - 10,000
Jalan Petaling - 3,000
Masjid Negara - 2,000
1155am: Pasar Seni - Peserta yang bergabung sekarang dianggarkan berjumlah 10,000 orang. Tempat letak kereta dibanjiri orang ramai yang menyanyi lagu Negaraku.
11.51am Pasar Seni - Unit Amal PAS (unit keselamatan) meminta peserta berkumpul di luar Pasar Seni kerana perhimpunan BERSIH 3.0 hanya akan bermula pada jam 2 petang.

Kelihatan bersama orang ramai di situ ialah pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga dan pengarah komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad.

11.47am Dekat Dataran Merdeka - Di hadapan Majlis Peguam, kumpulan peserta termasuk aktivis wanita Irene Fernandez menyanyikan beberapa lagu, termasuk 'Rasa Sayang'.
11.46am Pasar Seni - Peserta yang berarak dari Brickfields telah sampai ke Pasar Seni dan menerima sambutan gemuruh dari peserta di situ.

"Reformasi, reformasi Hidup BERSIH!" jerit mereka.

Berikutan itu, jumlah peserta itu di situ mencecah beberapa ribu orang.
1.43am JLN TAR Timbalan Presiden PKR Azmin Ali ketuai peserta berarak ke Jln Tun Perak sambil bersorak "Tolak SPR"

11.40am Pasar Seni - Dari stesen LRT ke arah HSBC Bank Malaysia Berhad, kebanyakan kedai ditutup dan jalan-jalan kosong, nampak seperti zon perang atau kawasan dilanda bencana. Ratusan penyokong BERSIH dalam kumpulan yang bertaburan. Sesetengah restoran yang dibuka dipenuhi pelanggan berkemeja-T kuning.

Pak Samad tiba di LRT Pasar Seni dan bergambar di jambatan yang menghubungkan stesen Dayabumi dengan berlatar belakang anggota polis yang berkawal di situ. Stesen tersebut beroperasi tetapi mesin tiket tidak berfungsi.
11.38am Dataran Merdeka - Orang ramai di Persimpangan Jalan Tun Perak-Jalan Parlimen, berjumlah ribuan orang, sekarang berarak di sepanjang Jalan Kinabalu menuju ke arah Masjid Negara.
11.35am Brickfields - Peserta berpegang membentuk rantaian manusia untuk memecahkan benteng polis, dan berjaya mara tanpa banyak tentangan dari polis.

11.30am Brickfields - Kira-kira 1,000 orang cuba untuk berarak tetapi dihalang oleh kira-kira 60 anggota polis di Jalan Tun Sambathan.

Kumpulan itu kini duduk di hadapan polis dan menyanyikan lagu Negaraku.

11.25am Jalan Tun Perak - Kumpulan Himpunan Hijau 3.0 sampai ke Menara Maybank, yang terletak tidak jauh dari Dataran Merdeka.

Oleh kerana jalan ke Dataran Merdeka telah ditutup, maka mereka menuju ke arah Pudu Sentral, tumpuan utama perhimpunan BERSIH tahun lepas.

11.19am Masjid Negara - Sembilan trak polis baru melepas Masjid Negara menuju ke Dataran Merdeka. Mereka mendapat tepukan gemuruh orang ramai.
11.15am Masjid India - Jumlah orang ramai semakin bertambah di luar bangunan BSKL.

11.15am Masjid Negara - Empat trak polis meninggalkan kawasan tersebut.
11:13am Jalan P Ramlee - Peserta Himpunan Hijau berarak dari KLCC ke arah Jalan Raja Chulan.

Mereka melaungkan "Bersih" dan beberapa peserta membantu memudahkan aliran trafik.
Dianggarkan jumlah peserta sudah mencecah 20,000 orang di lokasi berlainan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur.
11.10am Pasar Seni - Kira-kira 20 anggota Unit Amal telah ditugaskan untuk melindungi Datuk S Ambiga. Turut bersamanya ialah anggota jawatankuasa pemandu BERSIH, Subramaniam Pillay dan Andrew Khoo.

Bercakap kepada media, Khoo berkata BERSIH akan menghormati perintah mahkamah yang menghalang mereka ke Dataran Merdeka tetapi berkata polis telah bertindak di luar perintah mahkamah yang diperolehi.

Beliau mendakwa, pihak polis telah memperluaskan sekatan meliputi kawasan yang tidak termasuk dalam perintah mahkamah tersebut.

"Saya tidak pernah lihat kawat duri digunakan di Kuala Lumpur. Saya hanya melihatnya di negara-negara seperti Pakistan ... Tapi itu zon perang," katanya sambil menambah beliau amat terkejut dengan tindakan polis menghalang hak rakyat untuk berhimpun secara aman.11.00am MASJID NEGARA Mat Sabu: Saya dan Isham Rais ke sana untuk mententeramkan peserta BERSIH agar tidak masuk ke kawasan Dataran Merdeka. Kami larang peserta pijak rumput hijau
11.00am MASJID NEGARA Mat Sabu bidas menteri dalam negeri bahawa dia serbu Dataran pagi tadi.
10.55am Masjid Negara - Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu tiba di Masjid Negara dan diberikan sambutan wira oleh orang ramai.

10.54am KLCC - Beberapa orang ditangkap di sini selepas orang ramai, dianggarkan 10,000 orang, mula berarak ke arah Masjid Jamek.

Mereka memecah benteng polis di Jalan Ampang.
10.53am Masjid India - Para anggota Unit Amal menerajui kira-kira 5,000 peserta untuk melepasi benteng polis di persimpangan di luar Public Bank, berhampiran hujung utara Dataran Merdeka.
10.51am Tiga jam sebelum perhimpunan Bersih 2.0 pada jam 2 petang, dianggarkan 15,000 peserta sudah berada di lokasi berlainan di sekitar pusat bandaraya Kuala Lumpur.

KLCC - 5,000
Jalan Sultan - 4,000
Masjid Jamek - 2,000
Masjid Negara - 1,000
Berhampiran Dataran Merdeka - 3,000
10:44am JLN TUN PERAK Warga emas Cik Ani berkerusi roda turut berhimpun.
"Kalau FRU kejar, saya takkan lari... Angkat saya masuk lokap," kata Cik Ani, 56, di Jln Tun Perak.
10.40am: KLCC - Kumpulan Himpunan Hijau 3.0 mula bergerak.

Pengerusinya, Wong Tack dan ahli jawatankuasanya mengetuai kira-kira 5,000 orang berarak di sepanjang Jalan Ampang menuju ke Suruhanjaya Tinggi Australia.
10:40am: Masjid Negara - Datuk S Ambiga dilihat  berjalan ke arah stesen lama keretapi lama sekarang.
10.34am Setakat ini, tidak kelihatan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di pusat bandar. Juga tidak kelihatan trak meriam air setakat ini.

10.31am Tweet dari PDRM - 8 objek disyaki bahan letupan dikesan di luar Menara Dayabumi.

Sementara itu, polis KL mengumumkan di Facebook bahawa mereka telah menutup 58 jalan di bandaraya KL bermula dari jam 6 pagi sehingga notis selanjutnya.

10.20am: Masjid Negara - Kira-kira 100 orang mendengar ucapan di halaman masjid tersebut.

10.19am
 Brickfields - Peserta mula mengedarkan belon dalam bentuk permainan popular komputer - Angry Birds.
10.16am Dataran Merdeka - Benteng polis berhampiran ibu pejabat Majlis Peguam menjadi tumpuan pelancongan untuk bergambar di situ.

10.15am Bangsar  - Pengerusi Bersama BERSIH Datuk A Samad Said baru menaiki LRT yang penuh sesak di stesen Bangsar. Orang ramai bertepuk ketika beliau masuk ke dalam koc.

10.05am
 Brickfields - Kira-kira 50 peserta memaki baju-T BERSIH berhimpun di luar luar Old Town Coffee Shop di Jalan Thambypillai.

Menurut sesetengah peserta, mereka sama ada bermalam di hotel berdekatan atau ikut orang ramai apabila tiba di KL Sentral.

"Saya tidak tahu bagaimana nak ke di Brickfields. Saya hanya ikut yang lain apabila saya keluar dari stesen kereta api." kata Kelly Tui.
10:03am JLN TUN PERAK Suasana makin meriah dengan sorakan, persembahan silap mata.
9.57am Central Market - Sekumpulan kecil sibuk meneliti salinan perintah mahkamah yang ditampal di tiang lampu. Perintah mahkamah itu melarang ahli jawatankuasa pemandu BERSIH memasuki Dataran Merdeka.

9.40am Dataran Merdeka - Simpang Jalan Tun Perak-Jalan Tunku Abdul Rahman merupakan titik perhimpunan utama dengan orang ramai mencecah kira-kira 3,000 orang yang menyanyi dan melaungkan slogan.

Kelihatan ratusan anggota polis tetapi tiada kelihatan anggota FRU.
9.42am - Pasar Seni: 60 anggota polis telah membentuk barisan di Leboh Pudu, bagi mencegah kenderaan masuk ke Medan Pasar dan Jalan Lebuh Pasar. Walau Bagaimanapun, peserta berjalan kaki dibenarkan lalu.

9.37am KLCC - Anggota jawatankuasa anti-cyanide Bukit Koman dari Raub, Pahang membawa kain rentang dan poster untuk menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap syarikat perlombongan emas Australia yang menggunakan cyanide untuk mengekstrak emas.

Jumlah orang ramai di KLCC meningkat kepada 1,000 dan emosi mereka tinggi dan semakin tinggi.

9.36am
 Jalan Sultan - Sekumpulan kira-kira 50 anggota polis membentuk benteng manusia di Jalan Sultan dan Jalan Hang Jebat untuk menghalang orang ramai daripada menuju ke Yan Keng Benevolent Dramatic Association di mana penggambaran video muzik untuk lagu tema 'Protect Jalan Sultan' akan diadakan pada jam 10 pagi, oleh pengarah filem Pete Teo.

9.35am: Masjid Negara - Jalan menuju ke Jalan Sultan Hishamuddin dari Jalan Travers ditutup.

Terdapat kira-kira 500 peserta berhimpun di sini bersama dengan Unit Amal PAS yang berpakaian merah hati. Lebih ramai datang dari arah stesen KTM untuk menyertai mereka.

Kira-kira 50 anggota polis dan sebuah trak polis dilihat berada di situ.
9:36am JLN TUN PERAK Peserta dihiburkan dengan nyanyian lelaki Cina. Seorang OKU India berucap kepada peserta
9.35am JLN SULTAN/JLN HANG JEBAT Polis buat perisai manusia halang orang ramai ke Yang Keng Benevolent Dramatic Association.
9.32am: kemaskini pengangkutan awam - Tweets dari RapidKL, perkhidmatan seperti biasa, semua jalan menuju ke bandaraya KL ditutup.

"Bas akan menurunkan penumpang di stesen LRT berdekatan dengan bandaraya KL. Tiada bas masuk ke dalam bandaraya KL."
9:30am Jalan Sultan - Di pasar mini KK, Dr Wong Fort Ping, 57, mula menyanyikan lagu Negaraku, dan kemudiannya diikuti ratusan peserta.

Wong kemudian memberitahu orang ramai bahawa beliau turut menyertai perhimpunan BERSIH pertama dan kedua dan memetik kata-kata bekas Presiden Amerika Syarikat, John F Kennedy.

9.36am: Jalan Tun Perak - Seorang lelaki, yang bersama Saw, menyanyi di hadapan orang ramai, dan mendapat tepukan gemuruh.

Terdapat kira-kira 500 peserta di persimpangan Jalan Tunku Abdul Rahman-Jalan Tun Perak Jalan Raja-Jalan Parlimen.

Seorang lelaki kurang upaya kelihatan memberikan ucapan kepada sekumpulan lagi peserta yang duduk berhampiran di persimpangan tersebut.
9.25am Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) - Beratus-ratus penyokong BERSIH telah berkumpul di lorong belakang Jalan TAR berhampiran Masjid India, ramai di antara mereka memakai baju-T BERSIH atau baju kuning.

Terdapat sekumpulan orang muda yang mendiri sebuah gerai di sini untuk menjual baju-T BERSIH dan 'Free Education'.

Polis menutup Jalan TAR dan Jalan Parlimen. Manakala kira-kira 100 anggota polis membentuk benteng manusia do Jalan TAR, di hadapan Sogo, peserta dapat mengelak benteng polis dengan menggunakan lorong belakang untuk pergi ke Masjid India dan Jalan Tun Perak.

Orang ramai melepak, duduk di hadapan kedai dan berbual sementara menunggu perhimpunan duduk bantah bermula.
9.21am Jalan Tun Perak - Kira-kira 1,000 orang berkumpul di sepanjang jalan tersebut yang ditutup kepada kenderaan.

Ramai yang duduk di sepanjang laluan kaki lima dan berdiri di tengah-tengah jalan.

9.20am
 Masjid Jamek LRT - Sekumpulan peserta BERSIH yang berpakaian kuning, berkumpul di luar stesen LRT, ada yang duduk di tepi jalan.

Jalan menuju ke Jalan Tun Perak dan Bangkok Bank ditutup kepada semua kenderaan. Terdapat kira-kira 50 anggota polis di kawasan itu. Kelihatan tiga trak polis dan sebuah van.
9.15am MASJID NEGARA 500 orang berkumpul di perkarangan masjid.

9.18am Pasar Seni - Kira-kira 100 anggota polis berbaris di belakang benteng di Lebuh Pasar Besar.

Orang ramai yang berada di depan sekatan jalan bertambah kepada 100 orang. Mereka menonton aktivis mengadakan persembahan muzikal.
920am MASJID JAMEK Jln dari Jln Tun Perak ke Bangkok Bank ditutup. Peserta berhimpun di LRT
9.15am KLCC - Pintu masuk ke KLCC menghadap Bangunan Public Bank dan pintu masuk utama ke Menara Berkembar ditutup.

Ketua Pemuda MCA Indera Mahkota David Choi, walaupun menghadapi tindakan disiplin parti kerana menyokong Himpunan Hijau, dilihat berada di kalangan orang ramai.

Pemuda MCA Bahagian Indera Mahkota merupakan satu-satunya bahagian parti itu yang menentang loji nadir bumi yang terletak di Gebeng, Pahang.

Peserta yang kini berjumlah kira-kira 500 orang selepas disertai kumpulan lain yang berada di taman KLCC mula melaungkan "Stop Lynas".

Kira-kira 100 anggota polis membentuk tembok manusia untuk menghalang orang ramai daripada berhampiran pintu masuk.
9:14am JAN TUN PERAK menghala Jln Datuk Onn ditutup. 50 polis kelihatan berkawal.

9.00am JLN PETALING, DEKAT HOTEL LOK ANN Seorang gadis berbaju kuning beri bunga polis bernama Yap, minta sokong BERSIH. Yap tak ambil dan hanya tersenyum. Orang ramai dan anggota polis lain bertepuk tangan.
Anggota polis dilihat mengawal beberapa lokasi utama, termasuk Yang Keng Benevolent Dramatic Association di persimpangan Jalan Sultan dan Hang Jebat.

9.09am KLCC 500 berkumpul di taman dekat pintu masuk Suria & mula melaungkan slogan anti-Lynas.

859am MASJID INDIA Penyokong mula penuhi tempat & bersarapan. Ada juga berdekatan Jalan TAR. 150 polis mengawal.
8.55am SIMPANG MRR1 ke Jln Sultan Salahuddin, sekatan jalan raya. Kenderaan tidak dibenarkan masuk
851am JLN DUTA Sekatan jalan raya, semua kereta dihalang memasuki Jln Parlimen.8.48am PERSIMPANGAN DEPAN SOGO ditutup. Jalan menuju Dataran ditutup, pemandu dilencongkan ke Jln Dang Wangi. 150 polis berkawal.

840am 
JLN IMBI, JLN BKT BINTANG menuju Jln Sultan Ismail, lancar tanpa sekatan jalan raya.
8.32am KLCC AVENUE K Ratusan penyokong Himpunan Hijau berkumpul. 150 polis berseragam mendengar taklimat daripada atasan mereka.

8.30am
 JLN TUN SAMBANTHAN menuju Pasar Seni di tutup. Helikopter berlegar di udara.

8.24am
 JALAN TRAVERS//BRICKFIELDS Trafik lancar tanpa sekatan jalan raya. Peserta belum kelihatan.

8am - JLN PETALING - Peserta mula berkumpul, termasuk sekumpulan seniman dengan alat muzik. Gerai sekitar penuh sesak.

8am - JLN PETALING - Peserta mula berkumpul, termasuk sekumpulan seniman dengan alat muzik. Gerai sekitar penuh sesak.