Thursday, September 29, 2011

Selamat datang ke Sambutan 60 Tahun PAS

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5676-selamat-datang-ke-sambutan-60-tahun-pas | Print |
Analisis Mohd Sabri Said

Saya di antara orang yang paling gembira apabila mendengar PAS Pusat menerima cadangan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu untuk membawa PAS ke tapak asalnya di Pulau Pinang ketika PAS merayakan 'Sambutan 60 tahun PAS' di Dewan Millenium, Kepala Batas pada 30 September hingga 1 Oktober ini.

(Kanan: Padang Bandaran Butterworth.)

Sebabnya kerana ahli PAS terutamanya generasi muda harus tahu sejarah perjuangan ulamak terdahulu yang keluar dari Umno lalu menubuhkan sebuah parti berteraskan Islam bukan main-main sebagaimana yang menjadi amalan kepimpinan Umno dari dulu sehinggalah sekarang.

Mereka menjadikan medan Padang Bandaran Butterworth yang kini lebih dikenali Padang Putra Merdeka sebagai tapak pelancaran parti Islam yang senantiasa utuh dari segi kepimpinan, perjuangan dan pendekatan walaupun terpaksa mengalami jatuh bangun akibat kepimpinanya yang terjun ke laut sebelum sampai ke daratan.

Namun begitu, PAS yang kian meningkat sokongan tahun demi tahun sudah matang dan memerlukan daya tahan yang lebih bagi memenangi hati rakyat pada pilihanraya umum. Natijah pembaharuan yang dibuat membuatkan pimpinan Barisan Nasional (BN) bagaikan cacing kepanasan bimbangkan terkuburnya sebuah pemerintahan yang sudah bertapak 50 tahun lebih.

(Kiri: Rumah almarhum Ustaz Fuad di Bukit Mertajam.)

Apabila datang ke sini nanti para tetamu usah membuang masa mundar mandir mencari barangan untuk dibawa balik sebagai cenderahati sahaja bahkan mesti mengambil langkah lebih kehadapan pergi meninjau sendiri tempat yang dikatakan tempat lahir PAS, rumah Yang Dipertua PAS pertama di Bukit Mertajam begitu juga Madrasah Al Masriyah yang pernah menjadi medan PAS membina kepimpinan dan lebih penting lokasi inilah juga merupakan catatan sejarah bertukarnya kepimpinan Datuk Asri Muda kepada Ustaz Yusof Rawa yang membawa kepada lakaran sejarah kepimpinan ulamak.

Waktu itu terciptalah satu gelombang yang melonjak nama PAS ke arena politik yang lebih mencabar. Ramai anak muda berkupiah putih, berserban, berjubah dan berjanggut berbanding dulunya nampak lebih 'simple'.

Jika ke Pokok Sena yang tidak jauh dari Dewan Millenium tempat berlangsungnya sambutan 50 tahun PAS itu para hadirin boleh singgah ke Madrasah Khariah Islamiah yang diterajui oleh Tuan Guru Ahmad Tuan Husein iaitu Ahli Parlimen PAS yang pertama.

Begitu juga anda boleh meninjau sendiri ke Masjid Al Jamiul Badawi yang mana anda boleh melihat sendiri sebuah bangunan yang ada dua beranda (serambi) yang mana suatu ketika dahulu merupakan tempat tarbiyah yang pertama di waktu Allahyarham Ahmad Badawi sebagai Ketua Pemuda manakala ayahandanya Tuan Guru Abdullah Fahim bertindak sebagai penasihat penubuhan.

Selepas itu pusat berkenaan berpindah pula ke Masriyah di Bukit Mertajam apabila Ustaz Ahmad Fuad dilantik sebagai Yang Dipertua PAS pertama.

Itulah antara lokasi yang menjadi kewajipan kepada para peserta sambutan ke 60 tahun PAS mesti lihat dengan mata kepala sendiri kerana tempat itu adalah koleksi perjuangan yang mesti terpahat di dada ahli PAS yang mahu melihat Islam didaulatkan di bumi Malaysia.

Sempena sambutan 60 tahun PAS itu pada 30 September akan berlangsungnya solat Maghrib dan hajat di Dewan Millenium bersama dua tokoh besar PAS iaitu Mursyidul Am dan Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

(Kiri: Sekolah agama bersebelahan Masjid Al Jamiul Badawi merupakan pusat tarbiyah pertama PAS.)

Manakala pada malam yang sama juga forum perdana diadakan dengan tajuk 'PAS: Pembangkang dan Pemerintah Penyelamat Umat'. Antara ahli panelnya ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Naib Presiden, Salahudin Ayub, Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan bekas Mufti Kerajaan Negeri Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Pada keesokan harinya, 1 Oktober jam 9.00 pagi, perasmian kongres Sambutan 60 Tahun PAS akan berlangsung dan diikuti pada sebelah petang berbagai program Dewan Pemuda, Muslimat dan Ulamak termasuk pertandingan motorsikal klasik yang menggunakan plat 'PAS'.

Sementara itu sebelah malamnya akan diadakan 'Rapat Umum Perdana' yang akan disampaikan oleh Mursyidul Am dan Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Tuan Gurtu Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pengeruasi dan Setiausaha Agung DAP, Karpal Singh dan Lim Guan Eng yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Hak PAS laksana Enakmen Syariah tak dinafikan

http://www.malaysiakini.com/news/177258

Semalam, hampir empat jam Pakatan Rakyat membincangkan hasrat PAS mahu melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah 11 di negeri Kelantan berjalan dalam keadaan penuh harmoni dan semangat toleransi yang seimbang.

hudud, pakatan meetingSungguhpun mewakili anutan ideologi dan agama yang berbeza, namun disiplin muafakat dan keterbukaan sikap diserlahkan dalam setiap hujjah dan perbahasan bagi memastikan Pakatan Rakyat bukan sahaja berupaya merungkai masaalah yang sedang dihadapi tetapi juga terus mendada, mendepani segala cabaran dan halangan yang mahu menggagalkan Pakatan membuka ibupejabat pentadbiran kerajaannya di Putrajaya.

PAS menyatakan hasratnya yang murni dengan penuh tertib dan jelas membawa maksud mahu melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah 11 di Kelantan bersulamkan hujah yang bernas pula dari saff kepimpinannya yang diketuai oleh presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sementara rakan – rakan parti kompenan Pakatan yang terdiri dari DAP dan PKR mengemukakan pandangan balas mereka, mengimbangi kepentingan semua pula melatari scenario politik semasa.

NONEAkhirnya, kata sepakat dicapai dengan semua parti kompenan Pakatan mempertegaskan untuk saling kukuh mengukuh dalam perkara yang dipersetujui bersama seperti objektif, agenda, dasar dan prinsip yang terkandung di dalam Buku Jingga.

Sementara dalam perkara yang berbeza seperti teras ideologi dan prinsip agama yang dianut meletakkan semua parti kompenan Pakatan untuk saling hormat-menghormati antara satu sama lain.

Dihormati sewaktu mati

Kenyataan ini adalah suatu yang telah didirikan di atas semangat muafakat yang luar biasa pula menepati ajaran Islam yang suci. Bagaimana Rasulullah saw pernah bangun berdiri tatkala dibawa lalu di hadapannya jenazah bukan Islam, lantas Baginda SAW ditegur ekoran tindakan baginda berdiri menghormati jenazah tersebut. Baginda menjawab, bukankah ia juga manusia, dihormati sewaktu hidupnya dan dihormati juga sewaktu matinya.

hududMenghormati tidak bermakna bersetuju. Sebagaimana Islam tidak pernah dan tidak boleh bersetuju dengan agama yang mensyirikkan Allah SWT. Namun Islam mengajar kita menghormati hak mereka untuk menunaikan ajaran agama yang mereka anut malah mereka tidak boleh sekali – kali dipaksa menerima Islam.

Justeru, Islam hanya sah dianut dengan yakin, sedar dan insaf. Demikianlah sebaliknya, mereka juga wajar menghormati hak orang Islam untuk mengamal atau melaksanakan tuntutan ajaran Islam meskipun mereka tidak bersetuju dengan ajaran Islam tersebut kerana menghormati tidak bermakna bersetuju.

Menghormati bermakna tidak menghalang. Sebagaimana Islam tidak boleh menghalang bukan Islam melaksanakan hak dan ajaran agama mereka justeru Islam dituntut menghormati mereka, demikianlah sebaliknya mereka juga tidak menghalang hak orang Islam untuk mengamal dan melaksanakan tuntutan ajaran Islam seperti undang-undang syariah Islam.

NONEInilah semangat dan ruh hormat – menghormati dalam perkara yang berbeza antara Islam dan bukan Islam.

Sangat jauh bezanya jika kita melihat bagaimana Umno dan BN melayan hasrat PAS untuk melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah 11 di negeri Kelantan. Sejak awal dulu, pemimpin Umno biarpun mengaku muslim sangat konsisten untuk menolak perlaksanaan syariat Islam ini.

Bertindak biadap

Sudahlah mereka menolak syariat itu, mereka juga bertindak lebih nekad dan biadap apabila turut menghalang PAS yang mahu melaksanakannya. Umno gagal menjadi budak baik, apabila mereka tidak mampu melaksanakannya, dia halang dan marah pula orang lain yang mahu melaksanakannya.

Umno bukan sahaja gagal menjadi budak baik tetapi kelihatan sangat naïf dan gugup apabila tergesa-gesa presidennya mengeluarkan komitmen enggan melaksanakan hukum Hudud yang menjadi sebahagian dari syariat Allah SWT sebaik sahaja disergah MCA yang mengancam mahu keluar dari BN jika Umno melaksana hudud.

azlanPadahal MCA hanya acah – acah sahaja untuk meninggalkan BN kerana mereka terlebih awal tahu “perut pedal” Umno sangat “istiqamah” menentang dan enggan melaksanakan hudud.

PAS telah membuat pengisytiharan sejak 1993 (sebelum wujudnya Pakatan Rakyat) untuk melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah 11 apabila enakmen itu telah diluluskan di DUN Kelantan yang dikuasai oleh PAS pada waktu itu. Kemudiannya diperkukuhkan pula pengisytiharan itu pada tahun 2003 apabila Enakmen Jenayah Syariah tersebut dilulus dan digazetkan pula oleh DUN Terengganu apabila PAS menguasai negeri itu secara demokrasi.

Pengisytiharan dan hasrat tersebut tidak pernah dinasakhkan (dihapuskan) malah Kelantan terus membina semangat dan mendidik rakyatnya dengan menganjurkan siri wacana, diskusi, forum bagi menjelaskan hukum jenayah syariah (hudud) secara terperinci.

azlanTerbaru, Mursyidul Am PAS Datuk Abdul Aziz Nik Mat selaku menteri besar sekali lagi mempertegaskan hasrat untuk melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah 11 setelah sekian lama tertangguh kerana berhadapan dengan pelbagai kekangan.

Saya melihat penegasan itu bukan retorik atau gimik menghadapi pilihan raya justeru itulah yang diulang saban tahun, sama ada tahun pilihan raya atau tidak. Sebaliknya penegasan itu datang dari iman dan taqwa beliau selaku seorang Islam, pula berilmu dan memiliki kuasa memerintah kerajaan negeri.

Penulis adalah ketua pemuda PAS. Tulisan ini merupakan pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Monday, September 26, 2011

PKR bongkar peranan APCO-FBC naik imej Najib

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5603-pkr-bongkar-peranan-apco-fbc-naik-imej-najib
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 26 Sept: PKR akan terus membongkar isu penggunaan wang rakyat bagi meningkatkan imej Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menjelang pembentangan belanjawan 2012 Oktober depan.

Setiausaha Agungnya, Saifuddin Nasution (gambar) berkata demikian ketika ditanya mengenai bayaran RM57 juta oleh kerajaan Malaysia kepada firma penerbitan TV dan komunikasi strategik Britain, FBC Media, lapor Keadilan Daily.

“Kita menjangka akan ada perkembangan terbaru mengenai perkara ini menjelang Bajet 2012. Kita akan terus memantau isu ini secara dekat dan akan membuat pendedahan-pendedahan baru yang lebih sensasi,” kata Saifuddin.

Menurut Saifuddin, pendedahan tersebut berkisar mengenai kontrak antara FBC Media dan APCO Worldwide, syarikat perunding Israel yang turut terlibat dalam mempromosi imej Najib sebelum ini.

“Ini merupakan sumber yang diperolehi dari Parlimen. FBC Media lebih awal menggunakan khidmat Apco, berbanding kerajaan Malaysia dengan jumlah USD70,000.

“Kerajaan Malaysia kemudiannya membayar Apco sebanyak RM77 juta. Perkara ini didedahkan Ketua Pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim) di Parlimen,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Machang.

FBC Media, yang berpangkalan di United Kingdom dilantik kerajaan Malaysia untuk menerbitkan program TV berkaitan Malaysia, ketika pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Program- program berkenaan kemudian ditayangkan syarikat penyiaran antarabangsa seperti CNBC (Consumer News and Business Channel), CNN (Cable News Network) dan BBC (British Broadcasting Corporation).

Kerajaan Persekutuan pula membayar RM57.68 juta kepada FBC Media antara tahun 2008 dan 2009, manakala kerajaan Sarawak membelanjakan RM15 juta setahun untuk tujuan itu.

“Perkara ini memalukan Malaysia dan menjatuhkan imej kerajaan. Mereka tuduh (ketua pembangkang) Datuk Seri Anwar bayar CNN untuk diwawancara dalam rancangan ‘Connect The World’ dan CNN nafikan.

“Sebaliknya yang terdedah ialah kerajaan Malaysia bayar kepada FBC Media untuk melobi agar Najib muncul di CNBC, CNN dan BBC. Ini menyalahi etika kewartawanan,” kata Saifuddin.

Sebelum ini, isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor dilapor membelanjakan RM1.5 juta membeli dua muka penuh iklan dalam akhbar New York bagi mengalu-alukan lawatannya sendiri ke New York sebagai ‘Wanita Pertama Malaysia,”.

Wednesday, September 21, 2011

Polis disaman kerana didakwa seksa lelaki

http://www.malaysiakini.com/news/176441

Tiga tahun lalu, langsung tidak pernah terlintas di fikiran Prabakar Bala Krishna bahawa dia akan menderita kerana perkara-perkara yang dia sendiri tidak terfikir sanggup untuk melakukan

NONEApabila dia dicekup oleh polis pada malam 23 Dis, 2008 - bersama-sama dengan seorang lagi individu, Solomon Raj Chandran - beliau anggap bahawa ia hanya satu pemeriksaan anti-jenayah yang lazim dan tidak akan mengambil masa yang lama untuk selesai.

Walau bagaimanapun, menurut Prabakar, apa yang dialaminya pada hari-hari selepas itu telah meninggalkan dia dengan trauma dan ketakutan sehingga hari ini.

Selepas lima hari dalam tahanan polis, Prabakar dan Solomon akhirnya dibebaskan dengan kecederaan yang parah - badan mereka melecur. Mereka mendakwa polis mencurah air panas ke atas mereka semasa soal siasat.

"Apabila mereka tangkap saya, mereka hanya beritahu saya bahawa saya disyaki sebagai seorang penjenayah. Saya ikut mereka kerana saya fikir mereka hanya mahu periksa air kencing saya," kata Prabakar yang bertutur dalam bahasa Tamil.

"Tetapi apabila kami sampai (balai polis) Brickfields, mereka mula pukul saya. Bila saya tanya mereka mengapa, mereka arahkan saya supaya senyap dan paksa saya akui pelbagai tuduhan jenayah yang saya enggan lakukan."

NONEPrabakar bersama Solomon berada di kompleks mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur hari ini, untuk bersama-sama memfailkan saman ke atas lapan anggota polis dan kerajaan berhubung dakwaan disiksa. Mereka diiringi peguam merea, N Surendran.

Selain melecur, mereka juga mendakwa polis telah berulang-kali membelasah mereka. Dalam kes Prabakar, dia mendakwa digantung dari kipas siling dengan seutas tali dan diugut akan dibunuh menggunakan tali berkenaan.

Prabakar mendakwa pada hari dia dibebaskan, pihak polis telah memberi amaran kepadanya supaya tidak memberitahu sesiapapun tentang penyeksaan itu, lebih-lebih lagi kerana terdapat parut di perut dan badannya.

"... dan jika sesiapa yang bertanyakan mengenai kesan melecur itu, hanya beritahu bahawa saya tertumpah sup mee panas ke atas diri sendiri," kata pemandu lori berusia 30 tahun itu.

Prabakar berkata, dia dalam ketakutan sejak kejadian itu dan terpaksa mendapatkan rawatan psikiatri. Katanya, doktor yang merawatnya telah mengesahkan dia mengalami trauma yang teruk.

Tuesday, September 20, 2011

Dakwaan ini seronok dan menarik - Mohamad Sabu

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5512-dakwaan-ini-seronok-dan-menarik-mohamad-sabu
Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, 21 Sept: Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu yang didakwa hari ini ekoran ucapannya mengenai Bukit Kepong menyifatkan kesnya sebagai 'seronok dan menarik'.

"Ini kes mengenai sejarah, tunggulah nanti. Kes ini akan jadi seronok dan menarik," katanya.

(Mohamad Sabu dan peguamnya, Mohamed Hanipa Maiden)

Beliau juga menyifatkan tindakan menyelesaikan perbezaan pandangan mengenai sejarah di dalam mahkamah adalah sesuatu yang kelakar.

"Kes ini adalah mengenai interpretasi sejarah dan sepatutnya diselesaikan melalui dialog dan debat, bukannya di mahkamah," katanya yang kelihatan bersemangat tinggi menghadapi dakwaan ke atasnya.

Beliau juga menyifatkan dakwaan ini sebagai usaha untuk menghentikan rakyat dari membincangkan fakta sejarah yang telah diselewengkan atas kepentingan Umno.

Mengulas dakwaan ke atas Mohamad itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan perkara itu sebagai "kartun, kelakar, tak wajar".

"Pendakwaan itu berlaku dua tiga hari selepas (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) mendakwa hendak menjadikan Malaysia demokrasi terbaik.

"Pendakwaan ke atas Mohamad itu menjadikan Najib antara perdana menteri paling haprak dalam sejarah dunia kerana bercakap lain, buat lain," katanya.

Menurut Mahfuz, ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah menyifatkan Abdullah suka berbohong (developed a habit of lying).

"Waktu itu Dr Mahathir mendakwa, Abdullah membuat kenyataan-kenyataan yang sebenarnya bohong.

"Hari ini, nampaknya Najib lebih teruk dari Abdullah. Hampir setiap kali dia bercakap, selepas itu hampir serta merta cakapnya langsung tak boleh dipercayai apabila apa yang berlaku bertentangan sama sekali dengan apa yang dia bising-bisingkan terutama apa yang didakwanya sebagai 1Malaysia.

"Cakap tentang demokrasi terbaik, tetapi kerana pandangan yang berbeza pun diheret ke mahkamah," katanya.

Mahfuz juga mempersoalkan tindakan berpilih kerajaan Najib.

"Orang-orang yang menghina pejuang kemerdekaan yang menentang penjajah dengan mendajwa kononnya negara ini tidak pernah dijajah tidak pula diambil tindakan.

"Kenyataan seperti hakikatnya adalah persendaan yang sangat sadis terhadap pejuang kemerdekaan yang menentang penjajah," katanya.

Sebelum ini, blogger ahli Umno, Dato' Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz berkata, jika negara ini tidak dijajah, negeri-negeri Melayu waktu itu semuanya adalah negeri-negeri berdaulat, maka semua mereka yang berkhidmat dan bermatian untuk negeri-negeri tersebut adalah pendukung negeri-negeri yang berdaulat.

Mereka, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Manis dalam kawasan Parlimen Pekan itu, adalah "loyal subjects" dan sesiapa yang membunuh "loyal subjects" adalah pengkhianat.

"Maka demikian, celaka sungguhlah Umno. Tok nenek saya dari Tembeling dan Tebing TInggi yang bertombak dan berlembing melawan Inggeris semua adalah pengkhianat rupa-rupa nya.

"Mat Kilau, Mat Kelubi, Bahaman, Tok Gajah, Tok Janggut, Pa Andak Endut dan Maharajalela semua adalalah pengkhianat?" Mohd Ariff mempersoalkan dalam blognya, http://sakmongkol.blogspot.com.

Mohamad dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth atas dakwaan mengeluarkan kenyataan yang memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka dalam ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor, pada 21 Ogos lalu.

Beliau yang didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan mengaku tidak bersalah.

Selain itu, beliau turut berdepan dengan pertuduhan pilihan mengikut seksyen sama dengan dakwaan memfitnah tiga anggota polis yang mempertahankan diri dalam serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950.

Pihak pendakwa meminta jaminan RM50,000 dikenakan ke atas Mohamad tetapi selepas dibantah peguam Mohamed Hanipa Maiden, mahkamah membebaskannya dengan jaminan RM15,000 sehingga hari perbicaraan.

Jika bersalah, Mohamad menghadapi kemungkinan dipenjarakan sehingga dua tahun, atau didenda atau kedua-duanya sekali.

Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin kemudiannya menetapkan sebutan kes paad 27 Oktober dan perbicaraan daripada 5 Disember hingga 9 Disember.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/5521-karut-mana-ada-kes-sejarah-dibicara-di-mahkamah

Karut, mana ada kes sejarah dibicara di mahkamah
Mohd Sabri Said

BUTTERWORTH, 21 Sept: Peguam Mohamed Hanipa Maiden menganggap kes yang melibatkan Mohamad Sabu sebagai kes 'karut' kerana mana ada kes yang berhubung sejarah dibicarakan di mahkamah melainkan di Malaysia.

Sepatutnya, kata beliau ia dibawa ke medan pentas akademik bukan ke mahkamah seperti mana hari ini.

Pagi tadi, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu telah dibebaskan pada pukul 12.15 tengah hari dengan ikat jamin RM15 ribu.

(Gambar: Mohamad bercakap kepada media selepas dibebaskan oleh mahkamah.)

Jika sabit kesalahan beliau boleh dikenakan tahanan dua tahun penjara, didenda atau kedua-duanya sekali.

Kes beliau akan disebut sekali lagi pada 27 Oktober ini dan dibicarakan pada 5 hingga 9 Disember depan di Mahkamah Sesyen di sini.

Beliau dibela oleh Hanipa Maidin dan Amirudin Zulkiply manakala pendakwaan dilakukan oleh Mohamad Hanafiah Zakaria, Ishak Mohd Yusuf dan Suhaimi Ibrahim di hadapan Hakim Ikmal Hisham Ahmad Tajudin.

Turut hadir memberikan sokongan moral kepadanya ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Khalid Man, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kubang Rotan, Kedah, Nasir Mustaffa dan ramai lagi kepimpinan PAS dari Pulau Pinang dan Kedah.

Sementara itu, Mohamad berkata, beliau sedia dibicarakan dan yakin kesnya akan mencapai kemenangan demi memperbetulkan fakta sejarah yang telah diselewengkan oleh penjajah.

Umno juga ujarnya, akan kalah untuk mempertahankan fakta yang salah sekaligus meranapkan impian Barisan Nasional (BN) untuk meneruskan pemerintahan negara ini.

"Saya yakin seyakin-yakinnya kita boleh menang kes ini dan Umno tewas dalam hal persejarahan Malaysia ini," tegas beliau ketika berucap ringkas di luar mahkamah.

Katanya, Umno dan BN hanya mahu menggambarkan perjuangan mereka sahaja yang betul mengenai kemerdekaan negara.

"Umno dan BN hanya mahu mengambarkan perjuangan mereka sahaja yang betul tentang kemerdekaan dengan membelakangkan perjuangan orang lain walaupun mereka lebih ke hadapan menentang penjajah," katanya.


http://www.malaysiakini.com/news/176404

Sep 21, 11 10:31am
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth atas dakwaan mengeluarkan kenyataan yang memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka dalam ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor, pada 21 Ogos lalu.

azlanBeliau mengaku tidak bersalah, sebentar tadi.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat awam.

Selain itu, beliau turut berdepan dengan pertuduhan pilihan mengikut seksyen sama dengan dakwaan memfitnah tiga anggota polis yang mempertahankan diri dalam serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950.

Pihak pendakwa meminta jaminan RM50,000 dikenakan ke atas Mohamad tetapi selepas dibantah peguam Mohamed Hanipa Maiden, mahkamah membebaskan pemimpin PAS itu dengan RM15,000 sehingga hari perbicaraan.

Jika bersalah Mohamad menghadapi kemungkinan dipenjarakan sehingga dua tahun, atau didenda atau kedua-duanya sekali.

Kelakar tetapi seronok

Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin kemudiannya menetapkan sebutan kes paad 27 Oktober dan perbicaraan daripada 5 Disember hingga 9 Disember.

NONEKetika diminta mengulas, Mat Sabu berkata beliau telah menjangkakan tindakan mahkamah itu.

"Kes ini adalah mengenai interpretasi sejarah dan sepatutnya diselesaikan melalui dialog dan debat, bukannya di mahkamah.

"Bagaimanapun, oleh kerana ia adalah kes mahkamah, kita akan berdepan dengannya,” katanya.

Menurut Mat Sabu, kerajaan mula kehilangan sokongan rakyat, khususnya golongan muda dan terpaksa menggunakan kekerasan dan undang-undang bagi mengurangkan pengaruhnya.

Beliau juga menyifatkan tindakan menyelesaikan perbezaan pandangan mengenai sejarah di dalam mahkamah adalah sesuatu yang kelakar.

"Ini kes mengenai sejarah, tunggulah nanti. Kes ini akan jadi seronok dan menarik," katanya.

Kumpul wang

Beliau juga menyifatkan dakwaan ini sebagai usaha untuk menghentikan rakyat dari membincangkan fakta sejarah yang telah diselewengkan atas kepentingan Umno.

Sementara itu, ratusan penyokong pemimpin PAS berkumpul di luar pekarangan mahkamah sejak jam 8 pagi tadi bagi memberi sokongan.

Turut kelihatan Timbalan Pesuruhjaya PAS I negeri, Khalid Man dan Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow.

Mereka kemudiannya secara sukarela mengumpul wang dan menderma bagi mengikat jamin Mat Sabu.

Utusan Malaysia pada 27 Ogos lalu melaporkan pemimpin parti Islam itu dalam ceramahnya di Pulau Pinang sebagai berkata, Mat Indera wira sebenar dalam tragedi itu dan bukannya "polis British".

Ucapan itu mencetuskan kontroversi besar dan dikritik pelbagai pihak, terutamanya pemimpin BN dan meleret kepada polemik kemerdekaan negara dan sama ada negara ini pernah dijajah.

NONE


Dakwa Mohd Sabu bukti janji Najib tak boleh dipercayai

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5504-dakwa-mohd-sabu-bukti-janji-najib-tak-boleh-dipercayai-
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 21 Sept: Tindakan pendakwaan ke atas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengesahkan sangka buruk rakyat bahawa sememangnya janji Perdana Menteri (PM) Umno tidak boleh dipercayai, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Antara janji PM Datuk Seri Najib Razak sewaktu mengumumkan semakan dan penghapusan Akta ISA baru-baru ini ialah tiada tangkapan kerana politik akan dilakukan.

Belumpun kering air liur, pendakwaan politik sudahpun berlaku dalam kes Mohamad Sabu,” selar Tuan Ibrahim dalam satu kenyataannya hari ini.

Beliau turut menyifatkan dakwaan terhadap Mohamad adalah bersifat politik kerana kenyataan beliau implikasinya jauh lebih kecil daripada kenyataan “negara tidak pernah dijajah” yang dibuat Majlis Professor Negara, Professor Zainal Kling dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir.

“Kalau dikira, isu yang dibangkitkan oleh Mohamad Sabu hanya berkaitan satu peristiwa iaitu peristiwa Bukit Kepong berbanding perisytiharan yang dilakukan oleh MPN, tentulah perisytiharan MPN itu mempunyai kesan lebih besar kepada rakyat dan negara.

"Akan tetapi yang didakwa ialah Mohamad Sabu. Sekiranya Mohamad Sabu perlu didakwa, bagaimana pula Majlis Professor Negara (MPN) dan Zainal Kling?” soal beliau.

Tuan Ibrahim turut merumuskan kemelut sejarah yang berlaku dengan cara yang lebih mudah difahami dengan menyatakan, “Secara simplenya ini yang berlaku, Mohamad Sabu menyatakan Mat Indera sebagai hero pejuang kemerdekaan, tapi Umno dan medianya memutar-belit kenyataan beliau kepada ‘Mohamad Sabu menyokong komunis’ dan menyebarkannya ke merata tempat.”

Sedangkan, kata beliau, apa yang diminta oleh beliau ialah kajian semula fakta sejarah perjuangan pra kemerdekaan dengan membawa contoh peristiwa Bukit Kepong dan Mat Indera.

“Apakah Mohamad Sabu boleh dianggap mengancam keselamatan negara dengan hanya satu ucapan begitu? Mohamad Sabu didakwa atas ucapan beliau yang diputar-belitkan oleh media pro Umno, yang kemudiannya dengan sengaja mewujudkan suasana kelam-kabut bagi menghalalkan tindakan bagi mendakwa beliau.

"Jadi, apakah motif dakwaan ke atas Mohamad Sabu kalau bukan kerana politik? Pendakwaan ke atas beliau sekali lagi menunjukkan Umno hilang arah dalam putar belit ciptaan mereka sendiri dan terus melondehkan hipokrisi mereka untuk ditatap rakyat jelata,” tambahnya lagi.

Kenyataan Mohamad Sabu mengenai status Mat Indera, tegas Tuan Ibrahim bukannya cakap kosong sebab ia dapat disahihkan ada kebenarannya oleh beberapa sumber rujukan – sebuah buku berjudul ‘Pengukir Nama Johor’, kajian tesis pelajar Universiti Malaya, Ayub @ Uiop Kassim di tahun 1973, ada juga pengakuan kawan dan ahli keluarga Mat Indera.

“Jikalau itu pun salah, maka kesalahan harus dikembalikan kepada segala sumber rujukan beliau - sebagaimana semua rakyat Malaysia yang beranggapan bahawa ‘negara pernah dijajah British’.

"Ini kerana mereka ini sudah tersalah memahami sejarah negara kerana mempercayai kesilapan buku sejarah keluaran Kementerian Pelajaran, sekiranya apa yang secara dinyatakan secara teknikalnya oleh Professor Zainal Kling dan Dr Mahathir adalah betul.

"Takkan pula waris-waris kepada mereka yang pernah bekerja di bawah kerajaan sebelum 31 Ogos 1957 dan kerajaan hendak membuat laporan polis dan mendakwa semua pelajar yang menyatakan negara ini pernah dijajah oleh British?” sindir beliau.

Mengenai pembaharuan yang dijanjikan oleh perdana menteri sempena Hari Malaysia baru-baru ini, Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata rakyat kini boleh menilai sejauhmana janji Najib boleh dipercayai bilamana Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz menyatakan kerajaan akan mengekalkan tahanan tanpa bicara yang menjadi intipati bantahan rakyat terhadap ISA.

“Apabila berdepan, Umno BN menyatakan bahawa mereka bersetuju dengan Najib untuk memansuhkan ISA, tapi di belah belakang, mereka pula hendakkan dua akta baru yang menggantikan ISA mesti mempunyai roh ISA.

"Dari sudut politik, flip-flop Umno dan percanggahan kenyataan antara menteri-menteri Umno telah memperlihatkan kepada rakyat sebenarnya Umno BN tidak serius dan ikhlas dalam melakukan pembaharuan demi rakyat,” tegas beliau.

Tuan Ibrahim turut menyindir kenyataan Najib semalam yang menyatakan bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak pandai menipu rakyat.

“Mengharap pembaharuan daripada Umno-BN adalah seperti mempercayai kata-kata Najib bahawa “kerajaan BN tidak pandai menipu rakyat.

"Rakyat perlu bangkit bagi membawa perubahan total dalam pilihanraya umum yang akan datang. Untuk menghapuskan akta yang zalim, kita perlu hapuskan dahulu pemimpin yang zalim. Tidak mungkin rakyat akan mendapatkan keadilan dari sistem yang tidak adil dan orang yang secara sengaja mengumumkan secara terbuka bahawa, ‘Aku tidak pandai menipu’,” nasihat beliau.

ISA: Najib mahu tunjukkan dia bos

http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/5493-isa-najib-mahu-tunjukkan-dia-bos | Print |
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 20 Sept: Datuk Seri Najib Razak dipercayai cuba menunjukkan kepada Umno dan Kabinet Malaysia bahawa dia adalah bos ketika mengumumkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) baru-baru ini.

Ini kerana, reaksi dari pihak Umno dan Kabinet mengesahkan dakwaan bahawa mereka tidak dirujuk dan perbincangan serta keputusan dibuat oleh beberapa 'inner circle'(kumpulan terdekat).

Demikian analisa yang dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Dzulkefly Ahmad yang juga anggota Parlimen Kuala Selangor.

"Bagi saya, dia membuat pengumuman ini atas keputusan dirinya sendiri dan para penasihatnya sahaja bukan berbincang dengan rakan-rakan beliau bahkan mungkin menganggap timbalannya, Tan Sri Muhyidin dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin adalah liabliti dalam beberepa insiden mutakhir," kata beliau.


Menurut Dr Dzulkefly, nampak ketara sangat perbezaan itu sebaik sahaja ia dikemukakan oleh Najib ketika memberikan ucapan menjelang Hari Malaysia malam 16 September lepas.

"Timbalan beliau sendiri, Tan Sri Muhyidin hanya memberikan sokongan selepas dua hari ia dibentang Najib...nampak ada yang tak kena kerana terlalu lambat menyatakan sokongan kepada bos," kata beliau kepada Harakahdaily.


Hari ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Husein mengakui, Umno terpaksa memberikan penerangan kepada semua ahli-ahlinya bagi menerangkan pemansuhan ini.

Pengumuman Najib menghapuskan ISA juga dilihat mendapat tentangan dari Umno dan juga sayap kanannya, Perkasa.

Bagi Dr Dzulkefly, apa yang dibuat oleh Najib adalah cubaan untuk pergi 'ke tengah' bagi mendapat kembali sokongan Cina dan India selepas kajian menunjukkan sokongan terhadap beliau merudum teruk dari 72 peratus kepada 59 peratus baru-baru ini.

Namun, kata beliau, dia dihalang dan tidak dipersetujui oleh timbalan beliau sendiri, Muhyidin dan 'warlords' dalam Umno.

"Ketika Najib lancarkan 1 Malaysia, Muhyidin kata, dia Melayu dahulu baru Malaysia.

"Ketika dia mahu mengenepikan Dasar Ekonomi Baru (DEB), untuk digantikan dengan dasar yang lebih liberal dan tender terbuka, dia dimarahi lagi oleh Muhyidin dan juga bekas PM, Tun Dr Mahathir...sejak itu Model Ekonomi Baru (NEM) tenggelam dan NEAC pun dah dibubarkan.


"Ketika Najib memberikan kebenaran kepada Bersih 2.0 untuk berhimpun di Stadium, ia dibantah oleh Hishamudin sendiri dan akhirnya beliau dilihat sebagai pemimpin yang flip flop.

"Semua ini menunjukkan apa yang dibuat Najib tidak disepakati dalam Umno dan Kabinet tetapi dinasihatkan oleh penasihat beliau sahaja," kata Dr Dzulkefly (gambar) yang juga AJK PAS Pusat.

Sejak kebelakangan ini, kesangsian ini semakin ketara ekoran peranan yang terlalu besar yang dimainkan oleh para penasihat dan konsultan Najib melalui Pemandu.

Pemandu pula dipimpin oleh dua Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala dan Datuk Dr Koh Tsu Koon di samping nasihat dari penasihat luar termasuk Apco.

Di bawah mereka dan pegawai Tingkat 4, Jabatan Perdana Menterilah terletaknya para penasihat Oxbridge ini yang tidak sensitif dengan perjuangan Melayu yang dikepalai oleh Muhyidin dan di sokong kuat oleh Mahathir dan Perkasa.

Mereka telah mengenepikan peranan pegawai kanan kerajaan yang hampir kesemuanya berbangsa Melayu yang berperanan besar selama ini melalui Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Unit Perancangan dan Koordinasi (ICU) Jabatan Perdana Menteri.

"Saya yakin, merekalah yang terlibat dalam perancangan untuk memansuhkan ISA kononnya untuk bergerak ke tengah dan menyebabkan Najib mengenepikan peranan rakan-rakannya dalam Umno dan Kabinet," Dr Dzulkefly memberikan analisanya.

Akibat dari pertentangan ini, kata beliau, akan ada gangguan yang jelas dari segi pelaksanaan pemansuhan ini nanti dan jika tidak terkawal akta ganti yang bakal digubal nanti akan lebih zalim dari ISA.

"Dalam hal ini, Najib nampaknya nekad. Hishamudin sebelum itu berkata, ISA tidak akan dimansuh tetapi pinda sahaja. Muhyidin pula kata, ia tindakan yang betul selepas dua hari pengumuman. Mahathir pula kata, ISA tidaklah kejam sangat.

"Semacam kabinet pun tak tahu apa yang Najib umumkan itu," kata beliau.

Kini selepas pengumuman itu dibuat, Najib pula semacam tidak bersedia untuk menjadi negarawan apabila berkata, ia bukan kejayaan desakan rakyat tetapi kebaikan Barisan Nasional (BN) memahami rakyat sahaja.

"Beliau sebenarnya hanya mengambil kira kepentingan politik ketika membuat pengumuman ini bukannya mahu mengembangkan minda rakyat.

"Kalau dia pentingkan perkembangan minda rakyat, dia akan utamakan pemansuhan-pindaan ke atas Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Akta Universiti dan kolej (AUKU), di samping ISA" kata Dr Dzulkefly lagi.

Beliau juga turut berkongsi kebimbangan dengan seorang pensyarah undang-undang bahawa pengumuman ini memberikan implikasi besar kepada pelaksanaan undang-undang di negara ini.

Apa pun cadangan ini mesti melepasi perbahasan di peringkat Dewan Rakyat dan Negara.

Yang penting kata beliau lagi, Najib telah mendapat habuan politik sebelum PRU ke-13.

Tidak ada jaminan bahawa dia tak akan flip-flop lagi walaupun dia berjaya membuktikan bahawa dialah bos hari ini, tegas beliau.

Polis tidak wajar tersinggung dengan Mat Sabu


http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=16397

Oleh Subky Latif

ADAKAH menyalahkan Mohamad (Mat) Sabu atas ulasan kejadian Bukit Kepong jadi satu kesempatan yang baik bagi Barisan Nasional (BN) menyegerakan pilihan raya umum (PRU) ke-3? Mungkinkah isu ini mencerahkan peluangnya bagi mengekalkan kuasa di Putrajaya?

Isu itu nampaknya memberi peluang kepada Umno dan semua media pro-Perdana Menteri membalun Mat Sabu yang sekali gus payah bagi pembangkang membelanya.



Mungkin BN merasa dengan isu Mat Sabu itu memadamkan segala keraguan dan masalah BN untuk memenangi mudah pilihan raya itu.

Boleh ia mengambil peluang mengadakan pilihan raya sebelum isu ini mati. Ia boleh menggunakan isu itu sepanjang kempen.

Beranikah BN untuk mengambil risiko?

Semua penyokong BN daripada sekecil hama hingga sebesar Angkasapuri menggodam Mat Sabu terutama polis, keluara dan zuriat mangsa Bukit Kepong rasa tersinggung dengan kenyatan yang dikatakan dikata oleh Mat Sabu. Masing-masing Mat Sabu tidak berterima kasih dengan perkhidmatan polis.

Perkhidmatan polis diakui salah perkhidmatan amat penting bagi rakyat, pemerintahan dan negara. Tidak perlu hendak disebut satu persatu apa pentingnya. Jika polis tidak ada nescaya huru-hara segala-galanya.

Tetapi polis mesti berlapang dada menimbang semua bila perkhidmatannya itu menjadi begitu mulia dan bila pula sebaliknya?

Dalam suasana Mat Sabu bercakap untuk menulai semula sejarah, maka polis munasabah memikirkan sempadan antara polis sebelum merdeka dan selepas ia transformasi menjadi polis diraja.

Kalau kita kata sejarah tidak boleh dinilai semula, mengapa ada cerdik pandai yang tidak dapat menerima Hang Jebat itu penderhaka besar bagi bangsa Melayu? Bukankah Hang Jebat itu dirakamkan sebagai penderhaka.

Tetapi ia sudah dinilai semula. Hingga Jins Samsuddin yang dipercayai pembela utama kejadian Bukit Kepong yang disebut oleh Mat Sabu sebagai orang Umno yang setia, menamakan anaknya Hang Jebat? Ertinya, Jins menghayati Hang Jebat dan menerima sejarah boleh dinilai semula.

Polis satu perkhidmatan mulia, tetapi polis yang tersusun itu ditubuhkan oleh Inggeris. Kerja mula sekali dulu ialah untuk menangkap Dato’ Maharajalela dan memburu orang-orangnya di Pasir Salak. Orang Besar Perak itu adalah untuk memelihara kedaulatan Sultan Perak dan kemerdekaan bangsa Melayu dari campur tangan penjajah.

Bukankah polis yang menangkapnya dan orang-orangnya hingga Dato’ Maharajalela dihukum bunuh hingga tidak berkubur?

Siapa yang digunakan untuk memburu Dato’ Bahaman dan Mat Kilau yang mereka terpisah daripada keluarga masing-masing dan masyarakat umum Melayu? Hingga kita tidak tahu di mana matinya Dato’ Bahaman dan Mat Kilau pula terpaksa bersembunyi menggunakan berbagai nama. Hingga kira-kira 12 tahun selepas merdeka barulah Mat Kilau dalam usia yang sangat tua muncul di sebuah masjid mengaku dialah Mat Kilau.

Siapa yang memburu mereka kalau bukan polis yang ditubuhkan oleh Inggeris dan bekerja untuk kepentingan penjajah?

Adalah benar polis itu mencegah jenayah sepanjang zaman penjajah itu tetapi mereka juga digunakan untuk mengintip gerakan kemerdekaan. Atas arahan penjajah polisnya mengejar Ibrahim Yaakub, pengasas Kesatuan Melayu Muda yang mula mencetus idea kemerdekaan.

Rakan-rakannya seperti Pak Sako telah mengenakan pakaian perempuan kepada Ibrahim Yaakub menyeludupkannya ke Indonesia bagi melarikan diri daripada tangkapan polis Inggeris.

Ahmad Boestamam adalah orang Melayu yang pertama menjeritkan kalimah MERDEKA di majlis penubuhan Partai Kebangsaan Melayu Malaya di Ipoh dan ia adalah parti politik yang pertama ditubuhan di negara kita. Polis mana yang diarahkan oleh British menangkap Ahmad Boestamam hingga tujuh tahun dia meringkok dalam tahanan kalau tidak polis yang bekerja untuk penjajah?

Siapa yang menangkap dan menahan Dr Burhanuddin al-Helmy, Pak Sako, Ustaz Abu Bakar Bakir dan penyokong-penyokong mereka jika bukan polis yang ditubuhkan oleh British itu?

Sesudah perkhidmatan polis itu sudah berkembang ia menjadi satu bidang dan peluang pekerjaan kepada rakyat sama seperti perkhid matan perguruan, pegawai dan perkhidmatan awam dan lain-lain. Lulusan sekolah Melayu dan sekolah Inggeris tidak peka sangat erti kemerdekaan dan mereka makan gaji dengan sesiapa saja dan apa pekerjaan saja.

Tetapi bagi mereka mula-mula menjadi polis ketika mudah ditubuhkan oleh penjajah ia orangorang dipercayai bulat-bulat menyokong Inggeris. Selain diperintahkan untuk apa kerja saja, mereka menjagai keselamatan setiap orang Inggeris yang mula datang ke Tanah Melayu.

Bangsa Melayu yang merdeka sebelum kedatangan Inggeris itu tidak gemar kepada mata-mata yang bekerja dengan Inggeris itu.

Adalah benar polis itu ada disiplin. Apabila sudah jadi polis tidak boleh ingkar atas semua perintah. Jika diarah tangkap Boestamam dan Pak Sako, tiada cara mereka tidak mahu menangkapnya. Mereka kena patuh.

Banyak lagi pekerjaan lain, mengapa mereka pilih jadi polis. Tiada kerahan untuk menjadi polis. Tetapi mereka jadi polis sekali pun yang menjadi ketua polis negeri adalah Inggeris malah ketua polis daerah pun ada Inggeris. Hatta orang putih yang tiada tangan sebelah pun dijadikan pegawai polis utama oleh penjajah untuk memerintah polis.

Pada zaman orang mula menuntut kemerdekaan selepas Jepun kalah, polis ini diarah mengintip siapa yang mahukan kemerdekaan itu. Mereka laporkan siapa yang terlibat. Mungkin ada polis itu yang mahu sama merdeka, tetapi kerana disiplin mereka terpaksa laporkan siapa yang terlibat menuntut kemerdekaan. Apa pun niatnya, mereka sudah terlibat dalam gerakan menentang kemerdekaan.

Sehari sebelum merdeka 31 Ogos, 1957, polis masih di bawah Inggeris. Tunku Abdul Rahman Putra sebagai Ketua Menteri dan Umno tidak dapat mengawal polis kerana ia masih di tangan Inggeris. Tunku tidak dapat hadir tepat menjelang minit pertama 3 1 Ogos 1957 untuk menurunkan benderaUnion Jack di Padang Kelab Selangor kerana motokar membawa Tunku tidak dapat masuk pada masa yang tepat sebab orang ramai memenuhi jalan. Polis orang putih itu tidak menjaga lalu lintas sebaik-baiknya.

Bagi orang yang berjiwa merdeka, memang ada nilai tertentu terhadap perkhidmatan polis itu. Jika ada orang tidak seronok dengan polis dulu, maka polis zaman ini jangan mudah tersinggung.

Tetapi setelah merdeka barulah polis itu direformasi dan ditransformasi menjadi Polis Diraja Malaysia – PDRM. Baju penjajah yang menyelimuti pasukan polis dilucutkan bagi dijadikan polis yang berkhidmat untuk negara dan bangsa yang merdeka.

Jika polis ada rasa simpati yang tinggi terhadap kejadian di Bukit Kepong , ia dapat difahami oleh sekalian manusia, tetapi polis mesti ada sikap dan fikiran terbuka bahawa sebelum merdeka itu ada imejnya yang tersendiri. Ada nilai yang baik pada polis itu dulu, sekarang dan akan datang.

Tetapi ada perbezaan antara dulu dan sekarang. Dulu ia berkhidmat kepada penjajah, sekarang mereka berkhidmat untuk negara merdeka. Ada yang boleh disamakan yang dulu dengan yang sekarang, tetapi ada juga yang tidak dapat disamakan.

Jika sejarah Hang Jebat derhaka itu sudah dinilai semula oleh masyarakat, maka tidak boleh benci pada Mat Sabu yang hendak menilai semula sejarah. Mungkin sekarang orang benci kepadanya, tetapi mungkin 400 tahun nanti orang menerimanya. Oleh itu kita jangan tutup pintu penilaian itu.

Thursday, September 15, 2011

Tuesday, September 13, 2011

Hukum telco kerana tetapkan harga, kata Pakatan

http://www.malaysiakini.com/news/175669


Sep 13, 11 3:25pm


Pakatan Rakyat mahu kerajaan membatalkan kutipan cukai perkhidmatan enam peratus ke atas pengguna talian telefon prabayar dan menghukum syarikat telekomunikasi kerana bersekongkol menekan rakyat dengan menetapkan harga.

NONEDalam kenyataan media hari ini, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata pengguna telah dipermainkan oleh gergasi telekomunikasi yang berpakat mengenakan cukai perkhidmatan 6 peratus kepada pengguna telefon prabayar yang bercanggah dengan Akta Persaingan 2010.

“Isu sebenarnya adalah percubaan syarikat-syarikat telekomunikasi itu yang secara terang-terangan berpakat mahu menjadi kartel dengan menaikkan cukai yang bertentangan dengan Akta Persaingan 2010.

“Sementara syarikat-syarikat ini berhak untuk menanggung cukai perkhidmatan atau mengenakannya kepada pengguna, kenyataan mereka secara bersama – Maxis, Digi, Celcom dan U-Mobile – menunjukkan mereka bersekongkol untuk menaikkan harga perkhidmatan mereka secara serentak.

Tambah untung

“Mereka juga bersekongkol untuk menambah untung untuk diri mereka tanpa merasa bimbang bahawa saingan mereka akan menurunkan harga bagi menarik pelanggan,” kata Pua.

NONEKhamis lalu, semua syarikat berkenaan mengumumkan mereka akan mula mengutip cukai perkhidmatan enam peratus untuk perkhidmatan prabayar mulai Jumaat ini.

Menurut Pua, meskipun syarikat berkenaan berhak menentukan sama ada untuk menyerap cukai perkhidmatan itu atau mengenakan bayaran tambahan, namun undang-undang yang membenarkan kewujudan banyak syarikat telekomunikasi bertujuan menggalakkan persaingan sihat untuk faedah pengguna.

“Rang undang-undang tersebut secara khusus melarang perjanjian anti-persaingan termasuk penetapan harga, kartel import, penipuan tawaran, peruntukan wilayah, mengehadkan pengeluaran, dan perkongsian pasaran,” katanya lagi.

NONESementara itu, ketua pemuda PAS, Nasrudin Hassan menggesa supaya cukai perkhidmatan enam peratus ke atas pengguna talian telefon prabayar dibatalkan terus dan bukannya ditangguhkan.

Katanya, pemuda PAS berharap pihak kerajaan sebagai penerima hasil cukai tersebut dapat mempertimbangkan mekanisma percukaian yang lebih efektif kepada pengeluar dan pengguna.

“Jika sistem cukai ini diteruskan, golongan yang paling menerima kesan adalah golongan muda, pelajar dan golongan berpendapatan rendah yang terpaksa mengikat perut menghadapi kos sara hidup yang makin tinggi, berbanding pihak kerajaan yang terus mengaut hasil cukai atas keperitan rakyat.

Sama dengan GST

“Pemuda PAS juga berpendapat, impak langsung cukai ini kepada golongan pengguna adalah sama dengan impak cukai GST yang akan diperkenalkan oleh kerajaan dalam masa terdekat,” katanya.

Memetik analisis daripada bank pelaburan, Nasrudin berkata impak menyerap cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus oleh syarikat telekomunikasi berkenaan adalah terlalu kecil.

azlan“Justeru, pihak pemuda PAS menggesa pihak kerajaan sebagai pihak yang bertanggungjawab memperkenal dan mengutip hasil cukai ini agar tidak mengambil kesempatan untuk mengaut laba daripada penggunaan telekomunikasi yang tidak anjal (inelastic demand) ini.

“Kami mengharapkan cukai perkhidmatan 6 peratus ini terus dimansuhkan sebagai tanda prihatin kepada generasi muda di dalam Bajet 2012 yang akan diumumkan pada Oktober ini,” katanya.

Saturday, September 10, 2011

Untuk yang kurang sedar

http://www.malaysiakini.com/columns/176085
British telah berjaya dihambat keluar dari Tanah Melayu kerana anak semua semua bangsa telah bangun mengangkat senjata melawan mereka. Perjuangan angkat senjata ini adalah fakta sejarah. Fakta yang selama ini telah cuba ditenggelamkan oleh United Malay National Organisation. Niat busuk menenggelamkan fakta ini bertujuan untuk menipu orang ramai agar percaya bahawa gerombolan United Malay National Organisation ini sahaja yang berhak menjadi 'raja' memerintah Tanah Melayu/Malaysia sampai hari kiamat.

Semenjak tahun 1958 United Malay National Organisation telah ke hulu ke hilir menjajakan ikan busuk - Merdeka dicapai tanpa tumpah darah. Setiap bulan Ogos United Malay National Organsation jadi mamai dengan kisah-kisah dongeng tentang bagaimana mereka menentang gerila Pembebasan Rakyat Malaya yang dipimpin oleh Parti Komunis Malaya (PKM). United Malay National Organisation ini agak bebal kerana kesah kesah dongeng ini membuktikan bahawa mereka - dalam Bahasa Inggerisnya menjadi British's running dog atau budak suruhan British. Rakyat Tanah Melayu bangun menentang British tetapi United Malaya National Organisation menentang orang yang menentang British. Jelas ini perbuatan dan kerja budak suruhan British.

Perjuangan mengangkat senjata melawan British bermula pada 20 Jun 1948. Sebelum angkat senjata melawan British ini dilancarkan, Parti Komunis Malaya telah juga melancarkan gerakan gerila bersenjata menentang kuasa fascis Jepun. Ini adakah jawapan anak semua bangsa terhadap fascis Jepun yang telah menawan Tanah Melayu pada tahun 1941-1945. Ini fakta sejarah.

Babak-babak sejarah sejarah gilang gemilang bermandi darah ini cuba dilupuskan kerana dalam sejarah ini nama United Malay National Organisation tidak pernah muncul. Bau kentut mereka pun tidak terdengar dalam babak-babak sejarah ini. Gerombolan United Malay National Organisation tidak pernah wujud dalam perjuangan antiimperialis.

Kuasa imperialis kulit putih (white colonial power) - Portugis, Belanda dan British - datang ke Tanah Melayu ini kerana mencari harta kekayan. Kuasa imperial ini datang untuk mengambil hasil bumi - bijih, emas, getah dan rempah rampai. Buktinya, gerombolan yang datang awal untuk menjarah harta kekayaan di kepulauan nusantara adalah lanun seperti Raffles dari East India Company.

Semenjak kuasa imperialis ini - Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun - menjejakkan kaki ke Tanah Melayu - mereka terus diserang. Nama seperti Mat Kilau, Datuk Bahaman, Tok Jaggut, Maharaja Lela, Haji Abdul Rahman Limbong - adalah pemula gerakan anti-imperialis di Tanah Melayu. Ini fakta yang tidak mungkin luput hingga hari kiamat.

Mari saya cerahkan para pembaca dengan beberapa fakta-fakta sejarah yang juga tidak mungkin akan berubah hingga hari kiamat. Para pembaca yang budiman , sila buka minda dan pakukan ke dalam otak kita semua bahawa parti dan pertubuhan politik Melayu yang tertua di Tanah Melayu ialah Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang ditubuhkan pada tahun 1938 dibawah pimpinan Ibrahim Yacoob. Ini diikuti pula dengan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada tahun 1945 dengan sayap mudanya Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS).

United Malay National Organisation hanya ditubuhkan pada tahun 1946. Sila baca betul-betul. Buka mata dan buka kepala: KMM 1938, PKMM, API dan AWAS pada tahun 1945. United Malay National Organisation ditubuh pada tahun 1946. Baca sekali lagi, sembilan belas empat puluh enam United Malay National Organisation ditubuhkan dan bukan sembilan belas tiga puluh lapan. Tarikh 1946 ini pun untuk United Malay National Organisation telah ditalkinkan. United Malaya National Organisation yang baru ini ditubuhkan pada tahun 1988. Ini fakta sejarah yang tidak akan berubah hingga hari kiamat.

Kemudian mari kita lihat garis-garis perjuangan parti-parti ini. Kesatuan Melayu Muda dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya telah memekikkan slogan merdeka! Laungan ini telah menghantui kuasa imperial British. Tuntutan kemerdekaan ini telah mengampuh dan ini menakutkan kuasa kolonial British.

United Malay National Organisation bukan sahaja tidak berani melaungkan merdeka malah gerombolan ini telah mengeluarkan slogan lawak seram yang berbunyi: Hidup Melayu! Slogan lawak seram ini seolah-olah orang Melayu 'kurang oksigen'. Masih tidak jelas, apakah pada tahun 1946 dahulu orang Melayu sedang nyawa-nyawa ikan atau kurang oksigen untuk bernafas sehinggakan perlu dilaungkan ‘hidup Melayu'. Atau kerana hakikatnya United Malay National Organisation ini satu gerombolan yang bebal dan tidak dapat memikirkan slogan yang masuk akal.

Lawak seram , hidup Melayu, masih ditakbirkan ke hulu ke hilir hingga ke hari ini. Adalah satu fakta bahawa yang masih lantang melaungkan hidup Melayu hari ini adalah kaum mamak yang semakin disangsikan teromba dan salasilah kerurunan mereka. Kenapa mereke ini suka melaungkan hidup Melayu memerlukan satu kajian yang lebih rapi.

Adalah juga fakta sejarah bahawa United Malay National Organisation tidak - diulangi sekali lagi dengan huruf besar: TIDAK - berjuang untuk mendapat kemerdekaan. Apabila kuasa imperial British merasa tekanan senjata dan gerakan masa politik di Tanah Melayu semakin melonjak dan mengampuh maka kuasa imperial memerlukan budak suruhan yang setia. Justeru, diwujudkan satu gerombolan yang dipanggil United Malay National Organisation. Nama Inggeris kumpulaan ini masih dipakai hingga ke hari ini. Nama Inggeris ini sahaja sudah memadai sebagai bukti bahawa gerombolan ini ditelor, dieram dan dinetaskan oleh British.

Pada 20 Jun 1948 kuasa kolonial British telah mengistiharkan apa yang dipanggil ‘darurat'. Perkataan ‘darurat' ini adalah kelentong besar dari pihak British. British dengan licik telah menggunakan perkataan ‘darurat' agar orang Melayu tidak sedar bahawa apa yang sedang berlaku pada tahun 1948 sebenarnya ialah perjuangan bersenjata untuk menghalau British. Tidak ada warga Tanah Melayu dalam darurat. Yang darurat ialah kuasa kolonial dan soldadu British yang telah diserang oleh gerila Pembebasan Rakyat Malaya.

Apabila darurat diistiharkan, kuasa kolonial British telah mengharamkan KMM, PKMM, PKM, API, AWAS, Hisbul Musliman dari bergerak bebas di Tanah Melayu. Ramai pemimpin parti, kader politik dan aktivis dalam gerakan nasionalis ini telah di tangkap oleh soldadu British. Nama-nama seperti Burhanuddin al- Helmy, Ishak Haji Muhamad, Chin Peng, Rashid Maidin, Shamsiah Fakeh, Ahmad Boestaman, Kamaruzaman Teh, Abdullah Sidi adakah nama-nama nasionalis yang dikehendaki oleh British.

Apabila pemimpin dan kader dari gerakan nasionalis ini ditangkap, diburu atau dibunuh maka barulah United Malay National Organisation dapat berkembang. Gerombolan United Malay National Organisation dapat bernafas dengan slogan hidup Melayunya kerana ramai pemimpin rakyat telah memulakan kerja dibawah tanah atau masuk ke hutan mengangkat senjata untuk menjadi gerila Pembebasan Rakyat Malaya.

British dengan licik telah lebih awal merancang satu strategi untuk memastikan United Malaya National Organisation dapat mara ke hadapan. Strateji ini cukup senang: Dua tahun sebelum darurat diistiharkan kuasa kolonial British telah menimbulkan konsep politik yang dinamakan Malayan Union. Ini adalah taktik Britsih untuk mematahkan gerakan nasionalis Melayu yang anti- British. Dengan mencadangkan konsep Malayan Union ini British telah memberi nafas kepada United Malay National Organisation untuk mengumpulkan orang-orang Melayu.

Justeru apabila darurat diisytiharkan dua tahun kemudian pada tahun 1948, pucuk pimpinan nasionalis Melayu dari KMM, PKMM, PKM telah dipatahkan. Gerakan yang tidak diganggu gugat malah mendapat sokongan British hanyalah United Malaya National Organisation, Malayan Indian Congress dan Malayan Chinese Association - semuanya menggunakan nama Inggeris. Ketika pemimpin gerakan nasionalis dalam penjara atau kini di hutan bergerila maka ketika inilah United Malay National Organisation mencelah masuk menawarkan diri untuk menjadi barua British yang setia. Ini fakta sejarah yang sampai kiamat pun tidak akan berubah.

Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman bukan perjuang menentang Britsih. Mereka berebut-rebut menawarkan diri untuk menjadi budak suruhan British yang setia. Justeru, kuasa kolonial British memiliki dua pilihan. British akan memilih kuda yang lebih setia. Akhirnya Tunku menjadi pilihan British.

Dengan kemunculan budaya internet segala pembohongan United Malay National Organisation telah diketahui umum. Satu demi satu tipu helah dan fakta songsang tentang perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu telah mula dibongkar. Anak-anak muda semakin sedar kenapa pada ketika ini United Malay National Organisation sedang bermati-matian cuba memesongkankan fakta perjuangan bersenjata melawan British.

Hari ini, pada September 2011, United Malay National Organisation sedang bernafas dalam lumpur untuk mempertahankan babak serangan gerila Pembebasan Rakyat Malaya keatas rumah pasung Bukit Kepong. United Malay National Organisation melihat serangan ini sebagai detik sejarah perjuagan mereka.

Serangan gerila ini telah dipimpin oleh Mat Indera - seorang guru agama, seorang kader dari Parti Komunis Malaya dan aktivis API. Kemunculan Mat Indera pada tahun 2011 telah meledakkan mitos bahawa Parti Komunis hanya dianggotai oleh orang China. Roh Mat Indra juga telah meledakkan mitos bahawa kaum komunis tidak ada agama. Roh Mat Indra yang muncul tahun ini telah juga mensahihkan bahawa United Malay National Organistaion adalah budak suruhan setia British. Ini kerana sarjan ketua rumah pasung Bukit Kepong pada malam serangan itu ialah Ray Dancey. Sila baca namanya sekali lagi. Namanya bukan Mat Rais bin Lebai Dasi tetapi Ray Dancey - seorang Mat Salleh yang sebelum ini kerjanya mengharubirukan rakyat Palestin.

United Malay National Organsation ini bukan sahaja budak suruhan yang setia malah telah menjadi amat bebal. Tidakkah mereka sedar bahawa serangan ke atas rumah pasung Bukit Kepong ini berlaku pada 23 Februari 1950. Tahun seribu sembilan ratus lima puluh Tanah Melayu masih dibawah British. Bendera yang berkibar di rumah pasung Bukit Kepong ialah bendera Union Jack. Lagu yang dinyanyikan ialah lagu God Save the Quen.

Thursday, September 8, 2011

Panduan melihat sejarah menurut Islam

http://www.malaysiakini.com/news/175186

Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Sep 8, 11
3:14pm

Ramai orang berkata sejarah tidak boleh menipu, history cannot lie. Namun kita jangan pula lupa bahawa manusia boleh menipu fakta sejarah sehingga hakikat sejarah dirobah dan diubah.

Peristiwa lampau kita tidak saksikan sendiri, ia diriwayatkan kepada kita melalui sumber-sumber yang menceritakan apa yang telah berlaku. Sumber-sumber itu pula terdedah kepada benar dan dusta.

Jika kita menerima dari sumber yang benar, maka persepsi kita terhadap sesuatu peristiwa mungkin akan benar. Itu pun bergantung kepada aliran pemikiran atau school of thought yang kita pegang.

Jika fakta yang salah, maka sudah pasti tafsiran yang salah akan kita buat terhadap sesuatu sejarah. Pasti ada pihak dizalimi haknya.

Ketulenan fakta

Maka dalam Islam, beberapa asas penting diletakkan dalam mengkaji sejarah. Asas pertama ialah kebenaran sesuatu fakta iaitu sejauh manakah sesuatu riwayat (narration) boleh dipercayai (authentic).

Maka, Islam amat mengambil kira soal sumber sesuatu riwayat yang dipetik. Dalam ilmu hadis khususnya, ada bab 'rijal al-hadith' iaitu ilmu yang mengkaji latar belakang perawi (narrators).

Dikaji sifat amanah perawi, kekuatan ingatannya, kemungkinan pertemuannya dengan perawi sebelumnya dan pelbagai lagi. Kemudian, riwayat yang dibawa itu akan dibanding dengan para perawi lain yang lebih dipercayai untuk dinilai.

Demikian susahnya sesebuah hadis hendak mencapai darjat 'sahih'. Malangnya, apabila ilmu hadis tidak diambil berat, ramai penceramah termasuk ustaz dan ustazah yang membaca hadis palsu dalam ucapan mereka.

Dalam Islam, maklumat sejarah biasa sekalipun tidak diketatkan syaratnya seperti hadis, namun soal sumber yang dipercayai itu tetap penting. Ini terutama apabila membabitkan maruah atau tuduhan terhadap pihak-pihak tertentu.

Muhammad bin Somil al-Salma dalam tesisnya 'Manhaj Kitabah al-Tarikh al-Islamiy wa Tadrisuhu' (Metodologi Penulisan Sejarah Islami dan Kajiannya) menyebut:

"Riwayat sejarah apabila berkaitan hukum syarie seperti halal dan haram, atau berkaitan mencerca seseorang muslim, mempertikaikannya, atau memberikan gambaran buruk mengenainya kepada orang lain, maka mestilah dipastikan kedudukan perawinya dan dikenali pembawa beritanya" (ms 227, Mesir: Dar al-Wafa/1408H).

Ya, ini sebenarnya berasaskan arahan Allah dalam al-Quran: (maksudnya) "Wahai orang-orang yang beriman! Sekiranya datang kepada kamu orang yang fasik membawa sesuatu berita maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya menyebabkan kamu menyesal atas perbuatan kamu itu". (Surah al-Hujarat: 6).

Ini penting, ramai yang menjadi mangsa cemuhan dan tohmahan hanya disebabkan sumber yang khianat dan menyeleweng dalam menyampai sesuatu berita. Dalam kehidupan seharian yang watak-watak masih hidup pun, banyak penipuan fakta, pembohongan dan fitnah dilakukan.

Apatah lagi apabila membabitkan mereka yang sudah tiada, tentu pembohongan lebih mudah dilakukan. Umpamanya, betapa banyak maklumat sejarah yang menipu tentang pertelingkahan yang terjadi antara sahabat Nabi SAW sehingga lahirnya mazhab Syiah yang mempercayai fitnah sejarah terhadap sahabat-sahabat Nabi SAW.

Ramai yang menjadi mangsa diburukkan oleh sumber sejarah yang tidak amanah. Antara yang dimangsa Khalifah Muawiyah bin Abi Sufyan yang diburukkan oleh sumber sejarah seburuk-buruknya. Sehingga Munir Ghadban menyebut:

"Aku tidak berpendapat bahawa adanya suatu peribadi di dalam sejarah Islam yang terdiri daripada kalangan para sahabat yang awal, yang ditarbiyah dengan tangan Rasulullah s.a.w dan mereka hidup dengan wahyu langit, (tidak ada) mereka ini yang diperburukkan, dibohongi tentangnya dan didustakan kepadanya seperti yang dilemparkan kepada Mu'awiyah ibn Abi Sufyan r.a. (Munir al-Ghadhban, Mu'awiyah ibn Abi Sufyan, ms 5. Damsyik: Dar al-Qalam/ 1410H).

Begitu juga Khaliah Harun al-Rasyid yang dikaitkan dengan pelbagai cerita buruk dan lucu kepadanya seperti dia sering ditipu oleh Abu Nuwas. Sedangkan Abu Nuwas itu seorang penyair yang sering memuji arak dan wanita.

Syair-syairnya memuatkan keruntuhan moral. Kata Ibn Khaldun (meninggal 808H): "Adapun apa yang dipalsukan oleh hikayat; mengenai Harun al-Rasyid yang selalu meminum arak dan mabuk seperti mabuknya seorang kaki arak - Allah memelihara daripada itu semua! - kita tidak pernah tahu dia seorang yang berbuat jahat. Mana mungkin ini semua, sedangkan dia dalam keadaan sering melaksanakan tanggungjawab agama dan keadilan sebagai khalifah, seorang yang mendampingi ulama dan auliya`, selalu berbincang dengan al-Fudail bin `Iyad, Ibn al-Sammak dan al-`Umari, selalu berutusan surat dengan Sufyan al-Thauri, menangis mendengar nasihat mereka, berdo`a di Mekah ketika tawaf, kuat beribadah, menjaga waktu solat dan hadir solat subuh pada awal waktunya". (Ibn Khaldun, Muqaddimah Ibn Khaldun, m/s 17, Beirut: Dar al-Fikr/t.t)

Sebab itu, sesiapa yang menuduh atau menghukum orang lain hanya kerana terpengaruh dengan riwayat sejarah, tanpa membuat semakan dan kajian seperti yang al-Quran arahkan, maka dia berdosa dan akan dipertanggungjawabkan di hari akhirat kelak kerana menfitnah dan menuduh tanpa asas.

Mengkritik teks

Setelah kita mendapat sumber yang diyakini, maka itu tidak mencukupi sebaliknya kita perlu melihat teks sejarah itu secara kritis. Perawi yang amanah mungkin juga silap dalam periwayatan.

Maka, sikap kritis terhadap matan atau teks amat perlu. Bahkan, jika kita tidak mampu mengkaji kesahihan sumber sekalipun, kita boleh menggunakan nilai-nilai kritis dalam menilai sesuatu fakta.

Umpamanya, saya selalu contohkan bagaimana sesetengah penceramah suka bercerita kisah ucapan panglima tentera Islam di Andalus, Tariq bin Ziyad ketika mengucapkan kata-kata semangat kepada tenteranya: "Ke mana tempat lari? Lautan di belakang kamu, musuh di hadapan kamu. Tiada bagi kamu-demi Allah- melainkan sifat benar (kesetiaan) dan sabar".

Kononnya selepas itu Tariq membakar kapal agar tentera Islam tidak dapat ke mana-mana lagi melainkan berperang terus. Kisah dijadikan kebanggaan sesetengah penceramah. Padahal kisah ini patut dikritik.

Hanya mereka yang lemah minda sahaja yang menjadikan kisah dalam versi ini sebagai lambang keberanian dan kepahlawanan. Riwayat ini ditolak. Pertama sekali, cerita bakar kapal tiada sumber yang boleh dipercayai daripada mereka yang berada pada zaman tersebut.

Mereka yang selepas itu yang menyebutnya. Keduanya, kisah itu boleh menggambarkan kebaculan tentera Islam yang terkenal dengan kepahlawanan dan kesanggupan menyeberang laut untuk membuka Andalus.

Seakan jika Tariq tidak lakukan demikian mereka akan lari dari medan jihad. Ini bukan sifat tentera Islam yang membuka Andalus.

Ketiga, Apakah wajar bagi Tariq yang merupakan panglima tentera yang bijak untuk membakar harta kerajaan dan kekuatan tentera Islam iaitu kapal yang boleh digunakan untuk membuka negeri yang lain pula.

Kalau Tariq melakukan pembaziran demikian, tentu dia akan diambil tindakan oleh kerajaan Islam. Di sana banyak lagi persoalan yang boleh ditimbulkan untuk membuktikan ketidak benaran kisah ini.

Justeru itu, Mahmud Syakir yang merupakan tokoh sejarahwan Islam mempertikaikan kisah ini di dalam buku kecilnya Al-Muntalaq al-Asasi fi al-Tarikh al-Islamiy. Sesiapa yang ingin perincian bantahan terhadap kisah ini boleh merujuk kepada buku tersebut.

Maka ketajaman minda dalam melakukan textual criticism atau kritikan matan adalah sesuatu yang penting dalam mengkaji sejarah.

'Abd al-Rahman Fakhuri dalam membincangkan sejarah pertelingkahan para sahabat mengatakan:

"Sejarah bukan sekadar suatu cerita yang dicampakkan di tengah jalan, yang penulisnya memilih apa yang dia suka dan meninggalkan apa yang dia tidak suka. Sesungguhnya terdapat dua kaedah kritikan yang mesti dibuat terhadap setiap riwayat sejarah sebelum dibuat keputusanuntuk menerima atau menolaknya. Pertama: Mengkritik sanad, ini bermakna mengkaji para perawi dan pembawanya. Dipastikan dari sudut kesinambungan sanadnya adalah sahih dan terselamat daripada sebarang kecacatan yang tersembunyi. Perbincangan secara panjang lebar telah diperkenalkan oleh ahli hadis dan para pengkritiknya (pengkaji hadis), tidak mengetahui ilmu ini melainkan mereka sahaja. Kedua: Mengkritik matan (teks)". ('Abd al-Rahman Fakhuri,Muqaddimah Miftah al-Jamaah, m/s 77, Mesir: Dar as-Salam/1990M).

Tafsiran

Setelah melalui dua proses di atas, barulah tafsiran terhadap sesuatu fakta sejarah boleh dibuat. Siapa yang hendak diangkat menjadi wira dan siapa pula yang hendak diangkat menjadi musuh atau pengkhinat, banyak bergantung kepada tafsiran.

Setiap orang mempunyai aliran dan sudut pandangan yang tersendiri. Namun, di sana ada perkara yang jelas lagi terang antara baik dan buruk, malaikat dan syaitan, Tuhan dan iblis yang setiap pihak wajib akur kepada nilai yang sama itu.

Di sana ada fakta yang kabur atau sesuatu yang boleh diberikan pelbagai tafsiran. Boleh dilihat baik dari satu sudut, mungkin tidak baik di sudut yang lain. Juga, baik pada sesetengah pihak, buruk pada pihak yang lain.

Umpamanya, dalam masyarakat feudal yang taat membuta tuli kepada sultan dan raja Melayu akan menganggap Hang Tuah sebagai tokoh dan wira. Tindakannya menculik Tun Teja juga mungkin dipandang mulia.

Namun dalam masyarakat yang merdeka dan bertamadun, Hang Tuah - jika benar watak seperti itu wujud dalam sejarah - akan ditafsirkan sebagai manusia berjiwa hamba, dangkal, tiada bermaruah dan tidak berprinsip. Perbezaan nilai, membezakan tafsiran.

Apa pun seorang muslim yang mengkaji fakta sejarah hendaklah akur kepada firman Allah dalam Surah al-Nisa 135 (maksudnya):
"Wahai orang-orang yang beriman! hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu...."

Kita hendaklah akur kepada apa yang benar dalam sejarah dengan memberikan tafsiran yang adil tanpa khianat. Nilai pertimbangannya ialah nilai-nilai keadilan sejagat yang diputuskan oleh al-Quran dan al-Sunnah.


Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin merupakan bekas mufti Perlis

Wednesday, September 7, 2011

http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/5264--umno-tercedera-dengan-senjatanya-sendiri

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 7 Sept: Umno disifatkan tercedera dengan senjatanya sendiri apabila membangkit isu ucapan timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu dalam isu perjuangan kemerdekaan negara.

Ini kerana, tindakan media Umno yang membangkitkan isu ini menyebabkan semua pihak mula menilai siapakah pejuang kemerdekaan sebenarnya.

"Ternyata kali ini Umno cedera dengan senjatanya sendiri," kata Dr Dzulkefly Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS.

Usaha media tradisional mengeksploitasi isu ceramah Mohamad Sabu berakhir dengan pendedahan sejarah yang lebih besar tentang perjuangan kemerdekaan.

Semacam baru disedarkan umum mula bertanya, bagaimana boleh digelapkan sejarah perjuangan kemerdekaan selama ini. Ini kerana, selama ini rakyat disogokkan hanya Umno yang memperjuangkan kemerdekaan negara.

Hari ini rakyat tahu bahawa ada tiga kelompok pejuang kemerdekaan iaitu agamawan yang diwakili oleh Dr Burhanudin Alhemi, Abu Bakar Al Bakir dan lain-lain, nasionalis kiri pula adalah sosialis dan komunis manakala nasionalis kanan adalah golongan seumpama Umno.

Turut terdedah fakta sebenar Mat Indera apabila buku 'Pengukir Nama Johor' yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor yang menamakan beliau sebagai salah seorang hero dan pejuang kemerdekaan dari Johor.

(Mohamad Sabu menunjukkan buku yang mendedahkan siapkah Mat Indera sebenarnya)

Kes ini juga, katanya, mendedahkan kepada rakyat bahawa mereka mahukan keadilan dalam penulisan sejarah negara.

"Malang dalam situai ini profesor sejarah yang terpaksa membuat kenyataan bahawa British bukannya penjajah..kalau gitu apa erti kemerdekaan kalau tidak ada penjajah pada tahun 1957 itu," soal Dr Dzulkefly terhadap kenyataan seorang profeor sejarah.

Pakar perlembagaan pula, katanya, menyanggah pandangan profesor itu kerana hakikatnya ia adalah penjajahan.

Dalam 12 hari polimik ini, katanya, ia telah menyebabkan rakyat mula memahami sejarah yang selama ini cuba dipendamkan oleh Umno di mana Umno mahu tonjolkan dirinya sahaja yang perjuang kemerdekaan.

Beliau yang juga AJK PAS Pusat dan anggota parlimen Kuala Selangor berkata, sebagaimana Umno menutup pejuang sebenar kemerdekaan negara, perdebatan isu ini juga menutup isu sebenar negara sekarang.

"Isu sebenar negara sekarang adalah daftar pemilih yang kotor, tuntutan lapan perkara Bersih 2.0, kenaikan harga barang, pengurusan ekonomi yang buruk dan sebagainya," kata Dr Dzulkefly.

Selain itu, isu ranking universiti Malaysia yangt terus tercorot di belakang berbanding dengan lain-lain universiti juga terpadam dengan isu ini selepas 12 hari ia dibahaskan.

Universiti Malaya, iaitu universiti terbaik di Malaysia hanya berada di ranking 167 berbanding 700 universiti di dunia, manakala Universiti Kebangsaan Malaysia (279) berbanding National Universiti Singapura (28) dan Nanyang Universiti (58).

Namun begitu, katanya, perdebatan ini telah mendedahkan Umno kepada masalahnya sendiri iaitu apakah benar Umno sahaja yang berjuang untuk kemerdekaan negara ini.

"Seorang penulis Umno sendiri, Datuk Mohd Arif Sobri Aziz melalui blognya juga menghentam Umno kerana menurutnya Umno hanya terlibat dalam pusingan terakhir perjuangan sahaja dan menafikan segala perjuangan yang telah dibuat oleh pihak sebelum itu," katanya.

Umno tidak angkat senjata memperjuangkan kemerdekaab, orang lain yang perjuang dengn jiwa raga mereka, Umno tidak boleh mendakwa semua pujian untuknya kerana ia hanya mengambil lap terkahir sahaja, tulis pemimpin Umno Pahang itu.

Mat Indera selamatkan mangsa tragedi Bukit Kepong

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5274-mat-indera-selamatkan-mangsa-tragedi-bukit-kepong
Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 7 Sept: Sejarah sebenar mengenai Jamilah Abu Bakar, anak kepada seorang anggota polis marin dalam tragedi di Bukit Kepong yang diselamatkan oleh Mat Indera tidak boleh dinafikan lagi oleh sebarang pihak, walaupun kini sedang diselewengkan oleh pihak-pihak tertentu.

Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat menjelaskan, kenyataan beliau sejak awal isu membabitkan Mat Indera tercetus sekarang menyebut Jamilah yang diselamatkan oleh Mat Indera, bukan keluarganya.

Menurut beliau, namun sesetengah pihak kini sedang berusaha menyelewengkan kenyataannya dengan mengatakan beliau berkata Jamilah dan keluarganya yang telah diselamatkan oleh Mat Indera.

Katanya, kenyataan itu ternyata tidak tepat dan menyeleweng dari fakta sebenar yang disebut oleh beliau sehingga menyebabkan timbulnya kekeliruan berhubung perkara itu.

"Lebih dikesali lagi, akibat penyelewengan laporan itu oleh akhbar Sinar Harian hari ini, ia akan mencetuskan pertikaian lain pula berhubung dengannya," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini, hari ini.

Akibat kesilapan laporan itu, menurut beliau, dibimbangi akan diambil kesempatan oleh pihak tidak bertanggungjawab terutama Umno untuk mempertikaikan kenyataan beliau dan dari pihak PAS.

Keluarga tuntut kerajaan bersihkan nama Mat Indera

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5271-keluarga-tuntut-kerajaan-bersihkan-nama-mat-indera
Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 7 Sept: Kerajaan BN diminta membersihkan imej Mat Indera daripada dilabel sebagai pengkhianat negara kerana beliau ternyata seorang pejuang kemerdekaan yang sebenar.

Sehubungan itu, sejarah kemerdekaan negara perlu dikaji semula memandangkan sejarah yang ada kini terdapat terlalu banyak penyelewengan dari fakta yang sebenar.

Adik kepada Mat Indera, Baharom Shah Indera, 65, berkata, fakta sejarah perjuangan sebenar mengenai abangnya sememangnya terlalu banyak yang diselewengkan dan amat perlu dikaji semula oleh ahli-ahli sejarah.

[Gambar: Baharom Shah (tengah) menunjukkan buku Pengukir Nama Johor bersama Suhaizan dan Khairul Faizi pada sidang media di Pejabat Agung PAS.]

Menurut beliau, Mat Indera adalah individu yang komited terhadap agama dan tegas terhadap pendiriannya untuk membebaskan negara daripada penjajahan.

Katanya, namun abangnya telah dituduh sebagai pengkhianat oleh pihak British ketika menjajah negara kita dulu dan ia perlu dikaji semula bagi membersihkan imej dan nama baik ahli keluarganya.

"Dalam hal ini, para pemimpin Umno perlu bersikap jujur terhadap pejuang-pejuang kemerdekaan yang sebenar. Ahli-ahli sejarah juga perlu mengkaji semula fakta-fakta sejarah yang telah diselewengkan itu dan jangan hanya sekadar bercakap sahaja.

"Bagaimana abang saya boleh dituduh pengkhianat, sedangkan beliaulah yang telah menyelamat salah seorang anggota polis, Yusof Rono dan Jamilah Abu Bakar, anak kepada anggota polis marin di Bukit Kepong," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini, hari ini.

Selain itu, menurut beliau, terdapat ramai lagi mangsa yang telah diselamatkan oleh abangnya dalam tragedi di Bukit Kepong.

Adik: Mat Indera bukan anggota PKM

http://www.malaysiakini.com/news/175059
Bukan sahaja tidak berfahaman komunis, tokoh kontroversi kemerdekaan Mat Indera juga bukan seorang anggota Parti Komunis Malaya (PKM), kata keluarganya.

Baharum Shah Indera, 65, berkata, abang keduanya itu sebenarnya seorang pejuang kemerdekaan sayap kiri yang mahu menghalau penjajah British dari negara ini.

"Tidak. Itu peristiwa tahun 1948. Beliau (Mat Indera) komited pada perjuangan membebaskan negara ini," kata Johan ketika ditanya sama ada abangnya mengganggotai mana-mana platun PKM.

Justeru, tampil dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini, Johan mahukan semua pihak, termasuk kerajaan dan ahli akademik membuat kajian dan membersihkan nama abangnya.

"Segerakan penyiasatan, bawa sejarahwan kaji," katanya dalam majlis yang turut dihadiri Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat.

Mat Indera: PAS persoal dakwaan Khoo Kay Kim

http://www.malaysiakini.com/news/175066
PAS Johor mempersoalkan tindakan sejarahwan Tan Sri Khoo Kay Kim yang mendakwa tokoh kontroversi kemerdekaan Mat Indera seorang pengganas tanpa sebarang kajian berkaitan.

"Adakah (Tan Sri) Khoo Kay Kim ada kajian tentang Bukit Kepong dan Mat Indera? Kalau dia sendiri tiada kajian, bagaimana dia boleh tolak kajian orang lain," kata Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat.

Sehubungan itu, Suhaizan mempersoalkan kenapa gelaran negatif terus diberikan kepada Mat Indera sedangkan ia diberikan oleh British.

"Ini keputusan British. Mat Indera sendiri orang yang tegas dan tegar sehingga dalam lokap sendiri pun dia ludah orang British," katanya.

Persatuan bekas polis gesa lucut kerakyataan Mat Sabu

http://www.malaysiakini.com/news/175064
Persatuan Bekas Polis Negeri Kedah (PBPNK) menggesa agar kerakyatan timbalan presiden PAS Mohamad Sabu dilucut susulan kenyataannya bahawa pengganas komunis wira sebenar dalam tragedi Bukit Kepong.

Pengerusinya Sharif Kontan berkata kenyataan pemimpin PAS yang dikenali sebagai Mat Sabu itu bukan sahaja biadap tetapi juga melukakan hati lebih 5,000 anggota PBPNK.

"Bukan sahaja bekas polis golongan Melayu sahaja yang merasakannya tetapi kalangan masyarakat India dan Cina juga ikut terasa dan mengecam dakyah palsu Mat Sabu itu," katanya kepada Bernama selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim, semalam.

Sementara itu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) cawangan Kulim yang turut membuat laporan sama pada Isnin, berkata kenyataan Mat Sabu bertujuan menghasut rakyat agar menentang kerajaan.

"Kami yakin semangat inilah yang cuba ditimbulkan Timbalan Presiden PAS itu dan kenyataannya itu amat berbahaya kepada keselamatan negera dan sewajarnya tindakan Mat Sabu ini perlu disekat atau pun dikenakan tahanan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) atau seumpamanya," kata Pengerusinya Hamid Othman

Beliau juga berharap Kementerian Dalam Negeri tidak berdiam diri dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pemimpin PAS itu.

Forum 'Mat Indera - pejuang atau pengkhianat'

http://www.malaysiakini.com/news/175034
Sebuah forum bertajuk 'Mat Indera - Pejuang atau Pengkhianat Kemerdekaan' akan berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina KL Selangor (KSCAH) malam ini.

mat indera 060911Forum anjuran NGO - Free Public Forum M'sia (FPF) - akan membariskan tiga ahli panel iaitu Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu; Prof Dr Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan penulis blog, Hishammudin Rais.

Dalam satu kanytaannya, FPF berkata ia merupakan sebuah badan NGO yang bergerak di sekitar ibukota bertujuan menyediakan pentas forum, diskusi, wacana dan sebagainya bagi membincangkan isu-isu yang berlaku dalam negara.

"Pada kali ini, FPF akan menganjurkan satu lagi pentas forum berkaitan isu yang sedang hangat diperkatakan iaitu berkaitan individu bernama Mat Indera dan peristiwa berkaitan tragedi Bukit Kepong 1950," katanya.

Utusan Malaysia dalam laporan muka depannya baru-baru ini menyiarkan Mohamad Sabu sebagai mendakwa Mat Indera, lelaki yang didakwa bersekongkol dengan Goh Pen Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai tersebut.

Selain itu, Utusan melaporkan, timbalan presiden PAS itu, dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu, turut mendakwa Datuk Onn dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana menganggap mereka sebagai pegawai British.

Tuesday, September 6, 2011

Adakah Rosli Dhoby juga pengkhianat?

http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/5258-adakah-rosli-dhoby-juga-pengkhianat
Harakahdaily

MIRI, 7 Sept: “Jadi bagaimana pula dengan nasib Rosli Dhoby (gambar), adakah beliau juga dianggap pengkhianat negara kerana membunuh gabenor British?” tanya Timbalan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee.

Beliau juga bertanya adakah mata-mata atau polis yang berjaya menangkap Rosli Dhoby boleh dianggap sebagai hero.

Jelasnya, Rosli Dhoby merupakan seorang pejuang kemerdekaan Sarawak daripada penjajah British.

“Beliau berketurunan Melanau. Rosli didapati bersalah menikam sampai mati Gabenor British Sarawak yang kedua, Sir Duncan Stewart dengan menggunakan pisau beracun di Sibu pada 3 Disember 1949,” jelasnya yang juga Yang Dipertua PAS Miri.

Beliau berkata, faktor yang menyebabkan Rosli terpaksa mengakui tuduhan tersebut adalah atas permintaan ibunya yang telah diugut akan ditembak.

“Fikir-fikirlah sendiri siapa yang kejam semasa zaman tersebut,” ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Beliau sekali lagi menegaskan bahawa apa yang dimaksudkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu bukan menyokong perjuangan komunis tetapi membela nasib perjuang kemerdekaan yang di anggap sebagai pengganas atau pemberontak.

Justeru, katanya PAS Sarawak ingin memberi sedikit pandangan dan ulasan tentang sejarah sebelum kemerdekaan Malaya.

Menurutnya, sebelum tanggal 31 Ogos 1957 Malaya masih lagi dijajah oleh British jadi sesiapa saja yang bekerja dengan British semasa zaman tersebut mesti patuh dengan arahan penjajah British sama ada mereka suka atau tidak kerana mereka telah diberi amanah untuk menjalankan tugas dan patuh pada arahan pemerintah British pada zaman tersebut.

Jadi persoalannya sekarang, kata beliau adakah mereka yang mempertahankan kerajaan British pada zaman tersebut boleh dianggap sebagai hero mempertahankan tanah air atau mempertahankan kerajaan penjajah British.

Tambahnya, adakah mereka dapat imbuhan atau penghargaan setelah pemerintah British meninggalkan Malaya.

“Kita minta mereka yang pernah bertugas dengan pemerintah British dahulu fikir baik-baik mengapa mereka sanggup bermati-matian mempertahan pemerintahan penjajah British sehingga sanggup menangkap dan membunuh perjuang kemerdekaan selain komunis.

“Kita juga pernah mendengar kerajaan BN pernah mengampunkan pengganas komunis yang menyerah diri dan memberi beberapa keistimewaan sekiranya mereka meninggalkan perjuangan mereka,” katanya lagi.

Katanya, kemungkinan tidak mustahil ada di kalangan mereka dalam pemerintah sekarang walaupun mereka tidak mengangkat senjata tetapi ideologi mereka masih ada terpahat dalam hati mereka.

“Kita minta para pengkaji sejarah kena perbetulkan kesilapan sejarah yang telah diresapi oleh unsur-unsur penjajah di mana para perjuang kemerdekaan dianggap pengkhianat dan mereka yang bekerja dengan pemerintah penjajah pula dianggap sebagai hero,” ujarnya.

PAS juga, tambah beliau meminta para pengkaji sejarah menjalankan tugas mereka dengan jujur dan amanah agar rakyat tahu sejarah tanah air dengan sebenar dan tepat tanpa di pengaruhi oleh unsur-unsur politik perkauman dan sebagainya.

Beliau menegaskan, PAS sama sekali tidak pernah merestui perjuangan komunis dan minta agar pemimpin BN jangan memutarbelitkan kenyataan Mohamad Sabu kononnya PAS menyokong komunis.

Sunday, September 4, 2011

Umno gali kuburnya sendiri - Mohamad Sabu

http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/5226-umno-gali-kuburnya-sendiri-mohamad-sabu
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 5 Sept: Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu menyifatkan Umno menggali kubur mereka sendiri apabila mempertikaikan kenyataan beliau bahawa Mat Indera adalah salah seorang pejuang kemerdekaan negara.

Beliau kini memiliki buku terbitan Yayasan Warisan Johor yang berjodol "Pengukir Nama Johor" yang penaungnya adalah Menteri Besar Johor, Datuk Seri Abdul Ghani Othman sendiri yang menamakan Mat Indera sebagai salah seorang hero Johor.

(Mohamad Sabu menunjukkan buku Pengukir Nama Johor yang memaparkan Mat Indera sebagai salah seorang hero dan gambarnya diletak di muka depannya)

Ghani juga turut memberikan kata-kata aluan dalam buku yang diterbitkan pada tahun 2004 itu.

Mohamad dijangka akan membuat satu sidang media segera bagi menunjukkan bukti ke atas kenyataan beliau sebelum ini bahawa Mat Indera adalah salah seorang hero dalam memperjuangkan kemerdekaan negara.

Umno melalui medianya Utusan Malaysia dan lain-lain media kawalannya menyerang Mohamad dengan dakwaan menyokong komunis apabila menyifatkan Mat Indera adalah hero kerana melawan British.

Selain media, Umno juga menggerakkan ahli-ahlinya agar membuat laporan polis dan demonstrasi membantah ucapan Mohamad Sabu.

Buku Pengukir Nama Johor diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor pada tahun 2004. Di dalam buku ini terdapat 22 biografi ringkas tokoh-tokoh ternama Johor dan salah seorang daripadanya ialah Mat Indera sendiri.

Yayasan Warisan Johor meletakkan nama Mat Indera sebaris dengan Almarhum Sultan Ismail dan Tun Sulaiman Ninam Shah, bekas pengerusi tetap UMNO. Malah foto Mat Indera juga menjadi sebahagian daripada kulit hadapan buku ini.

Buku ini adalah hasil karya pelbagai penulis, tetapi biografi Mat Indera ditulis oleh Ismail Adnan, bekas guru kanan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah, Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato' Onn.

Buku ini juga telah disunting oleh Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid, bekas Profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002.

Prakata buku ini pula ialah daripada Menteri Besar Johor sendiri, Dato' Abdul Ghani Othman. Pendek kata, penerbitan buku ini mendapat restu kerajaan Johor.

Pagi tadi Mohamad bertemu dengan keluarga terdekat Mat Indera termasuk adiknya yang masih hidup.

Ini adalah mesej adik Mat Indera kepada Mohamad Sabu yang dihantar beliau kepada media.

"Assalamualikum... kami bagi pehak keluarga allahyarham Mat Indra mengucapkan berbanyak T Kaseh kpd semua ajk pusat Pas kerana bersusah payah utk membersehkan nama abang saya yang selama ini amat saya tuggu2kan. semoga Allah memberikan segakla kemudahan amin.. Hidup Pas"