Friday, July 3, 2009

DAP oh DAP Bukan hanya Babi



Kisah babi kat negeri kedah ni, teringat pula Barisan Alternatif. Satu masa dulu DAP dah pernah keluar ikatan kerana tidak puas hati dengan isu Negara Islam. Tak lebih dari itu sebenarnya hanya risau dan terasa jolokkan BN MCA Perikatan. Itu menilai menguji sifat atau kematangan politik Pimpinan DAP. Masa berlalu, tsunami politik berlaku, sekali lagi pembangkang disatukan dalam lagi satu ikatan dinamakan Pakatan Rakyat. Yang pasti dan nyata tidak dinafikan sesiapa hanya PAS yang setia dalam ikatan setiakawan. Tidak kira PAS minoriti atau majoriti. Tidak kira majoriti satu kerusi atau sebaliknya, pimpinan setia utuh pada prinsip dan maruah. Walaupun dalam hal UG, janji setiakawan lebih ditafsir musuh dari realiti yang terkandung dalam sanubari Pimpinan PAS itu sendiri. Lebih hairan adalah kenapa dan apa kena jiwa sebahagian Pimpinan DAP yang terikut-ikut dengan rentak dan propaganda atau perang saraf walaupun disedari lagi nyata yang memainkannya itu adalah media musuh? Acap kali kita lihat pimpinan DAP terutamanya Karpal yang paling terkedepan sering saja cepat melenting atau lebih tepat lagi percaya pada apa yang dikata oleh musuh dan mengetepikan sifat bersangka baik terhadap rakan atas semangat setiakawan sebelum apa2 kenyataan dan tindakkan diambil. Lantas sifat2 ini sentiasa diburu media sebagai isu sensasi dan yang rugi adalah pakatan itu sendiri. Adakah pimpinan DAP sedar akan ini atau sengaja kurang bijak menafsir pekara ini sejak sekian lama. Atau adakah ini memamg sifat biasa pimpinan DAP. Jika ya DAP tidak patut duduk dalam pakatan dan pakatan harus memikirkan alternatif lain bersifat jangka panjang agar kepimpinan cina yang matang dan berfikiran panjang dapat bersama diberi peranan dalam mentadbir politik menentang kezaliman dan ketidakadilan pemerintah. Mungkin lama lagi untuk mengecap PutraJaya tapi jika itulah hakikat yang harus ditelan , terpaksa direlakan. Ini kerana kualiti sangat penting dan kerajaan yang dibina haruslah bijak dan tinggi nilai daya saing dan daya juangnya. Yang nak ditadbir bukanya sebuah kedai kopi tapi negara. Kelab pengokong pas misalnya adalah satu contoh alternatif keatas masaalah ini. Sifat mudah melenting atau cepat mudah melatah ini adalah sifat pimpinan yang berkepentingan dan emosi. Sifat melatah ini jika diletakkan dalam urustadbir negara maka terjual maruah negara dan mampu menggugat kedaulatan. Ia akan meletakkan negara dalam kancah, segala aspek pentadbiran, ekonomi, politik, perpaduan kaum dsb akan menjadi kucar kacir. Perbincangan mengetepikan sifat mudah melatah adalah jalan yang terbaik. Matlamat utama harus diletakkan dihadapan . Bukan semua orang tak pernah buat silap atau bersalah faham, tapi kalau semua kesilapan dan salah faham harus diambil tindakkan kebudak-budakan, berfikiran pendek, lama2 fedap jugak. Ini tak boleh buat rakan, kemudian hari punah gagasan yang didokong dan diharap rakyat. Bukan semua, Lim Guan Eng contohnya amat berketrampilan dalam mentadbir urus negeri dan polotik, walau pun belia dituduh terdapat pelbagai agenda. Isu Timbalan Ketua menteri 1 selesai dengan penuh kesabaran belia. Matang, berfikiran jauh... Tiada siapa yang rugi. Isu babi ternyata adalah tindakkan gopoh dan terburu-buru DAP kedah. Menilai kewajaran tindakkan Majlis Perbandaran AS - Ia sekadar prosedur dan atas desakkan penduduk setempat termasuk golongan yang makan khinzir. Jika dinilai dari kaedah pentadbiran Islam ini adalah apa yang diminta Khariah dan pentadbir wajib melaksanakan tanggungjawab pentadbiran. Lebih jelas penempatan/permis adalah jelas haram dari kelulusan sudah hampir 40 tahun. Kedudukan yang sangat tidak sesuai iaitu sebelah pasar awam dan kawasan penempatan. Tindakan meroboh adalah wajar kerana yang menanggung sahaja tahu bagaimana peritnya, yang membantah rasalah seronok sikit. Malah MB sendiri telah menggunakan suara beliau meminta agar ianya ditangguhkan pentadbiran MBAS selama sebulan. Ikuti Kronologi, laporan lebih teperinci dari orang AS sendiri MD Sanusi - Setpol di blog beliau tentang Isu babi Di Negeri Kedah - http://sanusisetpol.blogspot.com/